| Saya telah menjadi saksi dalam perjanjian damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro. Sebuah perjanjian yang berjaya dan menjadi permulaan bagi masa depan yang cerah. | Satu sejarah telah tercipta minggu ini apabila kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MILF) masing-masing bersetuju untuk menandatangani perjanjian damai yang sekaligus menamatkan konflik yang berlaku hampir selama separuh abad itu. Perjanjian damai itu juga merupakan satu kebanggaan buat Malaysia yang berperanan sebagai perunding di antara kedua-dua pihak dan kejayaan itu adalah hasil usaha dan kerja keras kita selama hampir separuh abad. Selain itu, ia juga merupakan kejayaan Pergerakan Moderat Global dalam memastikan tidak timbul lagi sebarang konflik yang menanamkan sifat kebencian dan amarah di antara satu sama lain. | | | | Perkara Baru Berpeluang menaiki kereta ini | Pada 11 Oktober lalu, saya telah melancarkan Program My Hijau bagi mempromosi produk dan perkhidmatan mesra alam. Melalui inisiatif seperti ini, saya berharap usaha untuk mewujudkan mentaliti 'hijau' di kalangan pihak industri dan pengguna dapat diwujudkan | | | Video | Video ucapan saya pada majlis pelancaran Program My Hijau boleh disaksikan di sini Anda juga boleh menonton video di rangkaian YouTube saya di sini | | | | Untuk perkembangan lebih lanjut, anda boleh ikuti saya menerusi Facebook dan Twitter serta blog saya di 1malaysia.com.my. Kami akan sentiasa dari semasa ke semasa memaklumkan kepada anda mengenai perkembangan terkini di negara ini. Saya berharap dapat terus berkongsi dengan anda perkembangan terkini di masa akan datang. Najib Razak | |
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment