Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


DEWAN PEMUDA PAS LULUS USUL TOLAK PARASIT.. SOKONG USTAZ NASHA?

Posted: 15 Nov 2012 06:21 AM PST




Akhirnya Muktamar PAS ke 58 menjadi saksi suara akar umbi yang menolak pendirian yang diputuskan Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai Parasit.

Pembelaan terhadap Mantan Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa disuarakan menerusi perbahasan wakil Dewan Pemuda PAS Wilayah yang mengecam media lidah rasmi Harakah yang jauh terpesong dari matlamat asal.

Harakah yang menjadi alat media Parasit PAS dikecam kerana mengeluarkan karikatur salah seorang Pemimpin yang diikhtiraf selaku Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ustaz Nasha seolah2 mencerminkan krelibiliti tokoh2 Ulama' yang disanjung Parti tersebut membarisi Majlis berkenaan.

Turut disentuh teguran bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor Dr. Hasan Ali yang didakwa ada positifnya akan tetapi terus dikecam sehingga dipecat pemimpin berkenaan.

Dewan Pemuda juga gamat dengan ceritera kenyataan Nurul Izzah yang didakwa harus disiasat secara terperinci tanpa membuat sebarang sokongan membabi tuli dek kerana mahu mempertahankan keakraban komponen Pakatan.

Mungkin puak2 Pimpinan Parasit PAS kini sedang duduk semeja dan menyusun strategi agar suara2 sumbang ini dapat disekat. Rasa panik semakin tidak terkawal jika Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mula menegur peranan2 Puak yang turut digelar Pro Erdogan tersebut.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...