BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAWAH PENTADBIRAN KHALID IBRAHIM KEJAM !!! TANAH PENEROKA FELDA SUNGAI BUAYA DI RAMPAS !!!

Posted: 24 Oct 2012 12:00 PM PDT


Sekumpulan bekas peneroka Felda Sungai Buaya,Rawang dan waris mereka menuntut kerajaan negeri Selangor memulangkan tanah seluas 419.57 hektar milik mereka yang didakwa dirampas pada 2010 dan membatalkan prosiding perampasan terhadap tiga lagi keping tanah seluas 451.62 hektar milik mereka di Mukim Serendah,Hulu Selangor.Kira-kira 40 orang yang mewakili 362 bekas peneroka dan waris terbabit berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada pukul 11.30 pagi dan memegang pelbagai kain rentang bagi menyatakan tuntutan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Mereka turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri menerusi wakil mereka Noryzal Zainal Abidin.Berdasarkan memorandum itu,bekas peneroka terbabit mendakwa pada 1994 mereka telah menubuhkan satu syarikat dikenali sebagai Murna Jaya Development Berhad (Murna Jaya) bagi menjual dan memajukan tanah mereka secara usahasama dengan mana-mana pemaju yang berminat dan berkemampuan.Seterusnya pada 1996,Murna Jaya telah mengikat perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju dikenali sebagai Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) untuk memajukan keseluruhan tanah peneroka menjadi sebuah bandar baharu di kawasan itu. BSB kemudian telah membangunkan sebahagian daripada tanah peneroka dengan mendirikan rumah kediaman dan blok kedai kira-kira 3,275 unit,bagaimanapun sekitar 1998,BSB tidak dapat meneruskan projek itu dengan lancar disebabkan kejatuhan ekonomi serantau sehingga akhirnya memaksa BSB menghentikan terus kerja pembangunan di kawasan itu. 



Ekoran itu, persetujuan telah dicapai di mana menjadi tanggungjawab BSB untuk memulangkan kembali kira-kira 654.37 hektar tanah milik peneroka dan sebahagian lagi tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor, sebagai ganti rugi atas kegagalan BSB menyiapkan projek itu selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Mei 2005 yang mengarahkan BSB berbuat demikian. Kesemua tanah yang perlu dipulangkan kembali kepada Murna Jaya telah didaftarkan atas nama BSB sebagai tuan punya berdaftar kecuali tanah di Mukim Serendah.Bagaimanapun disebabkan BSB menghadapi masalah kewangan yang serius segala perancangan untuk memulangkan serta mendaftarkan semula tanah tersebut atas nama Murna Jaya tidak dapat dilaksanakan disebabkan kegagalan BSB menjelaskan cukai tanah yang telah tertunggak.Akhirnya pada awal 2009,Murna Jaya telah menerima satu notis sebagai tuanpunya benefisial berhubung dengan kegagalan tuan punya (BSB) menjelaskan cukai tanah yang tertunggak sebanyak RM8.22 juta.Ekoran itu,Murna Jaya telah mengambil inisiatif untuk menyelamatkan tanah tersebut seperti menghantar beberapa pucuk surat kepada pihak kerajaan negeri untuk mengemukakan beberapa cadangan tetapi usaha itu gagal dan pada 11 Ogos 2011 mereka menerima surat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memaklumkan bahawa lapan hakmilik tanah mereka berkeluasan 419.57 hektar telah dirampas mengikut Akta Perampasan Tanah.Ketika ini kerajaan negeri juga telah memulakan prosiding bagi merampas tiga lagi hakmilik tanah seluas 451.62 hektar di Mukim Serendah atas alasan cukai tertunggak sebanyak RM3.5 juta. 

Murna Jaya melalui peguam mereka iaitu Tetuan Wan Haron & Associates telah menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 26 Julai 2012 yang menyokong permohonan Murna Jaya untuk penangguhan prosiding perampasan itu untuk jangkamasa enam bulan bagi meneliti dokumen berkaitan tetapi sehingga kini Menteri Besar didakwa masih belum membuat keputusan berhubung permasalahan itu. Sehubungan itu peneroka terbabit menuntut kerajaan negeri menerima cadangan Murna Jaya untuk menyelesaikan jumlah cukai tertunggak bagi kesemua 2,152.8 hektar tanah yang telah dirampas termasuk tanah yang terlibat dalam prosiding perampasan di Mukim Serendah secara berperingkat seterusnya memulangkan kembali tanah berkenaan kepada Murna Jaya untuk diteruskan pembangunan. Mereka turut menuntut kerajaan negeri mempercepatkan dan menanggung segala kos perbelanjaan untuk proses pecah tanah itu seterusnya mengeluarkan geran berasingan kepada setiap pembeli atau pemilik rumah atau tanah masing-masing selain menaik taraf kemudahan asas serta melaksanakan projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini. Sementara itu, wakil peneroka terbabit,Abu Hasan Mohd Sidek,yang telah menetap di sana sejak 40 tahun lepas merayu supaya kerajaan negeri bertimbang rasa dengan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh mereka. "Kami akan bayar tunggakan cukai tetapi secara berperingkat kerana kami orang susah. Kami beri tempoh selama 14 hari untuk Menteri Besar membuat keputusan terhadap tuntutan kami sebelum kami ambil tindakan lebih drastik dan tegas selepas ini," katanya.

BONGKAR !!! NEGARA SEKULAR HANYA TAKTIK DAP UNTUK MEMECAHKAN UMAT ISLAM !!!

Posted: 24 Oct 2012 09:57 AM PDT


Tindakan DAP yang beria-ia menafikan negara ini sebagai Negara Islam sudah cukup untuk membuktikan sifat anti-Islam/Melayu yang menjadi 'darah daging' parti tersebut.Tidak ada parti-parti yang mewakili kaum bukan Melayu di Malaysia yang menjadikan konsep pentadbiran negara ini iaitu sama ada sekular atau Islam, sebagai satu isu besar sepertimana DAP. Hujah DAP adalah berdasarkan kenyataan lisan yang dibuat oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Malaysia yang pertama bahawa Malaysia adalah Negara Sekular dan bukan Negara Islam. Ini dibuktikan dengan laporan The Star pada 9 Februari 1983 iaitu pada ulangtahun bekas Perdana Menteri itu yang ke-80,yang menyatakan "Jangan jadikan Malaysia negara Islam." Menurut Kit Siang,pada Februari 13,tahun yang sama,bekas Perdana Menteri yang ke-3,Tun Hussein Onn pula menyatakan bahawa beliau menyokong pendirian Tunku yang menolak negara Islam.Jika kenyataan lisan bekas Perdana Menteri pertama diangkat sebagai satu penghisytiharan dan dijadikan asas untuk menentukan konsep pentadbiran negara, maka Kit Siang juga wajib mengambilkira kenyataan lisan oleh bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang lain yang sebaliknya mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam pada 29 September 2001 semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan. Beliau dengan tegas mengisytiharkan seperti berikut: "Umno ingin menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam." Begitu juga dengan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 17 Julai 2007.Ketika menjadi Timbalannya,Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan bahawa "Islam adalah agama rasmi dan Malaysia adalah sebuah negara Islam," ketika Persidangan Antarabangsa tentang Peranan Negara Islam Dalam Dunia Globalisasi. Dan kini, setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Malaysia terus mendapat pengiktikrafan bukan sahaja sebagai Negara Islam tetapi sebagai Negara Islam contoh dan diakui sendiri oleh Ulama tersohor dunia termasuk antara yang paling disegani, iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.

Dalam surat penghargaan khas beliau ke atas sumbangan Malaysia kepada dunia Islam,beliau menyatakan, "Lebih penting,Malaysia telah diiktiraf sebagai antara Negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam." Dengan mengambilkira semua kenyataan lisan, pengisytiharan serta pengakuan bertulis mengenai sama ada Malaysia adalah Negara Islam atau Sekular, maka kita akan dapati bahawa 2 bekas Perdana Menteri menyatakan Malaysia adalah Negara Sekular, dan 2 bekas Perdana Menteri termasuk Perdana Menteri kita pada hari ini, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.Oleh itu,tidak ada sebab bagi Kit Siang untuk meletakkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebagai mengatasi kenyataan bekas-bekas Perdana Menteri yang lain. Dari sudut yang lain pula, Kit Siang tidak wajar berpegang kepada kenyataan bekas Perdana Menteri semata-mata, tetapi perlu melihat perkara ini secara keseluruhan, iaitu perlembagaan dan landskap masyarakat negara ini. Beberapa Ulama sepakat mentakrifkan Negara Islam seperti berikut: satu tempat yang berada dibawah pemerintahan orang Islam dan tandanya ialah apabila orang Islam aman di dalamnya serta masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, serta dilaksanakan di dalamnya hukum-hukum ke atas orang kafir zimmi, manakala golongan ahli bid'ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah.

Menurut Hassan al-Banna, sebuah kerajaan Islam ialah kerajaan di mana para pemimpinnya menunaikan kewajiban Islam, tidak melakukan maksiat dan mereka menjadi pelaksana hukum-hakam Islam dan pengajaran dalam dirinya. Negara Islam mementingkan keadilan sejagat yang sesuai dengan kedudukan manusia menurut kemampuan masing-masing kerana tidak ada manusia yang boleh menganggap dirinya istimewa dalam melaksanakan perintah Allah termasuk pemimpin dan juga Ulama, kerana undang-undang Allah SWT itu turut berlaku keatas semua.Dalam bahasa mudah bagi Umat Islam ialah Negara Islam itu terbentuk atas dasar niat dan matlamat yang tidak mengabaikan tuntutan Islam. Tetapi Negara Sekular terbentuk atas dasar kuasa di mana ia membolehkan matlamat menghalalkan cara.Jelas berdasarkan fakta-fakta di atas bahawa Malaysia adalah Negara Islam, dan bagi Kit Siang untuk menafikannya dengan hanya berdasarkan satu alasan iaitu kenyataan Tunku Abdul Rahman tentulah tidak boleh diterima langsung.Matlamat Kit Siang untuk membangkitkan soal ini tidak sukar untuk dibaca.Beliau sebenarnya hanya ingin memecahbelahkan Umat Islam dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan Islam.Namun,di masa yang sama, beliau juga sebenarnya secara tidak langsung mengesahkan bahawa perjuangan DAP adalah untuk menegakkan Negara Sekular dan bagi PAS untuk terus bersama mereka, menunjukkan bahawa Umat Islam di dalam PAS turut memperjuangkan yang sama.Logiknya,PAS wajar memberi respon segera sama ada untuk menyokong atau sekadar bermain politik dengan menempelak DAP kerana memperjuangkan Negara Sekular.Jika PAS benar-benar memperjuangkan Islam dan tidak memegang prinsip matlamat menghalalkan cara,maka kenyataan Kit Siang ini wajar dijadikan titik noktah kesepakatan mereka bagi mengelak dari turut bersubahat memperjuangkan Negara Sekular.

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM GUNA NGO TUNTUT HAPUS HAK ISTIMEWA MELAYU ??? APA CERITA NI ???

Posted: 24 Oct 2012 05:00 AM PDT


Agenda Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim semakin terserlah menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 apabila pelbagai desakan dan tuntutan dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan minoriti sebagai pertukaran undi kepada PR.Terbaru kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sahabat Suaram Johor dan Hindraf Makkal Sakti telah merangka tuntutan kepada PR yang dikenali sebagai Tuntutan Johor.Secara ringkasnya jika Anwar dan pemimpin pembangkang menyetujui untuk mendokong tuntutan kumpulan tersebut,mereka menjanjikan undi untuk blok PR di dalam pilihan raya kelak.Antara desakan yang paling menonjol di dalam Tuntutan Johor ialah desakan memansuhkan Artikle 153 Perlembagaan Persekutuan,dasar pro-Bumiputera,kuota Bumiputera serta Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996.Hujah mereka ialah dengan pemansuhan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang Melayu-Bumiputera maka akan mudah untuk mencapai perpaduan,keharmonian sosial dan kemakmuran negara.Suara-suara sumbang mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu Bumiputera yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Negara semakin lantang kedengaran sejak PRU 2008. PKR dan DAP terutamanya kian berani mempersoalkan dasar-dasar pro-Melayu yang diperjuangkan oleh Umno sejak 1946 lagi.

