Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Muka Wan Azizah Berubah Bila Ada Perempuan Dekati Anwar!!

Posted: 05 Oct 2012 05:37 AM PDT


Mengikut blog Medan Tempur, setiap kali Bang Non didatangi oleh wanita wanita, kak wan mesti tengok muka Bang Non..Dari raut wajah Bang Non kak wan dah boleh baca apa yang suaminya rasakan..Kalau tak takkan lah Bang Non sanggup buat muka macam tu..

Bila depan orang ramai pandai depa cover line boleh senyum senyum..Tapi bila kat belakang jadi macam gambaq kat bawah ni.





Nasib baik Kak Wan tak perasan jelingan manja Shamsidar terhadap Anwar pada 901 yang lalu..Kalau tak mesti Kak Wan mengamuk sakan.


McTheory:
Lain macam punya jeling.. dalam maksud tuuu... he he..

PANASS!! Bajet 2013 Mengikut Sudut Pandangan Islam!

Posted: 05 Oct 2012 02:16 AM PDT


Bagus penjelasan dari Ustaz Fathul Bari ni.. sesungguhnya kita harus bersyukur dengan apa yang kita dapat. Malah bajet kerajaan kali ni, benar-benar menyentuh hati rakyat. Semua peringkat pun dapat.

Dulu pembangkang tuduh bajet 2012 gula-gula kerajaan BN. Tapi ianya berlalu tanpa pilihanraya, malah apa yang dijanjikan ditepati. Kali ni depa kata 2013 punya bajet pun untuk gula-gulakan rakyat.

Yang mana satu betul ni? atau main tekan tembak saja? Bangang sungguh puak Pakatan ni..


McTheory:
Apakah buku JingGAY tu bukan janji gula-gula?

PANASS!! Nik Aziz Lancar Kondom Halal Pas!! @HDaily09

Posted: 04 Oct 2012 11:37 PM PDT

Aikk dah jadi Tokey Kondom ka?

Ada orang kata ini kurang ajar, kerana menghina Ulamak. Pasti ada yang akan maki Mc nanti. Tapi kenapa gambar Nik Aziz dijadikan begini rupa? Tepuk dada tanya selera. Siapa yang mulakan dulu, dan siapa yang membalasnya.

Bak kata orang, pulang paku buah keras la. Kalau orang berbudi kita berbahasa, kalau orang memberi kita merasa.

Nak tau apa cerita, meh baca kat sahabat Mc Medan tempur.

McTheory:
Bila kita kutuk pemimpin dia, tahu pulak dia rasa panass!!

TUDIAA!! Guna Duit BR1M Untuk Buat Majlis Kesyukuran Pas!!

Posted: 04 Oct 2012 08:18 PM PDT

Klik untuk baca

Apa dah jadi ni?? Oit Oit Pas.. duit BR1M tu kan Nik Aziz dah fatwa haram. Mana boleh guna, siap kumpul duit reramai untuk beli lembu pulak tu, memang dahsyat laa puak Pas ni. Dah ambil duit pemberian kerajaan pusat, tapi tak reti nak berterima kasih, siap kutuk kata nak pancing undi.

Kalau benar nak pancing undi, kenapa DS Najib tak bubar parlimen selepas BR1M habis diberi? Nak tunggu apa lagi? Tahun depan, ada BR1M 2.0 pulak. Mesti puak perut hijau ni kata DS Najib nak pancing undi lagi. Otak sempit setaraf lembu, tu yang tak habis-habis busuk hati.

 Kalau dah takmau sangat duit BR1M tu, tak payah la pergi ambil. Beri pada yang lebih memerlukan.. ramai lagi yang tahu bersyukur dengan pemberian kerajaan tu. Malah ada yang anggap ia satu rahmat dari Allah kerana memberi pemimpin berjiwa rakyat seperti DS Najib.

Ketika rakyat Malaysia lain menadah tangan untuk bersyukur, puak Pas pula terima wang sambil maki-maki pemimpin. Apakah itu contoh seorang muslim yang terbaik?


McTheory:
Islam mengajar kita berterima kasih, bukannya mengeji!!

TUDIAA!! Ketua Penerangan Pas Di Rasuk Syaitan!!

Posted: 04 Oct 2012 05:37 PM PDT


Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.

Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.

Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin PAS, cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan politik kepartian juga yang didahulukan.

Tidak serik dengan isu tersebut, kali ini pemimpin PAS yang mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am PAS itu sekali lagi cuba memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima imbuhan BR1M dan lain-lain.

Dalam satu kenyataannya kepada media, Tuan Ibrahim mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja.

"Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang," demikian katanya.

Menurutnya lagi, "asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.

Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian One-Off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa."

Membaca kenyataan Tuan Ibrahim itu jelas memperlihatkan kedangkalan caranya berfikir. Seolah-olah pada pandangan pemimpin PAS itu, orang yang menerima BR1M dan lain imbuhan termasuk bantuan persekolahan anak-anak adalah orang yang bodoh kerana membiarkan candu dan racun menguasai diri.

Hakikatnya tidak sedemikian. Walau wang yang diterima nilainya tidak seberapa, besar manfaatnya untuk perbelanjaan keluarga yang berpendapatan rendah. Di masa yang sama wang BR1M yang dibelanjakan itu pula mengalir ke pelbagai sektor sekaligus menyemarakkan aktiviti ekonomi setempat.

Usahlah PAS bermain dengan api cuba menganggap rakyat negara ini bodoh konon bagaikan penagih candu atau sebagainya. Jangan dihina rakyat yang berpendapatan rendah kerana kelak bila tiba musim pilihanraya khalayak ini jugalah nanti yang akan PAS cuba hampiri untuk meraih undi.

Percayalah, selagi wujud ramai pemimpin bermulut celupar dalam PAS dan lain-lain parti pembangkang yang gemar merendah-rendahkan maruah dan daya fikir rakyat marhaen seperti mana tutur kata Tuan Ibrahim, nescaya sampai kiamat pun PAS dan PR tidak akan berpeluang untuk menguasai tampuk pemerintahan negara ini.


McTheory:
Main cakap saja, kena rasuk syaitan ka apa ni?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...