Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Video Kamera AES yang Berhantu!!

Posted: 20 Oct 2012 08:18 AM PDT


He he he.. memang lawak gila Kamera AES yang bergerak ni.. sapa punya idea la yang buat lawak macam ni.

Mc pernah keluarkan artikel kritik kamera AES. Mengkritik bukan bermakna membenci. Membangkang bukan bermakna kita ni pembangkang. Salah perlu di tegur, kalau tidak, ia akan menjadi lagi teruk.

PANASS!! Gambar Pas MengISLAMkan Paderi ke?

Posted: 20 Oct 2012 05:37 AM PDT


Apa agaknya puak Pas tu buat dengan paderi? Nak berkawan, nak suai kenal tu tak kisah la. Tapi siap berdoa pulak tu.. memang pelik tahap gaban la kan. Gambar boleh menceritakan segalanya.. soo anda rasa patut ke tak ni?

Apakah ini  namanya Pluralisme yang Anwar Ibrahim perjuangkan tu?

PANASS!! Bekas Ketua Polis Negara Ada Hubungan Dengan Anwar?

Posted: 20 Oct 2012 02:16 AM PDT


Musa Hassan marah sungguh bila orang kata beliau nak masuk PKR. Lebih-lebih lagi bila beliau dikatakan ada hubungan dengan Anwar, disebabkan kes mahkamahnya tu. he he.. rilek bro..

KUALA LUMPUR - Bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi susulan keputusan beliau menggugurkan kes saman ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider malam tadi, Musa berkata perbincangan dengan Anwar adalah berbentuk peribadi dan berharap pihak tertentu berhenti daripada terus membuat pertikaian dalam isu tersebut.

"Kenapa mahu sibuk-sibuk hal saya? Ia adalah perkara peribadi antara saya dengan Anwar.

"Ini cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan spekulasi dan saya berharap tidak perlu pihak lain untuk terus mencampuri urusan saya dengan Anwar," kata Musa.

Kes tuntutan saman ke atas ketua pembangkang tersebut telah ditarik balik oleh Musa atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Musa yang ditemui diluar mahkamah menerangkan keputusan untuk menyelesaikan perkara tersebut diambil selepas beliau diberitahu berlaku "salah faham" dalam peranannya di dalam kes saman tersebut.

"Saya diberitahu terdapat salah faham tentang peranan saya di dalam kes yang difailkan ke mahkamah ini melibatkan insiden mata lebam disebelah pihak defendan.

"Jadi saya menerima cadangan untuk menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah," kata Musa.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan dakwaan Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musa menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu.

Musa juga berkata beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan liwat Anwar.

Ekoran keputusan tersebut, pelbagai khabar angin tercetus antaranya dakwaan bekas KPN tersebut akan menyertai PAS yang kemudiaannya dinafikan beliau.

Baru-baru ini beberapa pegawai tinggi kerajaan beragama Islam, termasuk bekas ketua setiausaha, bekas pegawai-pegawai khas serta pesara polis dan tentera menyertai PAS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Antaranya bekas Ketua Siasatan Jenayah Datuk Fauzi Shaari, bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan bekas naib presiden Felcra Berhad Datuk Ramli Buyong.

Dalam sebuah temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider sebelum ini, Musa telah memuji tindakan Fauzi menyertai PAS tetapi berkata beliau tidak akan mengikut jejak yang sama.

"Selepas ini, dia boleh mengajar PAS tentang undang-undang negara", ujar Musa mengenai Fauzi ketika itu, sambil menambah bahawa beliau telah menolak lamaran dari sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Selain PAS, parti komponen PR adalah PKR dan DAP.

"Adalah lebih baik untuk orang seperti saya (bekas Ketua Polis Negara) untuk menjauhkan diri dari politik", kata beliau kepada The Malaysian Insider pada bulan Julai lalu.

P/s: Saja nak usik bekas KPN!!

HAA TUDIAA!! Bab Ni Mc Sokong Phahrolrazi!! Tahniah Kerajaan Negeri Kedah!

Posted: 19 Oct 2012 09:20 PM PDT


Buat pertama kalinya Mc setuju dengan si Phahrolrazi. Pendirian yang beliau buat kali ni bagus. Memang patut pun tangguhkan dulu AES tu. Tak kena masa langsung. Kerajaan Negeri Kedah, bijak mengunakan peluang ini untuk menjadi hero kepada rakyat Kedah.

Semua ni salah sapa? Tak mustahil negeri Pakatan lain akan turut mengunakan isu AES ini bagi mileage politik masing-masing.

Punya la penat dok jaga hati rakyat, bila tiba isu ni, ramai yang 'swing' nanti.

Baca petikan berita dibawah..

Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian menggunakan kuasa negeri untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat.

Phahrolrazi menegaskan, denda dan kaedah yang digunakan dalam sistem AES ini amat membebankan rakyat.

"Rakyat merungut, rakyat tertekan dengan sistem ini.Kita ambil pendirian sama dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk tangguh hingga penjelasan membabitkan agensi berkaitan dibuat, dan kajian dilaksanakan," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor.

Malahan pula kata beliau, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tidak meluluskan lagi penggunaan atau pemasangan AES di kawasan membabitkan hak PBT di sana.

Ditanya samada keputusan itu adalan keputusan bersama pimpinan kerajaan Negeri Kedah, beliau memaklumkan ianya telah dibincang di peringkat PAS Negeri dan makluman kepada Pesuruhjaya, Dato' Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah.

Komen:
Mc tahu, AES ni bagus untuk mendidik rakyat, namun bukan sekarang masa untuk laksanakannya. Lagi satu, masih banyak kajian terperinci yang perlu kita lakukan. Malas nak kata apa lagi, bila Mc tegur ada la individu yang kata Mc ni sokong pembangkang. Dari sokong pembangkang, baik Mc dok dalam hutan lari dari dunia sebenar. he he..

McTheory:
Kita tegur kerana sayang.. tegur membina, bukan memusnah..

PANASS!! Ustaz Pemuda Pas Jadi Buruan Polis Kes Deraan Seksual!

Posted: 19 Oct 2012 06:18 PM PDT


GEMPAR!! Seorang ahli Pemuda PAS telah menipu 11 orang isterinya dan meninggalkan mereka selepas malam pertama bersama. Hebat Pemuda PAS ni. Muka dah macam ustaz tapi nafsu mengalahkan anjing.

Heboh diperkatakan sejak seminggu dua yang lalu di media maya, ustaz muda ini dicari oleh 11 orang isteri-isterinya kerana telah ditipu. Ustaz ini berkahwin hanyalah untuk melempiaskan nafsu serakahnya dan sambil itu menipu duit isteri-isterinya.




Kalau ada siapa-siapa yang kenal dengan Ustaz Razis beristeri 11 ni tolong beritahu sebab individu ini memang sedang dicari oleh orang ramai. Laporan polis pun katanya telah dibuat.

Yang sedihnya kesemua isteri yang ditinggalkannya tidak pernah diceraikan umpama gantung tak bertali. Malah ada yang telah hamil dan anak satu ditinggalkan begitu saja.


Sumber 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...