Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Kenapa Gangnam Style Tak Popular Di Jepun?
- TUDIAA!! Pembongkaran Salahlaku UMNO Kedah Zaman Dolu-Dolu!! #TukarKedahte
- TUDIAA!! Pentadbiran Kerajaan Negeri Celaru, Di Mana MB Kedah? #TukarKedah
- PANASS!! Ustaz Fathul Bari 'SOUND' Soi Lek dan Karpal Singh!!
- PANASS!! MB Kedah Takut Berhadapan Kes Madrasah Salihiah di Mahkamah!! #TukarKedah
HOT!! Kenapa Gangnam Style Tak Popular Di Jepun? Posted: 24 Oct 2012 08:18 AM PDT SEOUL - Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia. Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea (K-pop) di negara matahari terbit itu. Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style. PSY menyampaikan lagu Gangnam Style semasa konsert sempena perlumbaan Formula Satu di Litar Antarabangsa Korea, Yeongam, Korea Selatan pada 14 Oktober lalu. Terdapat spekulasi di Korea Selatan bahawa isu pertikaian sejumlah pulau di antara keda-dua negara menyebabkan lagu tersebut tidak popular. Gangnam Style pernah mengungguli beberapa carta muzik di Britain dan Amerika Syarikat. Namun lagu itu cuma berada di tempat ke-30 carta 30 muzik iTunes di Jepun. Bagi memburukkan lagi keadaan, banyak blog muzik Jepun berpendapat, kejayaan besar video muzik Gangnam Style di laman perkongsian video YouTube adalah kerana penggunaan program tontonan automatik dikenali 'bots'. Mereka memberitahu, Gangnam Style mencatat tontonan tinggi ekoran peminat di Korea Selatan menekan butang F5 pada papan kekunci komputer bagi memainkan lagu itu berulang kali. Justeru, sebahagian peminat K-Pop di Jepun menggelarkan lagu popular itu sebagai F5 Style. Menurut beberapa pendapat lain, Gangnam Style kurang mendapat sambutan di Jepun kerana Psy, 34, tidak menerbitkan lagu versi bahasa Jepun seperti dilakukan sejumlah bintang K-pop lain sebelum ini. Muzik video Gangnam Style yang dimuat naik pada Julai lalu telah ditonton lebih 532 juta kali di laman YouTube. P/s: Nampak sangat puak Jepun ni dengkit perut dan busuk hati. Bila ada kejayaan orang asia lain lebih dari mereka. | ||
TUDIAA!! Pembongkaran Salahlaku UMNO Kedah Zaman Dolu-Dolu!! #TukarKedahte Posted: 24 Oct 2012 05:37 AM PDT Mc nak pesan kat troopers Pas Kedah, usah di ungkit kisah lama UMNO Kedah buat dulu. Sebab UMNO Kedah dah kena 'habuan'nya pada PRU ke 12 tempohari. Kalau nak mengungkit, juga silakan.. sapa pun tak marah dan tak halang. Tapi perlu di ingat, salah laku UMNO dah Allah bayar 'cash' apabila Kedah telah jatuh ke tangan Pas. Tapi salahlaku Pas sekarang, Allah belum tunjukkan lagi. Nampak gaya, dengan pengalaman 4 tahun memerintah negeri, Pas Kedah mempunyai rekod penyelewengan dan salahlaku yang amat teruk. Peringatan pada Troppers Pas Kedah, kami TMK belum dedahkan sepenuhnya salahlaku hangpa kat Kedah ni lagi. Masih banyak lagi dokumen yang ada kat kami, .
The Next Episod is Bukit Kachi.. apa ada kat sana? Jom kita pi tengok nanti nooo.. he he.. McTheory: Kita tengok sapa yang kena.. he he.. | ||
TUDIAA!! Pentadbiran Kerajaan Negeri Celaru, Di Mana MB Kedah? #TukarKedah Posted: 24 Oct 2012 02:31 AM PDT Penemuan Audit Lemah, SUK dan PAS Berbalah, Di Mana MB Kedah? Kita sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan. Antara penemuan paling 'hebat' ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik, yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap, meragukan serta tidak tepat, di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud. Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Malah, kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang DiPertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri, dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri. Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa. Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga. Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO. Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Ahmad Fisol pula, terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi. Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS. Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan 'kesetiaannya' kepada PAS. Justeru, pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli. Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar. Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University, Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Projek, Pengarah Projek, Pentadbir Tanah, Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu, kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi. Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran. Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik, termasuk PAS dalam membuat keputusan. Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit, perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik. Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara. Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu. Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli. Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan 'siapa' yang memegang jawatan apa daripada 'apa yang berlaku'. Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya. Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek 'hebat' tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya. Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi, atau setahun sahaja lagi? | ||
PANASS!! Ustaz Fathul Bari 'SOUND' Soi Lek dan Karpal Singh!! Posted: 23 Oct 2012 08:16 PM PDT Sebelum ini juak-juak Pakatan Haram berkokok mengatakan bahawa UMNO tidak berani menegur Chua Soi Lek, Presiden MCA, berkenaan campurtangan beliau di dalam urusan dan hal ehwal Agama Islam. Ulama Muda UMNO dan juga CEO ILMU, Ustaz Fathul Bari Jahya, ketika di dalam kuliah ilmu " Bicara Orang Muda" di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka, pada hari Ahad, 21 Oktober 2012, telah menegaskan kepada pemimpin bukan Islam supaya biarkan isu-isu Islam di selesaikan oleh orang-orang Islam. Beliau meminta agar mereka jangan komen jika mereka tidak faham isu yang berkaitan dengan Islam. Tambahan beliau, ini adalah perkara yang sangat sensitif kepada kita, Umat Islam. Mesti tonton penjelasan UFB di dalam video di bawah: Sumber Mc ambil kat SINI | ||
PANASS!! MB Kedah Takut Berhadapan Kes Madrasah Salihiah di Mahkamah!! #TukarKedah Posted: 23 Oct 2012 05:37 PM PDT Sekali lagi Azizan Razak dan konco-konconya hilang teloq untuk berhadapan isu tanah wakaf Madrasah Salihiah pada pagi tadi setelah gagal hadir ke Mahkamah Alor Setar untuk perbicaraan kes menghina mahkamah kerana melanggar injunksi yang di failkan pihak plaintif Madrasah Salihiah pada 06 Mei 2012 yang lalu bagi menghalang sesuatu tindakan keatas Tanah Wakaf Khas dan Madrasah berkenaan sebelum keputusan mahkamah di keluarkan. Setelah kegagalan Azizan Razak menghadirkan diri ke mahkamah perbicaraan telah di batalkan dan kes berkenaan telah di tunda buat kali yang terakhir pada 19 November 2012 ini. Apa yang paling mengejutkan di sebalik kegagalan Azizan Razak menghadirkan diri ke mahkamah adalah kehadiran Azizan Razak bersama konvoinya ( selepas 1 jam keputusan kes mahkamah berkenaan di tunda ) ke Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban di stadium tertutup Suka Menanti yang terletak hanya bersebelahan dengan kompleks Mahkamah Alor Setar. Di Sebalik Isu Azizan Razak dan Konco-Konconya Menghina Mahkamah Ternyata Azizan Razak dan konco-konconya dalam keadaan terdesak berkenaan isu tanah wakaf Madrasah Salihiah setelah dengan rasa tanpa bersalah telah melanggar perintah mahkamah supaya sesuatu tindakan tidak di buat keatas Tanah Wakaf dan Madrasah Salihiah yang telah menjadi kes mahkamah. Azizan Razak dan konco-konconya dengan zalim pada 05 Jun 2012 telah menukar hak milik tanah wakaf khas berkenaan kepada nama syarikat Great Realty Development SDN BHD kepunyaan ahli perniagaan DAP dari Penang, Sonny Ho dengan pegangan selama-lamanya. Setelah dengan zalimnya menukar hak milik Tanah Wakaf Khas berkenaan, Azizan Razak dengan rasa takutnya telah mengarahkan balacinya Pentadbir Tanah dalam Pejabat Tanah Kota Setar mengfailkan Afidavit Sokongan pada 26 Ogos 2012 supaya Mahkamah membatalkan perintah Injunksi serta Writ Saman terhadap defeden ( Azizan Razak dan konco-konconya ) dengan kos. Afidavit Sokongan balaci Azizan Razak ( Klik pada dokumen untuk memperbesarkan ) Lihatlah bertapa bangganya Azizan Razak dan konco-konconya menghina mahkamah apabila melanggar dahulu perintah mahkamah dengan menukar nama empunya geran kepada syarikat Great Realty Development SDN BHD pada 05 Jun 2012 barulah dua bulan selepas itu pada 26 Ogos 2012, Azizan Razak dengan ketakutan telah mengarahkan balacinya mengfailkan Afidavit Sokongan sebelum perbicaraan kes menghina mahkamah hari ini di jalankan supaya tidak akan di kenakan tindakan mahkamah kerana melanggar perintah mahkamah. Di sebabkan mahkamah menolak Afidavit Sokongan yang di buat balaci Azizan Razak , akhirnya telah membuatkan Azizan Razak hilang teloq untuk berhadapan dengan isu Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah. Bagi Azizan Razak dan konco-konconya, keuntungan projek berkenaan adalah keutamaan. Undang-undang dan Islam belakang kira. Media Kedah |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment