Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Iklan Pelik tapi Benar, Dunia Tanpa Kereta Apa Jadi?
- TUDIAA!! Hadi Awang Nak Jadi Presiden Pas Pertama Bunuh Diri!
- PANASS!! Jangan Memilih Pemimpin Munafik Khususnya Pemimpin Pakatan Haram - PM @NajibRazak
- PANASS!! Menteri #AES Ni Tak Nak Menang PRU 13 ke?!!
- PANASS TERBAKAR!! Siapa Syaitan Sebenar Di Sebalik Desakkan SUK Letak Jawatan! #TukarKedah
- PANASS!! #AirSelangor! Khalid tak reti Bahasa, Pekak Atau Bodoh?
HOT!! Iklan Pelik tapi Benar, Dunia Tanpa Kereta Apa Jadi? Posted: 03 Nov 2012 08:18 AM PDT Agaknya jadi macam ni kot bila dunia takdak kereta. he he.. macam orang gila saja pun. Kalau macam ni, dari Kedah Ke KL, mau seminggu jalan. he he.. | ||
TUDIAA!! Hadi Awang Nak Jadi Presiden Pas Pertama Bunuh Diri! Posted: 03 Nov 2012 05:38 AM PDT Hadi Awang dah lama hidup kot.. atau tak sabar nak bunuh diri? Mc pun setuju Hadi Awang bertanding di Pekan, Pahang. Tu pun kalau dia ada telor la. Kalau Hadi rasa dah taknak jadi Ahli Parlimen lagi lepas ni. Atau nak bagi Mat Sabu jadi Presiden Pas pula. Mc mengalu-alukan Hadi bertanding kat lubuk PM tu. Dengar kata PKR pun setuju Hadi nak bertanding kat sana. Bagus la tu, PKR memang suka tengok Pas lemah. Lagi senang depa nak kontrol Pas nanti. Mc percaya Hadi berani cakap saja. Biasa la orang Pas, dari Presiden sampai ke akar umbi, cakap saja berkobar-kobar. Bila masa nak buat, lari bertaburan!! he he.. McTheory: Kalau rasa hebat sangat, tak yah cabar Najib, pi cabar Muhyiddin kat Pagoh dulu.. | ||
PANASS!! Jangan Memilih Pemimpin Munafik Khususnya Pemimpin Pakatan Haram - PM @NajibRazak Posted: 03 Nov 2012 02:17 AM PDT Jangan memilih pemimpin yang selalu berbohong dan tidak tunaikan janji. Sama sebiji macam Anwar dan Azizan Razak! Cakap saja pandai, tapi habuk pun tarak! Tolong la tolak pemimpin munafik macam depa dua orang ni! | ||
PANASS!! Menteri #AES Ni Tak Nak Menang PRU 13 ke?!! Posted: 02 Nov 2012 11:16 PM PDT Ni antara menteri-menteri yang taknak menang pada PRU 13 ni. Menteri yang rasa hebat nak mampuih sampai taknak dengar cakap orang. Dia kat atas sedap bercakap, kita kat bawah ni jenuh tepis la bab AES ni. Patutnya pertimbangkanlah rayuan rakyat dan akar umbi ni. Malah Pemuda UMNO juga mengusulkan cadangan supaya AES ditangguh dan di kaji semula. Namun ego menteri pengangkutan ni tebal sangat, sampai tak boleh nak tarik handbrake. Mc tak rasa menteri ni boleh menang pada PRU ke 13 nanti. Atau di angkat semula jadi menteri. he he.. maaf la pada semua upahan pejuang AES, teguran Mc ni ikhlas, datang dari suara rakyat marhaen. AES memang bagus, tapi masih banyak kelemahan. Perlaksanaan pun tak kena waktu, memang gagal habis! Orang yang mencadangkan AES dan membuat AES ni sebenarnya nak bunuh kerajaan BN. Mungkin dia trojan horse dalam kerajaan persekutuan yang kita cari-cari selama ini. McTheory: rakyat di dahulukan.. dah lupa ke? | ||
PANASS TERBAKAR!! Siapa Syaitan Sebenar Di Sebalik Desakkan SUK Letak Jawatan! #TukarKedah Posted: 02 Nov 2012 08:19 PM PDT ![]() Baru-baru ni Kedah di gemparkan kewujudan ahli majlis yang di lantik melalui kuasa politik mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Wira Hj Rasli Basir meletak jawatan kerana tindakannya menukar Pegawai Daerah (DO) merangkap YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Faisol Mohd Nor ke Kuala Muda. Ramai yang tidak mengetahui bahawa menukar Kedah Civil Service (KCS) atau dalam bahasa Malaysia Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah adalah di bawah kuasa SUK kerana SUK merupakan ketua bagi KCS dan tak perlu melalui mensyuarat Exco. Sebab itulah Menteri Besar Kedah, Azizan Razak menyatakan penukaran KCS yang telah di lakukan Rasli Basir adalah mengikut garis panduan yang telah di tetapkan dan tidak mahu masuk campur tangan dengan desakan yang telah di lakukan kumpulan ahli majlis yang menentang SUK. Setiap penukaran KCS, SUK perlu mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Kedah terlebih dahulu seperti mana yang telah di lakukan Rasli Basir sebelum menukar Ahmad Faisol ke Kuala Muda untuk menjadi DO Kuala Muda. Untuk pengetahuan semua Jawatan yang di lantik kepada Ahmad Faisol di Kubang Pasu adalah DO dan Jawatan YDP hanya datangnya selepas Ahmad Faisol di lantik menjadi DO dengan disepertujui melalui mensyuarat Exco. Kedudukan Ahmad Faisol dalam jawatan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu hanyalah mendapat elaun sahaja, tetapi di dalam memegang jawatan DO, Ahmad Faisol telah di bayar gaji oleh Kerajaan Negeri sebagai seorang KCS. Maka sebagai seorang DO, akta 171 yang di gunakan ahli majlis untuk menunjukan kesalahan SUK, Rasli Basir tidak boleh di guna pakai kerana DO tertakluk bawah Majlis Negara Kerajaan Tempatan, Artikel 93 Bab 7, perkara 95 A. Oleh sebab akta 171 tidak dapat di guna pakai pihak yang menentang SUK, mereka telah mengubah betuk serangan terhadap SUK dengan mendakwa SUK telah melakukan penyelewengan projek MPSPK tanpa sebarang bukti yang kukuh bagi memberi gambaran imej yang buruk dan tekanan terhadap SUK supaya meletakan jawatan. Dari sumber maklumat yang di perolehi orang dalaman PAS, orang yang memain peranan merancang meracuni pemikiran ahli majlis yang marahkan SUK kerana menukar Ahmad Faisol merupakan orang kuat Azizan dalam Wisma Darulaman iaitu Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor.
Tujuan sebenar Setpol Azizan Razak, Sanusi Md Nor meracuni pemikiran ahli majlis yang menentang SUK adalah membantu seorang pengarah yang totok PAS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri setelah tindakan Tuanku Sultan Kedah menyambung khidmat SUK, Rasli Basir lagi setahun setelah tamat tempoh yang telah di tetapkan. Di sebabkan penyambungan perkhidmatan tambahan lagi setahun Rasli Basir sebagai SUK telah membuatkan pengarah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah terbabit sukar menapak jauh dalam mendapat jawatan yang lebih tinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri selagi Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Puat tidak di naikkan sebagai SUK. - Media Kedah McTheory: Banyak lagi rahsia nak bongkar.. tunggu sat noo.. | ||
PANASS!! #AirSelangor! Khalid tak reti Bahasa, Pekak Atau Bodoh? Posted: 02 Nov 2012 05:38 PM PDT Mc rasa nak muntah darah atau nak guling-guling bila tengok video Khalid Gagap bengap yang mempersendakan Kerajaan Persekutuan kerana sibuk nak buat Langat 2, sedangkan loji tu hanya boleh digunakan selepas tahun 2016. Mc tak tahu Khalid ni masih mempunyai otak atau semasa beliau bercakap tu, beliau tertinggal otaknya kat rumah. Sebagai seorang Menteri Besar, mana boleh beliau mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu? Atau beliau sedang cuba memperbodohkan rakyat Selangor dan rakyat Malaysia? Mc ingat Azizan Razak dan Nik Aziz saja yang suka buat kenyataan bodoh tidak mengikut takrif otak seorang MB. Rupanya Khalid gagap ni lebih teruk dari dua orang MB tu. Kesian rakyat Selangor mempunyai MB paling teruk dalam sejarah kerajaan negeri. Khalid ni manusia yang tak layak jadi pemimpin, kerana beliau tidak berpandangan jauh. Beliau mempertikaikan Langat 2 kerana Loji Langat 2 hanya boleh beroperasi setelah siap pembinaan dan mengumpul kawasan tadahan dalam tahun 2016, bermakna lebih kurang 4 tahun dari sekarang. Tidakkah Khalid sedar, Langat 2 tu diwujudkan untuk apa? Demi siapa? dan kenapa? Langat 2 tu memang untuk masa depan, dan bukan untuk masa sekarang. Kita sedang risau melihat air di empangan Selangor sekarang ni, walaupun sering hujan, tetapi air di empangan tak meningkat banyak. Kenapa tak meningkat banyak? Kerana, kegunaan air di Selangor meningkat saban hari. Hingga sampai suatu masa, empangan dan sumber air yang ada sekarang ni tak mampu lagi untuk menampung jumlah kegunaan harian sumber air bersih di Selangor. Kalau nak tunggu krisis air sampai baru nak bina loji rawat, sempat ke siap? Ataupun Khalid ada teknologi yang boleh siapkan loji dalam sekelip masa? Itu yang merisaukan kita, sedangkan, sekarang pun kita dah nampak kesannya, apatah lagi 4 tahun akan datang. Kerajaan Pusat telah melakukan kajian terperinci bersama pakar-pakar air dan ahli akademik yang mahir dalam bidang ni. Kalau mengikut kajian tersebut, kawasan Lembah Kelang akan mengalami masalah air jika tempat simpanan air bersih dan struktur air Selangor masih dalam keadaan yang sama. Sebab tu Kerajaan Persekutuan berkeras mahu membuat Langat 2, walaupun Kerajaan Negeri Selangor masih lagi berdolak dalik sampai sekarang. Hinggakan, Kerajaan Persekutuan mahu membuat Loji Langat 2 tanpa persetujuan dari Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa begitu? Semuanya atas alasan demi kebaikkan dan kesenangan rakyat Selangor. Bagi mengelakkan rakyat Selangor menghadapi masalah air bersih pada masa hadapan. Itu perancangan untuk masa depan, perkara yang perlu difikir apabila kita dah jadi kerajaan, memikirkan masa kini dan masa depan, bukannya hanya nampak apa yang didepan mata saja. Sekarang ni, Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor telah menangguhkan projek Loji Air Langat 2 hampir dua tahun! Kalau mengikut kajian, 2016, Selangor akan menghadapi masalah air bersih. Itu mengikut perancangan dulu, kini Langat 2 masih belum terbina. Kiranya masalah air akan datang sebelum Langat 2 siap. Kalau jadi macam tu, siapa yang patut bertanggung jawab dan dipersalahkan? Mahukah Khalid bertanggung jawab atas masalah ini? Kerana pada 2016 nanti, Khalid pun belum tentu jadi MB, malah Kerajaan Pakatan Selangor pun belum tentu ada kewujudannya. Jadi pada siapa yang perlu kita persalahkan kelak? Sebagai Menteri Besar, Khalid sepatutnya memikirkan semua ini. Ini adalah perancangan untuk sebuah negeri maju seperti Selangor. Kalau Khalid tak berupaya memikir hingga ketahap itu, nampak sangat Khalid tak ubah seperti seekor lembu bercermin mata yang dipaksa memakai baju kot! Adeh.. macam ni Menteri Besar Selangor? Kalau Khalid terus jadi MB Selangor, Mc percaya Selangor akan bankrup!! Bukan bertambah maju, malah akan bertambah teruk!! Jadi tolonglah rakyat Selangor sepak si bodoh dan puak-puaknya turun dari takhta kerajaan negeri! Tolonglah! McTheory: Rakyat Selangor bijak pandai, takkan nak tengok MB korang macam lembu tu? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment