PAPA GOMO

PAPA GOMO


Isu Rapid - Azalina Kemuka Fail Saman Tuduhan Fitnah Mazlan

Posted: 22 Oct 2012 08:00 PM PDT



Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman akan mengemukakan fail saman kepada Pengerusi  Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman pada minggu ini berhubung tuduhan berbau fitnah yang dilemparkan oleh Mazlan.

Menurut Azalina, peguamnya sudah menyediakan surat tuntutan kepada Mazlan untuk memberikan penjelasan mengenai ucapan beliau berbau fitnah yang dilemparkan kepada rakyat yang hadir ketika perhimpunan Hijau lepas.

"Saya telah dimaklumkan (oleh peguam) bahawa surat tuntutan akan diserahkan kepada Mazlan dalam minggu ini dan saya akan beri dia untuk masa untuk memberi keterangan.

"Kemudian (selepas membuat keterangan), saya akan buat tindakan susulan" katanya kepada pemberita di sidang media di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Azalina sebelum ini mendesak Mazlan Aliman membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran beliau mengaitkan nama bekas Menteri Pelancongan itu dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Mazlan membuat pertuduhan tersebut dalam ucapannya pada demonstrasi berkaitan projek berkenaan yang dianjurkan oleh Himpunan Hijau dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan Parlimen Pengerang.

Tambah Azalina, beliau turut memberi 'ruang' kepada Pengerusi ANAK itu meminta maaf secara terbuka kepadanya.

"Saya akan failkan saman terhadapnya (Mazlan) kecuali jika dia meminta maaf kepada saya secara terbuka atas kenyataan yang beliau buat semasa Perhimpunan Hijau lepas.

"Itu adalah syarat saya. Jika tidak, saya akan membuat tindakan saman di makhamah," ujarnya.

Sementara itu, beliau juga yakin bahawa dokumen yang dimiliki oleh Mazlan adalah dokumen yang dirangka sendiri oleh Pengerusi ANAK itu bagi menjatuhkan beliau sebagai Ahli Parlimen Pengerang.

Beliau turut memberi reaksi apabila ditanya mengenai kenyataan Mazlan yang tidak gentar dengan saman yang bakal diberikan kepada nya.

"Kenyataan beliau sungguh angkuh," katanya.

Pada ucapan Mazlan di Perhimpunan Hijau lalu, beliau dikatakan membuat tuduhan terhadap Azalina yang kononnya beliau adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap isu projek RAPID dan mempengaruhi Perdana Menteri untuk memilih Pengerang sebagai lokasi bagi membangunkan projek RAPID atas alasan Barisan Nasional mempunyai kubu yang terkuat di Pengerang.


Krisis Air Selangor : Cadangan Kerajaan Negeri Tidak Praktikal

Posted: 22 Oct 2012 02:40 AM PDT



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa cadangan kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan teknologi membran bagi menangani krisis air di negeri itu tidak praktikal.

"Bagi saya, perlaksanaan teknologi membran itu tidak praktikal sama sekali malah melibatkan kos yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) disini hari ini.

Menurut Muhyiddin lagi, cadangan (teknologi membran) oleh kerajaan negeri Selangor itu juga mengakibatkan kualiti air rendah. Untuk rekod, kualiti air dalam negara setakat ini adalah antara yang terbaik sepertimana laporan daripada pakar-pakar luarnegara.

"Saya tidak tahu sama ada kerajaan negeri cuba mengalihkan isu pokok kerana penggunaan teknologi membran bukan cara penyelesaiaan," katanya.

Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri selama sejam itu juga turut diberi taklimat oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teoh Yen Hua.

Sebelum ini Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-Isu Air Selangor telah meninjau sekitar Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru pagi tadi.

  

-KLPOS
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...