UMNO Online - “Tembelang Pecah.. Kerajaan Selangor Hipokrit Isu IPP Dan Tol” plus 9 more

UMNO Online - “Tembelang Pecah.. Kerajaan Selangor Hipokrit Isu IPP Dan Tol” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tembelang Pecah.. Kerajaan Selangor Hipokrit Isu IPP Dan Tol

Posted: 23 Oct 2012 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan kerajaan negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda UMNO, berkata walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

“Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut… ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.

“Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen, ” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata jika secara prinsipnya mereka tidak setuju dengan pelaburan tersebut, sewajarnya mereka melupuskan saham berkenaan.

Turut hadir dalam sidang media itu Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng.

Khairy berkata Worldwide Holdings Berhad iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mempunyai 25 peratus kepentingan dalam syarikat Genting Sanyen.

Selain itu, pakatan pembangkang berjanji untuk memansuhkan tol di negara ini tetapi dalam masa sama kerajaan Selangor mempunyai kepentingan sebanyak 20 peratus dalam Lebuhraya Kesas.

Beliau berkata sekiranya mengikut prinsip yang dinyatakan pembangkang dalam bajet alternatif dan Buku Jingga, mereka sepatutnya telah menjual pegangan saham berkenaan.

“Mereka (pembangkang) tidak boleh kata apa yang terkandung dalam bajet serta buku tersebut hanyalah polisi dan pada masa sama mengekalkan pelaburan dalam kedua-dua sektor yang jelas menentang dasar mereka. Mereka hipokrit.

“Ini membuktikan sikap tidak konsisten dan tidak jujur pembangkang dalam polisi mereka. Mereka boleh buat apa sahaja manifesto tetapi tidak mampu melaksanakan segala apa yang dijanjikan,” katanya.

Sesi Penerangan UMNO Selangor Kepada Pemimpin Akar Umbi 10-25 Nov

Posted: 23 Oct 2012 04:40 AM PDT

SHAH ALAM, 23 Okt – UMNO Selangor akan mengadakan program Penerangan Isu-isu Semasa Negeri Selangor dengan tema ‘Menjana Kecemerlangan Pilihan Raya Umum 13′ dari 10 hingga 25 Nov depan, kata Ketua Penerangannya Abdul Shukor Idrus.

Program ini disasarkan kepada kepimpinan 22 bahagian UMNO di Selangor termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta kepimpinan di peringkat cawangan dan sayap masing-masing, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata program penerangan ini bertujuan memberi penjelasan lengkap kepada kepimpinan di peringkat akar umbi mengenai isu semasa seperti Belanjawan Negara 2013, kepincangan pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan gambaran masa depan Selangor jika terus kekal diperintah pembangkang.

Katanya tiga Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dijadual memberi ucaptama pada program itu.

Abdul Shukor berkata program itu akan dilaksanakan mengikut lima zon dengan setiap seorang daripada pemimpin UMNO pusat itu akan menyampaikan ucaptama mereka dalam satu zon yang akan ditetapkan.

Beliau berkata menerusi sesi penerangan ini diharap kepimpinan bahagian dan cawangan akan mendapat maklumat yang lengkap dan jelas untuk mereka memainkan peranan memberi penjelasan kepada 894 pusat daerah mengundi di negeri ini.

Negara Sekular Hanya Taktik DAP Untuk Pecahkan Umat Islam

Posted: 23 Oct 2012 04:36 AM PDT

Tindakan DAP yang beria-ia menafikan negara ini sebagai Negara Islam sudah cukup untuk membuktikan sifat anti-Islam/Melayu yang menjadi 'darah daging' parti tersebut.

Tidak ada parti-parti yang mewakili kaum bukan Melayu di Malaysia yang menjadikan konsep pentadbiran negara ini iaitu sama ada sekular atau Islam, sebagai satu isu besar sepertimana DAP.

