tun faisal dot com |
- [AUDIO] #Kantoi! PR nak menang Putrajaya bukan untuk rakyat tapi diri sendiri
- Audit: Kerugian dan liabiliti meningkat, PR Selangor gagal tadbir UNISEL #ubahSgor
- Audit: Pas `ghaibkan' RM140 juta peruntukan penyelengaraan jalan di Kelantan? #TukarKelantan
- Audit: Lagi senarai kegagalan tadbir urus PR di negeri masing-masing?
- Audit: PR gagal urus tadbir Selangor! #saveSgor #ubahSgor
- Ranking blog Pro-BN: Blog-blog UMB, 10 daripada 15 yang teratas @NajibRazak
[AUDIO] #Kantoi! PR nak menang Putrajaya bukan untuk rakyat tapi diri sendiri Posted: 16 Oct 2012 06:32 PM PDT | ||||||
Audit: Kerugian dan liabiliti meningkat, PR Selangor gagal tadbir UNISEL #ubahSgor Posted: 16 Oct 2012 06:30 PM PDT Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati secara keseluruhannya, prestasi kewangan PIYSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai, kerugian terkumpul dan jumlah liabiliti PIYSB telah meningkat pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 KETUA AUDIT SAHKAN KEWANGAN, PENTADBIRAN UNISEL BERMASALAH!!! SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk aktiviti pengurusan syarikat kerajaan negeri Selangor mengesahkan kepincangan aspek kewangan termasuk urus tadbir korporat Universiti Selangor (Unisel) di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Laporan itu menyebut bahawa prestasi kewangan universiti berkenaan tidak memuaskan, audit dalaman yang gagal berfungsi termasuk Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan. Turut dinyatakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Unisel tidak dijalankan seperti syarikat-syarikat lain, malah Piawaian Prosedur Operasi (SOP) universiti itu tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) adalah sebuah syarikat subsidiari Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dengan pegangan saham 100 peratus dimiliki oleh kerajaan negeri yang dipertanggunjawabkan untuk menguruskan Unisel. "Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2011 hingga Januari 2012 mendapati secara keseluruhannya, prestasi kewangan PIYSB adalah tidak memuaskan kerana mengalami kerugian sebelum cukai, kerugian terkumpul dan jumlah liabiliti PIYSB telah meningkat pada tahun 2010 berbanding tahun 2009," memetik laporan berkenaan. Unisel sebelum ini dipalitkan dengan masalah kewangan ekoran gagal menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan. Malah kebajikan pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi itu didakwa diabaikan kerana kurang penyelenggaraan bahagian asrama termasuk tidak diberikan kunci. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mengakui bahawa kerajaan Selangor tidak mampu menjelaskan hutang kos penyelenggaraan Jana Niaga Sdn Bhd (JSNB) melibatkan operasi asrama. Khalid juga menjelaskan kelewatan pendedahan laporan audit kewangan Unisel disebabkan banyak perkara perlu diperbetulkan oleh kerajaan negeri berikutan laporan itu tidak didedahkan hampir lima tahun. Justeru pihak audit mengesyorkan PIYSB supaya mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat. "Ahli Lembaga Pengarah PIYSB perlu sentiasa memantau prestasi kewangan syarikat untuk mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat serta memastikan syarikat mematuhi peraturan Kerajaan Negeri serta Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat Malaysia." Lembaga Pengarah PIYSB terdiri daripada 10 ahli iaitu Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Exco Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Peguambela/Peguamcara, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Banking And Finance Institute Malaysia dan dua orang ahli korporat. Syarikat ini diketuai oleh Presiden atau Naib Canselor dan dibantu oleh 413 orang kakitangan akademik dan 405 orang kakitangan pentadbiran. SUMBER: Antarapos | ||||||
Audit: Pas `ghaibkan' RM140 juta peruntukan penyelengaraan jalan di Kelantan? #TukarKelantan Posted: 16 Oct 2012 06:32 PM PDT Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sebanyak RM111.32 juta sedangkan peruntukkan yang diterima dari kerajaan persekutuan adalah RM259.73 juta untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT Laporan Audit Negara : Pembangkang Sorok Kelemahan Negeri SendiriMedia pembangkang seperti Haprak Daily dan Suara Keldaian memfokuskan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang mula diedarkan di Parlimen semalam di mana 547 teguran dikemukakan kepada agensi Kerajaan Persekutuan, 97 (badan berkanun persekutuan) dan 534 (kerajaan negeri). Manakala sebanyak 25 atau 5.5 peratus penyata kewangan diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Namun di sebalik laporan yang diedarkan di parlimen semalam, media-media pembangkang yang menjadi lidah rasmi kepada parti Pakatan Rakyat cuba menyembunyikan kelemahan pentadbiran mereka dengan memperbesarkan kelemahan di dalam jabatan yang berada di bawah kerajaan Persekutuan. Laporan audit negeri-negeri yang ditadbir mereka seolah-olah sempurna tanpa sebarang kegagalan atau teguran yang dicatat oleh Ketua Audit Negara. Lihat betapa sempurnanya laporan Suara Keadilan di bawah : Kah...kah...kah... Kenapa Anwar tidak mahu tidak cerita kepincangan yang berlaku di Kelantan, kerana ia juga projek untuk rakyat : Antara kelemahan yang dicatatkan dalam Laporan Audit Negara 2011 adalah seperti projek tidak mengikut jadual dan projek gagal; kelemahan penyenggaraan dan pemantauan; serta kelemahan pengurusan hasil. Perkara yang perlu diketahui adalah kegagalan pengurusan syarikat kerajaan negeri, iaitu PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN : Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. (KBCSB)
Kijang Kuari Sdn. Bhd. (KKSB)
Projek Pembangunan Dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan Sebuah projek usaha sama dengan sebuah syarikat swasta. Kertas Cadangan projek ini telah dikemukakan oleh Syarikat pada bulan April 2001 dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Jun 2002. Perjanjian Projek telah ditandatangani pada bulan Julai 2003.
PEMBANGUNAN LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (Perbadanan) telah ditubuhkan pada 27 April 2006 melalui Enakmen No. 2, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2011 mendapati Program Ladang Rakyat yang dilaksanakan adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dan kegagalan Ladang Rakyat yang diusahakan sendiri oleh Perbadanan.
Dalam Laporan Audit terhadap kerja-kerja penyengaraan jalan-jalan negeri pula menyatakan kerja tersebut gagal dan tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam
Semakan Audit mendapati prestasi perbelanjaan penyenggaraan jalan oleh JKR dalam tempoh 3 tahun adalah antara 91.6% hingga 96.8%. Dalam tempoh 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sebanyak RM111.32 juta sedangkan peruntukkan yang diterima dari kerajaan persekutuan adalah RM259.73 juta untuk penyenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PTJ dan PBT. Wahai bro Anwar Ibrahim... Ini hanya sedikit kegagalan, ada banyak lagi kelemahan dan kegagalan projek melibatkan kepentingan rakyat yang gagal dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS,PKR dan DAP. Tapi cukuplah tunjuk Kelantan dulu... Hahaha... Arios!~ | ||||||
Audit: Lagi senarai kegagalan tadbir urus PR di negeri masing-masing? Posted: 16 Oct 2012 11:00 AM PDT Tan Sri Amrin termenung memikirkan masalah tadbir urus di negeri-negeri PR? Laporan Ketua Audit Negara 2011 - Tiada Penyelewengan Di Dalam Negeri Pentadbiran PRhttp://khairulryezal.blogspot.com/2012/10/laporan-ketua-audit-negara-2011-tiada.htmlLadang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya. Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya. Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu Kerajaan PAS Kelantan, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam. Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit. Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut. Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata. Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri. | ||||||
Audit: PR gagal urus tadbir Selangor! #saveSgor #ubahSgor Posted: 16 Oct 2012 07:00 AM PDT Muka Khalid Ibrahim masa kena teguran audit? PANAS! Dokumen Audit Dedahkan Kerajaan PKR Gagal Urus Duit Rakyat SelangorSatu bukti yang bukan direka-reka. Tetapi hasil daripada laporan audit negeri Selangor bahawa terdapat kegagalan Kerajaan PKR mengurus kewangan negeri.
Dan audit mendapatkan maklumat ini daripada Penyata Kewangan Negeri Selangor sendiri. Jelas di sini bahawa bukan Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyat Selangor, sebaliknya Kerajaan PKR yang tidak mahu rakyat Selangor hidup selesa dengan keadaan jalan yang lebih baik. Daripada RM375.90juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, hanya 58.1% atau RM319.85 juta digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara jalan di Selangor. Tidak hairanlah kenapa jalan di Negeri Selangor begitu teruk sehingga boleh dibuat kolam ikan seperti !!! Apa yang MyMassa nampak adalah Kerajaan Selangor sengaja menzalimi rakyat negeri ini dengan tidak membaiki jalan pada tahun 2010 dan 2011 dengan hanya 69.3% dan 58.1% daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri. Berbeza dengan tahun 2008 dan 2009, Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut sehingga 115% dan 104%. Justeru, tindakan ini adalah strategi PKR untuk berpolitik iaitu: 1. Oleh kerana peruntukan Kerajaan Persekutuan diberikan melalui Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, maka baki yang tidak dihabiskan pada tahun tersebut akan dibawa ke tahun hadapan. Oleh yang demikian, Kerajaan PKR sengaja mengumpul baki peruntukan untuk digunakan pada tahun pilihan raya iaitu2013. Pada tahun tersebut, Kerajaan PKR akan menghabiskan wang amanah tersebut dengan membaiki seluruh jalan di Negeri Selangor dengan harapan mereka akan meraih sokongan dan undi rakyat kononnya mereka adalah Kerajaan yang prihatin. Dengan cara ini, PKR berharap agar rakyat terlupa bahawa mereka tidak menyelenggara jalan dengan baik selama 3 tahun (2010, 2011 dan 2012) berturut-turut! 2. Dalam masa Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR tidak menyelenggara jalan (walaupun diberi peruntukan), PKR menjelajah ke seluruh negeri melalui JELAS (Jelajah Selangor Tawan Malaysia) dengan menfitnah bahawa Kerajaan Pusat (BN) menindas rakyat negeri ini dengan menyekat peruntukan. Walhal, merekalah sebenarnya yang menzalimi rakyat negeri ini dengan tidak menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Sebagai kesimpulan, MyMassa percaya rakyat Selangor yang cerdik pandai tahu siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat. Adakah salah Kerajaan Pusat (BN) yang memberikan peruntukan kewangan yang terlebih sampai Kerjaaan Negeri (PKR) tak tahu bagaimana nak belanjakannya untuk kesenangan rakyat? Fikirkan, pada tempoh 2010-2011 di mana Kerajaan Negeri tidak menyelenggara jalan negeri dengan baik: 1. Berapa banyakkah absorber rakyat negeri Selangor rosak sehingga perlu diganti? 2. Berapa banyakkah tayar motosikal atau kereta rosak? 3. Berapa banyakkah kemalangan (atau ada menyebabkan kematian) kerana penunggang motosikal terlanggar lubang di atas jalan yang rosak. Sebagai contoh:
KUALA LUMPUR: Gara-gara permukaan jalan yang rosak teruk sejak dua bulan lalu, seorang warga emas kini koma sejak seminggu lalu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana, dekat Sri Kembangan, di sini.Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Komaangkarajalanrosak/Article Jadi kepada rakyat Selangor, fikir-fikirkanlah.... *Sebar-sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda. | ||||||
Ranking blog Pro-BN: Blog-blog UMB, 10 daripada 15 yang teratas @NajibRazak Posted: 16 Oct 2012 04:07 AM PDT |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment