House PK |
- WAHAI PAS KUFFAR! JOM KITA SERET TALIBARUT SCORPENE KE MUKA PENGADILAN!
- ANWAR ZION KATA: TO BE OR NOT TO BE ISRAELI LOVER!
- PANASNYA! FAKTA HUDUD PAS YANG TERLAMPAU BELITNYA!
- PANAS! ARTIKEL BERAPI KHAS UNTUK PUAK PAS YANG SEMAKIN SESAT! WAJIB DIBACA
WAHAI PAS KUFFAR! JOM KITA SERET TALIBARUT SCORPENE KE MUKA PENGADILAN! Posted: 21 Nov 2012 01:08 AM PST Kegiatan puak-puak yang di-taja anasir asing dinegara kita ini adalah sesuatu yang benar dan nyata. Perkara ini bukanlah khayalan atau rekaan mana-mana pihak seperti yang sering digambarkan pihak pembangkang. Pembohongan bersiri anasir-anasir yang berselindung disebalik pertubuhan haram seperti SUARAM adalah bukti nyata akan kewujudan puak-puak subversif ini didalam negara kita. Ancaman puak-puak subversif ini adalah amat serius dan harus disekat sebelum nasi menjadi bubur. Penyaluran maklumat palsu oleh sebuah syarikat guaman tempatan kepada peguam di Perancis, seperti yang di-laporkan sebelum ini adalah pengkhianatan yang amat keji lagi hina. Kenyataan peguam Amer Hamzah Arshad dari syarikat guaman Zain & Co adalah satu pengkhianatan kerana maklumat yang disalurkan adalah tidak benar dan merupakan pembohongan yang jelas. Kita tahu pihak Suaram dengan kerjasama erat pihak pembangkang telah menjaja isu pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis demi kepentingan politik mereka. Kita sedar baru-baru ini bahawa dakwaan pihak Suaram dan puak pembangkang tentang perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah satu pembohongan besar. Pendakwaraya dari Perancis sendiri telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan atau 'trial' di Perancis seperti yang didakwa pihak Suaram dan puak pembangkang selama ini. Puak-puak ini hanya memperbodohkan rakyat dengan niat jahat, demi kepentingan politik mereka. Nyata syarikat guaman Zain & Co, menerusi peguam Amer Hamzah Arshad juga bersekongkol mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu dengan niat jahat. Apakah pendirian Majlis Peguam kita dalam isu ini? Apakah Majlis Peguam bacul atau mereka sebenarnya 'ignorant' berhubung isu ini? Saya mendesak agar tindakan tegas diambil keatas peguam terbabit dan syarikat guaman berkenaan kerana ini adalah satu kesalahan yang amat keji. Majlis Peguam harus dibubarkan jika mereka tidak mampu menangani gejala jijik yang tidak professional ini dikalangan peguam dinegara ini. Syarikat guaman Zain & Co juga didapati banyak menjalankan urusniaga dengan kerajaan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam konteks ini saya ingin mendesak agar kerajaan mengkajisemula segala urusniaga atau 'dealings' dengan syarikat tersebut dengan serta-merta demi menjaga keselamatan negara. Mana mungkin kerajaan berurusniaga dengan sebuah syarikat yang telah nyata mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu kepada pihak asing? Kuala Lumpur dan Paris mempunyai hubungan dua-hala yang akrab dari pelbagai aspek, terutamanya dari segi ekonomi. Urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dan puluhan kapal terbang Airbus melibatkan perbelanjaan berbillion ringgit. Terdapat juga pelbagai jalinan perdagangan lain yang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun. Walaubagaimanapun hubungan baik dua negara ini tidak terbayang dalam isu pembohongan Suaram dan puak pembangkang berhubung pembelian kapal selam Scorpene kerana sehingga kini kerajaan Peranchis masih berpeluk tubuh menjadi penonton. Apakah kerajaan Peranchis tidak menghargai hubungan baik dengan Malaysia dan memilih untuk berdiam diri walaupun tohmahan demi tohmahan dilemparkan keatas pemimpin dan kerajaan Malaysia? Kenapa kerajaan Peranchis atau pihak kedutaan mereka di sini seolah-olah memihak kepada pihak lain walaupun kebenaran itu berpaut pada pihak kerajaan? Apakah Hak Asasi Manusia, kebebasan dan sebagainya lebih penting dari kebenaran? Sebagai rakyat Malaysia saya mahu kerajaan mengkaji semula urusan perdagangan dengan syarikat-syarikat Peranchis kerana negara itu seolah-olah menjadi duri dalam daging bagi kita. SUARAM adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dalam negara ini. Fakta ini diakui sendiri oleh pemimpin politik pembangkang yang menerajui pertubuhan haram itu. SUARAM juga telah terbukti menerima dana dari organisasi asing yang telah memainkan peranan penting dalam memporak-perandakan beberapa negara yang kini bergelumang dalam konflik politik dan perang saudara. Jenayah yang dilakukan SUARAM adalah amat jelas dan kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas keatas rakyat Malaysia yang menjadi tali barut asing. Tali barut asing yang mencipta maklumat palsu harus dibawa kemuka pengadilan. Jika kita gagal bertindak mungkin perbuatan khianat sedemikian akan di-ulangi kerana habuan yang diterima adalah amat lumayan. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana kealpaan pada masa ini. House PK: ini aku petik dari blog MP Bayan Baru - Zahrain. |
ANWAR ZION KATA: TO BE OR NOT TO BE ISRAELI LOVER! Posted: 21 Nov 2012 12:15 AM PST Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dengan disokong sebulat suara oleh semua ahli parlimen Selasa lalu. Usul tersebut dibentang oleh Perdana Menteri, datuk Seri Najib Tun Razak dan dibaca oleh Perbahasan digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Usul itu diluluskan setelah tiga jam perbahasan oleh anggota Dewan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang yang lain. Anwar dalam membahaskan usul tersebut turut mengutuk dengan keras perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza yang lemah lagi tertindas. Malah Anwar dengan lantangnya mengesyorkan supaya Kerajaan Malaysia mengambil langkah lebih drastik untuk menghalang rejim Zionis terus menindas penduduk bumi Palestin yang di bawah cengkamannya. Bagi sesiapa yang mendengar ucapan Anwar yang berapi dan begitu tegas, sudah tentu akan teruja dan tertarik dengan sikap beliau yang seakan-akan sama dengan pendirian kerajaan Barisan Nasional. Malah boleh dikatakan ketua Umum PKR itu seolah-olah mahu dilihat sebagai pejuang dan pendokong kuat kepada perjuangan rakyat Palestin yang telah dirompak serta dijarah tanah air mereka oleh sang penindas Zionis Yahudi sejak 1948. Tetapi apakah benar kenyataan Anwar yang mengutuk serangan terbaru Zionis ke atas penduduk Gaza satu pendirian beliau yang harus dipercayai oleh umat Islam di negara ini. Adakah kenyataan keras beliau lebih baik daripada dasar berterusan kerajaan BN yang bukan sahaja telah mengutuk tindakan kejam rejim Zionis Yahudi sejak dari era Merdeka lagi tetapi telah memberi sokongan moral dan materi kepada perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan kaum Yahudi. Disetiap peluang pada pentas persidangan mesyuarat antarabangsa termasuk perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, wakil Malaysia akan berdiri di hadapan perwakilan menyatakan tanpa selindung dan ragu pendirian tegas negara berhubung isu Palestin. Dasar dan pendirian Malaysia tidak pernah berubah sejak 55 tahun lalu berhubung isu Palestin. Ini berlainan pula dengan Anwar yang berubah-ubah pendiriannya terhadap Israel. Kalau semasa di dalam Kabinet, beliau akur dan patuh kepada pendirian kerajaan namun setelah disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, rakyat mula melihat sikap sebenar atau 'true colours' Anwar berkaitan isu Palestin. Kenyataan beliau semasa diinterbiu oleh akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari tahun ini menyerlahkan keyakinan Anwar dalam konteks konflik Palestin-Israel. Kata beliau, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel." atau "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel." Seperti juga kenyataan songsang anaknya, Nurul Izzah yang seolah-olah mengalakkan orang Melayu murtad tidak dapat disangkal, begitu juga kalimat yang diucapkan oleh Anwar tidak mampu dinafikan walaupun sedaya mungkin mahu dijelaskan dengan pelbagai cara. Hakikatnya Anwar cuba mempamerkan sikap talam dua muka menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi malangnya pada masa yang sama juga mencintai musuh yang membunuh beribu kanak-kanak, wanita, orang tua serta rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak 64 tahun menduduki wilayah tersebut. Pendirian bermuka-muka Anwar ini adalah kerana beliau tidak mahu kehilangan sokongan kawan-kawannya Yahudinya yang berpengaruh di Washington dan London dalam usaha politik untuk menjadi Perdana Menteri. Jika beliau tidak menyokong golongan Yahudi kaya yang terus membiayai rejim Zionis untuk melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin, maka tiadalah harapannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka kutukan Anwar terhadap kezaliman rejim Zionis di Gaza semasa perbahasan usul tergempar itu hanyalah usaha untuk menutup sikap munafik beliau yang secara senyap dan terang menyokong Israel dan golongan Zionis-Yahudi. Beliau pernah menuding jari mengkritik hebat tindakan kerajaan mengupah firma komunikasi APCO dan mengaitkan syarikat itu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Israel dan Amerika Syarikat tetapi lupa bahawa beliau sentiasa di dalam dakapan pemimpin Yahudi ketika berada di luar negara. Siapakah yang ditemui oleh Anwar setiap kali beliau bertandang ke Amerika Syarikat jika tidak pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah beliau kenali dengan rapat semasa berada di dalam kerajaan lagi? Jadi janganlah rakyat Malaysia tertipu oleh sikap lunak yang cuba ditunjukkan oleh Anwar berhubung isu Palestin kerana sebenarnya itu hanya topeng yang dipakai luaran untuk menyembunyikan agenda sebenarnya. Sent by Maxis from my StrawBerry® smartphone |
PANASNYA! FAKTA HUDUD PAS YANG TERLAMPAU BELITNYA! Posted: 20 Nov 2012 12:21 PM PST PAS mengatakan UMNO murtad..kerana tidak melaksanakan hukum hudud..Apabila PAS ditanya...kenapa tidak menjalankan hudud di negeri yang diperintah pembangkang..PAS..memberikan alasan..perlembagaan persekutuan menghalang pelaksanaannya..dan seterusnya mengkafirkan UMNO. Namun, PAS terlupa...apa yang berlaku dalam satu wacana yang melibatkan orang yang bertanggungjawap merangka Enekmen Jenayah dan Syariah Kelantan 1993 dan Timbalan Menteri Besar PAS. Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad , "Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini. Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud. Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak. Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan. Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai. "Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya. PERSOALANNYA...APAKAH PAS MURTAD..KERANA TIDAK BERANI MENGGAZETKAN ENEKMEN JENAYAH DAN SYARIAH KELANTAN 1993 YANG DILULUSKAN DI DUN KELANTAN DAN TELAH DITANDATANGANI OLEH DYMM SULTAN KELANTAN..... ak tanya ja err,,,ak tak tuduh..macam PAS tuduh UMNO...jadi..jangan marah ak err...ki ki ki Sumber: Facebuku |
PANAS! ARTIKEL BERAPI KHAS UNTUK PUAK PAS YANG SEMAKIN SESAT! WAJIB DIBACA Posted: 20 Nov 2012 05:49 AM PST Ini artikel yang sangat bagus yang mesti dibaca oleh semua ahlul PAS! Ada masa lagi ni, kome semua boleh bertobat sebelum terlambat! Bacalah artikel ini sampai habis dan renung-renungkanlah! Memang heboh di kalangan umat Islam di negara ini apabila begitu meriah bercerita mengenai doa adik Nik Aziz Nik Mat yang dikenali sebagai Nik Razi Nik Mat di Muktamar PAS kali ke-58 baru-baru ini yang mendoakan kehancuran UMNO secara keseluruhannya. Bersungguh-sungguh sekali doa yang dilafazkan Nik Razi di majlis solat hajat di Stadium Kota Bharu itu bagi memohon Allah SWT untuk menjahanamkan UMNO, sebuah parti yang 95 peratus disertai oleh bangsa Melayu beragama Islam. Saya tidak tahu tentang reaksi dari mereka yang lain, namun boleh dikatakan semua maklum balas dari rakan-rakan saya yang beragama Islam masing-masing menggeleng-gelengkan kepala apabila menonton rakaman video doa adik Mursyidul Am PAS itu. Malah rakan-rakan saya yang tidak beragama Islam sendiri mencebik bibir menyatakan bahawa meskipun mereka merupakan golongan bukan Islam, mereka sendiri tidak pernah dan tidak tergamak berdoa begitu di depan Tuhan mereka. Sungguh memalukan akhlak puak-puak PAS pada muktamar parti itu kali ini dan pada saya sikap itu langsung tidak mencerminkan keperibadian Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Saya ingin bertanya kepada puak-puak PAS yang mempertahankan doa tidak bermoral itu, apakah Rasulullah SAW mengajar mereka untuk menjahanamkan saudara seagama mereka sendiri? Apakah Islam mengajar umatnya untuk memohon Allah SWT untuk menghancurkan saudara seagama yang mengucap dua kalimah syahadah, bersolat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji sebagaimana mereka amalkan dalam kehidupan mereka? Rasulullah ajar begitukah kepada umatnya? Sekiranya mereka berhujah dengan membawa contoh insiden sahabat Rasulullah SAW iaitu Saad ibnu Abi Waqqas Radhiallahu Anhu, ia adalah satu hujah yang sangat bertentangan dari apa yang mereka lakukan. Dalam insiden Saad RA, beliau mendoakan kepada rakyatnya yang menuduh beliau dengan perkara-perkara yang tidak benar dan dalam konteks ini, apakah puak-puak PAS itu merupakan pemimpin negara yang memimpin Datuk Seri Najib? Sekiranya mereka mahu mencari contoh, mereka sepatutnya mengaitkan contoh dari Rasulullah SAW sendiri yang terkenal dengan akhlak dan menjadi model insan terulung yang diktiraf dunia sehingga kini. Misalnya, mereka perlu mengambil contoh Rasulullah SAW yang mengunjungi kota Thaif di mana Baginda SAW dicerca, dihina, dilempar batu sehingga menyebabkan kekasih Allah itu cedera dan berdarah. Namun, meskipun Jibrail AS datang dan mahu meminta kebenaran Rasulullah SAW untuk menghempaskan bukit dan gunung-ganang ke atas para penduduk kafir di Thaif itu, Rasulullah SAW melarangnya untuk berbuat demikian. Malah Baginda SAW bersabar dan mendoakan agar Allah SAW memberikan hidayahNya kepada para penduduk kota Thaif. Itulah contoh akhlak terbaik! Bukannya berdoa yang membawa kehancuran, malah sepatutnya PAS mendoakan kebaikan kepada umat Islam lain walau berlainan fahaman politik. Saya sangat hairan melihat kebobrokan PAS. Di saat mereka bermuktamar tempohari, Zionis Yahudi Israel laknatullahi alaihim telah menceroboh Palestine dan menyerang umat Islam di sana sehingga menyebabkan kematian yang menyayat hati. Tapi, tidak mengambil iktibar atau bersimpati dengan mereka, PAS langsung tidak diberik hidayah oleh Allah SWT untuk melakukan solat hajat di muktamar tersebut dan berdoa bersungguh-sungguh agar Zionis Yahudi Israel itu dihancurkan. Apakah PAS takut untuk berdoa menjahanamkan Israel kerana negara Yahudi itu adalah merupakan kroni Anwar dan Ketua mereka itu membawa wang berkoyan-koyan untuk digunakan pada PRU ke-13 kali ini? PAS takut elaunnya dipotong Anwar? Atau PAS takut Anwar berkecil hati dan tak mahu lagi menyediakan dana serta peruntukan kewangan untuk PAS di seluruh Malaysia kali ini? Sampai begitu terusk sekali PAS sekarang berbanding PAS dulu. PAS dulu tidak boleh dibeli, tapi PAS kini sanggup menjahanamkan saudara seagama sendiri asalkan mereka dapat sumbangan dari "agen Zionis Yahudi Israel" itu? Islam jenis apakah PAS ini? Sumber: Perak Today |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment