Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEMPAR!! Bergaduh Dalam Rancangan TV, Siap Tendang Terajang!

Posted: 28 Oct 2012 08:18 AM PDT


Dahsyatnya.. siap tendang terajang lagi. Paling tak tahan, perempuan tu melembung kena tendang. Selamatlah berlaku kat negara luar, kalau kat Malaysia taktau la apa nak jadi. he he.. layan saja la..

PANASS!! Pas Kedah Berniaga Pakai Kepala Lutut!! #TukarKedah

Posted: 28 Oct 2012 05:38 AM PDT


Dasar Kerajaan PAS Kedah: Labur Dulu, Kaji Kemudian

Apabila mendapat tahu bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam menjawab mengenai pertikaian pelaburan Kedah Corp Berhad (KCB) yang hangat diperkatakan, saya lekas-lekas mencari penjelasan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Bukan apa, saya nak tahu sangat apakah alasan yang akan diberikan oleh Azizan tentang pelaburan antarabangsa yang ditandatangani selepas PAS mengambil alih Kedah dari tangan BN.

Khabarnya, PAS sangat "hebat" berniaga. Kalau tidak, takkanlah Kohilal begitu pesat "maju" dan mencatat "keuntungan" berlipat ganda.

Meneliti jawapan Menteri Besar Kedah itu, saya dapati penjelasan yang diberikan melayakkannya untuk saya "bakul sampahkan" saja jawapan itu.

Kata Azizan, pelaburan yang dibuat KCB itu dilakukan tanpa persetujuan pihak Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan Kerajaan PAS Negeri Kedah dimana tiada kajian dijalankan mengenai pelaburan tersebut.

Menteri Besar itu memberitahu bahawa setelah pelaburan bernilai ratusan ribu ringgit itu ditandatangani, barulah kerajaan pimpinannya tahu mengenai pelaburan tersebut dan kajian teliti telah dijalankan mengenainya.

Hasil dari kajian tersebut, barulah mereka tahu bahawa pelaburan itu berisiko tinggi dan agak merugikan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah tersebut dan menggesa agar perjanjian serta projek tersebut dibatalkan segera.

Azizan mempersalahkan pihak pengurusan KCB dan dia selamba menyatakan bahawa kerugian RM6.4 juta yang ditanggung itu adalah merupakan asam garam dunia perniagaan, terutamanya berkaitan soal pelaburan.

Berkali-kali saya ulang baca penjelasan Azizan Razak itu, namun setiap kali membaca, saya tidak jumpa satu perkataan "maaf" atau "ampun" dari pihak Kerajaan PAS yang mentadbir negeri Jelapang Padi itu.

Justeru itu saya menyimpulkan bahawa Menteri Besar itu langsung tidak rasa bersalah meskipun kepimpinannya telah menyebabkan jutaan ringgit wang rakyat Kedah hilang begitu saja.

Jelaslah di sini bahawa rakyat Kedah kini memiliki seorang Menteri Besar yang bongkak dan angkuh kerana enggan meminta maaf meskipun telah melesapkan wang mereka.

Saya tertanya-tanya, dari jawapan yang Azizan berikan itu juga, ia jelas menunjukkan bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah mengamalkan dasar "melabur dahulu dan kaji kemudian pun tak apa".

Ertinya, beri duit dulu kepada kontraktor, dan kemudia barulah Azizan dan konco-konconya berfikir dan mengkaji sama ada pelaburan itu menguntungkan atau sebaliknya.

Pada saya, ini adalah pertama kali saya mendengar sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar yang sangat-sangat "loqlaq" dan merugikan itu.

Setelah menyedari bahawa tindakan KCB yang bernaung di bawah MBI itu melakukan pelaburan yang merugikan wang rakyat, Azizan tampil dengan "muka sepuluh sen" mengharapkan rakyat Kedah memahami tentang RISIKO PERNIAGAAN.

Siapa yang bertanggungjawab meletakkan risiko tinggi terhadap pelaburan yang menggunakan wang rakyat itu? Budak tadika PASTI, kah?

Sepatutnya, sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sepenggal, Azizan dengan rendah hati meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana telah menyebabkan wang jutaan ringgit milik mereka lesap atas ketidakcekapannya mentadbir.

Azizan sewajarnya mengaku bahawa dia tidak bijak mentadbir urus wang rakyat dan selalu "tidur" berbanding mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekelilingnya.

Sebagai Menteri Besar yang menaungi semua agensi di bawah Kerajaan Negeri, Azizan wajib bertanggungjawab atas segala perancangan pelaburan di dalam pentadbirannya dan tidak meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pihak yang ditugaskan.

Misalnya, apakah wajar seorang ahli perniagaan menyerahkan segala urusan perniagaannya kepada orang bawahan sedangkan dia sebok naik turun pentas ceramah dan tidak mengambil tahu langsung mengenai soal perniagaannya.

Kalau orang bawahannya tipu wang syarikat dan urusniaga yang dijalankan syarikatnya itu merugikan, bagaimana? Wajarkah seorang "boss" bersikap lepas tangan dan menyalahkan orang bawahnya jika ada masalah yang timbul?

Justeru itulah saya terus "bakul sampahkan" saja jawapan yang Azizan berikan. Ingatkan jawapannya "powerful" dan sukar disanggah. Rupanya Azizan juga memiliki IQ yang lebih kurang serendah Mahfuz Omar juga.

Mungkin para pemimpin PAS di Kedah ini ditakdirkan memiliki otak dan tidak punya akal, kot?


Sumber Sini

LAWAK!! Pecah Perut Flight Tambang Murah Lebih Kurang Air Asia!!

Posted: 28 Oct 2012 02:16 AM PDT


Macam perli Air Asia saja pun.. he he.. nasib-nasib! Tapi ni nampak macam teruk sangat!

INFO ISLAM! Benarkah Bible Itu Kitab Injil?

Posted: 27 Oct 2012 11:17 PM PDT


Kebanyakan orang menyangka bahawa bible adalah nama lain bagi Kitab Injil. Ramai di khalayak umat Islam menyangka bahawa isi bible adalah kitab Injil yang Allah turunkan kepada Nabi Isa A.S. tetapi ianya di ubah. Apakah benar pandangan ini? Mari kita lihat sejarahnya kerana apabila disebut kitab Allah, ia bermaksud wahyu (kalamullah) yang diturunkan Allah S.W.T kepada seorang rasul. Selain Al-Quran, terdapat kitab-kitab lain yang diimani oleh umat islam iaitu Injil, Taurat dan Zabur. Adakah bible merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S?


Sebenarnya bible adalah himpunan kitab-kitab warisan daripada kitab-kitab yahudi (old testament, Perjanjian Lama) dan kitab-kitab yang ditulis selepas Jesus Christ (new testament, Perjanjian Baru). Ertinya, ia bukan wahyu Allah kepada Nabi Isa seperti Al-Quran yang merupakan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Apabila disebutkan wahyu, maka sebutannya adalah Allah berfirman, kerana itu adalah firman langsung Allah kepada seorang rasul agar disampaikan kepada umat. Bible adalah tulisan manusia atau riwayat. Kerana itulah kita dapati keraguan terhadap ketuluenan bible terus menjadi isu yang dibangkitkan oleh penganut Kristian sendiri.

Apakah kaitan Gospel dengan bible?

Gospel adalah tulisan kitab-kitab warisan yang kononnya telah ditulis oleh pengikut-pengikut Jesus Christ. Gospel merupakan kandungan atau juzuk-juzuk dalam bible. Ia merujuk kepada empat buah kitab awal di dalam bible pada bahagian New Testament yang merakankan kisah hidup dan kematian Jesus Christ; Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John yang digelar Canonical bible atau Injil Kanonik. Keempat-empat kitab ini dianggap sahih pada pandangan ilmuan Kristian, walaupun pada awalnya terdapat beberapa kitab Gospel selain daripada itu. Bagaimanapun, tiada satu bahagian pun daripada Gospel tersebut yang masih kekal dan dapat diwarisi. Ironinya, keempat-empat Gospel yang dijadikan rujukan itu asalnya dalam bahasa Greek dan bukannya bahasa Aramaic iaitu bahasa pertuturan Nabi Allah Isa A.S. dan pengikutnya.

Apakah kesan Gospel tersebut terhadap kepercayaan kepada tuhan?

Adalah penting untuk diketahui umum bahawa terdapat 10 buah kitab Gospel sebelum abad ke-4 Masihi. Termaktub di dalam sejarah, Raja Konstantin I telah mengumpulkan ahli-ahli agama dalam Majlis Nicaea pada tahun 325 M bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sengit terhadap persoalan pokok di dalam kepercayaan di kalangan soal kepercayaan di kalangan ahli-ahli agama Kristian iaitu bersangkutan dengan isu sama ada Jesus (Nabi Isa A.S) itu Tuhan atau tidak.

Terdapat dua golongan ilmuan Kristian pada waktu itu. Satu golongan ilmuan mempercayai Jesus adalah seorang insan (hamba Tuhan) dan satu golongan lagi mempercayai ketuhan Jesus (memiliki unsur ketuhanan/anak Tuhan). Golongan majoriti di kalangan ilmuan ketika itu mengatakan bahawa Jesus adalah hamba Tuhan. Walau bagaimanapun, dalam majlis tersebut golongan majoriti ini telah di paksa supaya tunduk dan mengalah kepada golongan minoriti yang mempertuhankan Jesus.

Golongan ilmuan majoriti terpaksa mengalah kepada minoriti. Sesuatu yang bertentangan dengan disiplin ilmu dan amat tidak masuk akal. Semua prinsip ilmu terpaksa tunduk kepada kehendak Raja Konstantin I. Beliau merupakan Maharaja Rom yang pertama memeluk agama Kristian. Sebagai Raja Rom, kepercayaa pagan dan mitos yang berasal daripada mitologi Romawi yang percaya kepada pelbagai tuhan dan dewa-dewi masih bertapak dalam dirinya. Ini mempengaruhi keputusan Majlis Nicaea.

Peranannya dalam mencari jalan penyelesaian kepada pertelingkahan golongan agamawan membawa kepada satu resolusi Majlis Nicaea (325 M) yang menerima pakai doktrin ketuhanan Jesus dan konsep 'triniti'; mempercayai bahawa 'tuhan itu tiga', iaitu terdiri daripada Tuhan bapa, Tuhan anak dan Ruhul Qudus. Serentak dengan itu, Majlis Nicaea (325 M) juga telah menafikan kesahihan beberapa kitab Gospel selain daripada Gospel of Matthew, Mark, Luke dan John, di antaranya ialah The Letter of Barnabas, Didache, Thomas dan Mathias (sekadar menyebut beberapa nama). Bible yang lain ini dianggap palsu, menyimpang, tidak asli atau dongeng. Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha.

Peristiwa ini berlaku sekitar 300 tahun setelah 'kematian' Jesus Christ. Bertitik tolak dari situlah berkembangnya segala kekeliruan dan pertentangan akidah dengan kepercayaan yang telah dipegang oleh majoriti penganutnya sebelum tarikh tersebut.

[sumber]

PANASS!! Betui ka Azizan Razak Taktau Pasal Projek Papua New Guinea? #TukarKedah

Posted: 27 Oct 2012 08:37 PM PDT

Raja Balak Malaysia..

Azizan Razak MB Kedah paling tersohor (dari belakang) membuat penafian bahawa projek Papua New Guinea tu bukan atas tanggung jawabnya. Kiranya dari mula projek tu, sampai ke habis pun, dia taktau. Mc taktau la apa fungsi dia sebagai MB Kedah. Kalau dia asyik taktau saja apa yang berlaku.

Itu yang kita dengar dari mulut Azizan, mulut nak pelepas diri.

Tapi bila pulak si Azizan nak jawab persoalan yang diutarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah ni? Alaa.. Ustaz, Ketua Pemuda saja pun, takkan Ustaz sebagai MB dah rasa tercabar kot? he he


Ustaz kan MB Kedah yang paling hebat dan macho habis.. jawab la persoalan tu.. kacang goreng saja tu kann Ustaz kann..

Persoalan Pertama. Siapa yang membenarkan Dato' Puad Pegawai Kewangan Negeri ke London untuk membuat pinjaman kewangan?

Persoalan Kedua Siapa tanda tangan cek untuk pelaburan ke Papua New Guinea? Bukankah Chairman dan board of director KCB saja yang boleh luluskan cek yang lebih dari rm10,000.

Persoalan Ketiga. Pasal lembu kat Australia.. Mc tau pasai lembu tu.. tapi takpa, Mc tak persoalkan bab tu dulu. Nanti kita londeh kemudian. 

Pasal tanda tangan cek tu, awat Azizan kata dia taktau? Pelik kann??

Azizan boleh tolong jawab tak?

McTheory:
Atau Azizan dok muhung orang kata dia taktau? hmm..

PANASS!! Abby Albody Buat Lawak Bodoh Lagi!!

Posted: 27 Oct 2012 06:16 PM PDT


 Di saat puluhan juta jemaah haji sedang berwukuf di padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun haji, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abby Abadi mengenai daging korban. Bekas penyanyi yang pernah mengangotai kumpulan Elite dan pelakon dram bersiri Gerak Khas itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan di laman twitternya yang mempertikai sembelihan korban sebagai membunuh binatang.


"Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama (Islam) tapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira (sebagai) membunuh binatang" katanya.

Namun apabila majoriti pengikutnya mempersoalkan kenyataan tersebut, Abby di lihat cuba mengalihkan persoalan pokok yang dibangkitkan dengan mengatakan dia hanya sekadar ingin berkongsikan ilmu. Selanjutnya Abby turut mengaitkan isu tersebut adalah merupakan terjemahan dari Surah Al-Maidah yang dikupas oleh Ketua Jabatan Syariah Kias, Nilam Puri, Zulkarnain Husin.

"Ustaz itu terjemahkan dari Surah Al-Maidah, saya kongsikan, so di mana salahnya? Bacalah Surah Al-Maidah sendiri ok… nama ustaz kuliah mahgrib tu, Ustaz Zulkarnain Husin (Ketua Jabatan Syariah Kias Nilam Puri)" katanya lagi.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan telah menyerahkan borang keahlian Pas secara rasmi pada 19 Julai 2012. Semenjak itu Abby sering diundang menjadi penceramah termasuk parti politik khususnya Pas dan sering dilihat mengunakan laman sosialnya, Twitter untuk membawa mesej parti dan menghentam parti pemerintah atas nama perjuangan Islam.

Mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin apabila ditanya berhubung perkara ini, menjelaskan di dalam twitter beliau dengan mengatakan komen yang dibuat oleh Abby itu boleh membawa erti, dia telah mengharamkan binatang yang disembelih secara halal. Menyembelih binatang bukan merupakan atau disamakan dengan kaedah membunuh biasa.

Namun begitu, kenyataan tersebut telah menyebabkan Abby mengeluarkan kenyataan balas dengan mengatakan Dr Asri cuba mencipta isu.

"Tengok la tweet-tweet sebelum itu. Banyak lagi hal-hal yang perlu diberi keutamaan atau dijaga selain Dr (Asri) mencipta isu yang tidak membantu perjuangan.

Dr Asri ketika dihubungi enggan memberi komen berhubung kenyataan terbaru Abby itu.

"Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat. Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul"

Apabila diminta mengulas pandangan Islam mengenai isu pokok yang dibangkitkan itu, Dr Asri menjelas pendapat tersebut tidak betul.

"(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai. Tak sembelih sama dengan bangkai.

"Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul", tegas beliau lagi.

– SUARA GENERASI BARU
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...