Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Akibat Suka Upload Gambar Seksi Akhirnya Makan diri!!

Posted: 06 Oct 2012 08:16 AM PDT


Akibat terlalu obses nak popular. Upload gambar seksi banyak-banyak, akhirnya makan diri..


Kini dia menyesal. Perempuan ini bukanlah ratu porn tetapi akibat dari kenaifannya semasa remaja ia kini menjadi simbol sex di internet.



Nama Angie Varona, 18 tahun amat popular di internet, sehingga kini, jika di google, ia mengeluarkan hampir sejumlah 65,000 gambar dirinya yang kebanyakannya berbikini.

Ia gara-gara dia meletakkan gambar dirinya yang seksi itu di akaun laman web photo sharing Photobucket pada tahun 2007. Pada ketika itu dia berumur 14 tahun.

Apabila akaunnya digodam, gambarnya itu mula tersebar di internet. Bukan setakat itu, terdapat juga begitu banyak akaun palsu Facebook, Twitter, Youtube di bawah namanya. Satu daripada akaun FB palsu beliau mempunyai lebih 41,000 likes. Terdapat juga gambar beliau yang telah di Photoshop.

Ambil iktibar darinya. Hidupnya menderita dan musnah akibat kesilapan masa lampau.

Jangan pula ada budak melayu kita yang jadi macam ni nanti.

Menyesal tiada gunanya!!

MISTERI!! Batu Nisan 'Bernyawa'?

Posted: 06 Oct 2012 05:38 AM PDT


misteri+batu+nisan

KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan 'bernyawa' apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.

Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.

Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.

Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

"Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

"Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu," katanya ketika ditemui.

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga 'orang lama' di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

"Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

"Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di 'kubur bernyawa' itu.

"Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.

"Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

"Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain," katanya.sumber


TUDIAA!! Kerajaan Selangor Rampas Tanah Rakyat Susah?

Posted: 06 Oct 2012 02:18 AM PDT



Sesungguhnya, tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin. Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK), iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM. Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah.

Namun keputusan mahkamah yang memihak kepada PYBK semalam membuktikan bahawa cukai tanah sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 ('bayaran pertama") sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Dan cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta pula dibayar pada 1.2.2010 melalui Yayasan Melaka ("bayaran kedua").

Namun, apa yang berlaku ialah:

i) Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut;

ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka

Tindakan kerajaan negeri memulangkan semula bayaran menunjukkan bahawa mereka memang berniat untuk merampas tanah milik PYBK ini. Ini kerana pihak ketiga atau keempat yang membuat bayaran tidak sepatutnya menjadi soal jika benar isunya adalah 'cukai tanah tidak berbayar'.

Justeru, persoalannya ialah apakah motif kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah ini?

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom mengesahkan bahawa tanah hak milik syarikat tersebut telah pun mempunyai geran dan cukai premium tanah sejak diambilalih pada 1997 juga telah dijelaskan. Maka, jika kerajaan negeri ingin mengambil-alih tanah tersebut, ia perlulah melalui proses pengambilan tanah mengikut undang-undang.

Menurut laporan awal, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas untuk merampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta di Serendah, Rawang, milik YBK kerana yayasan itu enggan membenarkan Kerajaan Selangor campur tangan dalam urusan operasi dan pentadbirannya.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Oktober lalu telah menetapkan Menteri Besar perlu dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala seorang lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan portfolio kebajikan, namun tiada maklum balas positif daripada yayasan itu.

Sekali lagi, apakah motifnya bagi kerajaan PR Selangor untuk beria-ia ingin masuk campur dalam urusan dan operasi YBK? Jika alasannya adalah kerana ingin memantau kewangan dan pentadbiran YBK untuk memastikan kebajikan rakyat miskin terjaga tentulah tidak boleh diterima kerana segala program YBK adalah telus selain kewujudannya sudah begitu lama dan terbukti berkesan.

Lagipun, rakyat Selangor yang 'dekat' dengan program-program kebajikan pasti sedia maklum tentang bagaimana kerajaan PR Selangor telah menghentikan sumbangan yang biasa diperuntukan kepada beberapa rumah anak-anak yatim di negeri ini oleh kerajaan BN sebelum ini. Tiada alasan diberikan atas tindakan menghentikan sumbangan tersebut. Justeru, alasan prihatin terhadap rakyat miskin tentulah tidak boleh diterimapakai.

Oleh itu, rakyat melihat bahawa motif kerajaan Selangor ingin merampas tanah ini tidak lain tidak bukan ialah kerana PYBK dilihat sebagai tidak menepati aspirasi PR yang memegang prinsip kesamarataan total, selain ingin meneroka peluang untuk membuat 'keuntungan' dari tanah yang begitu luas.