Malah Presiden PKR,Wan Azizah Ismail tidak merasa bersalah apabila mengisytiharkan untuk menghapuskan Ketuanan Melayu jika parti itu berkuasa. Pembangkang lupa bahawa pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 55 tahun mengecapi kemerdekaan adalah hasil daripada dasar serta program untuk meningkatkan taraf sosial-ekonomi orang Melayu Bumiputera.Ini dilakukan seiring dengan pembangunan bangsa-bangsa lain yang bermastautin di negara ini tanpa mengurangi sedikit pun hak-hak mereka yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.Hasilnya bukan sahaja orang Melayu diangkat martabat mereka tetapi orang bukan Melayu juga sama-sama menikmati hasil proses transformasi ekonomi dan pentadbiran negara dalam semua ruang lingkup kehidupan membabitkan setiap lapisan rakyat.Kini Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya berusaha untuk menafikan segala kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan Perikatan/Barisan Nasional sejak merdeka dengsn menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan. Tidakkah mereka yang kini mempersoalan Dasar Ekonomi Baru dahulu pernah menggaut keuntungan dan laba yang melimpah daripada dasar tersebut ??? 

Maka tidakkah Anwar yang melimpahi kroni-kroninya dengan kekayaan yang tidak dapat dibayangkan pada satu ketika dahulu melalui jawatannya sebagai Menteri Kewangan dengan menggunakan mengeksploitasi DEB sebenarnya mendedahkan sifat munafiknya yang nyata.Apabila berkuasa perbuatan membina empayar kekayaan peribadi tidak pula menjadi kesalahan tetapi apabila hilang kuasa dan pengaruh,segala apa yang pernah ditunggangi bagi faedah diri dan keluarga serta kroni dijadikan senjata politik untuk menghentam kerajaaan pula.Begitulah tabiat buruk Anwar yang menganggap dirinya suci dan bersih dari segala kekotoran peribadi dan amalan rasuah ketika berada di pihak pembangkang.Pembangkang seperti Tuntutan Johor ini tidak boleh dipandang enteng atau dipinggirkan kerana jika dibiarkan berlarutan,ia akan menjadi barah di dalam tubuh badan bangsa Melayu itu sendiri.Di manakah masa depan anak-anak Melayu dan kedudukan bangsa ini di bumi sendiri jika pembangkang berjaya melaksanakan apa yang mereka lakarkan di dalam tuntutan tersebut ??? 

Negara akan terjual,orang Melayu akan menjadi bangsa pariah,institusi Melayu hanya akan menjadi kenangan silam malah institusi raja-raja juga tidak dijamin berkekalan dan terus utus jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya.Anwar akan menggunakan apa sahaja kaedah yang ada dan ditawarkan kepada beliau daripada golongan anti-Melayu untuk mendapat undi dalam mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Ramai penyokong tegar Anwar berpendapat beliau seorang nasionalis Melayu yang tidak mudah dipengaruhi untuk melunturkan agenda Melayu tetapi realitinya cakap Ketua Pembangkang tidak serupa bikin.Sejak menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada 2008,apakah bukti beliau telah menaikkan taraf kemajuan penduduk Melayu di kawasan beliau.Persoalan yasng lebih kepada Anwar,apakah pernah PKR menganjur kongres atau persidangan untuk khusus membincangkan nasib dan masa depan bangsa Melayu dalam kerangka Pakatan Rakyat. 

Hakikat bahawa perkara sedemikian tidak pernah berlaku dan tidak akan berlaku di dalam Pakatan Rakyat walaupun PAS berseketu di dalamnya,menunjukkan orang Melayu akan menjadi mangsa pertama sekiranya pembangkang berkuasa.Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan akan lenyap, begitu juga Islam sebagai agama persekutuan akan dipinggirkan, malah semua institusi yang banyak berjasa kepada orang Melayu sedikit demi sedikit akan dihapuskan. Inilah yang dimaksudkan dengan prinsip kesamarataan dan keadilan yang diperjuangkan oleh pembangkang iaitu mengorbankan bangsa Melayu dalam mencapai negara liberal idaman Anwar.Tuntutan Johor hanya satu titik permulaan dalam perjalanan tersusun pembangkang untuk menjahanamkan negara dan menjadikan Malaysia sebagai negara satelit Barat.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! LIM KIT SIANG DAN DAP MEMPERJUANGKAN NEGARA SEKULAR !!! ADAKAH PAS AKAN IKUT ???

Posted: 23 Oct 2012 10:00 PM PDT


Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilemma.Kononnya,Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular.Namun,Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir,Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.Justeru,jika kenyataan seorang Perdana Menteri perlu diambil kira,kenapakah kenyataan tiga Perdana Menteri lain perlu ditolak ??? Lagipun,apakah sesebuah konsep pentadbiran itu boleh dijelaskan dengan hanya satu kenyataan ??? Sedangkan,yang lebih penting dalam menerangkan konsep pentadbiran adalah dengan melihat kepada perlembagaan serta landskap kehidupan masyarakat secara keseluruhan. Malaysia adalah Negara Islam berdasarkan hakikat ianya diperintah oleh pemimpin Islam yang tidak menyeru kepada maksiat dan perlembagaan yang tegas mendaulatkan Islam serta kehidupan masyarakat yang bebas beribadah tanpa sekatan. Malaysia juga telah menjadi Negara Islam contoh dan ini diiktiraf sendiri oleh Ulama-ulama tersohor dunia termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi. 

Maka,bagi Kit Siang menafikan negara ini sebagai Negara Islam menyerlahkan kesungguhan beliau menentang Islam dan ingin mendirikan Negara Sekular. Persoalan yang timbul dari tindakan Kit Siang ini ialah,apa kata PAS ??? Apakah Kit Siang membangkitkan soal ini kerana ingin membantu PAS membina Negara Islam yang sebenar ??? Tentu sekali tidak,kerana diketahui bahawa Kit Siang dan DAP sentiasa konsisten, terbuka dan tegas menolak sebarang usaha membentuk Negara Islam.Tidak mustahil Kit Siang sekadar ingin menguji di mana pendirian PAS dalam hal ini.Apakah PAS akan membela kenyataan Kit Siang dengan turut mengakui negara ini adalah sekular atau sebaliknya ??? Jika ya,apakah PAS akan berikrar untuk mendirikan Negara Islam yang sebenar yang dikatakan tidak mampu dibuat oleh UMNO atau apakah PAS hanya akan akur dengan DAP untuk memastikan negara ini kekal sebagai Negara Sekular ??? Seperti yang dijangka, PAS hanya berdiam diri bimbang tersalah cakap dan ditengking oleh DAP.

Kesudahannya,PAS hanya mampu bersetuju dengan DAP bahawa negara ini bukan Negara Islam tetapi PAS tidak mampu untuk menolak perjuangan DAP untuk memastikan negara ini menjadi Negara Sekular.Kini jelaslah bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah,Kit Siang akan memastikan bahawa perkara pertama yang akan diisytiharkan oleh kerajaan PR ialah berkenaan Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam. Berikutan itu, maka 4 tonggak utama perjuangan DAP akan dilaksanakan sejurus PR mengambil-alih iaitu 'menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu' sekali gus 'Rejimen Askar Melayu DiRaja','menghapuskan hak istimewa bumiputera' dan 'membuang Islam sebagai agama rasmi negara'.Bagi mereka-mereka yang naļf dan jahil tentang politik DAP, mungkin tidak tahu bahawa keempat-empat ini adalah objektif utama penubuhan dan perjuangan DAP sejak dahulu sehingga kini dan selamanya.Justeru,dengan tindakan PAS yang berdiam diri apabila DAP memperjuangkan Negara Sekular,maka tidak salahlah jika kita berkata yang PAS juga telah bersedia mendokong matlamat perjuangan yang sama dengan DAP. Jika masih ada umat Melayu yang mengundi PAS,maka ketahuilah bahawa anda sedang membantu menghapuskan kedaulatan Islam di bumi sendiri. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP MEMBERI TANAH KERAJAAN NEGERI KEPADA KAUM CINA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 23 Oct 2012 07:00 PM PDT


Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin minggu lalu mendedahkan keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa agar Yayasan Selangor menyerahkan tanah seluas 18.51 ekar di Klang kepada Exco Selangor,Elizabeth Wong.Berdasarkan surat bertarikh 21 Mac 2011 yang dimuatnaik dalam blog berkenaan,Elizabeth telah memohon kepada Khalid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan tanah tersebut kepada Pusat Kebudayaan Cina Negeri Selangor untuk cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Agama dan Kesenian.Khalid secara ringkas mengarahkan Pengurus Besar Yayasan Selangor,Ilham Marzuki untuk menyerahkan tanah berkenaan. 'Sdr. Ilham, sudah dibincang di lembaga, sila uruskan'," saya petik dari blog Malaysia-Today. 

Ilham melalui surat respon kepada Khalid kemudiannya memohon agar kerajaan negeri mempertimbangkan perkara berikut ; "Membatalkan usahasama yang lama dan pihak Yayasan Selangor berminat untuk menjalankan usahasama dengan syarikat baru atau yang dicadangkan kerajaan negeri, "Mendapatkan tanah yang lain dengan kadar nilaian tanah yang telah diambil oleh kerajaan negeri dan "Memohon agar kadar bayaran tanah mengikut nilaian semasa." Raja Petra antara lain menyebut bahawa Yayasan Selangor tidak pernah bersetuju dengan keputusan Khalid itu selain menyifatkan pusat kebudayaan lebih sesuai dibina di pinggir bandar dan tidak memerlukan tanah yang luas..


Beliau turut mendakwa bahawa syarikat Persada Istimewa Sdn Bhd (Persada) telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Elizabeth bersabit projek berkenaan walhal sebelum ini syarikat itu telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Yayasan Selangor bagi membangunkan tanah tersebut untuk tujuan komersial dan hartanah. Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz kepada Pejabat Daerah Tanah Klang dipetik melalui surat bertarikh 12 Julai 2011 menyatakan "tidak bersetuju" dengan cadangan pihak Persada Istimewa Sdn Bhd untuk meneruskan projek berkenaan.Justeru menurut Raja Petra,kumpulan pro Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa bahawa Elizabeth menyalahgunakan kuasanya sebagai Exco Selangor yang turut disokong oleh Khalid dan akan menggunakan isu tersebut untuk menggulingkan Menteri Besar. Raja Petra turut mempersoalkan bagaimana tanah milik kerajaan diserahkan kepada kaum Cina sedangkan ianya tanah rezab bumiputera.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!

Posted: 23 Oct 2012 04:00 PM PDT


Perdana Menteri,Datuk Seri Najib mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum,parti itu dipelawa bertanding di kawasan Melayu. 

"Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu,tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim),beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA, Ahad lalu. 

Dalam wawancara Mingguan Malaysia (30 September lalu),Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP. "SAya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik.Pada awalnya saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran.Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata.Apabila berdepan dengan realiti mereka tidak melakukan apa yang dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP.Lihat sahaja contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II),kononnya kebebasan bersuara dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan," kata Tunku Aziz. 

Beliau juga hakikat sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM 33.36 juta.Jika peruntukan itu digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek perumahan kos rendah untuk golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya Dan bukan kerajaan negeri itu bertindak melayan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh daripada kemampuan bumiputera.Melayu memang sudah muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti politik itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin Melayu dalam DAP sahaja.DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing undi orang Melayu. Lebih membimbangkan ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara. Isu penghinaan pemimpin DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu dan Islam sukar dipisahkan.Dalam perjuangan DAP tidak ada sebarang agenda Islam.Ketegasan pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud. 

 "DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanyaperkara yang berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk Orang Melayu," kata Tunku Abdul Aziz. 

Beliau menasihatkan orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP. Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak menghormati asas perlembagaandan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api bagi mengekalkan sokongan orang china. Orang Melayu yang masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan hak Mekayu tidak dipermainkan. Lihatlah bagaimana DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.Melayu dalam Pas juga perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana akhirnya parti paling dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam.Matlamat kerjasama, PAS Dap dan PKR hanyalah untuk mennag kerusi sahaja.

Menurut pemerhati politik,Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah kehilangan nilai. Pemimpin dan Parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan demokrasi.Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara berterusan dan semakin malampaui batas. 

"Asas kenegaraan yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya berada di era mengisi, memberi makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini.Sementara semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap hak-hak setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata Hashim.

Beliau melihat dalam keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau untuk merebut kuasa, pemimpin Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu. "Komponen dan institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak degan pantas ke awan hitam yang suram dan menggetarkan itu," Kata Hashim. Hal itu perlu diberi perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan bangsa melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi Islam termaktub dalam perlembagaan pun dihina? Tindakan ini belum mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP sering membaling batu sembunyi tangan. Orang Melayu sudah banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut pemimpin DAP. DAP telah pun berjaya menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu yang dituduh rasis. 

DAP perlu diingatkan tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk kepada penghinaan kaum minoriti? Berbeza sungguh di negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi di Malaysia sebaliknya. Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. yang menghina pula terdiri dari kaum minoriti.Sebagaimana kata Najib, orang Melayu sudah muak.Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam sudah melampau. Sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di negara ini perlu bersatu. Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan.Paling penting,jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...