Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


USUL PARLIMEN.. MALAYSIA KECAM ISRAEL!!

Posted: 19 Nov 2012 11:50 PM PST




BERIKUT ketetapan Usul Mengecam Serangan Israel Ke Atas Wilayah Palestin di Gaza yang dibentangkan di Parlimen pagi ini:

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan insfrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta merta gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasa gencatan.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas perhimpunan agung PBB- "Uniting For Peace- di bawah resolusi 377 A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawabnya.

4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

5. Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota-anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

6. Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Pelestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

7. Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

8. Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta.

9. Menggesa Majlis Keselamatan PBB menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas jenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

10. Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen, khasnya Kongres Amerika Syarikat (AS), Parlimen Britain dan Perlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.


DOA MUSNAH UMNO SEPERTI FIRAUN.. PAS HINA TAMADUN ISLAM.

Posted: 19 Nov 2012 06:22 AM PST




Doa Pas yang meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas solat Hajat sempena muktamar parti itu bermakna menghancurkan umat Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar berkata, berbeza dengan Umno, parti keramat Melayu itu tidak pernah meminta doa hancurkan Pas tetapi mendoakan perpaduan sesama Melayu dan Islam.

Menurutnya, pada masa ini, doa sudah dijadikan bahan kempen dan laungan seperti demonstrasi oleh parti Pas.

"Doa dibacakan pada muktamar tersebut adalah doa untuk menghancurkan umat sesama Islam. Saya berharap umat Melayu Islam dapat berfikir terhadap perjuangan Pas iaitu apakah perjuangan Pas masih memperjuangkan prinsip asal mereka," katanya.

Beliau berharap Pas tidak terlebih politik sehingga mahu menghancurkan agama dan bangsa.


Lagi Panas Berkaitan Doa PAS Hancurkan UMNO (KLIK pada tajuk dibawah untuk paparan lanjut) :-

 AMANAT ANWAR PADA PAS - "BUNUH UMNO.. ISU PALESTIN PERKARA REMEH"
 


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...