Secara amnya, pembinaan UiTM serta program-program yang melibatkan rakyat miskin oleh PYBK pastinya mensasarkan kaum Melayu. Inilah yang dikatakan tidak menepati prinsip kesamarataan total yang didokong PR. Pastinya, DAP yang sedia menggenggam leher Khalid Ibrahim memberi tekanan yang hebat kepada beliau agar memastikan segala projek atau program yang mengutamakan sesuatu kaum terutama bumiputera, dihentikan atau ditiadakan terus.

Lebih dari itu, sebagai seorang yang berlatarbelakangkan korporat dan memerintah dengan berorientasikan keuntungan, Khalid Ibrahim sendiri tidak berminat dengan program-program atau projek 'ala' kebajikan yang dilakukan oleh PYBK, sedangkan tanah yang luas itu boleh membawa hasil yang lebih jika dibangunkan pusat komersial atau perumahan mewah.

Apa yang berlaku dalam isu tanah PYBK ini telah menyerlahkan sifat sebenar PR yang bercakap tidak serupa bikin. Slogan 'Demi Rakyat' yang mereka laungkan hanyalah untuk rakyat yang sedia kaya, kaum Cina dan golongan korporat atau peniaga yang berjaya. Rakyat miskin yang tidak membayar cukai dan tidak membawa pendapatan atau keuntungan kepada negeri tidak perlu diberi perhatian. Dengan cara ini, barulah PR mampu membuktikan 'kecekapan' dalam mentadbir negeri, di mana hasilnya tercatat dalam bentuk angka keuntungan atau pendapatan tahunan.

Dengan itu, inilah diingatkan bahawa jika PR dibiarkan terus memerintah Selangor, tidak mustahil orang miskin dan sederhana iaitu yang majoritinya adalah Melayu, perlu kembali ke kampung atau meneroka hutan sepertimana yang pernah dilaungkan oleh DAP ketika tragedi 13 Mei.

PANASS!! Akibat Terlalu Banyak Maksiat di Kedah, Allah SWT Turunkan Bala?!!

Posted: 05 Oct 2012 11:16 PM PDT



Kejadian banjir baru baru ni di Kedah telah mengakibatkan beberapa kawasan di Pendang dinaiki air..Seramai 206 keluarga telah dipindahkan manakala hampir 850 hektar sawah padi musnah..

Adakah kegiatan maksiat yang berlaku di Kedah dan kehadiran DJ seksi berbikini kuning(tema bersih) yang diimport dari Hong Kong punca segala bencana buruk yang berlaku di Kedah ??

Sahabat Blogger MyMassa juga lihat bahawa bencana yang melanda Kedah semakin menjadi-jadi sejak PAS perintah.

Kalau ikut dalil PAS semasa menjadi pembangkang, Kerajaan Negeri yang tak bertanggungjawab membiarkan maksiat berleluasa akan mengundang bala Allah SWT.

Akhirnya kata-kata PAS sebelum berkuasa kini kena kembali kepada mereka. Kini PAS lah yang membiarkan maksiat berleluasa di Kedah sehingga menyebabkan negeri tersebut selalu dilanda bencana.


Baca artikel Mymassa berkaitan banjir di Kedah kat SINI






Sebagai rakyat Kedah rasa terkilan sangat dengan respon kerajaan Pas Kedah untuk menangani isu pusat hiburan kat Alor Star yang menyediakan gadis gadis seksi untuk tatapan pengunjung..Walaupun kebanyakkan penunjung adalah kaum cina tetapi pengusaha tidak pernah melarang umat Islam lebih lebih lagi remaja masuk ke dalam premis mereka..

Aksi aksi menghairahkan yang dipamerkan oleh penari penari di Bar ini dilihat sebagai penarik bagi pengunjung untuk datang ke pusat ini..

Kami di TMK beri peringatan terakhir buat Pas Kedah bagi menangani isu pusat hiburan di Kedah..Kalau Pas Kedah masih tak ambil tindakkan maka kami akan dedahkan satu lagi isu bakal meletupkan wisma darulaman..Bukan bawa bom pi letup wisma..Tapi ISU SKANDAL BESAR 

McTheory:
Skandal apa tu Medan Tempur.. sama-sama kita tunggu! he he..

PANASS!! Azhar Idrus HENTAM Kadiaq Hindu Kaw Kaw??

Posted: 05 Oct 2012 07:36 PM PDT


Sampaikan Ustaz You Tube Pas pun tak percaya yang Kadiaq dengar suara Allah SWT. he he.. kena teruk Azhar Idrus belasah Kadiaq. he he.. Muka macam pungkoq kuali, ada hati nak dengar suara Allah. ha ha.. apa punya lawak la..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...