PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


PANAS!! Gambar Aksi Seks Pimpinan PAS Selangor, Seorang Bekas Guru!

Posted: 05 Nov 2012 12:47 AM PST


Antara yang bakal menjadi mangsa sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya ialah bidang pendidikan khususnya bagi anak-anak Melayu.

Secara ringkas kewujudan  Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil sumbangan besar melalui Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 yang menyusuli Penyata Razak sebelum merdeka pada 1956.

Penyata Razak kemudiannya telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang antara lain menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sekaligus berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

PANAS! ZAID IBRAHIM LETAK JAWATAN PRESIDEN KITA!!

Posted: 04 Nov 2012 09:34 PM PST

 
Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Kita tetapi mendakwa beliau masih mengawal parti itu.
 
Setiausaha parti, Masrum Dayat, yang mengambil alih jawatan presiden itu berkata, Zaid telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Sabtu.
"Bagaimanapun, beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa Kita," katanya, sambil menambah bahawa Zaid menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya.

Masrum mengambil alih jawatan itu yang berkuat kuasa serta-merta.
Zaid, ketika ditanya mengenai peletakan jawatan itu, beliau menjawab menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menyatakan "Ya".
Beliau, bagaimanapun menambah bahawa parti itu masih "di bawah kawalan saya".

Apabila ditanya di bawah kapasiti apakah beliau akan kekal dalam mengawal parti, Zaid berkata: "Jawatan tidak sepenting seperti pengaruh."
Dilaporkan bahawa Zaid difahamkan mengalami sakit daripada penyakit jantung, yang menyebabkan beliau kurang sihat sejak kebelakangan ini.
Menerusi kenyataan yang terakhir di blognya pada 24 Oktober, Zaid berkata: "Atas nasihat doktor saya, saya perlu mengelakkan aktiviti yang memberi tekanan untuk beberapa bulan."

Beliau turut berkata, peletakan jawatannya sebagai Presiden Kita akan memudahkan beliau bertanding di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat, sebaik-baiknya menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan.
Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau akan mempertimbangkan mengenai perkara itu sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih untuk tidak bertanding pada kerusi Parlimen itu.
Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa beliau akan bertanding di mana-mana yang diminta oleh parti, walaupun Pekan.

'Soi Lek persoal hudud versi Pas'

Posted: 04 Nov 2012 08:33 PM PST



SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

"Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

"Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

"Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi," katanya.

Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran.

"Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan," katanya.

Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud.

"Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik," katanya.

Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...