Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


MUKTAMAR PAS - DEWAN ULAMA' BOCOR RAHSIA SULIT HADI AWANG 'BUNUH' ANWAR.

Posted: 18 Nov 2012 12:16 AM PST




Nyata ramai dari kalangan Pimpinan PAS 'hentak kepala' sendiri setelah mendengar Perbahasan Wakil Dewan Ulama' PAS yang berlangsung pada Muktamar PAS ke 58 semalam.

Ini kerana apa yang dicadangkan beliau untuk mengangkat Presiden PAS Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri Malaysia pada PRU13 sememangnya merupakan agenda sulit beberapa Pemimpin PAS semasa menyusun strategi mengekalkan MP Marang itu pada Pemilihan Parti yang berlangsung pada Muktamar PAS tahun lalu.

Menurut sumber dalaman Parti, beberapa pimpinan PAS telah bertemu Presiden pada malam sebelum keputusan penuh Jawatankuasa Tertinggi Parti dengan menerangkan strategi membenamkan Anwar selaku Bakal PM Malaysia seterusnya mencalonkan Hadi Awang menggantikan Diktator Pakatan tersebut.

Semua ini mampu direalisasikan setelah Pimpinan2 PAS ini agak yakin dengan keputusan kes liwat Anwar yang tidak akan menyebelahinya. Maka dengan itu Hadi Awang bakal dinamakan bagi menggantikan beliau.

Namun setelah Anwar disabitkan tidak bersalah, Pimpinan2 PAS ini telah menyusun Plan B bagi merealisasi agenda membunuh karier politik Anwar seterusnya menyebabkan DAP turut tertekan dengan situasi yang bakal dirancang menerusi strategi berkenaan.






Akan tetapi, pendedahan wakil Dewan Ulama' PAS menerusi perbahasannya semalam telah memusnahkan impian Hadi Awang. Ianya terbukti apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang secara drastik dan tegas 'menembak' secara tepat terhadap wakil tersebut dengan menegaskan Anwar kekal dicalonkan sebagai Bakal PM seterusnya menidakkan cadangan berkenaan.

Kelihatan PAS sendiri tidak mengisi perbahasan dengan mengutarakan beberapa perkara utama yang sewajarnya dibangkitkan tentang masalah2 berkaitan isu2 rakyat dan semasa seperti krisis air dan korupsi kepimpinan di Selangor serta isu pembalakan dan kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

Apa yang sarat adalah permainan politik semata2 yang dilihat semakin putar alam.

Persoalannya, siapakah PM Malaysia jika Pakatan menang pada PRU13? Adakah impian Hadi Awang bakal terlaksana? Atau beliau sendiri bakal dibenamkan oleh puak2 Pakatan sendiri?



KES ROGOL WANITA INDONESIA - MALAYSIAKINI DISOGOK BENAM MENTERI KDN.

Posted: 17 Nov 2012 08:36 PM PST




Kelihatan Malaysiakini nyata menjadi alat media Pembangkang mengambil kesempatan terhadap Kes Rogol melibatkan 3 anggota ke atas wanita Indonesia sebagai senjata untuk 'mendesak Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein agar berundur dari Kabinet.

Walhal Hishammuddin secara jelas menegaskan bahawa kes ini bakal diheret ke muka pengadilan tanpa sebagai campur tangan dan belas kasihan bagi membersihkan PDRM yang secara keseluruhan memegang amanah moral, kredibiliti dan etika keselamatan dalam Negara.

Adakah adil jika tindakan 3 anggota polis ini mencerminkan peranan kesemua ribuan anggota PDRM yang majoritinya berkhidmat dengan penuh dedikasi menjalankan tugas Negara? Wajarkah kes 3 anggota polis ini dari ribuan Anggota PDRM turut menggambarkan etika tugasan dan amanah seorang Menteri Dalam Negeri?
 

Anda boleh mendapatkan penjelasan sebenar dari Menteri Dalam Negeri ini. KLIK DI SINI dan fahami penegasan beliau.




MAHATHIR HENTUK KAPLA NIK AZIZ PASAL HUDUD.

Posted: 17 Nov 2012 06:41 PM PST




Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Pas perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.

"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.    

"Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri.

"Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...