BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!

Posted: 29 Nov 2012 03:00 PM PST


Ucapan Dasar Presiden UMNO Semalam disambut dengan tepukan gemuruh dan semangat waja ahli-ahli melaungkan ikrar mempertahankan Putrajaya,sekaligus agama,bangsa dan negara.Antara isi penting yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.Ironi sekali apabila kita perlu mengaitkan pilihanraya dengan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah.Namun,itulah realitinya di Malaysia apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama,bangsa dan negara demi kuasa.Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar 'bereksperimen' dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan.Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan.Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, 'menang dulu, fikir kemudian' setiap kali persoalan ini dibangkitkan. Dan yang lebih ironi lagi ialah hanya di Malaysia sahaja,ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya. 

Justeru,saya meletakkan peringatan Presiden mengenai pilihanraya di atas sebagai yang paling penting kerana sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, maka keseluruhan ucapan dasar yang begitu jitu, tepat dan bernas tidak akan membawa makna apa-apa.Perlu diingatkan bahawa kita mempunyai pembangkang yang sanggup 'menawarkan' negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka agar memberontak terhadap kerajaan,sekali gus memusnahkan hidup mereka sendiri.Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk 'ber-ujikaji' dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini.Yang pasti,hasil yang dijangka adalah 'unik' serta 'kronik'.Hasil ujikaji dijangka 'unik' kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia,menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular. 

Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang,ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia.Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik,serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup,malah pakaian juga.Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai,malah merbahaya untuk negara ini,masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama.Yang menjadikannya 'kronik' pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai,sekiranya mereka menang pilihanraya.Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya,apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain.Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.Oleh itu,ingatlah pesan Presiden bahawa keluarga kita terlalu berharga untuk dimusnahkan dengan satu ujikaji pilihanraya. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU AIR !!! KHALID GAGAP MULA KONA BARING !!! APA CERITA NI ???

Posted: 29 Nov 2012 11:30 AM PST


Sudah dikatakan berkali-kali, malah telah pun diterima secara umum, apabila membabitkan Pakatan Rakyat,terutama sekali PKR, maka apa-apa sahaja yang keluar dari mulut para pemimpinnya adalah pembohongan semata-mata. Tidak cukup dengan pembohongan, mereka juga sangat cenderung untuk mengalihkan kesalahan yang mereka lakukan kepada pihak lain, khususnya kepada Kerajaan Negeri terdahulu, Kerajaan Pusat, atau yang paling standard adalah UMNO dan Barisan Nasional. Projek Loji Sungai Langat 2 sememangnya amat diperlukan di Lembah Kelang. Bukan kerana air tidak mencukupi tetapi kerana air terawat tidak mencukupi. Loji-loji sedia ada yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri terdahulu dan Kerajaan Pusat, tidak lagi mampu menampung keperluan yang semakin mendesak ekoran peningkatan aktiviti serta wujudnya lebih banyak kawasan penempatan. Bagaimanapun, memandangkan Menteri Besar Selangor datangnya dari PKR dan berakidah pula Pakatan Rakyat, maka dia pun segera berbohong dengan menyatakan Selangor tidak menghadapi masalah dengan bekalan air mentah. Bukan itu sahaja, hujan, lombong, air longkang, air parit dan segala macam air lagi, cukup banyak dan sangat mudah diperolehi di Selangor. Antara bekalan air mentah dan bekalan air terawat… dua perkara yang amat berbeza. 

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, PKR dan Pakatan Rakyat begitu mudah membohongi rakyat Selangor. Ironinya, ada pula si bahlol-bahlol yang turut meniupkan trumpet dengan mengatakan musim hujan sekarang adalah petunjuk dari Allah Taala bahawa bumi Selangor tidak mempunyai masalah bekalan air langsung. Segala kemarahan dan rungutan oleh sebahagian besar rakyat Selangor, hanyalah merupakan tohmahan dan kempen kotor UMNO-BN semata-mata. Barangkali memikirkan sebahagian besar daripada penyokong Pakatan Rakyat terdiri daripada golongan yang bodohnya mengalahkan seekor keledai, Khalid Ibrahim masih tetap menyatakan bahawa kempen air tidak cukup di Selangor adalah kerja jahat UMNO. Walhal perkara sebenar yang diperkatakan adalah air terawat, bukannya air mentah. Sudah diterangkan berkali-kali bahawa keperluan yang sangat mendesak sekarang adalah air terawat, bukannya air mentah. Loji Sungai Langat 2 adalah tentang merawat air, bukannya membekalkan air mentah. Perkara semudah itu pun, Khalid Ibrahim masih sanggup menipu rakyat Selangor lagi? 

Menariknya,Khalid Ibrahim kata,lebih baik selesaikan air yang dibazirkan daripada membina loji baru. Sebab katanya, loji baru akan mengambil masa dua tahun. Dua tahun, adalah masa yang lama bagi Khalid Ibrahim. Anehnya, Khalid Ibrahim seringkali digambarkan sebagai seorang ahli korporat yang hebat dan berwawasan. Masakan perkara sebegitu mudah pun, Khalid Ibrahim tidak mampu berfikir dengan sebaik-baiknya sehinggakan tempoh masa dan nisbah penduduk serta aktiviti ekonomi pun, Khalid Ibrahim tidak dapat buat kesimpulan? Kalau tidak dibuat sekarang, adakah Khalid Ibrahim mengharapkan Kerajaan UMNO-BN yang akan mengambilalih Selangor pada PRU13 yang akan menanggungnya dan Khalid Ibrahim serta PKR akan mencari-cari jalan agar Loji Sungai Langat 2 boleh dijadikan modal politik sepertimana yang mereka lakukan terhadap SCORPENE? Busuk betul hati perut Khalid Ibrahim. Orang sebegini sebenarnya tidak layak langsung diangkat menjadi Menteri Besar, kalau tidak pun sebagai pemimpin. Semoga apabila matinya nanti, tidaklah Allah Taala sempitkan liang lahadnya! - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MANA JANJI ANDA ???

Posted: 29 Nov 2012 08:35 AM PST


MANA JANJI ANDA ???

LAIN KALI JANGAN KATA MACAM TU !!! 

BIASALAH,ADAT PERMAINAN BOLA !!! 

ADA YANG MENANG DAN ADA YANG KALAH !!! 

 RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PERHIMPUNAN UMNO LAGI HEBAT DARI PR !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Nov 2012 04:00 AM PST


Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah,Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang,dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.Jelas terlihat di PWTC ini,bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.Pemimpin datang dan pergi,dengan yang salah dihukum,yang benar dijulang,sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah,tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti.Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama. 'Prinsip' adalah kunci utama kekuatan UMNO. Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti,prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah,malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri. 

cuba anda lihat hari sendiri bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip,terhoyong-hayang diheret orang.Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara.Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP.Akibat prinsip yang caca-marba,bertukar-tukar dan tidak masuk akal,maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah.Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih,sekejap memperjuangkan alam sekitar,kemudian hudud,kesamarataan total,hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan.Pendek kata,asal ada ruang,mereka pasti akan 'berjuang' tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira.Akhirnya,perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu 'BN K.O'.Maka jelaslah sudah,bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa. Dengan menyebut nama Allah SWT,mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama.Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan, mereka menuduh UMNO sebagai zalim. Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam. Alhamdulillah, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional,bijak dan matang dari pembangkang. 

UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati. Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru,jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya.Jika mereka dipijak,UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.Inilah yang berlaku di Pulau Pinang apabila Melayu ditindas dan hartanah dirampas tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya menyuruh mereka bertenang. Maka UMNO jugalah yang bangkit berjuang,membela nasib mereka, walaupun mereka dulunya memangkah PAS atau PKR dalam pilihanraya.Kerana itu,biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901,BERSIH 1 & 2 dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat keramat sebuah Perhimpunan UMNO. Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat,maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu. Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan. Yakinlah, perhimpunan parti keramat yang memperjuangkan kebaikan pasti mampu mengatasi walau 1000 himpunan jalanan tajaan pembangkang yang berniat jahat.InsyaAllah,dengan prinsip yang kukuh,UMNO akan terus mara,bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! KEJATUHAN PAS DAN PR BERMULA DARI SELATAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 28 Nov 2012 09:00 PM PST


Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai,Kuala Krai Kelantan.Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009,sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas,Gua Musang.Semasa PRK Manek Urai PAS hanya sekadar menang nyawa-nyawa ikan, di PRK DUN Galas pula berikutan semarak Gelombang Merah yang dipelopori UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat,akhirnya menyebabkan PAS tewas terduduk dengan majoriti 1,190 undi.

Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini,kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat. Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka. Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan. Selain itu,faktor protes oleh penyokong bekas MB PAS Kelantan, Muhammad Nasir yang di pecat dari PAS kerana sikap mesranya dengan pemimpin UMNO pula kemudiannya menambah parah yang akhirnya menyumbang kepada kembalinya BN menguasai Kerajaan Negeri. 

Jika dilihat pada senario di atas,kelihatan coraknya hampir sama.Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13. Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam,Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain. 

