Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Cerita Malam Pertama Bersama Anak Dara!!
- PANASS!! Lagi Bukti Pas Kedah Tak Mampu Mentadbir Negeri!! #TukarKedah
- PANASS!! SPR Merayu Pas Kemukakan Senarai Nama Pengundi Hantu!
- TUDIAA!! Amboih Kak Wan Mahai Nampak Beg Tangan!!
HOT!! Cerita Malam Pertama Bersama Anak Dara!! Posted: 21 Oct 2012 08:16 AM PDT Sepasang pengantin baru sedang bersiap-siap untuk menikmati malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,"Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang malam pertama. Boleh abang terangkan dulu sebelum kita melakukannya?" "Ohh, itu senang sangat! Kita ni anggap jer macam penjara. Yang ayang 'punya' tu selnya dan yang abang 'punya' adalah penjahatnya. Kat penjara, penjahat kan ke harus dimasukkan ke dalam sel." Terang pengantin lelaki sambil tersengih-sengih. Lalu mereka pun mulai bercumbu-cumbu mengharungi lautan asmara... Ketika semuanya sudah selesai, si pengantin lelaki terbaring kepenatan lalu cuba untuk memejamkan mata. Tiba-tiba si pengantin perempuan berkata, "Bang, 'penjahatnya' terlepas." Mendengarkan itu, pengantin lelaki pun mulai memasukkan 'penjahatnya' sekali lagi. Rupa-rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama kali dirasakannya. Setiap kali selesai, dia mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau melarikan diri keluar dari 'selnya'. Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata,"Yang, 'penjahat' yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup! ~sumber~ |
PANASS!! Lagi Bukti Pas Kedah Tak Mampu Mentadbir Negeri!! #TukarKedah Posted: 21 Oct 2012 05:44 AM PDT Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka. Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang 'tidak masuk akal'. Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir, tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit. Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud! Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London. Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan. Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap. Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit. Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja. Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah. Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato' Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya. Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010, menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011. Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran. Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme. Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri. |
PANASS!! SPR Merayu Pas Kemukakan Senarai Nama Pengundi Hantu! Posted: 20 Oct 2012 11:15 PM PDT TEMBERANG...Zaidi (duduk, tiga dari kiri) kononnya membuat pendedahan 12,296 senarai pemilih yang didakwa pengundi hantu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer. KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidi Abdul Talib mengemukakan senarai 12,296 orang pemilih yang didakwanya mempunyai alamat mencurigakan. SPR dalam kenyataannya berkata, sehingga suku tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer mempunyai seramai 48,372 orang pemilih berdaftar. Daripada jumlah itu, terdapat 18,009 orang pemilih yang alamatnya tidak lengkap dan hanya dicatatkan nombor rumah sahaja. "Pada masa itu, keperluan alamat hanya untuk dilengkapkan pada borang permohonan bagi membantu SPR menentukan lokasi pemilih. "Tiada keperluan bagi SPR untuk merekodkan alamat lengkap dalam pangkalan data SPR, hanya selepas 16 Julai lalu barulah SPR merekodkan alamat sepenuhnya berdasarkan alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika proses pendaftaran dijalankan,'' kata SPR. Kenyataan itu dibuat bagi menjawab laporan akhbar pembangkang yang mendakwa 12,296 orang pemilih di DUN Taman Templer mencurigakan. Mengulas isu status kewarganegaraan yang didaftarkan sebagai pemilih di Parlimen Ampang, SPR berkata, kawasan itu mempunyai seramai 82,073 orang pemilih berdaftar sehingga suku tahun 2012. Menurutnya, semua urusan permohonan pemilih itu telah melalui pelbagai tapisan bagi menentukan pemilih yang layak sahaja didaftar. Tambah SPR, semasa badan itu mempamerkan daftar pemilih tambahan, pihaknya telah menerima sebanyak 58 bantahan dengan alasan pemohon bukan warga negara. "Kita menerima 56 bantahan itu dan nama-nama tersebut tidak dimasukkan dalam daftar pemilih. "Semasa pameran, SPR telah menerima empat bantahan dengan alasan yang sama dan Siasatan Awam menerima semua bantahan dan empat nama itu tidak dimasukkan dalam daftar pemilih tambahan suku 2012," ujarnya. Sumber SINI McTheory: Yang hantu tu.. sebenarnya puak Pas. |
TUDIAA!! Amboih Kak Wan Mahai Nampak Beg Tangan!! Posted: 20 Oct 2012 06:44 PM PDT Setiap kali puak-puak PKR samada melalui cybertrooper atau SAMM atau ABU atau apa lagi NGO tak berdaftar mencari salah Datin Seri Rosmah, entah apa-apa yang diungkit. Cincin orang punya pun dikatakan Rosmah punya. Baju dan pakaian diungkit. Barang kemas yang tak berjenama dikatakan barang mahal. Beg tangan pun nak dijadikan isu. Hai ... shopping kan adalah fitrah tuhan atas jantina wanita. Itu pun diungkit. Baiklah masa Wan Azizah jadi isteri Timbalan Perdana Menteri tu pakai beg Chanel. Lihat contoh model di atas. Berapa ribu agaknya Kak Wan beli? Oh ... tak beli, orang hadiah? Baik ... siapa hadiah? Kenapa dia hadiah? Ada apa-apa sebabkah dia beri hadiah? Mahu lagi panjang cerita, boleh kita godeh gambar-gambar lain untuk cari pakaian Zegna Dato Seri. Satu set berapa ribu? Berapa set ada? Keluar penjara boleh beli rumah RM7 juta. Rumah Damansara jual berapa dapat? Cukupkah untuk bina rumah Segambut. Nak ungkit, boleh kita lawan ungkit. The Unspinners |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment