Kedah Ke KL - MctHeory |
- MISTERI!! Kandungan Kembar Wanita Hilang Dalam Perut!!
- PANASS!! Bila Orang Pas Kata Akhbar Haramkah Akhbar FITNAH!!
- KASI PANASS!! Ahli Pas Peleceh Nik Aziz Dewa dan Mat Sabu kaki Khalwat!
- PANASS!! Telah Putuskan Untuk Tinggalkan Islam Demi Putrajaya!!
- PANASS!! MB Kedah Nak Lari Mana? Meh Jawab Ni Meh!! #TukarKedah
- GEMPAR!! Mat Sabu Presiden Baru PAS!!
| MISTERI!! Kandungan Kembar Wanita Hilang Dalam Perut!! Posted: 16 Nov 2012 07:17 AM PST POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu. Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. ![]() CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah semalam. Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama. "Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang. "Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis. "Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku. "Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis," cerita Norliana kepada pemberita di sini semalam. Dia yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas. Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin. Menjelaskan lebih lanjut, Norliana berkata, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan. "Bagaimanapun semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan saya itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang," ujarnya. Norliana turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu. "Mereka memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu anak saya hilang dalam kandungan," katanya. sumber- Kosmo |
| PANASS!! Bila Orang Pas Kata Akhbar Haramkah Akhbar FITNAH!! Posted: 16 Nov 2012 04:38 AM PST Buah pedih untuk akhbar fitnah no 1 Pas..Pewakilan Pas sendiri pun tak percaya dengan berita berita yang dibawa oleh harakah..Tapi yang tak boleh blahnya ada jugak pencacai yang duk percaya 100% berita dari harakah yang tah dari mana dia kutip.. Lidah rasmi Pas hari ini dikritik hebat oleh pewakilan yang membawa usul agar sebuah jawatan kuasa khas ditubuhkan dan mendesak pas pusat menstruktur semula sidang editor lidah rasmi tersebut.. Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini meluluskan Usul yang dibawa oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad. Usul itu diluluskan dengan majoriti besar oleh para perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat. Kamaruzzaman berkata, usul itu dibawa selepas pihaknya menyedari bahawa mutu pemberitaan dalam Harakah semakin merosot dan kurang kredibiliti."Kita juga menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhannya," Sumber Medan Tempur |
| KASI PANASS!! Ahli Pas Peleceh Nik Aziz Dewa dan Mat Sabu kaki Khalwat! Posted: 16 Nov 2012 01:17 AM PST Ha ha ha.. Mc tak payah komen banyak-banyak la kot. Cukup la dengar apa si Profesor ni katakan. Memang terbaik la.. adehh sedap abe sedap abe.. kah kah kah.. Pas dah takdak kepimpinan Ulamak, yang tinggal ularmak dan fullamak saja la. kah kah kah.. |
| PANASS!! Telah Putuskan Untuk Tinggalkan Islam Demi Putrajaya!! Posted: 15 Nov 2012 10:16 PM PST Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi. Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Untuk itu, Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi. Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik). Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan 'menawan Putrajaya' sebagai satu-satunya agenda besar. Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan. Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk 'menawan Putrajaya' juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya. Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar. Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu "Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya. Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan." Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR. Katanya, "Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli." Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi "tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain." Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP. Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi. Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya. Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal. Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas. Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan? Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata? Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya. PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa. Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya. Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti. Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka. Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi. |
| PANASS!! MB Kedah Nak Lari Mana? Meh Jawab Ni Meh!! #TukarKedah Posted: 15 Nov 2012 07:18 PM PST Kalau tak reti nak jadi kerajaan negeri, baik bagi balik la kat kami!! he he.. |
| GEMPAR!! Mat Sabu Presiden Baru PAS!! Posted: 15 Nov 2012 04:37 PM PST Tika ini, Muktamar Dewan Pemuda PAS yang ke 53 dan Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke 52 sedang berlangsung di Kota Bharu sehingga 15 November 2012. Ia kemudiannya akan diikuti dengan Muktamar Tahunan PAS ke 58 yang akan bermula 16 hingga 18 November 2012 di Pengkalan Chepa, Kelantan. Tumpuan utama muktamar PAS ini mungkin sahaja berlegar pada persediaan PAS sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) memandangkan sudah keluar arahan rasmi pimpinan tertinggi parti yang mahukan ahli dan pewakilan PAS dari seluruh negara hanya memfokuskan perkara tersebut. Namun kekecohan isu akidah & kebebasan agama untuk orang Melayu Islam yang membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dijangkakan akan turut mewarnai persidangan ini. Ringkasnya muktamar PAS kali ini sememangnya agak dinantikan ramai, jika tidak kena gayanya ia akan menjadi yang terhangat dan paling panas. Selain isu Nurul Izzah dan fahaman liberalnya, isu hudud serta peranan PAS dalam PR yang semakin mengecil, pemerhati politk menjangkakan peningkatan imej Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang semakin membayangi ketokohan Hadi Awang sebagai Presiden juga akan menarik perhatian ahli dan perwakilan PAS. Suara-suara kebimbangan dari para pewakilan dan pemimpin PAS tentang kemungkinan muktamar PAS ke 58 ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Mat Sabu untuk melebarkan pengaruh Syiah dan memperkuatkan penguasaannya dalam parti juga sudah mula kedengaran. Kebimbangan mereka ada asasnya, sementelah lagi cengkaman kuasa Hadi dalam PAS semakin longgar selepas beberapa pemimpin kanan PAS dari kumpulan Kerajaan Perpaduan (UG) yang rapat dengan Hadi tewas satu demi satu hasil permainan politik kumpulan Anwarinas. Dengan kerjasama dan dokongan sebahagian besar AJK PAS Pusat yang tika ini terdiri daripada geng Anwarinas, ada kemungkinan pada tahun depan pertembungan antara Hadi dengan Mat Sabu tidak dapat dielakkan lagi. Namun sebelum itu, orang kepercayaan Hadi iaitu Mustapha Ali yang sekarang diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung PAS bakal diterajang terlebih dahulu oleh kumpulan Anwarinas dan penyokong Mat Sabu. Video seks Mustapha Ali yang berasmaradana dengan beberapa orang GRO khabarnya sudah berada dalam tangan kumpulan Anwarinas dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mendedahkannya kepada umum bagi membunuh imej politik orang kanan Presiden PAS itu. Selepas itu, ayam tambatan Anwar Ibrahim dalam PAS, yakni Kamaruddin Jaafar bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung. Jika segalanya berjalan seperti dirancangkan, besar kemungkinan mudah untuk Hadi terpelanting dari jawatan Presiden dan nasibnya mungkin sama buruk seperti pernah dialami Allahyarham Asri Muda. Tidak dapat tidak, PRU 13 kelak bakal ternoktah sebagai pilihanraya terakhir untuk Hadi dan mungkin merintis kepada kejatuhan besar-besaran pengaruh PAS dalam arena politik tanahair. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment