UMNO Online - “Penyelaras Parlimen Pokok Sena Dan Kelab 1Malaysia Sumbang 41 Ekor Lembu” plus 9 more |
- Penyelaras Parlimen Pokok Sena Dan Kelab 1Malaysia Sumbang 41 Ekor Lembu
- DAP Boleh Bersandiwara Tapi Belang Rasis Mereka Sukar Dipadamkan – Fairus
- Misteri Skim TAWAS : Peruntukan RM8.5 Juta Tapi Mana Hilang RM5.5 Juta Lagi?
- Jangan Putar Belit : Rumah Mampu Milik Di Selangor 23,637 Unit Atau Hanya 1,000 Unit
- Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya Tuntut Kerajaan Selangor Pulangkan Tanah
- Jangan Beri Visa Pada Peguam Peranchis
- Top Ten Position In ‘Doing Business’ Survey Within Sight, Says ISIS
- Jangan Jadi Orang Munafiq – Pesan Kawan Lama Nik Aziz
- Fahaman Pluralisme Agama – Senjata Untuk Raih Undi, Pesongkan Akidah Umat Islam
- Penang Government Refuses To Cooperate In Flats Painting Job
Penyelaras Parlimen Pokok Sena Dan Kelab 1Malaysia Sumbang 41 Ekor Lembu Posted: 24 Oct 2012 06:23 AM PDT POKOK SENA, 24 Okt – Penyelaras Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin hari ini menyumbang 41 ekor lembu korban kepada penduduk dalam kawasan itu sempena menyambut Aidiladha Jumaat ini. Lembu-lembu tersebut diagihkan kepada semua lima Desa Keda (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah) dalam Zon 3, pasukan keselamatan, Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Penjara dan kampung-kampung. “Saya berterima kasih kepada Kelab 1Malaysia yang bekerjasama dengan Pejabat Penyelaras Parlimen Pokok Sena menyediakan lembu-lembu untuk tujuan korban,” katanya selepas menyerahkan ternakan itu kepada penerima di Desa Keda Batu 13, Pokok Sena, di sini. Turut hadir menyaksi penyerahan lembu-lembu tersebut ialah wakil Kelab 1Malaysia Datuk Ghazali Saibu. Timbalan Komander Rejimen 513 Askar Wataniah Kem Bukit Pinang, Lt-Kol Mohd Jiwa Saadan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana sumbangan itu. Pegawai Pembangunan Keda Zon 3, Azmi Shafie berkata setiap Desa Keda diperuntukkan dua ekor. |
DAP Boleh Bersandiwara Tapi Belang Rasis Mereka Sukar Dipadamkan – Fairus Posted: 24 Oct 2012 05:38 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Okt – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Kahiruddin percaya pemimpin DAP tidak berani menyahut cabaran untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana belang rasis mereka sukar untuk dipadamkan meskipun mereka sering melaungkan prinsip keadilan, demokrasi dan sebagainya. Tegasnya DAP tidak akan berani menanggung risiko memandangkan rakyat khususnya orang Melayu di Pulau Pinang secara majoritinya sudah menolak mereka setelah empat tahun lebih memerintah negeri itu. Katanya rakyat semakin sedar dan tahu bagaimana mereka mentadbir dengan penuh retorik dan penuh sandiwara. "Malah sepanjang pengalaman bersama mereka, DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dan saya rasa hakikat yang sama turut dikongsikan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Pinang hari ini," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau juga yakin rakan politik DAP iaitu Pas dan PKR tahu akan hakikat tersebut namun terpaksa pendamkan demi survival politik mereka. "Pas dan PKR pun masing-masing ada agenda tersirat sebab itu apa yang mereka pamirkan bersama DAP hanya lakonan sandiwara. Tapi percayalah pilihanraya umum akan datang tembelang itu akan pecah kerana masing-masing sudah pasang strategi untuk 'membunuh' antara satu sama lain. "Mereka saling tidak percaya mempercayai. DAP sendiri sedang giat mempromosikan pemimpin Melayu mereka… memang pada permukaannya jalinan pakatan pembangkang nampak cantik tapi di dalamnya berkecamuk", ujarnya. Jelas beliau lagi kenyataan kononnya DAP parti pelbagai kaum hanyalah retorik kosong semata-mata, hanya rakyat yang buta hati saja yang akan percaya. "Kalau saya tuduh mungkin perkara itu mereka boleh sifatkan fitnah tetapi yang mengatakan hal ini dengan tegas adalah bekas Naib Pengerusi DAP sendiri Tunku Aziz Tunku Ibrahim. "Kita lihat apa yang berlaku dalam DAP sekarang makin ramai ahlinya di kalangan orang Melayu, India keluar parti… sebab apa?… tepuk dada tanya selera", ujarnya. -MediaUMNO |
Misteri Skim TAWAS : Peruntukan RM8.5 Juta Tapi Mana Hilang RM5.5 Juta Lagi? Posted: 24 Oct 2012 05:30 AM PDT SHAH ALAM, 24 Okt – Barisan Nasional Negeri Selangor (BN Selangor) melihat Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim. Koordinatornya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kelemahan ini telah dilaporkan secara telus oleh pihak Ketua Audit Negara namun Menteri Besar dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut dengan mempertikaikannya. Inikah sikap pemimpin yang berjiwa besar? "Salah satu kelemahan yang nampak ialah Skim Tawas. Skim TAWAS diwujudkan kononnya untuk memberi faedah kepada semua anak kelahiran Selangor. Namun begitu, skim yang bermotifkan politik ini dibuat tanpa perancangan rapi dan ini menyebabkan hasil negeri dibazirkan begitu sahaja tanpa dapat digunakan secara optimum. “Memandangkan Skim TAWAS ini dikendalikan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (MBI), maka Menteri Besar selaku Pemegang Amanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya. “Peruntukan untuk TAWAS juga dilihat digunakan secara tidak seimbang. Daripada RM 13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk TAWAS sebaliknya, RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan," ujarnya dalam sidang media isu-isu semasa di sini hari ini. Tambahnya, pengendali TAWAS iaitu YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) membelanjakan 98% dari peruntukan RM 5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4 peratus sahaja yang mendapat faedah darinya. Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi dari wang yang diagihkan? Ke manakah baki RM 5.5 juta lagi? Pada masa yang sama tegas Mohd Zin alasan Menteri Besar bahawa jumlah kelahiran iaitu 313,706 adalah tidak benar menunjukkan beliau tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara. “Penafian Menteri Besar bahawa angka kelahiran adalah tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran TAWAS hanya 23.7 peratus. Adakah MB mengatakan bahawa hampir 80 peratus kelahiran lagi merupakan bukan warganegara? "Persoalan penting ialah, bagaimanakah Kerajaan Negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun? Ini kerana, sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menghasilkan pulangan yang berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar”, ujarnya. Malah jelas beliau lagi bukan sahaja dari segi kewangan, segala dokumentasi dan pentadbiran juga mendapat kritikan dari Ketua Audit Negara. “Ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri gagal menyediakan satu program yang baik dan dijalankan dengan telus. Kenyataan Exco Dr. Xavier bahawa kos operasi TAWAS turut digunakan untuk tujuan Jom Shopping sebenarnya memakan diri. “Bagaimana mungkin peruntukan untuk tujuan lain digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan politik. Kita semua maklum bahawa program Jom Shopping merupakan agenda politik Pakatan yang dibuat secara sambil lewa dan tidak menyeluruh," ujarnya lagi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. -MediaUMNO |
Jangan Putar Belit : Rumah Mampu Milik Di Selangor 23,637 Unit Atau Hanya 1,000 Unit Posted: 24 Oct 2012 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Okt – Anggota Parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Pua, diminta memberi maklumat lengkap mengenai dakwaan beliau bahawa kerajaan negeri Selangor telah membina 23,637 rumah mampu milik berharga di bawah RM100,000 sebuah. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata Tony pada persidangan Dewan Rakyat semalam memberitahu kerajaan negeri telah membina rumah mampu milik dengan jumlah itu, tetapi pada hakikatnya hanya kira-kira 1,000 unit rumah telah dibina sejak tahun 2008. “Sekiranya apa yang diperkatakan oleh Tony itu benar, kenapa kerajaan negeri tidak membuat pengumuman mengenainya dan saya juga mahu maklumat lengkap mengenainya seperti lokasi, berapa ramai yang telah menduduki rumah yang telah siap dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Semalam, pada persidangan Dewan Rakyat Lim membidas kerajaan negeri Selangor kerana tidak membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu. Selain itu, Lim yang juga Pengerusi MCA Selangor berkata PKNS kini dilihat lebih berminat untuk membina rumah kos tinggi berbanding rumah kos sederhana dan rendah sekaligus tidak memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki sebuah rumah di negeri itu. |
Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya Tuntut Kerajaan Selangor Pulangkan Tanah Posted: 24 Oct 2012 04:07 AM PDT SHAH ALAM, 24 Okt – Sekumpulan bekas peneroka Felda Sungai Buaya, Rawang, dan waris mereka hari ini menuntut kerajaan negeri Selangor memulangkan tanah seluas 419.57 hektar milik mereka yang didakwa dirampas pada 2010 dan membatalkan prosiding perampasan terhadap tiga lagi keping tanah seluas 451.62 hektar milik mereka di Mukim Serendah, Hulu Selangor. Kira-kira 40 orang yang mewakili 362 bekas peneroka dan waris terbabit berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini pada pukul 11.30 pagi dan memegang pelbagai kain rentang bagi menyatakan tuntutan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri menerusi wakil mereka Noryzal Zainal Abidin. Berdasarkan memorandum itu, bekas peneroka terbabit mendakwa pada 1994 mereka telah menubuhkan satu syarikat dikenali sebagai Murna Jaya Development Berhad (Murna Jaya) bagi menjual dan memajukan tanah mereka secara usahasama dengan mana-mana pemaju yang berminat dan berkemampuan. Seterusnya pada 1996, Murna Jaya telah mengikat perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju dikenali sebagai Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) untuk memajukan keseluruhan tanah peneroka menjadi sebuah bandar baharu di kawasan itu. BSB kemudian telah membangunkan sebahagian daripada tanah peneroka dengan mendirikan rumah kediaman dan blok kedai kira-kira 3,275 unit, bagaimanapun sekitar 1998, BSB tidak dapat meneruskan projek itu dengan lancar disebabkan kejatuhan ekonomi serantau sehingga akhirnya memaksa BSB menghentikan terus kerja pembangunan di kawasan itu. Ekoran itu, persetujuan telah dicapai di mana menjadi tanggungjawab BSB untuk memulangkan kembali kira-kira 654.37 hektar tanah milik peneroka dan sebahagian lagi tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor, sebagai ganti rugi atas kegagalan BSB menyiapkan projek itu selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Mei 2005 yang mengarahkan BSB berbuat demikian. Kesemua tanah yang perlu dipulangkan kembali kepada Murna Jaya telah didaftarkan atas nama BSB sebagai tuan punya berdaftar kecuali tanah di Mukim Serendah. Bagaimanapun disebabkan BSB menghadapi masalah kewangan yang serius segala perancangan untuk memulangkan serta mendaftarkan semula tanah tersebut atas nama Murna Jaya tidak dapat dilaksanakan disebabkan kegagalan BSB menjelaskan cukai tanah yang telah tertunggak. Akhirnya pada awal 2009, Murna Jaya telah menerima satu notis sebagai tuanpunya benefisial berhubung dengan kegagalan tuan punya (BSB) menjelaskan cukai tanah yang tertunggak sebanyak RM8.22 juta. Ekoran itu, Murna Jaya telah mengambil inisiatif untuk menyelamatkan tanah tersebut seperti menghantar beberapa pucuk surat kepada pihak kerajaan negeri untuk mengemukakan beberapa cadangan tetapi usaha itu gagal dan pada 11 Ogos 2011 mereka menerima surat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memaklumkan bahawa lapan hakmilik tanah mereka berkeluasan 419.57 hektar telah dirampas mengikut Akta Perampasan Tanah. Ketika ini kerajaan negeri juga telah memulakan prosiding bagi merampas tiga lagi hakmilik tanah seluas 451.62 hektar di Mukim Serendah atas alasan cukai tertunggak sebanyak RM3.5 juta. Murna Jaya melalui peguam mereka iaitu Tetuan Wan Haron & Associates telah menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 26 Julai 2012 yang menyokong permohonan Murna Jaya untuk penangguhan prosiding perampasan itu untuk jangkamasa enam bulan bagi meneliti dokumen berkaitan tetapi sehingga kini Menteri Besar didakwa masih belum membuat keputusan berhubung permasalahan itu. Sehubungan itu peneroka terbabit menuntut kerajaan negeri menerima cadangan Murna Jaya untuk menyelesaikan jumlah cukai tertunggak bagi kesemua 2,152.8 hektar tanah yang telah dirampas termasuk tanah yang terlibat dalam prosiding perampasan di Mukim Serendah secara berperingkat seterusnya memulangkan kembali tanah berkenaan kepada Murna Jaya untuk diteruskan pembangunan. Mereka turut menuntut kerajaan negeri mempercepatkan dan menanggung segala kos perbelanjaan untuk proses pecah tanah itu seterusnya mengeluarkan geran berasingan kepada setiap pembeli atau pemilik rumah atau tanah masing-masing selain menaik taraf kemudahan asas serta melaksanakan projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini. Sementara itu, wakil peneroka terbabit, Abu Hasan Mohd Sidek, 70, yang telah menetap di sana sejak 40 tahun lepas merayu supaya kerajaan negeri bertimbang rasa dengan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh mereka. “Kami akan bayar tunggakan cukai tetapi secara berperingkat kerana kami orang susah. Kami beri tempoh selama 14 hari untuk Menteri Besar membuat keputusan terhadap tuntutan kami sebelum kami ambil tindakan lebih drastik dan tegas selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. |
Jangan Beri Visa Pada Peguam Peranchis Posted: 24 Oct 2012 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Okt – Tindakan Suaram untuk membawa dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham ke negara untuk memberi taklimat di Parlimen berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dilayan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata usaha yang ingin dilakukan oleh Suaram itu lebih kepada berniat politik walaupun mereka mengarakan diri mereka adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bebas daripada pengaruh politik mana-mana pihak. "Kita ingin tahu atas dasar apa Suaram ingin membawa kedua peguam berkenaan memberi taklimat di Parlimen, sedangkang isu pembelian kapal selam itu sudah pun dijelaskan oleh ramai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen. "Mengapa perlu Suaram campur tangan dalam perkara ini, apakah motif sebenar mereka, tidakkah apa yang dilakukan oleh Suaram itu lebih menjurus kepada parti pembangkang yang kita kenali akan cuba mensensaikan apa sahaja isu untuk kepentingan politik mereka," katanya. Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas laporan yang menyatakan Suaram sedang berusaha mendapat visa untuk kedua-dua peguam berkenaan datang ke negara ini yang kononnya ingin memberi taklimat berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Parlimen. "Jika untuk tujuan itu, mereka berdua tidak harus diberikan visa untuk ke negara ini, kehadiran kedua-dua peguam berkenaan lebih banyak membawa keburukkan dalam usaha untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri. "Isu kapal selam itu membabitkan aset pertahanan negara, seharusnya perkara sebegini tidak harus dibicarakan secara terbuka, ini isu keselamatan negara mengapa orang luar pula yang ingin menyibuk dalam perkara ini,," katanya. Beliau berharap kerajaan tidak mengeluarkan visa untuk kedua peguam itu jika untuk tujuan berkenaan, tetapi sebagai pelancong ia tidak menjadi masalah dan jika mereka melanggar apa yang diberikan, kerajaan berhak untuk mengeluarkan mereka dari negara ini. -MediaUMNO |
Top Ten Position In ‘Doing Business’ Survey Within Sight, Says ISIS Posted: 24 Oct 2012 03:39 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 24 – A top ten position in the World Bank’s Doing Business survey is well within sight now and achieving it will further shine the spotlight on Malaysia for investors and be a vital catalyst in propelling the nation forward. In a statement today, the Institute of Strategic and International Studies Malaysia (ISIS) said the country has made giant strides in improving its business environment. “The vast improvements that Malaysia has made in the survey, released by the World Bank’s yesterday, are testimony of the appreciation of the efforts made. “It is a tribute to the efforts made by both the Special Task Force to Facilitate Business and the Performance Management and Delivery Unit,” it said. Malaysia was the 12th most competitive economy in Doing Business among 185 countries surveyed, it said. “This places it ahead of Sweden (13th), Taiwan (16th), Germany (20th) and just a few places shy of Australia (10th) and South Korea (8th),” it said. ISIS said earning the 12th position did not imply Malaysia has little else to do or that it has earned its place in the high-income nations club. “We need to see similar progress in a spectrum of other variables like human capital and management quality which are not covered in this survey. “Malaysia needs to churn out high-calibre workers at all levels and to attract foreign talent at the same time,” it said. It said the management of the public sector and private corporations has to improve, while research and development institutions needed to be set up by the private sector, and strong university-industry collaboration has to be in place if productivity and incomes were to improve. The think-tank said industries and services that depended on cheap foreign labour and low value-added processes must be more actively phased-out so that resources could be redeployed to faster-growing ones. |
Jangan Jadi Orang Munafiq – Pesan Kawan Lama Nik Aziz Posted: 24 Oct 2012 03:32 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Okt – Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga : jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari dan Muslim). Hadis Nabi di atas diungkapkan oleh bekas sahabat lama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Prof Madya Mohd Noor Deris yang merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini, Menurut beliau bukanlah niatnya untuk mengajar Mursyidul Am Pas itu tetapi ingin berkongsi pandangan atas dasar sesama Islam berhubung perkara tersebut supaya tidak timbul pelbagai tanggapan terhahadp Nik Aziz. "Atas alasan parti ke..atas alasan apa sekali pun Nik Aziz kena ingat.. Pertamanya jika benar-benar beliau dah janji beliau kena kotakan janji berkenaan. Itu jika ayat berkenaan benar-benar keluar daripada beliau sendiri. Keduanya beliau kena nilailah dan bermuhasabah apakah tidak ada pengganti lain yang selayaknya untuk menggantikan beliau. Bukannya apa..Nak bertanding bertandinglah tetapi akan tanggungjawab masih boleh dipikul lagi. Itu sahaja yang saya nak tanya," katanya kepada UMNO-Online di sini. Prof Mohd Noor seterusnya menegaskan pemimpin yang mungkir janji sebenarnya tidak layak untuk dipilih apatah lagi untuk diangkat sebagai Ketua Kerajaan. Katanya dalam apa jua keadaan sekali pun mana-mana pemimpin yang ada sifat sedemikian ianya wajar ditolak sama sekali. "Persoalan Nik Aziz mungkir janji atau tidak hanya tuan punya badan yang boleh jawab. Saya tidak sebut pun Nik Aziz mungkir janji cumanya sekadar memetik Hadis Nabi s.a.w dalam soal mungkin janji itu. "Terpulanglah kepada penilaian umum dan rakyat untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Itu sahajalah yang saya boleh kongsikan bersama," katanya. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat supaya membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang mungkir kepada janji. Merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini, katanya, pemimpin seperti itu akan membawa masalah jika dipilih memimpin negara. Tun Dr Mahathir memberi reaksi terhadap kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang kerana ia disyorkan oleh parti. -MediaUMNO |
Fahaman Pluralisme Agama – Senjata Untuk Raih Undi, Pesongkan Akidah Umat Islam Posted: 24 Oct 2012 03:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Okt – Fahaman pluralisme yang sedang diketengahkan dengan secara serius oleh pihak pembangkang dilihat amat merbahaya terhadap akidah umat Islam apatah lagi ia dibawa masuk ke negara ini atas dasar semata-mata untuk meraih populariti politik pihak tertentu. Menurut bekas Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom, fahaman ini amat bahaya kerana ia bertujuan untuk meletakkan Islam itu sama taraf seperti mana agama-agama lain yang ada di muka bumi hari ini, khususnya di negara ini. "Saya amat takut dengan usaha-usaha untuk fahaman seperti ini amat-amat di dalam negara kerana ia boleh menggugurkan iman dan akidah kita sebagai umat Islam. Kita sebagai umat Islam, tidak boleh meletakkan Islam itu setaraf dengan agama lain, biarpun agama-agama lain juga menyeru kepada kebaikan. "Seperti mana di dalam khutbah terakhir Rasulullah saw, Allah telah mengisytiharkan bahawa Islam ini telah disempurnakan dan hanya Islam sajalah satu-satunya yang diredhai oleh Allah swt. Manakala Nabi Muhammad saw pula menyebut bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini. Jadi berdasarkan Al Quran dan Hadis tersebut menurut beliau lagi, sekiranya umat Islam mengiyakan biarpun di dalam hati bahawa Islam itu sama dengan agama-agama lain, maka boleh tanggal iman dan akidah seseorang itu. "Sebab itulah isu ini menjadi satu isu yang sangat menakutkan saya, apatah lagi ada aktivitis-aktivitis agama terutama di dalam Pas yang nampaknya memilih untuk berdiam diri daripada bersuara. Mereka bimbang sekiranya bersuara bersuara tentang isu ini, ia akan menyinggung rakan-rakan non muslim di dalam parti lain dan Pas akan kehilangan sokongan mereka. Jadi, saya nampak rakan-rakan saya di dalam Pas lebih mendahulukan sokongan daripada mempertahankan akidah yang sebenar," jelasnya dalam satu wawancara eksklusif dengan UMNO-Online di sini. Justeru itu, beliau menyeru alim ulama di negara ini agar turun ke gelanggang untuk menjelaskan di dalam ceramah dan khutbah-khutbah mereka tentang kebenaran akidah Islam sebagai satu Addin dan menolak fahaman yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. "Agama-agama lain daripada Islam itu bukan Addin. Islam itu adalah Addin. Tetapi di Malaysia, kita gunakan perkataan agama hanyalah untuk memudahkan orang lain faham tetapi pada hakikatnya, Islam itu bukan sekadar agama, tetapi ia adalah Addin yang bermaksud satu cara hidup berdasarkan perintah Allah seperti mana contoh yang diperlihatkan oleh baginda Rasulullah saw," ujarnya. Dalam isu ini, beliau beranggapan bahawa akidah umat Islam berada di dalam keadaan bahaya kerana alim ulama dan aktivis Islam hari ini memilih untuk berdiam diri hanya kerana kepentingan politik semata-mata. "Sebab itu saya seru ahli-ahli UMNO supaya jangan lupa, bahawa UMNO itu ditubuhkan adalah untuk mempertahankan kemerdekaan tanahair, untuk mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu dan juga untuk menegak, mengembang dan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dan menghormati kebebasan orang bukan Islam untuk mengamal agama masing-masing," "Justeru itu kita mesti bercakap benar kepada orang bukan Islam. Ertinya, depan ahli MCA, kita mesti beritahu mereka bahawa Islam itu adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt melalui Nabi Muhammad saw. Begitu juga di hadapan MIC dan lain-lain, di mana dalam apa jua keadaan kita mesti pertahankan kebenaran tersebut," tegasnya, Beliau berpesan agar ahli-ahli UMNO tidak terikut cara pembangkang di mana di hadapan orang Islam, lain bunyinya dan apabila berhadapan dengan orang-orang bukan Islam, kenyataan mereka sudah jadi berbeza. "Apabila kita berkata bahawa agama kita serupa, semua agama ini adalah sama kerana semua agama menyeru kepada kebaikan, maka ketika itu jugalah gugur iman kita. “Oleh kerana lontaran kempen pluralisme ini datangnya dari pemimpin Islam sendiri, yang semua orang tahu siapa dia dan terbukti dengan kenyataannya di luar negara, maka kita amat takut kerana tanpa sedar, mereka solat, mereka puasa dan mereka buat haji, rupa-rupanya akidah sudah terpesong," tegasnya. -MediaUMNO |
Penang Government Refuses To Cooperate In Flats Painting Job Posted: 24 Oct 2012 03:10 AM PDT NIBONG TEBAL, Oct 24 – Penang UMNO is disappointed with the state government for refusing to cooperate with the contractor to carry out painting work on two flats. Its chairman Datuk Zainal Abidin Osman said the contractor faced various problems including not allowed to use water supply and painting equipment were not allowed to be left in the neighbourhood. “The contractor faced the problem at two flats maintained by the state government while no such prloblem was faced at eight other flats maintained by the private sector as the contractor received good cooperation,” he told reporters after launching the Elevated Housing Maintenance Programme in Taman Desa Jawi here today. The painting job was ordered after Nibong Tebal parliamentary constituency received allocation of RM2 million from Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for maintenance of elevated housing and 1,800 units in ten flats. Zainal Abidin said the state government should be thankful and cooperate for the flats maintenance project as it involves federal government allocation for the benefit of the people. “The flats involved are in Taman Desa Jawi and Jalan Canda Shariff. We did not ask any allocation from the state government for the painting job.” The adviser to the Rural and Regional Development Ministry also said 1,000 houses belonging to the poor in Nibong Tebal would be repaired starting next month. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment