House PK

House PK


CILI KASI TARUK! AIAP LA TONY PUAKA NI KALAU NAK DIBANDING DENGAN TUN M? MESTI BACA

Posted: 09 Oct 2012 12:19 AM PDT

Bergantung kepada arah mana kecondongan anda. Kalau anda condong kepada Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah Mahathir bin Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat merupakan insan yang paling anda benci. Kalau anda condong kepada UMNO dan Barisan Nasional, hati anda mungkin berbelah bahagi… kalau yang waras, akan kagum dan menghormatinya. Kalau yang kurang waras, tak berani kata depan-depan, kata kias-kias!

Kalau anda penyokong PKR dan penjilat tegar Anwar Ibrahim, maka Mahathir adalah berhala yang wajib dihancur-hancurkan dan abunya dibuang ke laut. Mahathir adalah insan yang amat dibenci oleh Anwar Ibrahim walaupun ketika berjawatan dalam kerajaan dahulu, Mahathirlah yang paling kuat dijilat apabila berada di hadapannya sehingga timbul pantun yang antara lain berbunyi, 'Biar Terbelah Langit dan Bumi…'

Mahathir dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab memecat Anwar Ibrahim kerana melihat bahayanya Anwar Ibrahim kepada jawatan yang sedang disandangnya pada ketika itu. Dikatakan juga kononnya Mahathir dengki dengan pencapaian cemerlang Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah Negara Harimau Asia Timur pada penghujung 1990-an.

Kalau anda penyokong PAS dan perasan yang anda adalah seorang pencinta Islam yang tiada tolok bandingannya, maka Mahathir seringkali diangkat dan dinobatkan sebagai musyrikin yang perlu diperangi habis-habisan tetapi tidak boleh berdepan-depan kerana kepetahan lidah Mahathir, seringkali menjadikan para pemimpin PAS yang bersemutar dan berkepiah putih, akhirnya kelihatan seperti tonyok kembung cacing.

Mahathir dianggap sebagai insan yang terlalu banyak menelanjangi para pemimpin PAS sehinggakan mereka dilihat sebagai pemimpin yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak begitu mendalami agama. Berulang-ulang kali Mahathir mempertikaikan gelaran ulama yang digunapakai oleh para pemimpin PAS, malah pada suatu masa, turut memberitahu dia juga adalah seorang Ulama.

Ulama dalam tafsiran Islam ialah cerdik pandai dan pakar dalam bidang atau disiplin ilmu yang khusus. Manakala ulama dalam tafsiran Islam PAS pula, adalah para pemimpin PAS yang tidak pernah lekang daripada kopiah putih, berserban, berjubah dan mampu memberikan tazkirah atau mengajar agama, sekalipun sekadar menjadi burung kakaktua daripada kitab yang sedang tertadah di hadapannya.

Namun bagi DAP, Mahathir adalah paksi segala 'kejahatan' yang mampu membungkuskan dan melupuskan DAP buat selama-lamanya. Hanya kerana berpegang kepada prinsip demokrasi yang menjadi asas kepada kewujudan negara ini, maka Mahathir bersikap lebih toleran terhadap DAP biarpun pada ketika mudanya, Mahathir pernah dicop oleh DAP dan Lee Kuan Yew sebagai Melayu Ultra semata-mata kerana Mahathir mempertahankan hak-hak Melayu-Islam dan Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

DAP tidak mampu berhadapan secara terus mata dengan Mahathir ketika Mahathir sedang berkuasa dahulu. Kit Siang yang begitu mudah menyinga dan Karpal Singh yang sentiasa tegak bulu hidungnya, ketika di zaman Mahathir, sekadar tukang bangkang yang kerja bangkangannya lebih berkualiti berbanding selepas zaman Mahathir turun kuasa. DAP sentiasa menggunakan pihak lain untuk mengenakan Mahathir tetapi Mahathir sentiasa bijak mengelak. Dan tidak cukup dengan hanya mengelak, Mahathir juga membalas kembali perbuatan DAP dengan cara yang lebih bijak dan lebih terhormat sebagaimana yang berlaku kepada berbelas-belas tuntutan Dong Zhong yang diketahui didalangi oleh DAP, sehinggakan akhirnya Dong Zhong juga bertukar menjadi salakan anjing tidak bergigi dan bertaring.

Dek kerana itulah, apabila Mahathir hilang kuasa, DAP bagaikan melepas geram terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat itu. Apa yang tidak dikatakan oleh DAP terhadap Mahathir. Semua yang Mahathir lakukan, semuanya tidak berguna dan hanya menghabiskan wang pembayar cukai di negara ini. Semuanya yang Mahathir lakukan, dikatakan hanyalah untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni Mahathir.

Namun sewaktu Mahathir berkuasa, DAP dan mulut Kit Siang sekadar mampu mengomel tanpa sebarang suara yang lebih meyakinkan.

