BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


ISU AIR PERCUMA !!! RAKYAT SELANGOR MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI DAN KHALID IBRAHIM !!!

Posted: 01 Oct 2012 11:49 AM PDT


Tuntutan rakyat negeri Selangor kepada kerajaan negeri yang sehingga kini masih gagal melaksanakan skim air percuma seperti yangdijanjikan pada manifesto pilihan raya umum lalu kepada penghuni flat dan pangsapuri semakin hari semakin memuncak.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan berkata,walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demonstrasi secara aman namun Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membukakan mata. 

 "Mereka langsung tidak simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya berpendapatan rendah yang menhuni rumah flat dan apartmen,sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan manifesto itu bukan satu perjanjian yang perlu dilaksanakan.Ini menunjukkan sikap angkuh dan bongkak kerajaan negeri pimpinan PKR yang kononnya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan sebenarnya omong kosong,sekadar 'gula-gula' untuk memenangi pilihan raya umum.Rakyat sebenarnya sudah boleh membuka mata dan boleh menilai sendiri jenis apakah kepimpinan yang diamalkan oleh pakatan pembangkang di Selangor ini kerana sejak daripada awal lagi kerajaan negeri sudah membuka tembelang mereka," katanya.Tambahnya,sikap membisu Abdul Khalid itu juga menunjukkan kerajaan negeri Selangor hari ini langsung tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami permasalahan rakyat marhaein.satu lagi siri demonstrasi secara aman dilakukan oleh penghuni Apartment Putra Perdana,Puchong yang menuntut agar mereka juga diberi hak untuk menikmati air percuma 20 meter padu setiap bulan atau kerajaan negeri membayar rebat bermula pada 2008.Terdapat 11 apartment iaitu Siantan, Rista Villa, Kekwa, Kenanga, Teratai, Dahlia, Anggerik, Semarak, Kiambang, Ruvena dan Rozana yang mengandungi lebih 5,000 unit rumah yang telah dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma tersebut. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu,pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan.Bagaimanapun selepas menang di Selangor,pakatan pembangkang hanya melaksanakan skim tersebut dalam 'keadaan tidak sepenuh hati' itupun selepas mendapat desakan pelbagai pihak yang menuntut janji tersebut dilaksanakan. Namun begitu, pelaksanaanya sekadar melepaskan batuk di tangga kerana hanya pengguna yang menggunakan meter individu sahaja menerima skim sir percuma itu, manakala pengguna meter pukal dinafikan hak itu.

Pelaksanaan skim air percuma ini sahaja kerajaan negeri sekarang tidak adil walau parti mereka bernama Parti Keadilan Rakyat kerana kediaman berharga RM3 juta memperoleh keistimewaan itu tetapi kediaman flat dan apartmen terpaksa membayar 20 meter padu air. "Sebelum ini, tiga demonstrasi secara aman menuntut air percuma telah dibuat oleh penduduk Apartment Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender dan Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras. Justeru saya mendesak agar Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor lebih bertanggungjawab dan mengambil berat desakan yang dibuat oleh penduduk Apartment Putra Perdana ini kerana selepas ini satu lagi tuntutan saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam," ujarnya lagi. Terkini, 11 pangsapuri di Putra Perdana, Puchong melibatkan 5,000 unit pangsapuri yang dinafikan hak mereka untuk mendapat air percuma seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri telah mengadakan bantahan secara aman bertempat di Rista Villa,semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak mengendahkan tuntutan yang dibuat penduduk pangsapuri yang tidak berpeluang menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan dengan alasan meter pukal. Pengerusi Badan Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Rushdan Mohamed berkata, rakyat Selangor memberi mandat kepada PR dengan harapan dapat merealisasikan manifesto PRU12."Dulu kami berharap kerajaan PR dapat membantu rakyat Selangor, dan bukan sekadar janji air percuma malah pelbagai lagi insentif ditaburkan hanya palsu, kalau janji tidak di kota kami akan tolak bulat-bulat pimpinan ini,"katanya ketika sidang media di Pangsapuri Rista Villa,semalam.Peguam yang mewakili penduduk,Tetuan Kamarudin dan Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad berkata, sehingga Jumaat lalu sebanyak 4,000 saman telah difailkan terhadap ketiga-tiga defenden tersebut iaitu Kerajaan Negeri, Menteri Besar dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim air percuma di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau turut menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak tidak bertanggung jawab berhubung keupayaan mereka untuk memenangi kes tersebut dan mendakwa sekiranya kalah, Kerajaan Negeri akan menyaman mereka semula. "Semua kes telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk di adili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto),"katanya.

HOT NEWS !!! SKANDAL LIM GUAN ENG DI DEDAHKAN OLEH BLOGGER PAKATAN HARAM !!! APA MOTIFNYA ???

Posted: 01 Oct 2012 05:00 AM PDT


Gua hanya menimbulkan persoalan mengenai siapakah VVIP yang bergambar dengan amoi cun bersama gelas BEER disebuah pub.. Amoi tu pulak mempunyai dakwaan menawarkan perkhidmatan seks kepada lelaki-lelaki berhidung belang.. Dan gua cuba nak tahu, apakah hubungan VVIP terbabit dengan amoi tu.. Sebab, sebelum ni pun VVIP terbabit ada mempunyai rekod 2-3 kali berkunjung ke 'tempat' amoi tersebut.. So bila amoi tu sanggup 'terbang' ke Penang ni.., takkan tak ada apa-apa kot? Setakat ni, gua tak dedahkan gambar VVIP tersebut untuk menjaga imej beliau..,tapi nampaknya blogger pencacai penjilat Anwar yang mula-mula dedahkannya dulu..

http://3.bp.blogspot.com/-ex_4DFBeJ6M/UGhQV9SR4uI/AAAAAAAAO1A/nW3u6xu18XM/s1600/lge.jpg

Apakah motif blogger-blogger kaldai tersebut dedahkan gambar VVIP tu?

Adakah dia mahu menjatuhkan imej 'alim' dab 'warak' VVIP tersebut dimata pengikut Pakatan?

Blogger terbabit juga tuduh gua cuba fitnah VVIP terbabit.. Apa yang gua fitnah? Pasal gua anggap VVIP tu alim dan warak ke?

Beb.., bukan ke VVIP tu dah diangkat setaraf khalifah Umar dan juga berlakon alim dan warak didepan masyarakat Islam? Tak percaya? Korang tengok sendiri lakonan dia masa bulan puasa.. Satu lagi.., bukan gua yang angkat darjat VVIP tu beb.., Nik Aziz yang iktiraf tauu..

http://2.bp.blogspot.com/-WauDFydNanU/UGhQdQxSwsI/AAAAAAAAO1I/xHFistc18EA/s320/Lin+Chi+Ling++04.jpg

So..,dengan pendedahan dari blogger Milobasi dan ASD tu, terbukti bahawa VVIP tersebut tak disukai dalam Pakatan sendiri.. Kalau tak, takkanlah dorang sanggup dedahkan VVIP tersebut untuk menjatuhkan imej beliau.. Gua difahamkan bahawa blogger Milobasi tu dibayar elaun bulanan oleh Anwar Ibrahim.. Rasanya mesti Anwar yang suruh pencacai belaannya tu dedahkan gambar VVIP tersebut untuk malukan beliau.. Dan gua juga diberitahu, blogger ASD tu baik dengan Mansor Othman, TKM1 Penang yang sebelum ni kata Ah beng Cocky & Arrogant.. Adakah dia juga dibayar oleh Mansor untuk balas dendam pada Ah Beng? Pesanan gua kepada blogger-blogger macai tersebut.., jangan dedahkan aib pemimpin sendiri.., tak baikkk.... VVIP tu kan berperwatakan Islamik di mata semua pencacai... Hahahahahahaha..... - MPP

BAS JELAJAH RAKYAT !!! KHALID GAGAP MENIPU RAKYAT SELANGOR !!!

Posted: 01 Oct 2012 02:24 AM PDT


Khalid telah membuktikan dirinya seorang pembohong secara terang-terangan. Setelah mengeluarkan kenyataan bahawa manifesto PRU12 bukan janji untuk pakatan haram tepati yang mencerminkan sifat munafik mereka, sekali lagi bukti nyata diperolehi tentang isu hak milik atau sewa bas kebanggaan Anwar hasil dari penganiayaan terhadap rakyat Selangor. Berdasarkan maklumat dalaman PKR bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya. Bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
No Pendaftaran : BLU 8779
No Enjin : M61HA800001
Pembuat : Dong Feng Tarikh Daftar : 03 September 2012
Kegunaan : Persendirian
Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim

Walaupun sebulan sebelum itu Khalid menipu dengan angkuhnya mengatakan bahawa bas tersebut disewa. " Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri. Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat. Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR "

Manakala yang terbaru pula Khalid menafikan pembelian bas tersebut mempunyai kaitan dengan pembelian lori sampah yang telah dihentikan pengeluarannya dari China.


'Utusan melaporkan 

SHAH ALAM 26 Sept. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai kaitan dengan pembelian 50 unit lori sampah dari China. Menurutnya, pembelian itu dilakukan secara konsep sewa beli selama enam bulan dan segala urusan dilakukan dengan telus serta tidak membabitkan peruntukan kerajaan negeri. "Tujuannya adalah untuk digunakan oleh parti sebagai alat berkempen yang berkesan. Ia memberikan imej kepada usaha menggalakkan pendemokrasian. "Saya bersikap terbuka dan mempunyai perjanjian tentang semua perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan blog yang mempersoalkan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh Kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu." Kita telah tahu kehebatan Khalid menipu tanpa ada rasa bersalah langsung.

"Menurut RBF kemungkinan persoalan yang timbul :- 

Mungkinkah bas tersebut dibeli dan kosnya diserapkan ke dalam harga lori sampah yang dibeli Kerajaan Selangor ? 

Mungkinkah bas tersebut dibeli dengan harga yang murah kerana Kerajaan Selangor telah membeli 50 lori sampah dari pengeluar yang sama ? 

 Mungkinkah bas itu didapati secara percuma kerana Kerajaan Selangor sedia membeli lori sampah yang ketinggalan zaman kerana penjual ingin menghabiskan stok ?" 

Kita harus ingat bahawa lori sampah tersebut telah diberhentikan pengeluarannya!! Dengan ini kami rakyat Selangor memohon SPRM jalankan siasatan segera ke atas pakatan haram ini yang tak habis-habis menyusahkan dan menganiaya rakyat Selangor. 

Mari kita berjihad kuburkan pakatan haram di PRU13 yang akan datang. - Selangor Daily 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...