Di antara Kelantan dan Johor pula,kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana,mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan,sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura. Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa,lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang,sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang.Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan,kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUNKU AZIZ MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!

Posted: 28 Nov 2012 06:00 PM PST


Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa DAP hanya mementingkan agenda kaum Cina tetapi berselindung sebagai parti yang kononnya mendokong semua bangsa termasuk Melayu.Beliau mencapai rumusan itu berasaskan pengalaman peribadinya selama lebih tiga tahun dalam parti berkenaan dan berpandukan dasar-dasar DAP sendiri di Pulau Pinang. "Umumnya,cubaan (DAP) untuk memaparkan diri sebagai parti pelbagai kaum yang mahu membantu kaum Melayu, tidak lebih daripada helah politik," kata beliau kepada Antarapos. "Mereka mendakwa kononnya mahu membantu Melayu di Pulau Pinang,Mana buktinya? Tidak ada.kecuali memberikan beberapa ratus ringgit kepada mereka," kata beliau. "Adakah mereka benar-benar mempunyai perancangan untuk membantu golongan miskin di Pulau Pinang yang merangkumi kaum Melayu dan India…(Tidak ada),yang ada hanya cakap kosong dan cakap kosong itu murah harganya. Hakikat ialah tidak ada perancangan sebegitu," kata Tunku Aziz.Tunku Aziz berkata walaupun diangkat menjadi Naib Pengerusi DAP,beliau tidak diberikan akses kepada isu dan maklumat penting dalam parti yang hanya dikongsi di kalangan pemimpin tertentu sahaja. 

"Saya fikir ramai yang mengandaikan sebagai Naib Pengerusi,saya akan diberitahu segala-gala (mengenai perjalanan parti) tetapi saya langsung tidak diberitahu apa-apa.Saya hadir mesyuarat CEC (Jawatankuasa Pusat). Selalu agendanya adalah sesuatu yang umum. Keputusan dan hala tuju parti sebenarnya dilakukan oleh kumpulan kecil di belakang tabir.Seperti yang anda mungkin tahu, DAP mengamalkan politik berpuak-puak. Jadi, sama ada anda berada dalam kumpulan tertentu ataupun tidak. "Jadi parti ini bukan sesuatu yang benar-benar bersatu," kata beliau yang keluar dari DAP pertengahan tahun ini setelah menganggotainya pada tahun 2008. 

Aktivis anti-rasuah dan pengasas Transparency International sayap Malaysia itu bertindak demikian kerana membantah tindakan DAP menyokong demonstrasi BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka walaupun dilarang polis.DAP dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat menolak tawaran polis mahukan tunjuk perasaan itu diadakan di tempat lain demi menjaga keselamatan rakyat dan melindungi harta benda awam.Tunku Aziz berkata beliau mengambil risiko besar menyertai DAP kerana parti itu rata-rata dianggap parti perkauman Cina oleh orang Melayu.Namun beliau menyertai parti itu kerana terpengaruh dengan laungan pemimpinnya yang mendakwa mahu memperjuangkan kepentingan semua kaum.Tunku Aziz berkata selepas hanya beberapa bulan dalam DAP,beliau menyedari parti itu tidak serius untuk menarik lebih banyak ahli bukan Cina,khususnya orang Melayu.

"Sebagai contoh,mereka menubuhkan satu,dua cawangan Melayu.Saya berpendapat saya boleh membantu, jadi saya minta diaturkan pertemuan… namun tiada apa dilakukan oleh parti untuk (merealisasikan) lawatan itu.Rumusan saya ialah keanggotaan Melayu (dalam DAP) bukan sesuatu yang diambil serius oleh parti," katanya sambil menambah DAP hanya mahu mengikis "imej Cina" parti itu.Langkah itu dilihat sebagai amat strategik untuk membantu meyakinkan penyokong PAS dan pengundi Melayu lain memberi sokongan kepada DAP pada PRU 13.Ditanya sama ada pemimpin DAP besifat perkauman, Tunku Aziz berkata apa yang jelas ialah tumpuan mereka adalah kepentingan masyarakat Cina. "Saya tidak katakan mereka ini perkauman tetapi apa yang saya perhatikan tumpuan mereka adalah membela kepentingan masyarakat Cina. "(Ini) kerana ..undi DAP datang daripada masyarakat Cina. Jadi untuk mengekalkan kuasa, mereka mesti dilihat memperjuangkan kepentingan kaum Cina secara berterusan," katanya. "Saya akui itu adalah realiti politik di negara ini. Saya tidak salahkan mereka tetapi sekurang-kurangnya (DAP) janganlah mendakwa dirinya lain daripada (parti yang memperjuangkan agenda Cina)," ujar beliau.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...