Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Mau Pecah Perut Gelak Tengok Iklan Ni!!

Posted: 27 Oct 2012 08:19 AM PDT


Lawak-lawak juga, ada maksud tersirat disebalik iklan ni.. hati-hati di jalan raya.. hehe

PANASS!! Pemuda Pas Sibuk Berdemo Kutuk MCA! Karpal Singh?

Posted: 27 Oct 2012 05:37 AM PDT


Bila Soi Lek tegur bab Islam, bagai nak rak mangkuk-mangkuk Pas ni melenting. Siap berdemo kutuk MCA, hinggakan UMNO yang takde kena mengena pun teruk di kutuknya.

Namun puak ni lupa, Karpal Singh yang selama ini menghina Islam, puak-puak ni langsung tak peduli.

Apakah ini tuntutan Islam yang adil? Soi Lek cuma bantah, Karpal siap suruh bunuh dia dulu, baru boleh buat undang-undang Islam kat Malaysia ni. Apakah itu bukan satu perkara yang kurang ajar?

Kenapa puak Pas tak berdemo tentang Karpal? Kenapa?

HOT!! Gadis Bunuh Diri Kerana Terlalu Cantik!

Posted: 27 Oct 2012 02:16 AM PDT



Jade Stringer, seorang gadis yang berusia 14 tahun telah membunuh diri akibat dirinya terlalu cantik. Oleh kerana dia memiliki wajah yang menawan dan populariti yang sangat tinggi dikalangan pelajar lelaki, Jade sering dibuli oleh kawan-kawannya kerana perasaan cemburu. Dia ditemui oleh ayahnya di dalam biliknya dimana dia menggantung dirinya. Menurut rakannya, Jade mengadakan kempen anti-buli di sekolahnya beberapa bulan lepas sebelum membunuh diri.

Macam-macam benda pelik dalam dunia hari ni. Inilah yang berlaku bila agama tidak diamalkan dalam kehidupan. Islam menerapkan hidup yang sihat kepada semua umatnya. Itu pun masih ada yang mengaku Islam, tapi perangai mengalahkan guru ajaran sesat!

GILA!! 10 Tahun Simpan Mayat Isteri Dalam Peti Air!

Posted: 26 Oct 2012 11:16 PM PDT


TOKYO: Seorang lelaki berusia 80 tahun semalam disoal siasat di Jepun kerana disyaki mencekik isterinya dan menyimpan mayat mangsa dalam peti sejuk hingga 10 tahun, lapor media dan polis.

Masaichi Yamada yang mempunyai syarikat memproses ikan ditahan di pelabuhan Kushiro di utara negara itu awal pagi kelmarin apabila mayat mangsa yang beku dan masih berpakaian ditemui.

"Suspek mencekik mangsa dengan objek seperti tali di kediaman mereka dan membiarkan mayat mangsa dalam peti sejuk di tempat kerjanya," kata jurucakap polis Hokkaido kepada media melalui telefon. Tidak diketahui bila pembunuhan itu berlaku, kata polis sambil menambah mangsa mungkin berusia 71 tahun jika dia masih hidup hari ini.

Yamada dilaporkan mengaku kepada polis bahawa dia membunuh isterinya ketika bertengkar di kediaman mereka "antara 2002 dan 2006" dan membawa mayat mangsa dengan kereta ke kilang. Polis melakukan pemeriksaan di kilang itu selepas abang wanita itu berkata, dia tidak dapat menghubungi adiknya selama beberapa tahun. - AFP

KEJAM!! Guru Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 1/2 jam!

Posted: 26 Oct 2012 08:16 PM PDT


Video diatas menunjukkan seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.

Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.

Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit – cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

"Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali," katanya.

Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.

"Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!" katanya.

Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu dipecat dari sekolah berkenaan.

P/s: gila punya orang ni..

GEMPAR!! Hati-Hati 7 Produk Sejuk Beku Import Ada DNA Babi!!

Posted: 26 Oct 2012 05:37 PM PDT


Pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mengesahkan tujuh produk sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di wilayah utara mengandungi DNA babi.
Antara produk yang tersenarai, tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong, sepit ketam tiruan, bebola ikan berperisa, produk hasil laut dan jejari ikan jenama PFP keluaran Pacific Fish Processing Limited.
Tidak terkecuali produk lain seperti, kaki ketam tiruan jenama A-Roy Mark dikilangkan Smile Heart Food Company Limited (Smile Heart) turut disahkan mengandungi DNA babi.

Mengikut laporan, ini merupakan kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011," kata Mohd Sokri Hussin, Pengarah JAIPs.

Difahamkan juga, produk sejuk beku keluaran dua syarikat berpangkalan di Thailand itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran berkenaan, kebanyakannya dibeli peruncit termasuk penjaja kecil sebelum dijual di pasaran tempatan terutama di pasar malam atau gerai tepi jalan.

Berikutan harga yang murah, produk terbabit dikatakan mendapat sambutan berbanding produk yang mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam negeri.
Menurut Pengarah JAIPs, Mohd Sokri Hussin, perkara itu terbongkar selepas pihak berkuasa di sempadan termasuk Jabatan Kesihatan Perlis merampas produk sejuk beku dibawa masuk secara haram sebelum mengambil sampel untuk diuji kandungannya.

"Sejak tahun lalu, kita mengesan empat kes membabitkan produk sejuk beku tidak halal dari Thailand dibawa masuk ke negara ini. Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011.

"Sementara itu, bebola ikan berperisa, produk hasil laut, jejari ikan filamen dan kaki ketam tiruan dikesan Mei dan September lalu. JAIPs sudah melakukan hebahan termasuk menerusi khutbah Jumaat di seluruh negeri selain menasihatkan umat Islam mengelak membeli produk sejuk beku dari Thailand tanpa sijil halal.

"Malah, kita turut menasihatkan peruncit termasuk peniaga pasar malam supaya tidak membeli produk sejuk beku Thailand yang tidak halal serta tiada kelulusan Kementerian Kesihatan kerana dibimbangi memudaratkan orang ramai selain menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini," katanya.

Apa yang lebih memeranjatkan, katanya, ada sebahagian produk sejuk beku yang dirampas itu turut memiliki logo halal dari Thailand yang dikhuatiri mengelirukan umat Islam di negara ini.

sumber
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...