tun faisal dot com

tun faisal dot com


Analisis #PRKampus : Tewas 2-18 atau wakili hanya 16% kerusi MPP, Pro-M jangan dabik dada

Posted: 04 Oct 2012 08:30 PM PDT



Bukti #Aspirasimahasiswa Pilihan Pelajar
Published On Wednesday, October 03, 2012 By klxpress-admin. Under: Isu Semasa.   

Pilihan raya kampus untuk sesi 2012 baru selesai pada semalam (2 Oktober 2012) di Universiti Islam Antarabangsa. Dengan peratus turun mengundi sejumlah 69%, turun 6% berbanding 75% pada 25 September 2012. Pengundian semula diadakan semula di UIA berikutan masalah teknikal pada sistem E-Voting.

Gambar rajah di atas adalah analisa penuh 5 tahun keputusan pilihan raya kampus di 20 IPTA. Keputusan semalam menyaksikan penguasaan Aspirasi Mahasiswa di 20 IPTA tidak tergugat dan masih lagi menguasai 18 IPTA awam dengan peratus penguasaan kerusi MPP sejumlah 81.6% daripada 598 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Jumlah penguasaan kerusi mahasiswa pro pembangkang terus merosot teruk sebanyak 10.26% berbanding pilihan raya kampus pada 2011. Faktor utama kenapa kemerosotan ini berlaku adalah kerana tindakan ganas, ektrems dan melampau yang telah dilakukan oleh kumpulan mahasiswa pembangkang dalam beberapa siri demonstrasi di luar kampus bersama parti politik pembangkang.

Mahasiswa mulai menilai siapakah wakil sebenar mereka di kampus. Mereka amat malu mewakilkan undi mereka kepada pihak yang bersama-sama menyokong Jalur Gemilang ditukarkan, mahasiswa malu untuk berpihak sama menyokong demonstran yang menunjuk punggung di tempat awam, mahasiswa menolak terus tindakan ganas merosakkan harta benda awam serta mahasiswa tidak mahu mereka ditipu oleh perwakilan yang tidak cemerlang dalam bidang akademik.

Apakah keputusan pilihan raya kampus ini memberikan satu indikator sokongan anak muda kepada mana-mana parti politik dalam PRU13? Ya, ianya relevan dengan PRU, sebagaimana apa yang berlaku dalam pilihan raya kampus pada 1999 dan 2004. Malah ada kalangan bekas pemimpin pelajar pro pembangkang turut sama menjadi calon untuk parti pembangkang dalam pilihan raya umum.

Untuk PRU13, dijangkakan ramai lagi muka muka baru akan tampil untuk menjadi calon bagi parti pembangkang. Sebilangan besar daripada calon pembangkang dalam PRU12 pun daripada bekas pemimpin pelajar dan aktivis mereka di kampus dahulu. Seni dalam pilihan raya kampus amat berlainan dengan PRU. Namun usah diperkecilkan pengalaman dan bakat bekas pemimpin pelajar, mereka boleh mencipta kejutan jika tidak diberi perhatian.

Tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang menang. Teruskan usaha untuk mewakili pelajar, menjaga kebajikan pelajar dan meneruskan kecemerlangan di kampus. Menjadi Majlis Perwakilan Pelajar hanyalah setahun, tetapi pengalaman selepas itu adalah untuk selama-lamanya. Teruskan berjuang.

Sumber : AnginPerubahan

#PRKampus: Nafi kewujudan pro-M dan pro-#AspirasiMahasiswa, denial atau bebalisme?

Posted: 04 Oct 2012 02:37 PM PDT


Menafikan kewujudan Pro-M dan Pro-Aspirasi Mahasiswa di IPTA adalah sama ada suatu tindakan denial atau memang bukti Naib Canselor / Rektor dan Timbalan Naib Canselor (HEP) / Rektor (HEP) terlalu jauh daripada denyut nadi mahasiswa dan tidak tahu tentang realiti yang berlaku di dalam kampus. Jika yang pertama benar, maka kita ingin nasihatkan agar mereka tidak bertindak memperbodohkan masyarakat. Jika yang kedua itu benar, maka memang wajar untuk mereka melepaskan jawatan masing-masing kerana mereka tidak layak berada di sana.

#NCUKM : DI SEBALIK KECEMERLANGAN YANG TERSEMBUNYI KEBOBROKAN HITAM

Written By mymahasiswa on Thursday, 4 October 2012 | 21:43



Oleh: GreenHood

Sekali lagi saya dijemput untuk merakamkan buah fikiran saya dalam laman portal My Mahasiswa ini. Terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi.

Keputusan penuh telah pun diketahui.

Aspirasi Mahasiswa mempelopori pilihanraya kampus (PRK) 2012 ini dengan jumlah universiti yang berjaya ditawannya adalah 18.

Tahniah Aspirasi Mahasiswa

Ini bermakna hanya dua universiti yang dipegang oleh pro-M yang cenderung membawa ideologi pakatan pembangkang iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jika dilihat pada tahun sebelumnya, Aspirasi Mahasiswa gagal mendapat tempat di UKM, UIAM serta Universiti Malaya (UM), sebaliknya pro-M menerima mandat dari mahasiswa ktiga-tiga universiti tersebut.

