PISAU.NET

PISAU.NET


Tunku Aziz Buka ‘Topeng Politik’ DAP

Posted: 27 Nov 2012 10:00 PM PST

Antarapos – Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa DAP hanya mementingkan agenda kaum Cina tetapi berselindung sebagai parti yang kononnya mendokong semua bangsa termasuk Melayu.


Beliau mencapai rumusan itu berasaskan pengalaman peribadinya selama lebih tiga tahun dalam parti berkenaan dan berpandukan dasar-dasar DAP sendiri di Pulau Pinang.

"Umumnya, cubaan (DAP) untuk memaparkan diri sebagai parti pelbagai kaum yang mahu membantu kaum Melayu, tidak lebih daripada helah politik," kata beliau kepada Antarapos.
"Mereka mendakwa kononnya mahu membantu Melayu di Pulau Pinang, Mana buktinya? Tidak ada.. kecuali memberikan beberapa ratus ringgit kepada mereka," kata beliau.


"Adakah mereka benar-benar mempunyai perancangan untuk membantu golongan miskin di Pulau Pinang yang merangkumi kaum Melayu dan India…(Tidak ada), yang ada hanya cakap kosong dan cakap kosong itu murah harganya. Hakikat ialah tidak ada perancangan sebegitu," kata Tunku Aziz.
Tunku Aziz berkata walaupun diangkat menjadi Naib Pengerusi DAP, beliau tidak diberikan akses kepada isu dan maklumat penting dalam parti yang hanya dikongsi di kalangan pemimpin tertentu sahaja.


"Saya fikir ramai yang mengandaikan sebagai Naib Pengerusi, saya akan diberitahu segala-gala (mengenai perjalanan parti) tetapi saya langsung tidak diberitahu apa-apa.
"Saya hadir mesyuarat CEC (Jawatankuasa Pusat). Selalu agendanya adalah sesuatu yang umum. Keputusan dan hala tuju parti sebenarnya dilakukan oleh kumpulan kecil di belakang tabir.
"Seperti yang anda mungkin tahu, DAP mengamalkan politik berpuak-puak. Jadi, sama ada anda berada dalam kumpulan tertentu ataupun tidak.


"Jadi parti ini bukan sesuatu yang benar-benar bersatu," kata beliau yang keluar dari DAP pertengahan tahun ini setelah menganggotainya pada tahun 2008.
Aktivis anti-rasuah dan pengasas Transparency International sayap Malaysia itu bertindak demikian kerana membantah tindakan DAP menyokong demonstrasi BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka walaupun dilarang polis.


DAP dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat menolak tawaran polis mahukan tunjuk perasaan itu diadakan di tempat lain demi menjaga keselamatan rakyat dan melindungi harta benda awam.
Tunku Aziz berkata beliau mengambil risiko besar menyertai DAP kerana parti itu rata-rata dianggap parti perkauman Cina oleh orang Melayu.


Namun beliau menyertai parti itu kerana terpengaruh dengan laungan pemimpinnya yang mendakwa mahu memperjuangkan kepentingan semua kaum.
Tunku Aziz berkata selepas hanya beberapa bulan dalam DAP, beliau menyedari parti itu tidak serius untuk menarik lebih banyak ahli bukan Cina, khususnya orang Melayu.
"Sebagai contoh, mereka menubuhkan satu, dua cawangan Melayu. Saya berpendapat saya boleh membantu, jadi saya minta diaturkan pertemuan… namun tiada apa dilakukan oleh parti untuk (merealisasikan) lawatan itu.


"Rumusan saya ialah keanggotaan Melayu (dalam DAP) bukan sesuatu yang diambil serius oleh parti," katanya sambil menambah DAP hanya mahu mengikis "imej Cina" parti itu.
Langkah itu dilihat sebagai amat strategik untuk membantu meyakinkan penyokong PAS dan pengundi Melayu lain memberi sokongan kepada DAP pada PRU 13.


Ditanya sama ada pemimpin DAP besifat perkauman, Tunku Aziz berkata apa yang jelas ialah tumpuan mereka adalah kepentingan masyarakat Cina.
"Saya tidak katakan mereka ini perkauman tetapi apa yang saya perhatikan tumpuan mereka adalah membela kepentingan masyarakat Cina.


"(Ini) kerana ..undi DAP datang daripada masyarakat Cina. Jadi untuk mengekalkan kuasa, mereka mesti dilihat memperjuangkan kepentingan kaum Cina secara berterusan," katanya.
"Saya akui itu adalah realiti politik di negara ini. Saya tidak salahkan mereka tetapi sekurang-kurangnya (DAP) janganlah mendakwa dirinya lain daripada (parti yang memperjuangkan agenda Cina)," ujar beliau

PAU 2012: Muhyiddin Anggap Najib Tak Liberal & Plural

Posted: 27 Nov 2012 04:30 PM PST

Dalam ucapan perasmian  serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini Timbalan Presiden Umno mengesahkan bahawa Presiden Umno memerangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak sama sekali politik baru yang dilaungkan oleh haprak pakatan.


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas mengenai cabaran ideologi baru yang kini meresap masuk mengotori minda rakyat dengan laungan politik baru,politik pembebasan,politik global,politik kuasa ketika,wacana hak dan kebebasan individu hingga melampaui batas agama,budaya dan moral.


Beliau menegaskan kalangan gerembolan pakatan menguna pakai ideologi songsang dengan menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai.




Petikan ucapan Timbalan Presiden Umno



Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.


Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.


Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.


Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot.

Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.


Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari'at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam.


Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.


Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang.

Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.

Pisau kata "Kalau dah bebal apa diaorang peduli songsang atau tak..tuhan pun diaorang jual.."

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...