Justeru apabila Tony Pua menyatakan bahawa Mahathir sudah nyanyuk kerana Mahathir membuat kenyataan yang kembali mencalarkan imej DAP di kalangan penyokong-penyokong mereka sendiri, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Apatah lagi dengan sikap chauvinist Tony Pua yang semua orang tahu, dipekungi oleh chauvinisme dari Seberang Tambak.

Bagi DAP, Mahathir atau sesiapa sahaja yang memusuhi chauvinisme dan fanatik sosialisme yang merupakan fahaman pegangan utama parti cap roket itu, maka mereka perlu dihapuskan dan dilupuskan sepertimana yang dilakukan oleh Rejim Pol Pot terhadap mana-mana rakyat Kampuchea yang kelihatan sedikit cerdik. Label yang diberikan oleh Tony Pua kepada Mahathir sebenarnya hanyalah secebis daripada penghinaan dan perlecehan yang dilakukan oleh DAP terhadap orang Melayu. Apa sangatlah LABEL NYANYUK kalau dibandingkan dengan skim penghapusan etnik dan penghalauan orang Melayu dari tanah dan kampung halaman mereka, dengan hanya sedikit alasan, seperti kewujudan tanah perkuburan swasta seperti yang berlaku di Taiping, Pokok Sena, Hulu Langat, dan Sungai Kob, Karangan yang didalangi oleh DAP!

Sumber: Kedahan69ers

PANAS BERAPI! GUAN ENG DAMPINGI GEREJA UNTUK KEKALKAN DINASTI LIM!

Posted: 08 Oct 2012 09:00 PM PDT

Nampaknya LGE naik angin dengan laporan Utusan yang mengatakan usaha untuk mempolitikkan gereja demi kepentingan politik. Bukan benda baru. Benda lama. Tapi LGE sengaja tak mahu terkantoi bahawa dia sememangnya menghajatkan UNDI KRISTIAN akan kekal dengan DAP dalam PRU yang akan datang. Semangat LGE ini bukan semangat dia seorang.

Anwar juga menggunakan kaedah dan modus operandi sama. Beberapa nama besar di kalangan masyarakat Kristian di Malaysia sememangnya ada di dalam PKR. Baru Bian, Sarawak adalah antara penggerak kepada usaha KRISTIANISASI besar-besaran di pedalaman Sarawak. Ini semua orang tahu. Baru Bian memang mahu ambil advantage dengan suasana politik Sarawak bagi membawa agenda Kristian. Apa dia terma Born Again Christian ini?

The phrase "born again" is used by people of all religious denominations and all religions, as well as by people who profess no organized religious faith. In general terms, its most frequent meanings are to "begin a new life" and to "renew one's commitment to one's previously held values and beliefs." In many ways, these two definitions seem contradictory. The phrase "born again" has been in use within Christianity since the earliest days of the religion.

The phrase is found in the New Testament in a passage describing a conversation between Jesus and Nicodemus (John 3:1-5): "Jesus answered him, 'Very truly, I tell you, no one can see the kingdom of God without being born again… Very truly, I tell you, no one can enter the kingdom of God without being born of water and Spirit.'" (New Revised Standard Version) Traditionally, Jesus's reference to being "born of water" has been interpreted as baptism and being born of Spirit has been interpreted as receiving the "Holy Spirit" ("Holy Ghost", to use the term from the King James Version of the Bible).

However, the precise meanings of the phrases "born again" and "born of water and Spirit" as used in this passage are not agreed upon across (and sometimes even within) various Christian denominations. Even within the Evangelical movement there is much difference of opinion about this subject, and there is much disagreement about whether certain famous individuals should properly be identified as "Born Again."

When used as the sole identifier for a person's religious faith or religious affiliation, the phrase "born again" (or "born-again") is most frequently encountered in reference to "born again Christians," i.e., people who claim a certain types of religious experience. The phrase is usually used within the Evangelical Christian movement, a Protestant movement that began in the United States in the 1920s and 1930s. Many of the meanings that contemporary Evangelicals attach to the phrase "born again Christian" have little or no precedent prior to the 1930s.

Also, until about 1960, it was rare for any person to identify themself solely as a "born-again Christian." Prior to that time, Christians would typically identify themselves in some cases simply as a "Christian" or in other settings by identifying the denomination to which they belonged. If they had experienced some kind of conversion, rejuvinating, or powerful spiritual experience, they might describe this in a testimony or explnation of their faith, but they would not use this as a basis for a personal label or classification.

LGE perlu tampilkan dirinya sebagai BORN AGAIN CHRISTIAN bagi mendapatkan undi kalangan penganut Kristian di kawasan urban. Kawasan bandar. Inilah juga yang memberikan kemenangan besar kepada DAP dalam PRU yang lalu. Strategi sama dapat dijayakan dengan baik di Sarawak. Urban seats – didominasi oleh kalangan penganut Kristian DAP atau PKR.

Mungkin sudah sampai masanya, kita tanya kepada PAS, apa pandangan dengan STRATEGI menarik pengundi Kristian ini? Nampaknya PAS juga sudah main 'game' yang sama. Masuk gereja. Mencari undi di kalangan penganut Kristian. Apa Karakter Born Again Christian? