BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM MAHU PROJEK KONDO BATU CAVES DITERUSKAN !!! DULU BUAH PALA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 29 Oct 2012 12:30 PM PDT


Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek Kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diteruskan meskipun mendapat bantahan masyarakat India kerana terletak di sebelah kuil Sri Maha Mahamariamman yang dikatakan bakal memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit tersebut.Bantahan dibuat kerana projek tersebut bakal memusnahkan patung itu yang terletak 300 meter daripada tapak pembinaan,turut dikhuatiri ianya akan menutup pandangan kuil tersebut yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong seluruh dunia.Anwar seperti dilaporkan Antarapos berkata jika projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu dihentikan ia pasti akan menguntungkan Barisan Nasional (BN). 

"Jika kita batalkan dan kena saman,siapa akan bayar? Negeri.Siapa kumpul duit? Umno, Barisan Nasional dan MIC.Siapa bayar? Kita bayar.Ini kerja orang bodoh.Bila mereka (BN) berkuasa,mereka macam raja,semua boleh.Bangunan 29 tingkat dekat kuil.Tapi sekarang mereka tiada kuasa,Khalid (Menteri Besar) dipersalahkan," kata Anwar ketika berucap dari siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.Meskipun Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu sebelum ini mendakwa projek itu dirancang sejak tahun 2007,ketika zaman BN,namun kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhak untuk membatalkan projek tersebut. 


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KES SCORPENE DAN ALTANTUYA !!! RUPANYA SIDANG AKHBAR MUSA HASSAN REKAAN PAKATAN HARAM ???

Posted: 29 Oct 2012 09:30 AM PDT


Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum,hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara,Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.Jadi,tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.Di FCCT,siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang,perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukanSeboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir,dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.Sehari dua sebelum itu,Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah. 

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini,oleh pihak defenden dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya. Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'.Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka),kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.Bagi kita yang celik akal,sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. 

Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri. Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak,tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar. Itu sahaja yang termampu mereka lakukan,nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja. Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! BUKTI MAT SABU MENYOKONG SYIAH TERSEBAR !!!

Posted: 29 Oct 2012 05:00 AM PDT




Video berdurasi 2 minit 54 saat diatas melaporkan kehadiran dan lawatan rasmi mat sabu selaku Timbalan Presiden pas terhadap Menteri Wakaf (Menteri Agama) Syria. Mengikut laporan berita itu, katanya mendakwa Mat Sabu MAHU TAHU situasi sebenar apa yang berlaku di Syria. 

PERSOALAN UTAMA

1) Mat Sabu jumpa Menteri Agama Syria yang berfahaman syiah.Sudah pasti berita yang disampaikan kepada Mat Sabu oleh Menteri Syiah itu akan lebih positif dalam menggambarkan situasi sebenar yang akan pro kepada Syiah . 

 2) Apa bodohnya Mat Sabu perlu berjumpa dengan Menteri Syiah Syria untuk mendapatkan penjelasan,sedangkan di dalam internet terdapat puluhan Youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan Syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam Sunnah....!! 

3) Apakah Mat Sabu tak baca laporan Human Right watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Syria terhadap penduduk Sunnah ???

4) Kedatangan Mat Sabu "SECARA RASMI MENGADAP PEMIMPIN SYIAH DI SYRIA" semakin melambangkan yang beliau ini memang penganut sesat Syiah... 

Pertama,mengapa di kala berlakukanya pergolakan di Mesir di mana pemberontaknya adalah Syiah,Mat Sabu tak buat kunjungan hormat kepada pemimpin Mesir sebaliknya menyokong gerakan kebangkitan Syiah di Mesir ??? 

Kedua,mengapa mat sabu TAK PERGI MENGADAP PEMIMPIN SUNNAH DI BAHRAIN sedangkan pada waktu itu penganut Syiah sedang galak membuat huru hara menumbangkan kerajaan Bahrain yang SAH ??? 

APA SUDAH JADI KEPADA PAS ??? 

ANDA NAK LAGI YANG PANAS ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! DAP TERIMA DANA RM1 BILLION UNTUK PRU 13 ???

Posted: 28 Oct 2012 10:00 PM PDT


Selepas PKR muncul dengan jet,bas mewah 2 tingkat dan treler, kini giliran DAP pula menunjukkan taringnya bahawa mereka juga mampu berbelanja mewah untuk menghadapi PRU13 ini. Sebuah treler baru dibeli oleh DAP untuk menggerakkan jentera mereka.

 Apalah agaknya isi dalam treler itu? Tidak mustahil dana luar untuk pakatan haram akan masuk mencurah-curah bagi persediaan mereka menampilkan imej mereka di mata rakyat untuk PRU13 ini.

Jangan terkejut jika RM1 Billion dana bersedia untuk 'disuntik' kepada pakatan haram. Jentera BN diharap bersedia dengan segala kemungkinan taktik kotor dan jahat puak pakatan haram ini.- Anak Seberang

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NURU IZZAH BONGKAR PENYELEWENGAN DS ROSMAH !!!

Posted: 28 Oct 2012 07:00 PM PDT


Ds Rosmah dah kantoi ni,macam mana yekkk ??? aduh.betul ker Ds Rosmah kantoi ni ??? macam tak percaya jer ??? apa pun saya tak percaya sebab 1 benda dan cerita panas yang cuba dimainkan oleh juak juak murahan Pakatan Pembangkang dah di sebar kan !!!


 UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KANTOI !!! PROJEK YANG BERNILAI JUTAAN RINGGIT DI KEDAH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 28 Oct 2012 04:00 PM PDT


ALOR SETAR - Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata projek-projek yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambilkira kepentingan rakyat dan tidak dibuat secara sembrono.Katanya projek 99 East di Langkawi bermula 2007 bernilai RM1.2 bilion yang didakwa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai merugikan kerajaan negeri dirancang menjadi padang golf bertaraf antarabangsa. 

"Projek itu telah separuh siap. Kerajaan negeri sepatutnya meneruskannya, (tetapi) menghentikannya dan menimbulkan banyak masalah setelah memenangi pilihan raya umum 2008," kata Mahdzir.Beliau mengulas dakwaan Azizan bahawa empat projek sakit dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah,memaksa kerajaan PAS Kedah menanggung beban hutang.Mahdzir ditemui pemberita pada majlis korban perdana di Felda Lubuk Merbau kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini.Sebanyak lapan ekor lembu dikorbankan dalam program tahunan Umno Padang Terap dan dagingnya diagihkan kepada peneroka. 

Dalam sidang medianya semalam,Azizan berkata beliau dan pegawai kerajaan negeri asyik diserang konon kerajaan PAS Kedah dan beliau menyeleweng banyak projek serta letih menanggung beban hutang atas kesilapan kerajaan BN terdahulu. Mahdzir berkata, projek itu dijalankan secara usahasama antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd bagi membangunkan kawasan seluas 144 hektar di Bukit Malut. Tanah itu milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja seperti didakwa Azizan, katanya. Mahdzir, Adun Pedu, berkata projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar. Mengenai Yayasan Islam Kedah yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir berkata masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan. 

 Projek Jerai International Park pula telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan, katanya. Mahdzir mempersoal tindakan Azizan memberhentikan projek usahasama ternakan ikan dalam sangkar di Langkawi antara Kedah Agro dengan sebuah syarikat Taiwan hanya kerana persepsi semua yang BN buat tidak elok dan betul. Katanya, Azizan juga gagal melaksana projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) di Yan walaupun pernah memberikan tarikh pecah tanah projek dan projek Keli-K di Sungai Pau, Sik serta kilang mengetin buah rambutan yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan. 

"Azizan pernah berkata dalam perniagaan ada untung rugi. Kita akui perkara ini. Jadi dia kena bertanggungjawab kerugian KCB di Papua New Guinea tetapi bila dah silap dia salahkan orang lain dan kata saya tak tau. "Laporan Ketua Audit Negara 2011 kata pelaburan KCB di Papua New Guinea rugi besar, dia kena mengakulah. Lagipun Menteri Besar adalah pengerusi KCB dan dia juga yang membawa masuk CEO," kata Mahdzir. Mengenai pembalakan di Tasik Pedu, Mahdzir mahu Azizan bertanggungjawab kerana membenarkan penebangan balak di kawasan tadahan hujan tanpa melalui Jawatankuasa Teknikal. Menurut Mahdzir hanya setelah separuh kawasan ditebang, surat pemberhentian kepada kontraktor dikeluarkan. - Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...