PAPA GOMO

PAPA GOMO


Jangan Perjudikan Masa Depan Kita & Anak Anak - Najib Razak

Posted: 29 Nov 2012 05:52 PM PST


Kita boleh nilai apa yang Najib Razak sampaikan, tanya pada diri kita sendiri dimana janji janji Pembangkang pada tahun 2008 yang mereka telah tunaikan. Tanya pada diri sendiri apakah relevan untuk kita memperjudikan nasib anak bangsa kita kepada pembangkang yang mana hanya pandai menabur janji namun tidak melaksanakannya.

Psssttt.... Najib Razak membawa Transformasi buat kita rakyat Malaysia.....Amin

"Tanah Tumpahnya Darahku" Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.

Najib Razak Gelar Anwar Ibrahim Si Kitol

Posted: 29 Nov 2012 04:24 AM PST

Presiden UMNO
Datuk Sri Najib Tun Razak


 Tepat dan padat apa yang diucapkan oleh Presiden UMNO D.S. Najib Tun Razak dalam ucapan dasar pagi tadi. Sesungguhnya rakyat Malaysia diminta membuka mata agar melihat prestasi pembangkang yang hanya tahu menabur janji tetapi gagal melaksanakannya.

Anwar Ibrahim sememangnya si KITOL yang mempunyai lidah bercabang. Jangan rakyat mudah dijadikan boneka ANwar Ibrahim dan sekutu pembangkang yang ada kerana masa depan Malaysia terletak ditangan kita semua rakyat Malaysia.

Psssttt.... Anwar Ibrahim sememangnya balachi Yahudi Zionis.


"Tanah Tumpahnya Darahku" Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.

Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO Gesa Zuraidah Ketua Wanita PKR Tampil Ke SPRM Bersihkan Nama Beliau

Posted: 28 Nov 2012 10:30 PM PST




Jika dulu Zuraidah Mak Lampir beriya iya mendedahkan itu dan ini tentang Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO wahalkan apa yang dinyatakan oleh Zuraidah hanyalah rekayasa jahat dalam menjatuhkan Sharizat Jalil kini Zuraidah pula menerima padah apabila dibogelkan satu persatu oleh kesilapan dan kesalahan beliau sendiri.

Zuraidah Ketua Wanita PKR sebelum ini cukup ligat menyerang keperibadian Sharizat Jalil walhalkan semua mengetahui Sharizat Jalil tidak terlibat dan bersalah dalam apa apa tuduhan yang dilemparkan oleh Zuraidah Mak Lampir ketua wanita PKR.

Zuraidah Mak Lampir memaksa Shahrizat meletakkan jawatan selaku Menteri Wanita, atas serangan yang dasyat itu demi membersihkan nama beliau Shahrizat Jalil meletakkan jawatan tersebut selaku menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat. Malah tidak cukup dengan itu Shahrizat Jalil meminta pihak SPRM menyiasat beliau secara adil demi membersihkan nama beliau yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tomahan oleh pihak pembangkang terutama Zuraidah MP PKR Ampang yang juga Ketua Wanita PKR.



Sekarang Zuraidah Ketua Wanita PKR pula sedang bergolak dengan dakwaan dakwaan tentang keewangan beliau yang begitu banyak sehingga mampu membeli kenderaan mewah pada setiap tahun yang mana jauh dari Gaji yang beliau perolehi selaku ahli parlimen.

Tidak cukup dengan itu Blog SEL 13 KLIK DISINI telah mendedahkan tentang kenderaan mewah yang digunakan Zuraidah Ketua Wanita PKR yang mana dimiliki syarikat swasta yang dipercayai mempunyai kepentingan peribadi buat Zuraidah Ketua Wanita PKR. KLIK DISINI

Senyap sunyi Zuraidah waktu ini, malah beliau mengelak untuk ditemubual wartawan mahupun berjumpa dengan pihak wartawan bagi membersihkan nama beliau atas tuduhan tersebut. Dimana moral beliau yang sebelum ini begitu hebat menganyang Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil? Dimana ketelusan beliau bagi membuktikan beliau tidak bersalah?

Jika Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil begitu berani meletakkan jawatan Menteri dan meminta SPRM menyiasat beliau mengapa Zuraidah Ketua Wanita PKR tidak bertindak melakukan pekara yang serupa?Tidak usah meletakkan jawatan selaku Ketua Wanita PKR pun tidak mengapa asalkan beliau tampil kepada pihak SPRM dan meminta pihak SPRM menjalankan siasatan keatas dirinya dan keluarga bagi membersihkan nama beliau. Mengapa Zuraidah Ketua Wanita PKR tidak melakukannya?


Rakyat perlu lihat dengan jelas pekara ini, lihatlah perbezaan ketara antara pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang terutamanya PKR dalam membuktikan siapa yang telus dan siapa yang korup. Jika benar Zuraidah MP PKR Ampang dan juga Ketua Wanita PKR ini tidak terlibat dalam penyelewengan wang wakil rakyat maka beliau harus tampil membersihkan nama beliau bertindak sepertimana yang dilakukan Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil.

Buat Zuraidah MP PKR Ampang, Gomo tahu anda sedang bersembunyi sekarang daripada pihak media. Namun ingatlah bahawa isu ini belum selesai dan jawapan segera dari anda serta penjelasan pihak SPRM akan dituntut sampai ke hujung dunia. Larilah kemana sekalipun namun rakyat pastinya mahukan jawapan dari anda.

Psssttt.... Tak berak seminggu dah khabarnya si Zuraidah mak Lampir ni coz takut SPRM siasat.


"Tanah Tumpahnya Darahku" Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...