PAPA GOMO |
Polis Didakwa Merogol, Tiada Belas Kasihan Jika Terbukti Benar - Hishammuddin Tun Hussein Posted: 20 Nov 2012 05:00 PM PST Tiada belas kasihan dan simpati terhadap tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Perai,Pulau Pinang pada Jumaat lalu. Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan,kes ini mesti diadili disebabkan tindakan tiga anggota polis ini boleh mencemarkan imej seluruh seluruh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurut Hishammuddin lagi,kes ini tidak perlu disembunyikan dari pengetahuan orang ramai dan jika ada pekara yang perlu ditimbulkan bawa ke mahkamah. Gomo menyambut baik ulasan Menteri bertanggungjawap dalam pekara ini kerana insiden yang dilaporkan ini adlaah amat berat dan merupakan satu kesalahan yang begitu serius apatah lagi mencemarkan imej dan intergriti PDRM yang selama ini cukup disegani dan diyakini oleh masyarakat Malaysia. Namun demikian kita sebagai rakyat Malaysia tidak harus menyalahkan PDRM diatas insiden yang didakwa ini kerana setiap yang berlaku haruslah menjalani proses undang undang yang sedia ada. Malah dalam pekara ini wanita Indonesia yang mendakwa dirogol oleh tiga orang anggota Polis itu juga perlulah diberikan kawalan yang ketat agar apabila kes pendakwaan ke atas Tiga anggota Polis yang dikatakan terlibat itu berjalan dengan lancar bagi memberikan keadilan kepada semua pihak. Tahniah sekali lagi diatas kenyataan Menteri yang bertanggungjawap dan tidak lupa kepada seluruh anggota PDRM. Inilah adat dalam bidang beruniform yang mana akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Dan Gomo dengan ini juga meminta agar rakyat Malaysia usahlah terus menjatuhkan hukuman kepada pihak PDRM diatas isu ini kerana dalam sebakul buah belum tentu semuanya molek belaka untuk dimakan. Apa pun teruskan khidmat anda PDRM kepada Jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan keamanan negara Malaysia ini terus dipelihara. Psssttt.... Pembangkang asyik nak salahkan Polis tak sudah sudah...adoiiii |
10 Resolusi Mengecam Kekejaman Israel Zionis Ke Atas Rakyat Palestin Posted: 20 Nov 2012 05:08 AM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini membentangkan usul mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza di Parlimen lisan berakhir jam 11.30 pagi. Berikut merupakan 10 resolusi Usul Mengecam Serangan Israel Ke Atas Wilayah Palestin di Gaza yang dibentangkan. 1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat. 2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta serangan ketenteraannya ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan. 3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya. 4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel. 6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. 7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. 8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta. 9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin. 10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB. Psssttt.... Bersatu lah wahai umat Islam..... apatahlagi kita sesama umat di Malaysia ini. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment