PAPA GOMO |
Pembangkang Usah Pertikaikan Sumbangan Politik Buat UMNO - Nazri Aziz Posted: 18 Oct 2012 12:53 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik. "Tiada masalah untuk mana-mana parti terima apa-apa sumbangan. Kita faham DAP pun dapat. Tetapi kalau Umno dapat lebih, itu kerana penyokong Umno lagi ramai. "Bukan merupakan satu kesalahan...tetapi kalau hendak dijadikan satu kesalahan, kita bersedia buat undang-undang," katanya menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah. Dana itu ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Nazri turut menjelaskan bahawa siasatan mengenai sumbangan yang diterima Umno Sabah bukan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) yang telah menyatakan tiada unsur rasuah dalam siasatan itu. "Duit itu masuk ke bank akaun atas nama Badan Perhubungan Umno Sabah. Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju boleh tanya ICAC sebab mereka yang siasat dan menutup kes," katanya. Terdahulu beliau ditanya mengenai jumlah pemimpin tertinggi dalam kerajaan yang sedang disoal siasat oleh SPRM kerana rasuah. Menurutnya, sehingga kini, enam individu dalam kategori itu disiasat yang melibatkan seorang bekas menteri besar, dua anggota Parlimen, dua exco dan dua anggota Dewan Undangan Negeri . "Peruntukan akta SPRM tidak benarkan kita zahirkan (dedahkan) kes terkini yang sedang disiasat. Ini kerana kalau tengah siasat, kita bagi tahu orang, itu kesempatan pada orang itu untuk sembunyi fakta dan maklumat dan saksi-saksi juga boleh dikompromi. "Selagi belum didapati bersalah termasuk dibawa untuk didakwa di mahkamah, kita tidak boleh zahirkan. Kita kena berlaku adil kepada mereka juga," katanya. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment