UMNO Online - “Bajet Pembangkang Sekadar Bajet Untuk Menang Pilihanraya” plus 9 more

UMNO Online - “Bajet Pembangkang Sekadar Bajet Untuk Menang Pilihanraya” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bajet Pembangkang Sekadar Bajet Untuk Menang Pilihanraya

Posted: 01 Oct 2012 04:25 AM PDT

Bajet yang dibentangkan oleh Dato' Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan.   PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.

Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza.  Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum.

Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera.

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara.

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri.

Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20 peratus pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara.

Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa dua tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi 'tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk  menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan  menghapuskan tol'.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.

Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan.   Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak.

Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar.  Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.   Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini?

Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan.  Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR.

Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma.

Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya.

Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.

Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah.   Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama.

Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20 peratus  pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang.  Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini.

Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain 'menjerut' peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.

Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya.  Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

DRs Haroun Helmy

Penduduk Pensiangan Nikmati Manfaat Gagasan 1Malaysia

Posted: 01 Oct 2012 03:26 AM PDT

PENSIANGAN, 1 Okt – Pensiangan, sebuan pekan kecil di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 120 kilometer dari Keningau, kini mengalami pembangunan rancak berikutan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat.

Kawasan pedalaman seluas lebih 6,000 km persegi dengan penduduk lebih 20,000 orang itu menerima hasil pembangunan yang sangat ketara sekali berbanding beberapa dekad yang lalu.

Semasa membandingkan kawasan itu yang sebelum ini berhutan tebal dan kini berubah wajah, Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha menangani masalah kemiskinan adalah agenda utama Barisan Nasional, (BN) khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan.

“..kini projek pembinaan jalan raya, pembangunan desa, kemudahan asas seperti loji air, bekalan elektrik, bantuan projek perumahan rakyat dan sebagainya sedang dijalankan dan ada yang telahpun siap sepenuhnya.

“Tidak dinafikan dari segi geografinya, kita agak jauh dari pusat pentadbiran kerajaan. Tetapi, kerajaan tidak akan melupakan kita walau diceruk manapun kita berada untuk mengeluarkan rakyat di kawasan ini dari belenggu kemiskinan dengan pelbagai pendekatan dan program pembangunan,” katanya  ketika meninjau loji air daerah Nabawan bersama 20 peserta Kembara Media 1Malaysia dalam satu program anjuran Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Sabah di sini, semalam.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata pembinaan tiga loji utama yang telah dan sedang dilaksanakan itu mampu menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk sekitar terutama di daerah Sook, Nabawan dan Pegalungan.

Katanya, kerajaan membelanjakan RM96 juta bagi membina loji air di Pegalungan yang dijangka siap Mei tahun depan.

Beliau berkata RM98 juta pula diperuntukkan bagi pembinaan loji air Pinipi di Tulid, Sook yang kini 80 peratus siap untuk beroperasi pada Mac tahun depan.

“Antara tumpuan utama lain adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat melibatkan cadangan pembinaan jalan raya dari Sepulot hingga ke Kalabakan dan pembinaan dua sekolah menengah baharu di Dalit,” katanya.

Menurutnya, pada masa kini, Loji Air Daerah Nabawan yang beroperasi pada 2009 membekalkan lapan juta liter air sehari kepada 15,000 pengguna di 10 buah kampung di sekitarnya.

Kurup turut berharap penduduk kawasan Pensiangan akan menerima manfaat daripada Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas bagi mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar, kesihatan serta bantuan dan insentif rakyat.

“Pada zaman dahulu, kita dapat lihat jalan kayu balak yang berlubang-lubang dan mengambil masa berjam-jam untuk pergi dari Sook ke Sinua serta dari Keningau mengambil masa 12 jam untuk ke Sinua, jalan raya tidak baik, penduduk daif, tahap kesihatan tidak seperti kini dan sekolah pun terhad,” katanya berkongsi pengalamannya pada majlis makan malam media sempena program Kembara Media selama dua hari itu.

Kurup juga memberi jaminan projek pembinaan Hospital Daerah Nabawan yang bernilai RM28 juta akan tetap dilaksanakan bagi memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Kita akan berusaha membina hospital itu dalam tempoh 15 bulan selepas menjangkakan untuk mengeluarkan tender sekurang-kurangnya pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Sabah Ellron Alfred yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sook yang turut meninjau beberapa projek di sekitar kawasannya itu berkata kerajaan membelanjakan hampir RM600 juta bagi pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan perkhidmatan dan infrastruktur di Sook sejak tahun 2008.

Beliau berkata RM143.5 juta diperuntukkan bagi menaik taraf jalan raya dari pekan Sook ke Kampung Tulid sejauh 34 km yang dijangka siap Jun 2014 dan RM148.9 juta bagi menurap jalan sepanjang 30km dari Batu Lunguyan ke Sinua dan RM9 juta pula diperuntukkan bagi membina jalan Minawo sejauh 9km.

Siswa Bukan Dalam Kategori Penerima BR1M – Kementerian Kewangan

Posted: 01 Oct 2012 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt –  Pejabat Menteri Kewangan pada Isnin menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar diseluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Isnin.

“Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta,” menurut kenyataan itu.

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar pada Isnin berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yangtidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.

Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.

Normal For Auditor-General’s Report To Be Tabled After Budget – Ambrin

Posted: 01 Oct 2012 03:10 AM PDT

KUANTAN, Oct 1 – Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang said today it is normal for the Auditor-General’s Report 2011 to be tabled after Budget 2013.

“Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz had asked for more time to allow longer debate to prevent the audit report from stealing the limelight from the budget.

“We have nothing to hide. Last year, the Auditor-General’s Report 2010 was tabled two weeks after Budget 2012,” he told reporters after the opening of Malaysia Audit Day and Public Sector Auditors Conference 2012 by Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Nazri was recently reported as saying that the Auditor-General’s Report 2011 will be tabled one week after Budget 2013.

In another development, Ambrin said agencies involved in delivering aid to disaster victims must follow the standard operating procedures (SOP) by the National Audit Department (NAD).

“We are flexible when it comes to disasters but the officers involved must record them so that we know where the money comes from and where it goes,” he added.

In his opening speech, Adnan called on NAD to exercise flexibility during disasters as not everything in the SOP could be followed during the rush to send aid to victims.

Hishammuddin Orders Full Cooperation For Sabah RCI On Illegals

Posted: 01 Oct 2012 03:07 AM PDT

KOTA KINABALU, Oct 1 – Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has ordered all agencies under his ministry to give full cooperation to the Royal Commission of Inquiry (RCI) specially set up to investigate problem of illegal immigrants in Sabah.

He said the ministry did not want to disappoint the people of Sabah who wished to see the best solution found for the long-standing issue.

“We will ensure the objectives of the formation of the RCI will be realized and be a historic moment for Sabah. This matter is very close to the hearts of Sabahans.

“During the investigation period, we know that the Home Ministry’s agencies will be called up, so it’s up to the RCI. We will do what is appropriate,” he said when met by reporters after receiving a Sabah state award at Istana Negeri, here, today.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had on Sept 21 handed over the appointment letters to the RCI chairman, former Chief Judge of Sabah and Sarawak  Tan Sri Steve Shim Lip Kiong and the commission’s other members.

The secretary of the RCI is secretary-general of the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry Datuk Saripuddin Kasim and the other members are Universiti Malaysia Sabah vice-chancellor Prof Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, former Sabah Attorney-General Tan Sri Herman Luping, former State Secretary Datuk K.Y. Mustafa and Malaysian Crime Prevention Foundation deputy chairman Datuk Henry Chin Poy Wu, who is also former Kuala Lumpur police chief.

Hishammuddin urged the public including those from the opposition parties not to politicise the effort as it could dent the government’s sincere intention of tackling an inherited problem and not one that happened overnight in Sabah.

Antara Bajet Realiti Dan Bajet Fantasi Jadi Bukti Yang Mana Janji Ditepati

Posted: 01 Oct 2012 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt  – Teka-teki dan pelbagai persoalan yang timbul sebelum ini berkaitan Bajet 2013 telah terjawab dengan pembentangan yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa dengan pembentangan bajet tersebut terserlah bagaimana kepimpinan dalam kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) iaitu sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat berlandaskan kepada kemampuan yang ada.

"Inilah komitmen kerajaan BN dalam melaksanakan amanah kepada rakyat kerana bajet tersebut adalah realiti dari rakyat yang telah diselami oleh kerajaan dan dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat dengan rasa penuh tanggungjawab," katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau menyelar pakatan pembangkang yang melontarkan tuduhan bahawa bajet tersebut dibuat sedemikian kerana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sudah terlalu dekat.

"Inilah masalah pembangkang yang hanya tahu memanipulasi dan melakukan propaganda atas apa yang dilaksanakan oleh BN sedangkan bajet tersebut dibuat atas komitmen dan kesungguhan BN sebagai kerajaan yang menepati janji dan melaksanakan amanah.

"BN bukan kali pertama membentangkan bajet jadi tentunya tahu apa yang dilakarkan untuk kecemerlangan negara dengan keselesaan rakyat di dalamnya, apatah lagi bajet terbaru ini mencakupi semua golongan, dari muda hingga ke tua, dari kanak-kanak kepada dewasa, lelaki dan wanita, semua lapisan masyarakat termasuklah golongan pembangkang sendiri dapat rasa aliran bajet tersebut."

Tegasnya, apa yang sebenarnya yang pembangkang tidak puas hati adalah kerana adanya sifat iri hati, angkuh dan cemburu dengan pencapaian BN apatah lagi mereka sendiri sebagai kerajaan di empat buah negeri gagal melaksanakan sebagaimana BN.

"BN tidak pernah endah dengan apa yang pembangkang lakukan biarpun saban hari ada saja kutukan, hasutan dan fitnah yang ditaburkan oleh mereka kepada kerajaan.

"Pembangkang ini sudahlah gagal nak tunaikan janji sendiri dan sekarang ini misi mereka adalah cuba untuk menggagalkan BN daripada realitikan apa yang telah dijanji maka kerana itulah mereka buat pelbagai tuduhan sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya lagi.

Tambahnya, BN bukan kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab sambil lewa atau mula melatah apabila dilemparkan tuduhan oleh pakatan pembangkang kerana matlamat BN adalah untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat berterusan di samping negara terus membangun dan mampu melaksanakan lonjakan di persada antarabangsa," katanya yang juga Setiausaha Agung BN. - MediaUMNO

Lima Hospital Dilengkapi Kemudahan Perubatan Nuklear Selamat – Rosnah

Posted: 01 Oct 2012 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Lima hospital di negara ini dilengkapi kemudahan perubatan nuklear, yang dikenalpasti selamat dan berkesan dalam pemeriksaan dan rawatan pesakit, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Hospital itu ialah Hospital Pulau Pinang (zon utara), Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya (zon tengah), Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu (zon selatan) dan Hospital Umum Sarawak (zon Sarawak), katanya.

Beliau berkata Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas (zon Sabah) juga akan dilengkapi kemudahan teknologi perubatan nuklear dalam rawatan pesakit pada masa akan datang.

“Teknologi perubatan nuklear selaras dengan piawaian dan ketetapan antarabangsa, telah dikenalpasti sebagai satu teknologi yang penting bagi tujuan pengurusan rawatan pesakit,” katanya.

Rosnah, yang juga anggota Parlimen Papar, berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh mana kajian keberkesanan penggunaan teknologi perubatan (nuklear) dalam diagnosa dan rawatan perubatan.

Rosnah berkata Malaysia, menerusi Kementerian Kesihatan dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, mendapat bantuan konsultasi daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), terutama bagi tujuan latihan di peringkat antarabangsa dan penyelidikan yang berkaitan.

Secara amnya, bilangan kes yang menggunakan teknologi perubatan nuclear telah meningkat daripada tahun ke tahun, dengan 10,712 kes pada tahun 2010 dan 11,296 kes pada tahun 2011, katanya.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemeriksaan dan rawatan perubatan menggunakan teknologi perubatan nuklear amat membantu pegawai-pegawai perubatan dan pakar-pakar dalam membuat dignosa dan disusuli dengan kaedah terapi yang sewajarnya,” katanya.

Mengenai teknologi perubatan nuklear, Rosnah berkata teknologi itu meliputi tiga bidang iaitu bidang klinikal yang merangkumi aspek diagnostik dan terapeutik, bidang radiofarmasi dan bidang sains fizik.

Beliau berkata teknologi perubatan nuklear juga boleh diguna bagi tujuan pemeriksaan jantung.

UMNO Kedah Usaha Daftar 200,000 Yang Belum Jadi Pengundi

Posted: 01 Oct 2012 02:27 AM PDT

ALOR SETAR, 1 Okt -  UMNO Kedah sedang berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih walaupun menyedari pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata gerakan mendaftar pengundi baharu dijalankan setiap hari.

“Arahan telah dikeluarkan kepada setiap UMNO Bahagian supaya membuka kaunter pendaftaran pemilih pada setiap hari bekerja mulai bulan lepas manakala di Ibu pejabat UMNO Kedah di Bangunan Tunku di sini telah lama diadakan.

“UMNO sentiasa mencari mekanisme bagi memudahkan pendaftaran pengundi antaranya mengarahkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mencari dan mendaftar mereka yang layak di kampung masing-masing," katanya selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini, semalam.

Ahmad Bashah berkata sehingga Ogos lepas jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta orang berbanding 873,000 orang pada PRU 2008.

UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi dari 2008 sehingga Ogos lepas, katanya.

Tindakan GAPS Bongkar Isu Rasuah Buat Kerajaan Selangor Seperti Casing Kepanasan

Posted: 01 Oct 2012 02:23 AM PDT

SHAH ALAM, 1 Okt  - “Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor” , ujar Hamidzun Khairuddin, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Terbaru jelas beliau ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan PKR Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guamannya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.

“Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen PKR yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen PKR ini.

Beliau amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media.

Tegas beliau lagi tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkannya agar tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.

“Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya di mata masyarakat.

“Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.

“Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan di mahkamah,” ujarnya lagi yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor. -MediaUMNO

Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).

“Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi "budak suruhan politik" yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.

Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim,” ujarnya lagi.

Takut Kepada DAP Hingga Pas Biarkan Nik Aziz Terkontang-kanting….

Posted: 01 Oct 2012 02:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 1 Okt – Pas hari ini dipersoal setelah tiada kelihatan barisan kepimpinan mereka yang tampil ke hadapan untuk bersama-sama dengan bekas Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung pertembungannya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

Pendakwah Bebas, Ustaz Jamil Long berkata bukankah hudud secara konsisten diperkatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seharusnya panglima-panglima Pas perlu tampil untuk mempertahankan apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz sebelum ini.

Soalnya apakah yang menjadi batu penghalang kepada kepimpinan Pas untuk berbuat demikian dalam usaha mempertahankan apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz itu yang hari ini hanya sekadar dipertahankan oleh Ustaz Nasharudin.

"Kalau tak nak nak jaga air muka bekas Timbalan Presiden, sekurang-kurangnya jagalah air muka Nik Aziz itu. Takkan mereka tidak mahu ke depan dalam soal ini dan berdasarkan pemerhatian saya sebelum ini, bukankah Nik Aziz cukup konsisten memperkatakannya.

"Jadi kenalah berani tampil ke depan… .Jangan hanya melibatkan isu serta perkara yang berhubung kait dengan musuh politik, baru nampak muka. Bagi saya itu tidak kenalah apda tempatnya. Kalau Ustaz Nasharudin tidak mendapat solidariti tu tak peliklah…tetapi kenalah jaga maruah Mursyidul Am Pas," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menimbulkan persoalan apakah kerana gara-gara dibuai mimpi enak menuju Putrajaya segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata.

"Sekali-sekala tu jenguk-jenguklah sikit dalam hal ini….jangan hanya asyik bercakap dan terkengkan mimpi indah itu. Yang penting hari ini jagalah air muka Mursyidul Am Pas itu," katanya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...