Namun, dengan kejayaan Aspirasi Mahasiswa mengambil semula UM tahun ini, peningkatan Aspirasi serta 'level of confidence' mahasiswa terhadap mereka tidak dapat lagi dinafikan.

Saya ketepikan dahulu soal UIAM kerana sejujurnya saya tiada pengetahuan mendalam mengenainya.

Ada beberapa faktor kenapa saya berminat memperkatakan soal UKM.

Pertama, saya sendiri merupakan alumni UKM.



Mengenali Tan Sri Dato Wira Prof Dr Sharifah Hapsah

Kedua, saya tidak mengenali secara rapat naib canselornya, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Wira Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin. Namun, sebelum beliau menjadi naib canselor, saya pernah berkesempatan untuk duduk bersama serta berbual dengannya.

Bukan sekali dua, tetapi lebih dari itu.

Saya masih ingat sewaktu portfolio Menteri Pengajian Tinggi Malaysia diwujudkan, menteri pertamanya adalah YB (dahulu) Dato' Sri Haji Dr Shafie Haji Salleh.

Sebagai 'sahabat' kepada Shafie Salleh (bahkan saya turut pernah menjadi wakil calon atau ejen beliau sewaktu bertanding di kerusi P.122 Kuala Langat), saya pernah dijemput dalam beberapa majlis yang mempertemukan saya dengan Sharifah Hapsah.

Mungkin kerana sifat semula jadi saya yang tidak banyak bercakap, maka hanya perkara-perkara tertentu dan kosong menjadi topik bual-bicara.

Saya kira Sharifah sendiri pasti telah pun lupa akan muka dan fizikal saya sekiranya bertemu kembali saat ini.

Dari pertemuan dalam beberapa majlis dan dari pengamatan saya terhadap beliau, Sharifah pada waktu tersebut merupakan seorang yang 'ambitious'. Apatah lagi dengan jawatannya selaku Pengarah Bahagian Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, kerapatan beliau terhadap Shafie Salleh tidak dapat dinafikan.

Peranan Shafie Salleh dalam menonjolkan Sharifah bagi kedudukan yang dijawatnya kini bukanlah satu yang 'coincident'.

Dan kenaikkan karier beliau seterusnya termasuk dalam soal dasar pendidikan seperti program Permata Negara yang menjadi 'baby project' kepada YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia adalah suatu yang tidak mengejutkan walaupun Shafie Salleh kemudiannya tidak lagi menduduki kerusi menteri pengajian tinggi.



Bijak Menyesuaikan Diri

Satu perkara yang menarik tentang Sharifah Hapsah adalah beliau benar merupakan seorang yang 'genius'.

Beliau komited dalam melakukan tugasan yang diberikan di samping pandai menarik perhatian pihak atasan.

Ini tidak mustahil kerana sebagai pegawai atasan yang pernah duduk di dalam kementerian seperti kementerian pengajian tinggi, beliau pasti mahir akan seluk beluk politik ofis.

Justeru, jika beliau memegang peranan bukan hanya sebagai naib canselor bahkan turut memegang jawatan-jawatan lain seperti Pengerusi Projek Agenda Kritikal Governans dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, atau jawatan-jawatan lain seperti ahli panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL), ahli majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara (PERMATA), ahli lembaga Pemegang Amanah Yayasan Permata, ahli majlis Penasihat Wanita Negara (MPWN) atau ahli lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri. ianya kerana kepandaian beliau dalam menempatkan dirinya bagi menjawat jawatan yang dipegangnya kini.

Ini hanyalah sebahagian dari jawatan yang dipegangnya dan belum lagi jawatan lain di peringkat antarabangsa mahu pun badan-badan bukan politik (NGO) dalam negara.

Penghargaan Dalam Menaikkan Taraf Kualiti UKM

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, Prof Dr Sharifah Hapsah terbukti adalah seorang yang terkategori sebagai bijak pandai atau 'genius'.

Sepanjang karier beliau sebagai naib canselor, UKM kini menduduki tangga ke 4 dari keseluruhan universiti dalam negara dan menduduki tangga ke 523 di peringkat antarabangsa; ianya tidak lain dan tidak bukan kerana pengurusan serta tahap kualiti yang dibawa olehnya.

Bagi peringkat ini, saya secara peribadi meletakkan setinggi penghargaan kepada beliau.

Beliau mampu melakukan tugas yang diamanahkan kepadanya. Sebab itu UKM menyusur laju mempertingkatkan nama dan kedudukannya sebagai salah satu universiti yang dihormati.

Sharifah Hapsah Mampu 'Survive' Di Bawah 3 Menteri KPT dan 2 Perdana Menteri

Saya berani katakan bahawa Prof Dr Sharifah amat bijak dalam melakukan tugasannya.

Kerana itulah beliau sentiasa mendapat mandat dan amanah dalam menduduki jawatan tertentu yang penting dalam membantu kerajaan mewujudkan dasar serta aplikasi dasar tertentu.

Dan tidak hairanlah, dengan kebijaksanaannya itu membuatkan beliau tidak kekok menduduki jawatan sebagai naib canselor di UKM bermula dari zaman YB Dato Sri Mustapa Mohamed hinggalah YB Dato Sri Mohamed Khaled Nordin .

Dan lebih dari itu, Prof Dr Sharifah Hapsah turut dilihat begitu mudah diterima dalam era pentadbiran mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri terkini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahasiswa UKM Adalah 'Agenda Utama'

Di sebalik 'track-record' Prof Dr Sharifah yang cemerlang di atas, tersembunyi keburukan yang menggusarkan pemerhati politik terutama yang cenderung kepada Barisan Nasional (BN).

Dalam tinjauan saya baru-baru ini terutama dalam memerhatikan perjalanan PRK 2012, UKM telah dianggap sebagai salah satu kubu kuat mahasiswa yang menggerakkan ideologi pembangkang di bawah nama Gerakan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Gerak-kerja GMUKM yang amat kemas dan teratur adalah dipercayai hasil didikan dan asuhan pemimpin pembangkang. Ini telah saya nyatakan dalam artikel saya sebelum ini melihat dari sudut geografi kedudukan UKM di Bandar Baru Bangi yang terletak di bawah kawalan-selia ADUN PAS, iaitu YB Dr. Shafie Abu Bakar.

Bahkan, dari sudut geo-politiknya, UKM turut pernah melahirkan pensyarah yang cenderung kepada pembangkang seterusnya menjadi individu berpengaruh dalam parti politik pembangkang seperti mantan Timbalan Presiden PAS, Haji Nasharuddin Mat Isa serta Dato' Dr Harun Din (ironinya, saya turut pernah diajar oleh Nasharuddin sewaktu beliau menjadi pensyarah di UKM).

Perkembangan politik mahasiswa UKM yang mula menjadi 'kilang' pengeluaran soldadu pakatan pembangkang berlaku hanya di bawah hidung Prof Dr Sharifah Hapsah. Bukankah ini amat mengejutkan sekali?



Sharifah Hapsah Terlalu Sibuk Untuk 'Menyentuh' Mahasiswa

Beberapa pemerhati politik cenderung mengatakan bahawa 'keburukan tersembunyi' yang berlaku di bawah batang hidung Sharifah Hapsah ini kerana kesibukan melampau beliau menjawat jawatan yang dianugerahkan oleh 'kerajaan BN' kepadanya.

Kerana kesebukan dalam menjalankan tugas di luar skopnya sebagai naib canselor, antara rintihan yang turut didengar bukan sahaja mengenai 'lubuk' yang dibina oleh pembangkang dalam mengkaderkan mahasiswa, bahkan turut dapat didengar dari mahasiswa sendiri adalah kepayahan dalam mendapatkan sentuhan peribadi beliau.

Mahasiswa ada yang menyatakan amat memerlukan 'ketua keluarga' yang dapat mencorakkan bukan sahaja tahap pendidikan mereka, bahkan ibarat seorang anak, mahasiswa turut memerlukan dorongan dan sentuhan kasih sayang dalam memahami permasalahan remeh anak muda ini.

Persoalan-persoalan tentang dasar negara dan kebaikannya terhadap mereka (mahasiswa) tidak lagi menjadi agenda naib canselor ini.

Acapkali beliau meletakkan beban memahami dasar negara kembali kepada mahasiswa untuk menghadapinya.

Walau pun beliau punyai dua orang timbalan yang menjaga soal akademi serta hal ehwal pelajar itu sendiri, namun jurang yang ketara di antara naib canselor dan timbalan-timbalan naib canselor nya begitu jelas kelihatan.

Para timbalannya tidak berani melakukan apa-apa tanpa mendapat restu dari ketuanya dan ini amat mudah difahami melihat status naib canselor itu sendiri yang punyai hubungan amat kukuh dan rapat dengan nama-nama besar negara.



UKM Dan Nafas Baru

Sharifah Hapsah sewajarnya sedar, walau sesibuk mana pun beliau terhadap tugasan di lapangan luar, UKM adalah 'rumah' kepada dirinya yang sarat dengan 'anak-anak' di bawah tanggung jawabnya selaku 'ketua keluarga'.

Jika ini pun gagal dilakukannya, atau mungkin sahaja bagi dirinya ia suatu perkara yang remeh; adalah wajar beliau mengundurkan diri selaku naib canselor dan seterusnya memberi peluang kepada tenaga baru yang dapat memberikan tumpuan 120% kepada permasalahan-permasalahan di atas.

PRK 2012 adalaj imej beliau dan kerajaan BN. Jika benar beliau prihatin, PRK UKM 2012 yang baru lalu tempoh hari pasti menjadi keutamaan beliau dan bukannya berada di kotaraya London sepanjang tempoh PRK tersebut berlangsung!


(penulis adalah jemputan dan merupakan pengarang laman portal www.kritis-online.com)


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...