Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Perompak Kurang Ajar, Berani Mati Rompak Depan Rumah!!

Posted: 19 Nov 2012 07:36 AM PST


Memang berani mati gila perompak ni. Mc percaya mesti dia dipengaruhi dengan dadah. Kalau tak dia takkan seberani itu. Selamatlah dia tak cederakan perempuan tu. Tapi hairan ya, perompak begitu berani merompak depan rumah dan ditaman perumahan. Apakah dia yakin takkan ada jiran yang akan membantu?

Hidup zaman sekarang ni, makin teruk! Depan mata pun, boleh buat tak tahu.

TUDIAA!! Abby Albody Kena Sound Setepek!!

Posted: 19 Nov 2012 02:19 AM PST



Menurut Abby, individu yang memakai tudung namun masih memakai baju berlengan pendek, lebih baik tidak payah memakai tudung, kerana memakai baju berlengan pendek juga tidak menutup aurat dan ia adalah kesalahan yang besar.

"Sebab ada Ustaz cakap kat saya, kalau kita dah tutup aurat, tapi kita duk pakai baju lengan pendek, maknanya… tak dapat markah Ustaz!"

Bagaimanapun fatwa Abby itu disangkal oleh Ustaz Pas yang menyebabkan muka Abby terus merah padam mungkin kerana terlalu malu dengan fatwa yang dianggap salah oleh Ustaz itu.

Ini kali kedua Abby ditarbiyah di khalayak umum selepas Ustaz Azhar Idrus berbuat demikian beberapa bulan lalu.

Abby kena berhenti gunakan lojik akal dalam agama dan belajar betul-betul dahulu.

Kulaan Niring

EKSKLUSIF!! Minit Mesyuarat Palsu Pentadbiran KUIN DiSebar!! #TukarKedah

Posted: 18 Nov 2012 10:17 PM PST


Di bawah ini adalah minit mesyuarat palsu diantara pihak KUIN (Kolej Universiti Insaniah) bersama dengan Shake Cuisine, kepunyaan Shaikh Faisol yang menang kes menuntut hutang beliau pada KUIN pada awal bulan lalu. Untuk rujukan boleh klik SINI.

Mula-mula KUIN disaman oleh Shake Cuisine sebab tak jelaskan pembayaran selenggara asrama pelajar KUIN. Jumlah tu bukannya kecil, ianya melibatkan RM3 juta ringgit.

Untuk menyelamatkan diri dari kantoi kena bayar saman, dia sanggup suruh KUIN buat minit mesyuarat PALSU! Kononnya terer sangat la tu.

Akhirnya, kerja jahat dan aniaya orang ni akan kantoi juga. Padan muka si Jamil tu. Kat bawah ni minit mesyuarat palsu yang si Jamil tu buat. Jangan kata kami fitnah, sebab dokumen dan bukti depan mata kami tunjuk.



Pasal Azizan pula, dia tu Pengerusi KUIN, tapi apa satu pasal KUIN pun dia taktau. Jamil tu jaga KUIN teruk nak mampuih. Tapi dia boleh buat dekk saja.

Kakitangan KUIN dah banyak kali jumpa Azizan dan cerita kat dia pasai Rektor KUIN tu. Tapi Azizan tak mau dengar suara kakitangan KUIN walaupun yang mai habaq tu orang PAS totok yang kerja dengan KUIN.

Dia sayang sungguh dengan Jamil, sampai siap sambung kontrak 4 tahun lagi untuk jadi rektor. Elok la tu, Jamil pelingkupkan KUIN, Azizan pelingkupkan Kedah. Selagi dua-dua ni jadi 'bos' bungkus la KUIN dan Kedah.

Isu pasal KUIN ni tak hanya berhenti disini. Kita sambung lagi nanti. Kita tengok blogger Pas nak bersilat macam mana pula.

McTheory:
bab bohong, menipu, fitnah dan palsu, memang kerja orang Pas la.

HOT! #IsuAirSgor: Woi @KhalidIbrahim! Bila Tahun Nak Buat Projek #Langat2? Nak Tunggu Kiamat?

Posted: 18 Nov 2012 07:16 PM PST


Jam demi jam, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, tangguh punya tangguh, dah masuk 2 tahun. Sampai bila? Sampai bila, Kerajaan Negeri Selangor mahu menangguhkan Projek Loji Air Langat 2?

Pelbagai alasan digunakan untuk menangguh Loji Langat 2. Mula-mula dulu, nak buat penstrukturan semula, lepas tu pembenihan, kemudian teknologi membran dan terbaru nak buka loji lama gabung dengan teknologi membran. Kalau tu pun tak jadi, lepas ni apa pulak alasan Khalid nak bagi.

Semua langkah ini diambil dengan tujuan menambahkan kapasiti air terawat. Khalid cakap Selangor cukup air tapi langkah yang diambil pula menunjukkan sebaliknya. Kalau tak ada krisis, langkah ni suka-suka ke?

Semakin lama semakin mengarut idea-idea yang muncul dari Khalid dan exco-exco bengapnya. Dari Menteri Besar sampailah ke exco, semuanya tak boleh pakai. Masing-masing hanya pentingkan diri dan politik. Rakyat pula, hanya dibuat sebagai bahan untuk pancing undi.

Memang benar sekarang ini Selangor tidak mengalami masalah air, air mentah pun berlambak lagi, kononnya seperti yang dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Gagap, tetapi masalah sekarang, ialah bekalan air terawat yang semakin berkurangan.

Air terawat inilah yang akan digunakan untuk keperluan harian seperti minum, mandi, pertanian, perkilangan dan untuk perusahaan lain. Nak dapatkan air terawat kena ada air mentah bukan?

Sebab itu kita perlukan Langat 2. Kita taknak bekalan air terawat nanti tidak mencukupi.


Fungsi Loji Langat 2, ianya dibekalkan air mentah dari Pahang, air disalurkan melalui terowong adalah paling efektif kerana jarak yang tidak jauh, malah air terawat yang dibekalkan juga bukan sedikit. Langat 2 mampu membekalkan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari.

Memang dalam situasi sekarang tidak ada apa yang perlu dirisaukan seperti kata Khalid Gagap, bahawa paras air di empangan dan sungai yang masih penuh. Maklumlah musim hujan, itu sekarang..

Namun bayangkan jika berlaku kemarau panjang akibat perubahan cuaca menyebabkan krisis air sama seperti pada tahun 1991, akibat fenomena El-Nino yang mungkin boleh berulang kembali. Mampukah 34 loji air di Selangor menampung kadar permintaan air pada masa tersebut? Jangan cakap loji, sungai pun boleh kering.. nak proses apa masa tu?

Sehingga kini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada di Selangor tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.

Untuk maklumat tambahan, 5 daripada 34 loji air di Selangor ni sudah mengunakan 120% upaya mengeluarkan air.

Sebab itu kita perlukan loji Langat 2. Langat 2 membantu loji yang sedia ada dengan menampung jumlah pengeluaran air yang sangat besar.

Kita tak perlukan loji lama yang putarkan air dari sumber yang sama. Apa yang rakyat Selangor perlukan ialah sebuah loji baru dengan sumber air mentah tambahan untuk menampung kadar permintaan air rakyat Selangor pada masa akan datang.

Rakyat Selangor mahukan satu langkah yang memang terjamin untuk masa depan. Bukannya bahan ujikaji yang baru untuk dicuba seperti mana Kerajaan Negeri Selangor buat sekarang ni. Andaikata ujikaji mereka gagal (sememangnya gagal) ianya sudah terlambat untuk membuat Langat 2.

Khalid memang sedia maklum yang Selangor bakal berdepan krisis air. Dia tahu yang kerajaan pusat bertegas akan membina Langat 2 demi kepentingan rakyat. Tugas dia hanya menentang usaha kerajaan pusat demi kepentingan parti.

Macam loji Sg Labu dulu, bila siap dibina oleh kerajaan pusat bagi kepentingan rakyat di kawasan Sepang, Khalid tak berikan kebenaran untuk ambil air dari sungai. Kebenaran diberi hanya selepas hak untuk mengendalikan loji tersebut diberikan kepada anak syarikat kerajaan negeri. Terang-terang rakyat Selangor dijadikan pajakan.

Rakyat Selangor perlu bersuara, Langat 2 bukan projek politik. Langat 2 untuk kepentingan masa depan. Selangor sudah pernah menghadapi krisis air yang kritikal pada masa dulu. Mahukah anda mengalaminya sekali lagi?

Bangkitlah rakyat Selangor, bangkit dan sepak si Khalid suruh dia bangun dan sedar. Rakyat taknak main politik, apa yang rakyat Selangor nak ialah, projek Langat 2 diteruskan, semuanya demi masa depan negeri dan anak Selangor itu sendiri.


McTheory:
Tunggu apa lagi! Pergi la kejut si Gagap tu!!

PANASS!! Beza Antara Islam Pas dan Islam UMNO!! Beza Ya Amat!! #Pasrabut

Posted: 18 Nov 2012 04:36 PM PST


Mc rasa tak perlu Mc perjelaskan dengan lebih lanjut. Pembaca boleh klik sendiri video kat bawah ni untuk fahami dengan jelas. Perbezaan diantara Islam UMNO dan Pas.





Pas selalu mengaku dorang Islam yang lebih hebat dari UMNO. Tapi perlakuan dan tingkahlaku, tidak mencerminkan langsung macam orang Islam yang hebat. Jadi setakat berpakaian jubah, kopiah dan serban. Belum tentu dia amal Islam, sebab sikh juga pakai serban, namun dia bukan Islam. Betul tak?


McTheory:
Makin lama, makin menyampah dengan Pas ni.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...