Hujah DAP adalah berdasarkan kenyataan lisan yang dibuat oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama bahawa Malaysia adalah Negara Sekular dan bukan Negara Islam.  Ini dibuktikan dengan laporan The Star pada 9 Februari 1983 iaitu pada ulangtahun bekas Perdana Menteri itu yang ke-80, yang menyatakan "Jangan jadikan Malaysia negara Islam."

Menurut Kit Siang, pada Februari 13, tahun yang sama, bekas Perdana Menteri yang ke-3, Tun Hussein Onn pula menyatakan bahawa beliau menyokong pendirian Tunku yang menolak negara Islam.

Jika kenyataan lisan bekas Perdana Menteri pertama diangkat sebagai satu penghisytiharan dan dijadikan asas untuk menentukan konsep pentadbiran negara, maka Kit Siang juga wajib mengambilkira  kenyataan lisan oleh bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang lain yang sebaliknya mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam pada 29 September 2001 semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan.  Beliau dengan tegas mengisytiharkan seperti berikut:  “Umno ingin menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.”

Begitu juga dengan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 17 Julai 2007.

Ketika menjadi Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan bahawa “Islam adalah agama rasmi dan Malaysia adalah sebuah negara Islam," ketika Persidangan Antarabangsa tentang Peranan Negara Islam Dalam Dunia Globalisasi.

Dan kini, setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Malaysia terus mendapat pengiktikrafan bukan sahaja sebagai Negara Islam tetapi sebagai Negara Islam contoh dan diakui sendiri oleh Ulama tersohor dunia termasuk antara yang paling disegani, iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.

Dalam surat penghargaan khas beliau ke atas sumbangan Malaysia kepada dunia Islam, beliau menyatakan, "Lebih penting, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara Negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam."

Dengan mengambilkira semua kenyataan lisan, pengisytiharan serta pengakuan bertulis mengenai sama ada Malaysia adalah Negara Islam atau Sekular, maka kita akan dapati bahawa dua bekas Perdana Menteri menyatakan Malaysia adalah Negara Sekular, dan dua bekas Perdana Menteri termasuk Perdana Menteri kita pada hari ini, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.

Oleh itu, tidak ada sebab bagi Kit Siang untuk meletakkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebagai mengatasi kenyataan bekas-bekas Perdana Menteri yang lain.

Dari sudut yang lain pula, Kit Siang tidak wajar berpegang kepada kenyataan bekas Perdana Menteri semata-mata, tetapi perlu melihat perkara ini secara keseluruhan, iaitu perlembagaan dan landskap masyarakat negara ini.

Beberapa Ulama sepakat mentakrifkan Negara Islam seperti berikut:  satu tempat yang berada dibawah pemerintahan orang Islam dan tandanya ialah apabila orang Islam aman di dalamnya serta masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, serta dilaksanakan di dalamnya hukum-hukum ke atas orang kafir zimmi, manakala golongan ahli bid'ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah.

Menurut Hassan al-Banna, sebuah kerajaan Islam ialah kerajaan di mana para pemimpinnya menunaikan kewajiban Islam, tidak melakukan maksiat dan mereka menjadi pelaksana hukum-hakam Islam dan pengajaran dalam dirinya.

Menurut Hassan al-Banna, sebuah kerajaan Islam ialah kerajaan di mana para pemimpinnya menunaikan kewajiban Islam, tidak melakukan maksiat dan mereka menjadi pelaksana hukum-hakam Islam dan pengajaran dalam dirinya.

Negara Islam mementingkan keadilan sejagat yang sesuai dengan kedudukan manusia menurut kemampuan masing-masing kerana tidak ada manusia yang boleh menganggap dirinya istimewa dalam melaksanakan perintah Allah termasuk pemimpin dan juga Ulama, kerana undang-undang Allah SWT itu turut berlaku keatas semua.

Dalam bahasa mudah bagi Umat Islam ialah Negara Islam itu terbentuk atas dasar niat dan matlamat yang tidak mengabaikan tuntutan Islam.  Tetapi Negara Sekular terbentuk atas dasar kuasa di mana ia membolehkan matlamat menghalalkan cara.

Jelas berdasarkan fakta-fakta di atas bahawa Malaysia adalah Negara Islam, dan bagi Kit Siang untuk menafikannya dengan hanya berdasarkan satu alasan iaitu kenyataan Tunku Abdul Rahman tentulah tidak boleh diterima langsung.

Matlamat Kit Siang untuk membangkitkan soal ini tidak sukar untuk dibaca.  Beliau sebenarnya hanya ingin memecahbelahkan Umat Islam dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan Islam.

Namun, di masa yang sama, beliau juga sebenarnya secara tidak langsung mengesahkan bahawa perjuangan DAP adalah untuk menegakkan Negara Sekular dan bagi Pas untuk terus bersama mereka, menunjukkan bahawa Umat Islam di dalam Pas turut memperjuangkan yang sama.

Logiknya, Pas wajar memberi respon segera sama ada untuk menyokong atau sekadar bermain politik dengan menempelak DAP kerana memperjuangkan Negara Sekular.

Jika Pas benar-benar memperjuangkan Islam dan tidak memegang prinsip matlamat menghalalkan cara, maka kenyataan Kit Siang ini wajar dijadikan titik noktah kesepakatan mereka bagi mengelak dari turut bersubahat memperjuangkan Negara Sekular.

Mr Beruang Biru

Nafi Kaitan Bersih Dengan Pembangkang Umpama Berkata Anwar Tidak Pernah Meliwat!

Posted: 23 Oct 2012 04:27 AM PDT

Ambiga dalam satu majlis di Kedah membuat pengumuman mengejutkan apabila menafikan NGO haram tajaan yahudi yang dipimpinnya, Bersih, ada kaitan dengan mana-mana parti politik, atau dalam bahasa lainnya Ambiga cuba mengatakan disini bahawa dia dan NGO haramnya itu tidak ada kaitan dengan Pakatan Rakyat.

Macam tak kena je nampaknya ya?

Majlis yang Ambiga bercakap ini pun memang majlis politik (dilihat dari majoriti orang yang datang – ahli dan pemimpin parti komponen Pakatan haram inilah), nak kata takde kaitan macam mana?

Cakap pasal Bersih itu sendiri, pelik pulak, macam mana perhimpunan/rusuhan yang diuruskan, dipromosikan, dipopularkan bahkan disertai oleh hampir kesemua penyokong Pakatan Rakyat, tidak ada kaitan dengan Pakatan Rakyat?

Macam mana pula NGO haram tajaan yahudi yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim (ketua Pakatan Rakyat), tidak ada kaitan dengan Pakatan Rakyat?

Kalau hari ini penulis turun ke jalan dan tanya 10 orang sama ada Bersih dan Pakatan Rakyat ini berkaitan, yakinlah, 11 akan bersetuju dengan penulis.  Menafikan kaitan Bersih dengan Pakatan Rakyat ini umpama berkata Anwar tidak pernah meliwat!

Tidak masuk akal sama sekali.

Siapa yang Ambiga cuba nak temberang ni terutama sekali bila semua bukti menunjukkan Pakatan Rakyat dan Bersih memang berkaitan?

Kalau ada macai Pakatan di luar sana sifatkan alasan gula naik 20 sen untuk kurangkan masalah kencing manis sebagai bodoh (walhal betul), maka penulis nak maklumkan disini, kenyataan Ambiga bahawa Bersih tidak ada kaitan dengan politik (sebut Pakatan Rakyat), adalah 20 hingga 30 kali ganda lebih bodoh.

At least, pengambilan gula berlebihan memang antara punca kencing manis, tapi Bersih tidak ada kaitan dengan Pakatan?  Tidak seumur hidup penulis percaya dengan perkara tersebut.

Sebetulnya apa sudah jadi?  Apakah lama Ambiga menghilang ini sudah ada perkara tertentu berlaku sehingga bila keluar, bagi kenyataan paling bodoh macam ini?

Jangan kita lupa, Ambiga juga sudah umum akan bertanding dalam pilihanraya akan datang.  Sudah pasti BN tidak mempunyai tempat untuk orang seperti Ambiga, sebaliknya puak-puak sebelah sanalah, kalau tak PAS, PKR, kalau tak PKR, DAP.

Takkan UMNO pulak.

Jadi siapakah orang bodoh dalam dunia ini yang nak percaya Ambiga, Bersih dan Pakatan tidak berkaitan?  Cuba bagitau penulis, orang bodoh mana, nak penulis lukukan kepalanya,

Sebetulnya inilah  hakikat.  Puak-puak ini menipu rakyat depan-depan, bukan belakang-belakang lagi dah macam dulu.  Sejak Anwar boleh selamba lepas tidak mengaku bermukah dengan pelacur China (walaupun ada video), Pakatan Rakyat sudah dapat pelajaran baru – nafi dan nafi sehabis boleh, kalau sudah kantoi.

Dalam soal Bersih, perhimpunan itu dan Ambiga sendiri dapat nama buruk setelah keganasan dan rusuhan tercetus sebaik Azmin mendapat isyarat tangan Anwar.  Sebab itu Ambiga cuba mengelak dari mengaku.

Yang percaya itu, benak benarlah otaknya.

mykmu.net

Filem ‘Tanda Putera’ Boleh Jadi Teladan Kepada Generasi Muda – Maglin

Posted: 23 Oct 2012 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Filem Tanda Putera yang memaparkan perjuangan dua tokoh pemimpin terdahulu yang membangunkan negara selepas peristiwa 13 Mei boleh dijadikan teladan kepada generasi muda.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membiayai penerbitan filem itu bertujuan melahirkan filem yang dapat menonjolkan kisah negarawan yang berjuang dan berkorban demi negara.

Filem ‘Tanda Putera’ memaparkan perjuangan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan Negara selepas tragedi 13 Mei 1969.

“Kisah pengorbanan kedua-dua pemimpin itu membangunkan Malaysia ketika kedua-dua mereka bersabung nyawa kerana menghidap penyakit yang serius perlu dijadikan teladan oleh generasi sekarang.

“Semangat perjuangan inilah yang Finas ingin terapkan bagi memperingati pengorbanan dan perjuangan pemimpin terdahulu,” katanya ketika menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) yang mempersoalkan tindakan Finas membiayai pembikinan filem itu yang didakwa membangkitkan isu perkauman, di Dewan Rakyat di sini.

Maglin berkata filem ‘Tanda Putera’, terbitan syarikat Pesona Pictures Sdn Bhd adalah satu daripada dua filem yang terpilih untuk menerima peruntukan RM5 juta di bawah Dana Filem Cereka Kenegaraan dan Warisan.

Sebuah lagi ialah filem Antara Dua Langit terbitan Line Clear Production.

Beliau berkata bantuan dana untuk filem dokumentari kenegaraan amat diperlukan bagi mengimbangi lambakan filem dan dokumentari berbentuk hiburan/komersial tanpa sebarang nilai ilmiah.

“Dana yang diperuntukkan untuk filem Tanda Putera ialah RM2.7 juta manakala filem Antara Dua Langit ialah RM2 juta,” katanya.

Kemahiran Pembangkang Cipta Persepsi Negatif, Manipulasi Isu Burukkan Kerajaan

Posted: 23 Oct 2012 03:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt. – Pakatan pembangkang sentiasa berusaha memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan mewujudkan pelbagai persepsi negatif yang menggambarkan seolah-olah parti terbabit tidak bertanggungjawab dan melakukan pelbagai penyelewengan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa kemahiran utama pembangkang adalah dalam mewujudkan manipulasi terhadap sesuatu isu yang akan memberi gambaran buruk untuk mengelirukan rakyat.

"Pakatan pembangkang memberikan pelbagai tanggapan yang buruk atas apa saja pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan malah tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) juga turut digembar-gemburkan dengan pelbagai persepsi," katanya.

Jelasnya, sejak setahun yang lalu pakatan pembangkang mula meletakkan tarikh jangkaan untuk PRU ke-13 diadakan dengan pelbagai andaian sehinggakan rakyat turut terpengaruh dengan manipulasi mereka.

"Mereka memberikan jangkaan awal tahun ini, kemudian pertengahan, bulan seterusnya dan seterusnya tetapi semuanya tidak tepat sebaliknya kerajaan terus melakukan gerak kerja dan melaksanakan perancangan sebagaimana yang digariskan.

"Tidak cukup dengan itu, pakatan pembangkang mula mencanangkan bahawa kerajaan takut untuk berdepan dengan PRU jika dilaksanakan lebih awal walhal mereka sendiri telah tersalah tafsir dan malu sendiri berikutan tanggapan negatif terkena diri mereka sendiri."

Beliau berkata demikian ketika memberikan penerangan berkaitan persediaan BN/UMNO dalam menghadapi PRU kepada Kaunselor Politik Suruhanjaya Tinggi British, Nigel Boud dalam kunjungan hormatnya di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN menegaskan bahawa parti terbabit sentiasa berusaha mengekalkan kuasa sebagai tampuk kerajaan bukan semata-mata kerana kedudukan dan pangkat sebaliknya ia adalah tanggungjawab sebagai kerajaan yang sentiasa berusaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Kita sedar bahawa pakatan pembangkang juga akan menggunakan pelbagai kaedah bagi mempertahankan kerusi dan negeri-negeri yang telah mereka menangi dalam PRU lalu biarpun jika dilihat dari sudut pentadbirannya mereka gagal melakukan yang terbaik apatah lagi untuk menandingi BN.

"Secara zahirnya BN disemua peringkat akar umbi telah bersedia dengan PRU yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini dan kita yakin bahawa kemenangan akan tetap berpihak pada BN walaupun pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tuduhan dan persepsi buruk kepada kerajaan hari ini," katanya.

Ujar beliau lagi, sehingga ke hari ini pembangkang gagal menterjemahkan apa yang telah mereka janjikan dalam menifesto mereka ketika berkempen pada PRU ke-12 lalu apatah lagi untuk menunjukkan kabinet bayangan walaupun dikatakan ianya telah ada.

"Pemimpin BN mengakui bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak sempurna dan ada melakukan kesilapan namun kita sedar dan sentiasa memperbaiki setiap kelemahan yang ada dengan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa.

"Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat di akar umbi dan sedar bahawa PRU kali ini adalah satu persaingan yang sangat sengit kerana pakatan pembangkang akan berhabis-habisan untuk menghancurkan BN, namun BN sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran," jelasnya.

Tambah beliau, dengan menjadi teraju lebih 55 tahun kepada negara ini tentunya BN telah cukup matang dalam berdepan dengan pelbagai krisis termasuklah untuk mengharungi satu lagi PRU setelah 12 kali melaluinya dengan sentiasa beroleh kemenangan. - MediaUMNO

Leased Land Won’t Be Taken Back, Says Sabah Gov’t

Posted: 23 Oct 2012 03:29 AM PDT

KOTA KINABALU, Oct 23 – The Sabah state government has given its assurance that it will not take back land leased to developers for 999 years and commercial land leased for 99 years.

Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said the lease on the land may however be renewed 10 to 20 years before the expiry of the lease.

“Although there is 20 or 10 years left on the lease, the government can still approve a lease renewal as the land is owned by the people and not the government,” he told reporters after receiving a courtesy call from the Federation of Chinese Associations Sabah at the State Legislative Assembly here today.

Musa, who is also Sabah Finance Minister, said the policy will be discussed at a state Cabinet meeting.

The Sabah Housing and Real Estate Developers Association (Shareda) had earlier urged the government to reinstate the 999-year land lease tenure for subdivided titles.

With a 999-year lease, the association said, homeowners need not worry about their descendants losing their homes should they be unable to afford the renewal premium.

Meanwhile, Musa said the high land prices in the state are due to market forces, adding regulating market prices is outside his remit.

“I am happy that many investors are coming to Sabah to buy property, but at the same time I am worried about the rising prices,” he said.

Also present were the federation’s Acting President Datuk T C Goh and Shareda President Datuk Susan Wong Siew Guen.

Education Plan To Be Presented To Council Of Rulers

Posted: 23 Oct 2012 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 23 – A completed Malaysian Educational Development Plan (PPPM) 2012-2025 will be presented to the Council of Rulers for consent to implement the plan that can bring a major shift in the country’s educational system.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said he appreciated the suggestions and views presented by the Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah because every strata of society including the highest echelon must be directly involved in the plan.

“I appreciate his suggestion. It’s our hope that the Rulers will give their endorsement to this plan. I will make a presentation to the Rulers if this is allowed to brief them on the contents of the PPPM,” he said here today.

He disclosed this to reporters after closing the National Convention on the Educational Management of Malaysian Outstanding Principals 2012 entitled “Education in Malaysia Past 2020″ and letters of appointment to 112 new outstanding principals.

When opening the convention yesterday, Raja Dr Nazrin suggested that the government presented the PPPM at the Meeting of the Council of Rulers so that it would get the consent before its implementation.

On the statement by Raja Dr Nazrin that the plan should be kept in an incubator for some time until the political climate had cooled down out of fear of the political risk faced, Muhyiddin, who is also the Education Minister, said the plan was drawn up by experts who were skilled in the field of education and hoped that no one would politicise the plan.

“Under the present situation, even if they want to politicise it, they shouldn’t politicise it because it’s for the greater good. Altough the decision was made by the Prime Minister and I, the real preparations were made by experts taking into consideration the national education philosophy,” he said.

He said the PPPM was a document that contributed considerably to the people because it was presented to them and gave an opportunity to anyone who wanted to know about its contents while the ministry took note of every criticism and suggestion made by the people to improve the plan.

“Now, we have launched the blueprint and it’s not the final report. The final report will be completed after the cabinet approves it. That’s why we are still at the stage of engagement process,” he said.

Asked if the plan would be turned into an election manifesto, Muhyiddin said it was up to the Prime Minister.

“However, whether it is turned into a manifesto or otherwise, the document still remains a public document and we will implement it in the national interest. It will begin in 2013 and we cannot keep it too long,” he said.

Meanwhile, when asked on the MCA’s rejection of the proposal in the PPPM to implement the same Bahasa Melayu curriculum for Sekolah Kebangsaan (SK) for students in Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), beginning with the Year Four student cohort in 2014, Muhyiddin said the MCA must study the proposal contained in the plan because it would benefit the Chinese students in raising their command of Bahasa Melayu.

“I received the report from the MCA, if they don’t agree then we will follow their opinion. Let’s see the content (of the proposal) first, if they say (it’s) difficult, then okay, we will proceed with a remove class.

“If they still don’t want it then okay, we won’t force if they want their kids to be less proficient in Malay. There’s no political intention but we want the Chinese kids to be as good in Bahasa Melayu as the Malays,” he said.

Muhyiddin said the proposal was to raise the command of Bahasa Melayu without affecting the mother tongue of students in the SJKC and SJK Tamil because the gap in the command of Bahasa Melayu between students in the SK and SJK was rather wide.

He said if this could be achieved, these students would not have to go to the remove class for one year and this could save time.

“Our proposal is when the students enter standards four, five and six, we will raise the standard of Bahasa Melayu, give better training so that they will be on par. There are vocabularies used in SK which are not found in the SJK. So we will raise the level in terms of vocabulary and grammar,” he said.

On the fifth Shift in the PPPM that outstanding principals and headmasters would be deployed to rural schools and the poor urban areas to raise the performance of the schools, he said it was to test their level of excellence besides providing them with a challenge whether they were capable of performing it or otherwise.

“I believe they are competent, it is fair. Don’t deploy the best principals to the best schools. We want to test the level of their excellence and send them to less excellent schools and see whether they can make the school better or otherwise,” he said.

Pihak Ghairah Politikkan Isu Keselamatan Negara Adalah Pengkhianat Negara

Posted: 23 Oct 2012 03:09 AM PDT

SEMPORNA, 23 Okt – Golongan yang sanggup mempolitikkan isu keselamatan negara temasuk soal pembelian kapal selam Scorpene boleh disifatkan sebagai pengkhianat kepada negara, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata golongan pembangkang yang membangkitkan isu tersebut sanggup menjadi alat orang luar untuk memecah belahkan perpaduan rakyat malah perbuatan berkenaan tidak bertanggugjawab kerana boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Kita kesal tindakan ketua pembangkang yang cuba membawa peguam dari luar berhubung isu kapal selam. Pertama sekali, ia berkaitan isu keselamatan negara  yang tidak sepatutnya dibangkitkan demi menjamin keselamatan negara kita.

“Kedua, kita negara berdaulat, mempunyai undang-undang dan peraturan yang harus dipatuhi. Ini menampakkan bahawa mereka akan menggunakan landasan apa sahaja untuk mencemarkan nama baik negara Malaysia. Tindak-tanduk mereka adalah  demi kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Shafie berkata demikian selepas menyampaikan bantuan makanan dan wang tunai kepada 198 ketua isi rumah di Kampung Selamat yang menjadi mangsa kebakaran pada 18 Okt lalu menyebabkan 1,455 orang kehilangan tempat tinggal.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika mengulas hasrat pihak pembangkang dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan membawa peguam luar datang ke Malaysia berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Katanya, pihak pembangkang sepatutnya tidak mempolitikkan soal kapal selam milik negara ini kerana ia kelengkapan persenjataan untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar.

Menurut Shafie, usaha kerajaan meningkatkan sistem pertahanan Negara sepatutnya mendapat sokongan pihak pembangkang dan bukannya menyebarkan maklumat yang tidak benar berhubung kemudahan persenjataan negara untuk mengelirukan rakyat.

Beliau berkata pembangkang sepatutnya belajar daripada pengalaman beberapa negara maju yang dahulunya amat pesat membangun namun kebelakangan ini pembangunan mereka kian perlahan disebabkan sikap parti pembangkang di negara itu terlalu berpolitik.

Kadar Pendapatan Seisi Rumah Untuk Layak Pohon RMR Baru Dinaikkan

Posted: 23 Oct 2012 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Kerajaan belum menimbangkan cadangan menaikkan kadar pendapatan bulanan seisi rumah RM5,000 ke bawah untuk layak memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) memandangkan kadar yang ada pun masih baharu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim berkata kajian semula kadar pendapatan bulanan seisi rumah program RMR baru sahaja dilaksanakan pada Februari 2012 di mana keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah layak memohon berbanding RM1,500 ke bawah sebelum itu.

Golongan yang mempunyai pendapatan bulanan RM5,000 seisi rumah dan ke bawah mempunyai pelbagi peluang untuk membangunkan rumah kediaman masing-masing melalui pemaju hartanah swasta serta mampu mendapat pembiayaan daripada pelbagai institusi kewangan, katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (BN-Lipis) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

“Kerajaan juga memberi peluang kepada golongan berpendapatan bulanan RM6,000 seisi rumah ke bawah untuk memohon pembelian rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya bagi menjawab soalan Mohamad Shahrum yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar kelayakan pendapatan isi rumah kepada RM5,000 ke bawah untuk memohon RMR bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.

Program RMR dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sejak tahun 2002 bagi membantu golongan berpendapatan rendah membina rumah di atas tanah sendiri di seluruh negara. Ia pada awalnya dibuka kepada warganegara Malaysia yang memiliki pendapatan seisi rumah bulanan di bawah RM1,000.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...