PKR Enggan Benarkan Bas Jalani Ujian Forensik Kerana Bimbang Pecah Pekung

Tempoh berdiam diri hampir dua minggu bukan bermakna kami telah menamatkan pendedahan kami berhubung penyelewengan pembelian bas mewah oleh MB Selangor.
Tersentak dengan pendedahan kami telah membuatkan Khalid Ibrahim menukar nada dengan mengatakan bas tersebut disewa beli. Sedangkan sebelum pendedahan kami katanya bas tersebut disewa selama enam bulan.
Seperti yang diketahui umum pada 1 September 2012 bas mewah tersebut telah disimbah cat merah di Kota Bharu dan 8 September 2012 kejadian yang sama sekali lagi berulang di Melaka.
Dalam kedua-dua kejadian tersebut pihak PKR telah membuat laporan polis. Namun apabila pihak polis hendak menjalankan siasatan lanjut mereka tidak memberi kerjasama. Termasuk tidak membenar bas tersebut ditahan sementara waktu untuk tujuan forensik oleh PDRM.
Mereka tidak mahu memberi kerjasama termasuklah enggan membenarkan bas dilakukan ujian forensik kerana bimbang pihak polis akan menjumpai penemuan-penemuan lain yang boleh mendedahkan penyelewengan yang berlaku bagaimana bas berkenaan diperolehi.
Sementara menantikan sambungan pendedahan kami dalam siri akan datang, sila tatap terlebih gambar-gambar yang menunjukkan kemewahan bas PKR.
Dilengkapi meja makan
Kerusi urut ogawa
Dalaman yang mewah
Presiden bergaya diatas kerusi urut ogawa
Pemimpin-pemimpin zuhud sedang menunjukkan isyarat bagus tanda gembira dengan kemewahan bas
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...