BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH NIK AZIZ KAW-KAW !!!

Posted: 23 Oct 2012 12:00 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai mungkir janji.Beliau berkata rakyat seharusnya tidak memilih pemimpin yang mempunyai sifat tersebut dalam pemerintahan negara. 

"Saya fikir rakyat Malaysia patut ambil perhatian kepada orang yang pernah berjanji selepas itu mungkir janji.Kalau orang macam ini jadi pemimpin negara, dia akan mungkir janji sepanjang masa," katanya. 

Terdahulu,Nik Aziz pernah membuat kenyataan secara terbuka tidak mahu bertanding lagi di mana mana kawasan parlimen.Sebaliknya,melalui temubual eksklusif bersama portal berita AntaraPos.com,Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membayangkan untuk bertanding semula pada pilihan raya umum akan datang kerana disyorkan berbuat demikian oleh PAS.Beliau turun menyatakan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka jika dikehendaki pucuk pimpinan parti – Mstar

TUN MAHATHIR PUN BOLEH TURUN !!!

APA CERITA NI NIK AZIZ ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! JAWATAN MB KELANTAN !!! DULU NIK AZIZ TOLAK !!! SEKARANG NAK LAGI ??? APA CERITA NI ???

Posted: 23 Oct 2012 08:27 AM PDT


Nampaknya tekanan agar Nik Aziz bersara semakin menjadi-jadi.Ramai di kalangan akar umbi PAS sendiri semakin resah dengan kesungguhan Tok Guru mereka untuk kekal berkuasa walaupun mereka enggan mengakuinya kerana terlalu taksub dengan 'kewalian' Tok Guru.PAS sendiri nampaknya 'malu alah' dengan kedegilan Nik Aziz untuk memahami kehendak rakyat Kelantan yang sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinannya.Namun,sudah menjadi budaya orang Melayu itu untuk tidak berterus terang tetapi lebih senang mengata di belakang kononnya atas alasan hormat dan menjaga hati orang,terutama orang yang lebih tua, apatah lagi pemimpin bertaraf Ulama.Akibatnya,Nik Aziz mula kelihatan seperti seorang yang gila kuasa kerana enggan berundur walaupun telah tiba masa.Sedangkan,orang yang paling hebat dikritik PAS sebagai 'gila kuasa' suatu ketika dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun berundur,walaupun sehingga ke hari ini,fizikal dan mental beliau masih kuat dan jauh melangkaui kemampuan manusia di usianya. 

Tetapi,Nik Aziz yang kononnya tawaduk lagi warak ini, tidak sanggup pula melepaskan jawatan walaupun sudah tidak mampu dari segala segi.Dalam ucapan tahniah oleh Presiden PAS atas ulangtahun 22 tahun kepimpinan Nik Aziz di Kelantan kelmarin,telah menyebut tentang bagaimana Nik Aziz pada ketika hendak dilantik sebagai MB telah telah menolak jawatan tersebut.Mungkinkah beliau sebenarnya ingin menyindir Nik Aziz,dengan harapan agar Nik Aziz kembali terfikir akan perubahan dirinya sehingga menjadi manusia yang gila kuasa dan sayangkan jawatan ??? Nik Aziz telah menceburi politik sejak tahun 1967 iaitu 45 tahun dahulu.Dari jangkamasa itu,beliau telah pun menjadi Menteri Besar selama 22 tahun.Tidak mungkin beliau belum puas berpolitik lagi.Jika nak dikatakan yang beliau masih punya perancangan untuk Kelantan yang perlu dilaksanakan,adalah tidak logik kerana tempoh itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk beliau melaksanakan apa jua rancangannya.Sedangkan dalam tempoh yang sama,Tun Mahathir berjaya membangunkan sebuah negara dari negara ketiga menjadi Harimau Asia yang dicontohi dan dikagumi serata dunia.Maka,jelaslah tidak ada alasan yang konkrit bagi Nik Aziz untuk terus kekal berkuasa selain dari,gila kuasa.Jika benar beliau seorang yang tawaduk sebagaimana 22 tahun lepas di mana beliau menolak jawatan Menteri Besar, maka beliau pasti akan berundur dengan sendirinya,tanpa perlu disindir,disuruh atau dipaksa memandangkan keadaan fizikal dan mental beliau yang semakin hari semakin kronik.Jawapan yang diberi Nik Aziz ketika ditanya mengenai sama ada beliau akan bertanding lagi membuktikan yang beliau enggan berundur. Katanya, beliau menyerahkan 'nasibnya' kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam pilihanraya kali ini.Sedangkan 'kepimpinan tertinggi' itu adalah beliau sendiri iaitu sebagai Mursyidul Am,satu jawatan yang mengatasi Presiden,yang terletak dalam kategorinya yang tersendiri, yang berhak mengampun dan menghukum manusia lain,tidak boleh dikritik atau disentuh hatta maksum, mengikut pemikirannya.Berdasarkan hakikat ini,beliau cukup maklum yang tiada siapa di dalam PAS yang sanggup untuk menyatakan secara terus terang yang beliau tidak lagi diperlukan oleh rakyat Kelantan dan perlu berundur. 

 Jelas, jawapan yang diberikan hanyalah jawapan politik yang berniat untuk memperdaya rakyat. Nik Aziz tidak ada niat langsung untuk berundur selagi hayat masih ada.Beliau yakin jika rakyat Kelantan sanggup berada di bawah pemerintahannya yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada mereka selama 22 tahun, maka apakah yang menghalang mereka untuk terus berada di bawahnya bagi beberapa tahun lagi ??? Jika air berkarat,kotor dan tidak cukup bekalan tidak pernah menjadi masalah selama hidup mereka,kenapa ia perlu menjadi masalah sekarang ??? Jika rakyat tidak kisah berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki selama ini, maka kenapa pula mereka akan kisah mengenai perkara itu sekarang ??? Belum ada rakyat Kelantan yang mati kerana bekalan air kotor atau tidak cukup.Nik Aziz pula tidak pernah menghalang rakyat miskin untuk mencari rezeki di negeri lain, jadi apa masalahnya ??? Rakyat hidup seperti biasa, dan beliau akan terus menjadi MB,seperti biasa juga.Apapun,jika benar Nik Aziz ingin bertanding lagi, maka nasib beliau akan ditentukan oleh rakyat Kelantan sendiri, sama ada beliau akan terus menjadi MB atau bekas MB selepas PRU nanti. 

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! PRU 13 !!! KHAS UNTUK PM @NAJIBRAZAK !!! UMNO DAN BN PERLU HADAPI PROPAGANDA DAN PENIPUAN BESAR DARI PR !!!

Posted: 23 Oct 2012 05:00 AM PDT


Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR Sebelum PRU 13.Menurut kata Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu,para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning,merah,hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya,merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti,warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang,manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas,jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.Seperti ramai kalangan kita sudah maklum,hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear. 

Walhal,jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya,bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone,Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang,jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar,kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok,Kelantan ??? Demikian halnya dalam isu SPR,jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas,bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit ??? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.

Jelas sekali,polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas,Rapid Pengerang mahupun SPR,bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.Bersabit isu royalti Kelantan pula,dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini,semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian,kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.Tapi pemimpin PAS lupa,jika jalan perundingan diambil,Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan.Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat. 

Bersabit isu FGV dan Felda,PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya ??? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV ??? Bukankah itu hipokrit namanya. Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum,orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka,namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN.Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang ketika ini,Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! RAKYAT SELANGOR DERITA AKIBAT PERMAINAN POLITIK KOTOR PR !!!

Posted: 23 Oct 2012 02:44 AM PDT


Tinjauan YAB Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Empangan Sungai Selangor,Kuala Kubu Bharu merungkai segala helah yang dimainkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid selama ini yang masih menegakkan benang yang basah bahawa Selangor tidak mengalami masalah air sehinggakan memerlukan pembinaan Loji Langat 2.Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali,Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata,inilah hakikat sebenar yang rakyat harus tahu,bahawa Rizab air di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan air bersih kepada 60% rakyat Selangor hari ini,kini tinggal 56% dan mengikut kajian pihak Splash,jika keadaan penyusutan air berterusan,tidak mustahil Empangan Sungai Selangor ini akan kering kontang dalam masa 130 hari lagi bermula hari ini. 

"Adakah ini fakta yang mahu disembunyikan oleh pihak Tan Sri Khalid dan pihak kerajaan negeri. Kenapa Khalid mahu menyembunyikan fakta isu air ini, sedangkan dia sebenar tahu apa yang berlaku namun kerana kepentingan politik sempat pihak kerajaan negeri,mereka lebih suka mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh demi menutup isu sebenar di Selangor hari ini.Sehubungan dengan itu,Khalid Ibrahim atau mana-mana EXCOnya harus tampil memberikan kenyataan sebenar, tahap kritikal isu air ini dan apakah perancangan jangka masa panjang dalam menangani masalah ini," ujarnya selepas bersama-sama dalam lawatan dan tinjauan Tan Sri Muhyiddin ke Empangan Sungai Selangor,semalam.

Terdahulu,kerajaan negeri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pilihan rawatan air yang lebih murah tanpa keperluan untuk menaikkan tarif untuk pembinaan Langat 2,kaedah rawatan air yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah kekurangan bekalan air yang diramalkan akan berlaku.Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa telah menemui satu kaedah alternatif yang berdaya maju daripada sebuah syarikat Kanada dengan menggunakan teknologi membran bagi mengeluarkan air daripada loji sedia ada dan menjadikan ia sesuai untuk kegunaan isi rumah.Namun cadangan kerajaan Selangor menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada tidak praktikal dan membabitkan kos lebih tinggi,kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

"Ia bukan penyelesaiannya dan apa yang perlu dilakukan adalah meneruskan projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) seperti dirancang.Saya sudah mendapatkan pendapat pakar berhubung teknologi membran dan dimaklumkan ia adalah langkah yang tidak praktikal dan kosnya juga akan bertambah," ujarnya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak LRAL 2.

RENUNG-RENUNGKAN  

KANTOI !!! AUDIT KEDAH HANCUR !!! SUK DAN PAS BERBALAH !!! APA CERITA NI ??? DI MANA MB KEDAH ???

Posted: 22 Oct 2012 10:00 PM PDT


pembaca Badut Rakyat sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan.sebelum ini saya ada mengeluarkan artikel berkenaan dengan Laporan Audit 2011 Negeri Kedah.Antara penemuan paling 'hebat' ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik,yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap,meragukan serta tidak tepat,di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud.Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.Malah,kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang Di Pertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan.Walaubagaimanapun,penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri. 

Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa.Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga.Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan,Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO.Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor,Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Ahmad Fisol pula,terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi.Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS.Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan 'kesetiaannya' kepada PAS.Justeru,pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli.Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar. Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University,Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang.Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah,Pegawai Projek,Pengarah Projek,Pentadbir Tanah,Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.Oleh itu,kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi. Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik,termasuk PAS dalam membuat keputusan. Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit,perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik. 

Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara.Menteri Besar Kedah,Dato' Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu. Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli. Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan 'siapa' yang memegang jawatan apa daripada 'apa yang berlaku'.Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya. Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek 'hebat' tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya. Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi,atau setahun sahaja lagi ???

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2012 !!! BUKTI KEHEBATAN UMNO DAN BN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Oct 2012 07:00 PM PDT


Sebelum ini puak pakatan haram mempolitikkan bola sepak terutamanya penonton kelantan.anda tak percaya ???


UNTUK SELANJUTNYA 

saya post artikel ni pun bukan nak politikkan isu bola sepak ni,hanya memberitahu sejarah The Red Worrior.Buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun,pasukan bola sepak Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama The Red Warrior (TRW) berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia,satu kejayaan yang tentu sahaja amat manis untuk dikenang.Lebih manis lagi kejayaan tersebut sekaligus melengkapkan tiga kejuaraan yang dicapai oleh TRW bagi tahun 2012 termasuk menjuarai tahtha pertama Liga Super disamping menggondol kejuaraan Piala FA.Kesemua kejayaan ini berjaya dikecapi selepas bekas Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Kelantan,Tan Sri Annuar Musa mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA) seterusnya membawa kepada transformasi dalam pengurusan bola sepak Kelantan yang hasilnya adalah seperti yang wujud pada hari ini.Sebelum KAFA diambil alih pengurusannya oleh Annuar,persatuan bola sepak itu terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah dari hal tunggakan gaji pemain,kebajikan pegawai pasukan, masalah disiplin hinggalah kepada berhutang sewa stadium dengan Kerajaan PAS Kelantan.

Setelah kemasukan Annuar menerajui KAFA,perkara pertama yang ditumpukannya ialah menyelesaikan tunggakan gaji pemain serta pegawai pasukan seterusnya membentuk disiplin pasukan.Masalah gaji tertunggak dan disiplin pemain,jika gagal diselesaikan ia akan menjadi barah namun bila berjaya diatasi dan kebajikan para pemain dan pegawai pasukan senantiasa dijaga manakala perancangan serta pengurusan pasukan tersusun baik dan rapi, InsyaAllah kemenangan bakal diperolehi.Melihat pada kebangkitan TRW sehingga berjaya meraih kejuaraan treble ini, jelas sekali pemimpin yang bijak dan pandai dalam pengurusan memainkan peranan penting dalam jatuh bangun sesebuah organisasi,persatuan mahupun negeri.Ternampak jelas, aura kehebatan seorang pemimpin BN seperti Annuar Musa telah terbukti berjaya mengubah nasib pasukan Kelantan dari sebuah pasukan belasahan kini muncul sebagai pasukan gergasi yang digeruni ramai.

Jika dalam edisi Piala Malaysia tahun 2010 dulu,hasil kejayaan TRW menggondol piala tersebut buat pertama kalinya telah merintis kepada kebangkitan Gelombang Merah yang meruntuhkan penguasaan PAS di PRK DUN Galas,tidak mustahil kejayaan TRW dalam edisi tahun ini juga bakal menyemarakkan Gelombang Merah untuk menghanyutkan PAS dan Nik Aziz dari Kompleks Kota Darul Naim.Piala Malaysia kembali lagi ke pangkuan Kelantan bukan kerana Nik Aziz,bukan juga kerana Husam Musa dan bukan sekali-kali kerana PAS.Tapi, kemegahan menggenggam Piala Malaysia ini menjadi realiti sekali lagi disebabkan kehebatan pemimpin BN mengurus tadbir KAFA dengan kerjasama para pemain yang setia membanting tulang bersemangat menjulang nama negeri.pembaca Badut Rakyat marah tak ??? sikit je politik nya pun.kalau puak Pakatan Haram,sampai nak edit gambar.muahahaha...

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LEPAS ISU AIR DAN UNISEL !!! KALI INI ISU SEKOLAH SAINS SELANGOR PULAK TIMBUL !!! APA CERITA NI KHALID GAGAP ???

Posted: 22 Oct 2012 04:00 PM PDT


Manifesto PRU12 itu merupakan perjanjian yang perlu ditunaikan oleh kerajaan PKR Selangor.Hakikat bahawa apa yang dinyatakan kerajaan pakatan haram Selangor berasaskan undang-undang yang boleh dituntut rakyat kerana ia berkaitan hak yang dinyatakan dengan hasrat.Subsidi air adalah di bawah skim air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan haram pada Pilihan Raya Umum Ke-12.Apa guna air kalau percuma sekalipun tapi bekalan airnya tiada ??? Ini jelas Pakatan Haram telah hilang keseluruhan nilaikemanusiaan dalam diri.Sungguh zalim Pakatan Haram ni mengabaikan rakyat apalagi bekalan air ini adalah sangat-sangat penting dalam rutin harian seorang manusia.

Ini adalah salah satu rintihan rakyat Selangor yang telah dianiaya oleh pakatan haram Selangor.

http://kitagempur.com/kgc/media/k2/items/cache/73cfa97422fce7916e3facf08ef108b3_L.jpg

Salam tuan,

Semoga tuan dirahmati dan berada dalam keadaan baik.

Terlebih dahulu maafkan saya jika email saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya amat berharap agar email ini dapat disiarkan dilaman web tuan.Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa tuan terlalu lama dan saya akan menulis seringkas mungkin.Saya benar-benar inginkan bantuan sampai kepada anak-anak saya dan juga pelajar lain yang belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor.Selain itu,penting untuk seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang telah menimpa anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.Saya amat-amat berharap dengan pendedahan ini yang tuan siarkan, masalah ketiadaan air di Kuala Selangor dapat diatasi.

Untuk makluman pihak tuan,perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato Seri Noh Omar melalui teks pesanan ringkas dan saya terpaksa memohon pertolongan daripada beliau memandangkan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan kami.Aduan kami dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.Saya mempunyai 2 anak yang masih bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor. Masuk hari ini,sudah 3 hari pelajar-pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor mengalami masalah ketiadaan air.Semua pelajar tidak dapat mengambil wuduk untuk solat, mandi dan membasuh pakaian. Hari ini pula, mereka terpaksa mandi di Masjid Kuala Selangor.Walaupun saya tahu hal ini bukan tanggungjawab Dato Seri Noh Omar sebaliknya Kerajaan Negeri yang patut dipertanggungjawabkan,saya terpaksa juga memohon dari Dato Seri Noh Omar untuk usahakan agar tangki air dari pihak SYABAS bagi membekalkan air kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.

Apa lagi yang boleh saya lakukan.Kerajaan Negeri tidak menghiraukan langsung nasib anak-anak di sekolah. Hal ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah.Sampai bila saya harus bersabar menanti tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah anak-anak di sekolah ini ? Terus terang saya katakan, kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Negeri di Selangor ini.Saya harap rakyat Selangor yang membaca email saya kepada tuan ini, tidak akan mengulangi kesilapan ini pada pru akan datang dan tidak sanggup lagi saya hendak berhadapan masalah sebegini lagi. Kasihan anak-anak.

Dari Cikgu ***** (sori la,aku terpaksa sorok nama ni atas faktor keselamatan) RTB2 Sungai Panjang - Selangor Daily  

Semoga BN Selangor dapat membantu pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor ni sesegera mungkin. Pastikan kita bungkus pakatan haram di PRU13 yang akan datang. Rakyat harus bangkit dari terus ditindas oleh pakatan haram Selangor.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...