Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Pesta Seks Mahasiswa Di Serbu POLIS!
- HANGAT!! Mahfuz Menagih Duit BR1M Dari Ahli Pas!! #TukarKedah
- PANASS!! Serang SUK dan KCS! Pas Kedah Alami Penyakit Mental!! #TukarKedah
- EKSKLUSIF!! Joe Bedul Menipu dan Membunuh Kaum Cina Sungai Petani? #TukarKedah
- TUDIAA!! Audit Negeri Kedah Paling Teruk, Penuh Dengan Penipuan dan Seleweng!! #TukarKedah #AuditKedah
- EKSKLUSIF!! Pas Kedah Bayar Kontraktor Hantu dan Projek Hantu!! #TukarKedah #AuditKedah
HOT!! Pesta Seks Mahasiswa Di Serbu POLIS! Posted: 18 Oct 2012 08:18 AM PDT | ||||||
HANGAT!! Mahfuz Menagih Duit BR1M Dari Ahli Pas!! #TukarKedah Posted: 18 Oct 2012 05:38 AM PDT Mc nak bawa cerita menarik yang Mc ambil dari blog Medan Tempur, kisah pasal duit BR1M. Dalam siri ceramah pas yang diadakan pada minggu lalu di markas pas pokok sena, mahfuz berkata jika penyokong pas yang tak mahu wang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh sumbangkan ke pejabat MTD atau markas Pas bagi memenuhkan tabung simpanan Pru untuk melawan UMNO. Kami sempat mengikuti ucapan ucapan Mahfuz diruangan FB beliau yang ditulis oleh salah seorang staf di pejabat MB.. Kita boleh tengok kat sini macam mana pemimpin2 pas sanggup jadi peminta sedekah semata mata nakkan kuasa dan wang. Sewaktu cadangan Pemberian BR1M kepada rakyat yang diumumkan oleh kerajaan pada bajet tahun lalu, Pas lah parti yang paling lantang memperlekehkan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat tetapi sebaik saja BR1M diedarkan penyokong PR tanpa segan silu menjdi orang paling awal menerimanya.. Melihat pada reaksi itu maka pemimpin pas mengeluarkan fatwa bahawa BR1M itu haram..Tetapi bila penyokong pas tidak mengendahkan fatwa itu pemimpin pas terpaksa mencari helah lain iaitu mengenakan cukai atau meminta separuh dari wang bantuan itu masuk ketabung mereka.. Itu lah Pas yang sinonim dengan parti tin milo boleh lalukan apa saja asalkan dapat keuntungan..BR1M haram buat ahli tapi halal buat parti. McTheory: Biasa la.. walhalalku, walharam mu... | ||||||
PANASS!! Serang SUK dan KCS! Pas Kedah Alami Penyakit Mental!! #TukarKedah Posted: 18 Oct 2012 02:15 AM PDT
Sedar atau tidak di Kedah sekarang sedang berlaku satu krisis pentadbiran yang cukup kronik. Pas negeri itu sudah mula menentang secara berdepan dengan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS). Tidak pernah dalam sejarah cemerlang dan terbilang lebih 100 tahunnya, KCS diperlakukan sebegini buruk - lebih buruk daripada episod penyapu di Selangor dulu. Dikatakan, krisis KCS dengan bekas MB Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dulu pun tidak seberat ini. Pas kini amat bimbang sangat dengan KCS yang terlalu profesional, mengikut buku dan tidak mendengar cakap mereka. Pas merasakan KCS perlu dijinakkan menjelang pilihan raya umum ini. Masanya bagi Pas sudah terlalu suntuk. Oleh itu Suk Kedah (ss atau setiausaha kerajaan negeri), Datuk Rasli Basir perlu dijatuhkan. Jika Suk enggan turun, maka beliau perlu dipaksa turun. Jika itu pun gagal, Pas rasa satu rampasan kuasa perlu dilakukan. Oleh itu, Pemberontakan harus dijalankan sekarang. Perlu diingat dalam konteks KCS kedah, ia terletak di bawah Istana Kedah atau Tuanku al-Sultan Kedah selaku Yang di-Petuan Agong, sepenuhnya. SUK sekarang baru sahaja disambung perkhimatan selama setahun lagi dari jun 2012 sehingga jun 2013 oleh Tuanku al-Sultan (bukanya oleh MB Azizan Razak!). Dalam erti kata mudah pegawai- pegawai KCS merupakan anak-anak peliharaan Tuanku Sultan. Seluruh rakyat Kedah amat memahami "hubungan sunyi" itu. Persoalanya adakah pas dan konco-konconya tidak atau tidak mahu memahaminya? Bagi orang Melayu melanggar perintah, arahan, pekenan sultan dan raja-raja merupakan penderhakaan. Episod drama Pas ini bermula ekoran keputusan KCS menukar DO (pegawai Daerah) Kubang Pasu yang juga menjalankan tugas YDP Majlis Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md. Nor, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Tempat Fisol, sebaliknya diambil alih oleh DO Kuala Muda (tiada status YDP) Datuk Abdul Aziz Abdul Ghani Isu itu diambil kesempatan oleh kerajaan Pas Kedah dengan mengunakan ahli-ahli Majlis Kubang Pasu terdiri daripada pengikut tegar pakatan Rakyat yang dikepalai Pas, untuk memberontak. Lebih malang pemberontakan ke atas SUK dan KCS ini sekarang diperluaskan ke seluruh negeri. Puak puak yang mahu menjatuhkan SUK cuba mengadu-dombakan keadaan. Pas tidak mahu DO Fisol ditukar. Saya tidak pasti permainan siapakah ini, namun jom kita lihat susur galur kepada krisis ini. Suk mengatakan tindakanya menukarkan DO Fisol ke Kuala Muda sebagai sah setelah mendapat pekenan Sultan dan mengikut undang-undang. Sebaliknya Do Kuala Muda, Abdul Aziz ditukar kepada Kubang Pasu juga sah. Ia merupakan satu proses pentadbiran yang biasa. Pejabat Menteri Besar membantahnya. Tapi mengapa MB dan Exco-exconya terlalu membantah? Sebenarnya isu disebaliknya ialah juga berhubung kait dengan salah seorang Exco Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan pelaburan Perumahan kerja Raya Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang bercita cita mahu menjadi MB mengantikan Azizan yang asyik uzur. Amiruddin juga mahu mematikan terus pengaruh salah seorng lagi Exco YB Phahrolrazi Zawawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Yang merupakan persaingnya untuk jawatan MB. Difahamkan Phahrolrazi disukai oleh Suk. Amiruddin cuba mempengaruhi MB yang uzur, yang tidak dapat menerima keputusan al-Tuanku Sultan Kedah menyambung kontrak Suk selama satu tahun. Calon Suk yang mereka idamkan bukan Suk sekarang kerana bukan Pak Turut mereka, tetapi adalah pegawai Kewangan negeri, Datuk Wira Mohd. Puat Mohd. Ali seorang pegawai lebih junior berbanding pegawai-pegawai kanan termasuk pengarah tanah Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang baru bersara, Datuk Bashirudin. Alasanya mudah kerana cita-cita mereka boleh dilaksanakan melalui pusat. Mereka juga mahu Fisol kekal di Kubang Pasu dengan jawatan sebagai DO dan YDP. Difahamkan isteri Fisol pula ialah anak saudara kepada isteri Puat. Puat pula ialah sepupu MB Azizan. Saya sungguh pening dengan hubungan anak beranak ini. Adakah unsur nepotisme juga memainkan peranan? Sebagai SUK, Puat juga dikatakan boleh mewarnakan KCS selari dengan politik Pas lebih-lebih lagi diambang PRU13 ini. Kumpulan ini, diperkuatkan dengan penglibatan beberapa pegawai persekutuan yang dikatakan bermuka Pas dan mentafsir semua peraturan, norma dan undang-undang, selari dengan kehendak kerajaan Pas demi kelansungan hidupnya. Dalam kes pertukaran Do Kubang Pasu, Penasihat Undang-undang gagal menasihatkan secara betul berhubung penafsiran Akta 171 PBT 1976 dalam pelantikan Yang Dipertuan (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan dibaca bersekali dengan keputusan majlisNegara Kerajaan Tempatan (MNKT) berhubung YDP yang menjadi amalan seluruh Malaysia. Di bawah Akta 171 itu, pertukaran ke jawatan Yang Dipertua majlis Daerah Kubang Pasu tidak perlu dibuat terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan kerajaan negeri. Penasihat undang-undang dikatakan gagal menasihatkan kerajaan berhubung ada kuasa-kuasa SUK yang tidak boleh disentuh yang menjadi amalan selama ini. Beliau tidak bersama SUK sebab tiada untung, tetapi selesa bersama MB, YB Amiruddin dan Puat bagi maksud yang tersirat untuk menjatuhkan SUK. Puat, YB Amiruddin dan Penasihat undang undang mengangap KCS bukan sahabatnya sebab dilihat sebagai bukan penyokong Pas. Berikutan daripada itu, pada 3 Oktober lalu mesyuarat Exco memutuskan seperti berikut Membatalkan pertukaran DO Ahmad Fisol dengan melantik semula Ahmad Fisol sebagai YDP dan DO Kubang Pasu. Ini jelas berlawanan dengan ketetapanyang diputuskan oleh MNKT kerana Ahmad Fisol bukan lagi YDP dan DO kubang Pasu. Melarang Suk daripada membuat pertukaran pegawai-pegawai KCS sehingga PRU 13 dan melarang SUK daripada mendatangani memo pertukaran. Melaksanakan keputusan itu secepat munkin. Dengan Keputusan ini mereka mengisytiharkan peperangan ke atas institusi KCS yang berpaksikan Tuanku Sultan. Seluruh rakyat Kedah khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, sedang menyaksikan satu krisis pentadbiran yang sangat gawat. Kita tidak pasti sampai bila peperangan ini akan berakhir, perlu diingat sejarah KCS selama lebih 100 tahun cukup unik dan sepatutnya dipelihara selama lamanya. Kita berharap puak puak Pas yang baru mendapat bunga ini, tidak menjahanamkan KCS! | ||||||
EKSKLUSIF!! Joe Bedul Menipu dan Membunuh Kaum Cina Sungai Petani? #TukarKedah Posted: 17 Oct 2012 11:18 PM PDT Makbul Illahi (kiri) Pengerusi Persatuan Kebajikan Dan Sosial Daerah Kuala Muda bersama Dr Lee Yean Wang kepada Ahli Majlis MPSPK Sungai Petani - Lebih kurang 100 penduduk Taman Mutiara hari ini telah mengadakan satu himpunan menuntut pihak berkuasa tempatan, Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul supaya menunaikan janji mereka untuk menyelesaikan isu pencawang telekomunikasi dengan secepat mungkin. Pencawang yang telah didirikan, tanpa lesen kerana telah menganggu kesihatan penduduk berdekatan yang duduk berdekatan dengan pencawang berkenaan. Pencawang tersebut di percayai milik syarikat Packet One Network (M) Sdn Bhd, telah di pasang di atas bangunan dua tingkat yang di sewa dari seorang peniaga kedai runcit Taman Mutiara tujuh bulan yang lalu. Menurut wakil penduduk Taman Mutiara, Dr Lee Yean Wang dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda, Encik Makbul Ilahi, pencawang yang di pasang di atas bangunan dua tingkat tersebut yang sudah tujuh bulan beroperasi itu menganggu kesihatan penduduk Taman Mutiara yang rumah berdekatan dengan pencawang tersebut. Malahan melalui tinjauan yang di lakukan, berdekatan dengan tempat pecawang berkenaan terdapat sebuah pusat penjagaan warga emas yang jaraknya, hanyalah 50 meter dari tempat pencawang itu di pasang. Setelah selesai berhimpun, satu memorandum telah di serahkan wakil penduduk dan Pengerusi Persatuan Kebajikan, Sosial Daerah Kuala Muda kepada pihak berkuasa tempatan MPSPK dan memorundum itu telah di terima Ahli Majlis MPSPK yang mewakili Yang Di-Pertua MPSPK di bangunan MPSPK. Memorundum tersebut mendesak supaya pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera, meroboh menara telekomunikasi yang didirikan secara haram mengikut Notis runtuh (24jam) yang telah di keluarkan MPSPK pada 03 Julai lalu. Laporan ini Mc ambil dari blog Media Kedah, walaupun kesan pencawang tersebut nampak kecil, tetapi sebenarnya radiasi yang dikeluarkan amat tinggi. Lama kelamaan, tahap kesihatan orang yang berdekatan dengan pencawang terbabit boleh menjadi bertambah teruk. Paling teruk kesan radiasi ialah kemungkinan senang mendapat penyakit barah dan kecacatan janin dalam perut ketika mengandung. Apa yang anda lakukan, jika perkara itu terjadi kepada adik beradik anda? Nak tengok saja? McTheory: Mau runtuh rumah Joe Bedul korang gegarkan kot.. hehe.. | ||||||
Posted: 17 Oct 2012 08:16 PM PDT Rata-rata Laporan Audit negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan kelemahan di sana sini dan langsung tidak menggambarkan ketelusan atau kecekapan yang jauh lebih baik dari Barisan Nasional sepertimana yang digembar-gemburkan mereka. Namun begitu, rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa kelemahan pentadbiran Kedah berada di kelasnya yang tersendiri – iaitu paling bawah antara semua negeri-negeri lain kerana sifatnya yang 'tidak masuk akal'. Walaupun kita cukup maklum akan kelemahan PAS Kedah dalam mentadbir, tetapi apa yang terdedah melalui Laporan Audit 2011 ini adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Kita tidak dapat memahami bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh terlepas pandang perkara asas seperti lesen kontraktor, dalam pemberian projek jutaan ringgit. Perkara ini melibatkan 5 kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjumlah RM2.55 juta pada tahun 2010 dan 2011 bagi beberapa projek Perumahan Awam. Selain tidak berdaftar, Pengarah bagi 5 syarikat tersebut pula didapati mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, audit juga mendapati sejumlah RM0.50 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain. Tidak terhenti di situ, audit juga menemui beberapa tuntutan berulang dalam baucar yang sama bagi kerja dan rumah yang sama yang mana, yang mana semakan rambang kemudiannya menunjukkan yang kerja yang disahkan siap itu telah tidak dilaksanakan serta beberapa rumah yang dimaksudkan adalah sebenarnya tidak wujud! Selain itu, penemuan audit dalam Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea juga menyebabkan kita menggeleng-gelengkan kepala. Projek yang dikritik sebagai berisiko ini melibatkan pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan yang berpejabat di London. Entah bagaimana dan kenapa, pinjaman yang sebegitu besar ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengerah malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding dan yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan. Audit juga mendapati pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea juga telah dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah dan pinjaman tersebut pula dilakukan tanpa perjanjian dan tanpa dokumen sokongan yang lengkap. Begitu juga dengan Projek 99 East di Langkawi yang mana menyebabkan Kedah Corp. Berhad terpaksa menanggung kerugian besar atas alasan yang tidak masuk akal iaitu melanggar syarat perjanjian tanpa sebab yang konkrit. Penulis tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi cukup bagi rakyat Kedah untuk menilai pentadbiran PAS melalui menilai 3 projek ini sahaja. Apa yang dapat dilihat ialah amalan kronisme, korupsi, ketidakcekapan dan kelemahan keseluruhan jentera pentadbiran PAS Kedah. Seolah-olah tiada sistem jelas berkenaan kelulusan sesuatu projek di mana sesuatu pihak boleh dengan sewenang-wenang membelakangkan kerajaan negeri dan Menteri Besar dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Ini juga membuktikan betapa kepimpinan Dato' Seri Azizan Razak tidak mempunyai kawalan atau mungkin juga pengetahuan langsung berkenaan apa yang berlaku di dalam negerinya, seperti siapa yang membelanjakan wang negeri, untuk apa dan ke mana akhirnya. Keseluruhan audit juga menunjukkan pengurangan yang drastik dalam lebihan pendapatan iaitu daripada lebih RM20 juta pada tahun 2010, menjadi hanya RM2 juta lebih bagi tahun 2011. Alasan yang diberi adalah bagi menampung kos pentadbiran. Namun, dari apa yang dilihat nampaknya begitu banyak wang negeri telah dileburkan untuk projek-projek yang sama ada tidak sesuai, berisiko tinggi sehingga akhirnya tidak terlaksana atau gagal sama sekali, semata-mata kerana pentadbiran dan kepimpinan negeri begitu lemah, tidak cekap dan mengamalkan rasuah dan kronisme. Rakyat Kedah wajar mendesak siasatan lanjut dilakukan terhadap mereka-mereka yang terlibat sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian dialami oleh negeri. | ||||||
EKSKLUSIF!! Pas Kedah Bayar Kontraktor Hantu dan Projek Hantu!! #TukarKedah #AuditKedah Posted: 17 Oct 2012 05:37 PM PDT Alamakk.. pening kepala bila Mc tengok laporan Audit Negeri Kedah ni. Banyak betul penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri. Malu la rakyat Kedah ada kerajaan yang kaki penipu macam depa ni. Cuba tengok laporan audit negeri Kedah 2011 yang Mc kepilkan sekali ni.
Nampak sangat kerajaan Negeri Kedah telah membayar duit pada kontraktor hantu. Kalau tak wujud, sudah tentulah kerja pun tak buat, tapi macam mana boleh dapat payment? Rasanya, tentu kontraktor tersebut mempunyai kenalan dalam kerajaan negeri, kalau tak bagaimana dia boleh senang-senang ambil baucar bayaran? Patut la kerajaan negeri Kedah takdak duit, rupanya dok bagi kat kroni secara sulit macam ni la. Benda yang ta wujud pun depa bayar.. teruk laa aihh.. Kita tengok pulak carta kat bawah ni.
Sudah la tak berkualiti, tuntutan harga yang mereka buat juga tidak mengikut garis panduan yang sebenar.
Pembaca boleh meneliti satu persatu, jadual yang Mc berikan di atas. Sudah la ada penyelewengan, bayar kontraktor hantu, projek hantu, kerja pulak teruk. Dah la kerja teruk, minta cas lebih dari kerja. Memang teruk la kontraktor yang kerajaan Negeri Kedah lantik ni. Macam ni kah kerja cara Islam yang dilaungkan oleh MB Kedah Azizan Razak? Agak-agak la kalau kita soal Azizan Razak, apakah beliau tahu nak jawab balik semua pertanyaan ini? Atau jawapan yang beliau akan berikan nanti hanyalah, semua ini UMNO yang buat, konspirasi UMNO. Itulah jawapan yang selalu puak Pas beri, bila depa tak boleh jawab lagi. Atau Azizan terus terang cakap taktau saja, macam selalu yang beliau buat tu. Dengan pendedahan terperinci yang Mc buat ni, harap rakyat Kedah dan pembaca blog Mc tidak terpedaya dengan kata-kata nista, yang kononnya kerajaan Negeri Kedah dipuji ketika laporan audit 2011 dibentangkan. Puji pungkoq apa, kontraktor hantu pun hangpa bayaq, nampak sangat la pembohong. Sudah-sudah la Pas Kedah oii.. nampak sangat hangpa dah tak layak jadi kerajaan Negeri. Passing mai kat UMNO/BN la.. makin lama kat hangpa, makin rosak negeri Kedah. Cukuplahh.. cukup sudah.. McTheory: Tak sangka, kerja cara Islam Pas, lagi banyak menipu!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment