UMNO Online - “Kementerian Kaji Guna Senarai BR1M Untuk Agih Beras ST15” plus 9 more |
- Kementerian Kaji Guna Senarai BR1M Untuk Agih Beras ST15
- Persidangan UMNO 2012 Jadi Tumpuan Luar Biasa Menjelang PRU-13
- Five Pct GDP Growth On Track, Says Donald Lim
- ‘Hidden Cost’ Dalam Janji PR Yang Kita Perlu Tahu
- Propaganda Grand Final PR Bakal Jadi Paku Terakhir Keranda Pembangkang
- Akar Umbi Sokong Cadangan Umum Calon Lebih Awal – Tengku Adnan
- Ramuan Kerja Berpasukan BN Pastikan Kemenangan Berterusan Di Kulai
- Nik Aziz Dipaksa Bertanding Untuk Jadi Pelindung Kosmetik Imej Buruk Pembangkang
- Rais Yatim : BN Govt Loves The People, Nothing Wrong To Return It
- Melaka Bentang Belanjawan “Lebihan” Sembilan Tahun Berturut-turut
Kementerian Kaji Guna Senarai BR1M Untuk Agih Beras ST15 Posted: 29 Oct 2012 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Okt – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengkaji kemungkinan menggunakan senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tujuan pengagihan beras subsidi Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15). Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata ini bagi mengelak ketirisan dan memastikan subsidi beras itu sampai kepada golongan yang memerlukan. Menurutnya kementerian pernah memikirkan untuk mengklasifikasikan beras ST15 sebagai barangan kawalan tetapi langkah itu tidak akan memberi kesan berikutan hanya 30 peratus beras itu berada dalam pasaran. “Kini terdapat 3.8 juta penerima BR1M, kita ada peruntukan kira-kira RM44 juta dan jika ada tambahan penerima menjadikan empat juta orang (penerima BR1M), kalau kita nak buat, kita boleh beri RM10 seorang untuk membeli beras setiap bulan. “Kita kena tengok keberkesanannya, sama ada sesuai atau tidak,” kata Noh ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini. Noh berkata kementerian telah lama menyedari penyelewengan berhubung beras ST15 dan pernah mencadangkan pelaksanaan program Beras Subsidi Untuk Rakyat (Subur) untuk golongan sasar melalui sistem baucar. “Kita nampak ketirisan berlaku, jadi kita sedang mencari kaedah terbaik untuk meneruskan bantuan subsidi beras yang menyediakan peruntukan yang besar ini,” katanya. Beliau berkata subsidi beras ST15 mungkin perlu ditiadakan jika pelaksanaannya dilihat tidak memberi kesan sewajarnya. Persidangan disambung esok. |
Persidangan UMNO 2012 Jadi Tumpuan Luar Biasa Menjelang PRU-13 Posted: 29 Oct 2012 05:31 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung bulan depan dijangka menarik tumpuan luar biasa berikutan bahang politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi. Seramai 2,674 anggota perwakilan akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 26 Nov hingga 1 Dis ini, yang antara lain untuk mendengar amanat akhir pucuk pimpinan parti sebelum gendang pilihan raya dipalu. Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata perhimpunan kali ini dijangka mendapat liputan meluas media massa dengan kira-kira 2,000 pengamal media dari dalam dan luar negara meletakkan fokus pada perhimpunan parti dominan Melayu itu. “Tahun lepas seramai 1,700 wakil media dari dalam dan luar negara telah membuat liputan sepanjang perhimpunan dan tahun ini kita jangka kira-kira 2,000 orang dari kalangan media akan terlibat,” katanya pada Mesyuarat Penyelarasan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC di sini, hari ini. Perhimpunan itu akan dimulakan dengan Seminar Penerangan Perdana pada 24 Nov yang akan dirasmikan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti Forum Antarabangsa Ketiga pada 26 hingga 27 Nov yang bakal dihadiri perwakilan dari 27 negara termasuk dari rantau Asean, Asia, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Palestin. “Jumlah penyertaan antarabangsa bagi forum ini merupakan pengiktirafan pada pucuk pimpinan parti,” kata Abdul Rauf. Majlis Taklimat Presiden pada 27 Nov yang akan diadakan secara tertutup antara yang dinantikan anggota perwakilan apabila Najib dijangka memberi amanat kepada jentera perang UMNO yang bakal menuju ‘ibu segala pilihan raya’ tidak lama lagi. Pada hari sama, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012 akan diadakan di Dewan Merdeka, sebelum Perhimpunan Agung bagi ketiga-tiga sayap parti itu, pada keesokannya. Perhimpunan Agung UMNO 2012 dimulakan secara rasmi pada 29 Nov dan berlangsung sehingga 1 Dis dengan pelbagai isu politik, ekonomi, pendidikan dan agama dijangka dikupas para anggota perwakilan. |
Five Pct GDP Growth On Track, Says Donald Lim Posted: 29 Oct 2012 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR, Oct 29 – Malaysia is on track to achieve a five per cent gross domestic product (GDP) growth this year, despite a gloomy global economic environment and lower trade figures for the first six months of the year, Deputy Minister of Finance Datuk Donald Lim Siang Chai said. He said Malaysia’s strong domestic demand, foreign tourists inflow and intra-Asian trade will provide the buffer against the global economic situation. “Malaysia’s trade to the United States and European countries have been reported to have decreased for the first half of this year. “That does not really affect Malaysia’s economic performance because most of is major trading partners remain in Asia, which is currently the region of growth,” Lim told reporters after delivering his closing address at the 17th Malaysian Capital Market Summit 2012, here, today. The government aims to register a GDP expansion of 4.5 per cent to five per cent this year. On the third quarter GDP growth, Lim said it is expected to be “softer than the 5.4 per cent registered in the second quarter.” He, however, declined to mention any specific figure for the quarter. “I should not speculate on figures. But we remain committed to achieve our full-year target.” |
‘Hidden Cost’ Dalam Janji PR Yang Kita Perlu Tahu Posted: 29 Oct 2012 05:18 AM PDT Penulis yakin di saat ini, Anwar Ibrahim sedang mengarahkan punahsihat-punahsihat bahasanya mencari perkataan-perkataan melayu lama yang boleh disamakan dengan "janji pilihanraya" atau yang biasa disebut, manifesto. Anwar sudah tidak boleh guna perkataan manifesto sebab rakyat sudah tahu sekarang pendirian Pakatan Rakyat mengenai manifesto ini – bukan perjanjian, seperti yang disebutkan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap Ibrahim. Dalam hati Anwar menyumpah kebodohan Khalid mengungkapkan perkataan tersebut terlalu awal. Memang itulah maksudnya bila janji lebih 30, laksananya 1 (itupun bukan semua dapat), tapi cara disampaikan itu kena betullah, jangan nampak sangat. Luah Anwar, dalam hati. Tapi macam orang buang angin juga, apa yang sudah terlepas disebut, terlepaslah, bukan boleh tarik balik semula. Sebab itu perlu dicari perkataan baru untuk menggantikan ayat 'manifesto' yang dicemarkan Khalid. Sekarang rakyat sudah tidak boleh dengar pun janji bulan bintang Anwar sebab tahu bukan nak dilaksanakan sangat, asal dapat kuasa sahaja. Apa yang berlaku selepas itu, serah pada Mahkamah, lagipun pakar putar belit undang-undang, berbaris dalam Pakatan harami ini. Itu yang terkeluar 'manifesto bukan janji' tu. Politik macam inilah yang rakyat perlu elakkan sama sekali. Kita rakyat nak lihat hasil. Kalau dalam manifesto tulis air percuma, kita tahu dapat air percuma. Bukan lepas dapat kuasa, baru kita tahu air percuma itu hanya untuk rumah bawah saja, yang rumah atas tidak dapat sebab tak pakai meter individu tapi meter pukal. Macam 'hidden cost' pulak. Ingat jual tiket kapal terbang saja ada 'hidden cost', janji pilihanraya kepada rakyat pun ada 'hidden cost' juga? Begitulah rendah maruah rakyat dibuat Pakatan haram ini sampai janji kepada yang mengharap pun dia main isu teknikal semata-mata nak lepas janji. Paling hina, tukar nama pakatan pembangkang, masa buat janji guna nama Barisan Alternatif (BA), dah dapat kuasa tukar nama Pakatan Rakyat. Semuanya akal Anwar Ibrahim nak melepaskan diri dari bertanggungjawab. Toksah percayalah puak-puak ini lagi ya. Anwar tipu berjuta orang bukan baru. Ingat lagi pembohongan terbesar 16 September? Macam confident saja nak bentuk kerajaan, hingga tengah malam itupun "we have the numbers", "we have the numbers", tapi dah masuk 5 tahun dah, haram pun takde. Ingat ni, Anwar pembohong, jangan percayakan dia dan apa yang keluar dari mulutnya pun. mykmu.net |
Propaganda Grand Final PR Bakal Jadi Paku Terakhir Keranda Pembangkang Posted: 29 Oct 2012 05:04 AM PDT Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR. Menurut kata Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza. Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH. Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut. Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang. Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin Pas sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear. Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki. Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan? Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja. Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.
Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah Pas mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan Pas Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah. Sepatutnya jika Pas serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian. Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana Pas tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan tiga batu nautika. Tapi pemimpin Pas lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun Pas menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat. Bersabit isu FGV dan Felda, Pas dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela. Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan Pas Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan. Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin Pas Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya. Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandang mudah. Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera. Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair. Tengkudin |
Akar Umbi Sokong Cadangan Umum Calon Lebih Awal – Tengku Adnan Posted: 29 Oct 2012 04:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa anggota parti dan masyarakat di akar umbi akan menerima baik cadangan untuk menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini. Katanya, ada anggota parti yang menggalakkan supaya calon dinamakan lebih awal agar apabila PRU diumumkan kelak maka tidak ada yang 'teraba-raba'. "Kebanyakan bahagian bersetuju dengan cadangan ini dan kerana itu pertimbangan dilakukan oleh Presiden sebelum membuat ketetapan," katanya. Sebelum ini, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) memberitahu bahawa kemungkinan calon untuk PRU ke-13 akan dinamakan lebih awal. "Saya hanya menyuarakan hasrat dan citarasa daripada bawah, kerana akhirnya ia akan berada di tangan Presiden untuk menetapkan apa yang sebaiknya untuk parti," katanya. Jelasnya juga, calon yang akan dipilih pada PRU nanti bukanlah ditentukan oleh parti atau individu yang tertentu sebaliknya rakyat sendiri yang akan memilih untuk mewakili mereka. "Kita mahukan calon yang rakyat hendak jadi kita sebagai parti yang memerintah dan pertubuhan politik yang menjadi anggota dalam Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang berbilang kaum, tidak sama seperti parti-parti lain yang menggunakan lambang masing-masing apabila bertanding dalam pilihan raya. "Dalam BN kita ada lambang yang digunakan sebagai kesatuan dimana 13 buah parti kompenan berbilang kaum bergabung. Inilah yang kita ketengahkan iaitu calon yang dimahukan oleh rakyat. Itu yang terpenting." Ujar beliau lagi, sekiranya calon yang dipilih oleh rakyat bukan dari kalangan orang parti namun sekiranya ia dipilih oleh rakyat maka tentunya ia akan dipertimbangkan. "Kalau rakyat mahukan orang ini untuk mewakili mereka maka saya berkeyakinan bahawa Presiden dan jawatankuasa atau Dewan tertinggi BN akan pertimbangkan kerana rakyat mahukan orang tersebut untuk mewakili mereka," tegasnya lagi. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Buku 100 Wira Negara Kepada UMNO Malaysia di Dewan Seri Endon, Menara Dato Onn hari ini. Sebanyak 5000 naskah buku hasil karya Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahim akan dijadikan sebagai cenderamata kepada para perwakilan pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO November nanti. Buku tersebut akan diagihkan kepada anggota perwakilan agar nilai sejarah dan perjuangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh sebelum ini akan dapat dihayati dan dijadikan tauladan kepada semua anggota masyarakat di akar umbi. - MediaUMNO |
Ramuan Kerja Berpasukan BN Pastikan Kemenangan Berterusan Di Kulai Posted: 29 Oct 2012 04:25 AM PDT KULAI 29 Okt – Atas semangat Barisan Nasional (BN), Pemuda UMNO Kulai terus komited membantu parti dalam usaha memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti. Ketua Pemuda UMNO Kulai, Ali Mazat Salleh berkata sungguhpun kawasan itu majoritinya terdiri daripada pengundi Cina, pihaknya bersama Pemuda parti komponen yang lain berkongsi atas satu matlamat untuk membantu parti mencapai kemenangan BN. Menurut beliau soal parti mana yang bertanding bukanlah satu halangan untuk mereka bersatu padu dan bekerja di bawah satu pasukan yang mantap tetapi lebih daripada itu yang mana setiap program akan digerakkan secara kolektif. "Uniknya BN ini adalah kerana kesepakatan yang telah diletakkan asasnya oleh pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu dan hari ini Pemuda-Pemuda parti komponen BN di kawasan ini meneruskan asas yang telah sediakan. "Setiap program menerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) kita gerakkan secara bersama. Inilah ramuan terbaik yang kita ada dalam usaha membantu parti bagi memastikan kelangsungan amanah untuk rakyat," katanya kepada UMNO-Online di sini. Ali yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menambah soal calon juga tidak menjadi halangan kepada mereka dan menyerahkan perkara itu kepada barisan pucuk pimpinan parti. Katanya tugas mereka sekarang adalah untuk memastikan apa yang menjadi masalah kepada rakyat dapat diselesaikan selain terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada kerajaan. "Insyaallah kita penuh yakin rakyat akan memberikan kepercayaan kepada BN kerana mereka dapat melihat dan dapat merasai apa yang telah kita laksanakan hari ini untuk kepentingan semua pihak," katanya. -MediaUMNO |
Nik Aziz Dipaksa Bertanding Untuk Jadi Pelindung Kosmetik Imej Buruk Pembangkang Posted: 29 Oct 2012 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR 29 Okt – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof percaya tindakan Pas yang masih lagi mengesyorkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang adalah atas paksaan pemimpin-pemimpin tertentu dalam Pas dan pakatan pembangkang sendiri untuk menjadi sebagai pelindung kosmetik kepada imej buruk yang ada pada mereka. Sedangkan hakikatnya jelas beliau Nik Aziz hari ini sentiasa bergelut dengan faktor usia serta masalah kesihatan yang membataskan keupayaannya untuk terus menerajui negeri Kelantan. "Jika kita tengok hakikat itu ada kebenarannya kerana umum tahu bagaimana pimpinan utama pembangkang bergelut dengan pelbagai isu yang dikhuatiri boleh menjejaskan peluang mereka untuk merealisasikan mimpi menuju ke Putrajaya. "Mereka mahu menggunakan Nik Aziz bagi menutup tingkahlaku songsang mereka itu saja hingga membuatkan Nik Aziz kini umpama meludah ke langit apabila satu ketika dulu pernah menegcam Tun Dr Mahathir kononnya mahu berkuasa hingga menongkat langit ," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang seterusnya menambah sesiapa sahaja boleh bertanding di dalam sebuah negara demokrasi seperti yang yang diamalkan oleh Malaysia hari ini. "Cumanya rakyat akan persoalkan kemampuan sebenar Nik Aziz dan apakah dalam Pas sekarang tidak ada pemimpin pelapis yang boleh menggantikan Nik Aziz. Pada masa yang sama baik Pas ataupun Nik Aziz sendiri sepatutnya buat tindakan bijak agar tidak ditunjukkan rakyat untuk berhenti menerusi peti undi nanti”, katanya. -MediaUMNO
|
Rais Yatim : BN Govt Loves The People, Nothing Wrong To Return It Posted: 29 Oct 2012 03:34 AM PDT YAN, Oct 29 – Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said the Barisan Nasional (BN) government loves the people and it is not wrong to return it to power. He said it was because of this love for the people that the BN government always provided various kinds of aid and continuous contributions to the rakyat. “If we are to list the party’s deeds, it’s too long…the opposition has to give political excuses merely to refute all the deeds and promises made by the BN government which have always been fulfilled. “I’m grateful that the rakyat accepts every aid programme positively and rejects the talks from the opposition which only knows how to make promises,” he said when launching the “Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia” (1Malaysia Community’s Love Gathering) at the Kedah state level, here today. Kedah UMNO Liaison chairman Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah and Secretary-General of the Ministry of Information, Communications and Culture, Datuk Kamaruddin Siaraf and Jerai Umno division head, Datuk Shuhaimi Abdullah were among the almost 3,000 people who were present. Dr Rais said the 2013 budget tabled by Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Razak on Sept 28 clearly showed that the government gave priority to the welfare of the people and students. “Religion teaches us to be good and sincere human beings with integrity. So, if we have any debt, it has to be paid. The government, however, has given much concession,” he said, describing as inappropriate the promise made by the opposition to write off the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loans if it were to win the 13th general election. He said that in the Jerai parliamentary constituency alone, 21,789 people had received the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) totalling RM10,894,500 while the RM100 aid for students had benefitted 27,892 students involving alost RM2.8 million. A total of 445 fishermen received the cost of living allowance of RM200 amounting to RM89,000 each month while 1,364 fishermen received the diesel subsidy, he added. Dr Rais later gave away five wheelchairs, five hampers, and a contribution of RM1,000 to three newly-wed couples comprising a Malay couple, a Chinese as well as an Indian couple. Meanwhile in GUAR CHEMPEDAK, near here, three newly-wed couples who were feted at the gathering described the celebration as a very happy occasion with the presence of the Information, Communications and Culture Minister together with almost 3,000 guests at the Guar Chempedak Multipurpose Hall. The three couples did not expect that the small wedding reception they had planned earlier had become such an elaborate gathering with the presence of the various races. Fadzilah Md Saad, 32, and husband Azizi Yusuf, 31, Joane Chong Khai Juen, 22, and Lim Cin Keak, 22, from Gurun and G. Punisha, 23, and husband M. Shankaran, 24, from Bedong were very happy when met at the reception. The couples said they were shocked when they were told that their wedding reception would be sponsored. |
Melaka Bentang Belanjawan “Lebihan” Sembilan Tahun Berturut-turut Posted: 29 Oct 2012 02:59 AM PDT MELAKA, 29 Okt – Kerajaan Negeri Melaka hari ini membentangkan belanjawan lebihan bagi tempoh sembilan tahun berturut-turut sejak 2005. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Seri Negeri di sini berkata hasil kerajaan negeri pada tahun depan dianggarkan berjumlah RM249.9 juta yang terdiri daripada hasil cukai berjumlah RM108.2 juta, hasil bukan cukai (RM75.8 juta) dan terimaan bukan hasil (RM65.9 juta). Beliau berkata sebanyak RM249.8 juta pula diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus melibatkan RM85.9 juta bagi emolumen; perkhidmatan dan bekalan (RM99.1 juta); pembelian aset (RM2.6 juta); pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM59.4 juta) dan perbelanjaan lain (RM2.8 juta). “Bajet lebihan sebanyak RM112,264 ini menunjukkan kerajaan terus berusaha untuk memperkukuhkan kewangan negeri dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemah,” katanya. Katanya bagi perbelanjaan pembangunan, sejumlah RM94.3 juta diperuntukkan bagi menampung keperluan infrastruktur, pertanian, sosial, perindustrian dan pembangunan masyarakat. Dalam sidang media selepas itu, Mohd Ali berkata belanjawan lebihan bagi tempoh sembilan tahun berturut-turut itu mencermikan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri dan tiada sebab bagi rakyat untuk tidak memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memacu negeri berkenaan. Terdahulu, Mohd Ali berkata Belanjawan 2013 negeri itu akan menumpukan kepada tiga strategi iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat, memacu Melaka ke arah negeri bandar teknologi hijau dan merancakkan sektor pelancongan. Beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan RM14 juta bagi bantuan am untuk disalurkan kepada keluarga berpendapatan di bawah paras garis kemiskinan, orang kelainan upaya, warga emas, ibu tunggal, pesakit terlantar dan penjaga pesakit kronik. Katanya kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka juga menyediakan RM18.9 juta antaranya bagi pinjaman pendidikan tinggi, pinjaman doktor falsafah dan ijazah sarjana serta biasiswa dan derma siswa. Selain itu, katanya sebanyak RM1.3 juta disediakan bagi bantuan yuran khas kokurikulum, kertas ujian dan insurans takaful bagi tadika dan sekolah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka serta RM1 juta bagi bantuan tuisyen asrama, sekolah asrama harian dan sekolah agama bantuan kerajaan. Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri Melaka akan meningkatkan empat sektor utama melalui teknologi hijau iaitu tenaga, bangunan, air dan pengurusan sisa serta pengangkutan. Bagi menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke Melaka, kerajaan negeri telah merancang pelbagai cara dan program sepanjang 2013 termasuk Melaka Tourism Street Carnival, Pesta Sungai Melaka, sambutan ulang tahun kelima Melaka Bandaraya Warisan Dunia Unesco dan Melaka International Tourism Show, katanya. Dalam pada itu, Mohd Ali berkata nilai pelaburan yang diluluskan di Melaka bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini adalah berjumlah RM400.7 juta dengan RM71.6 juta melibatkan pelaburan asing manakala RM329.1 juta pelaburan domestik. Kadar inflasi di Melaka bagi tempoh itu terus stabil dengan mencatatkan 2 peratus berbanding 2.8 peratus dalam tempoh sama pada 2011, katanya. Persidangan dewan bersambung esok. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment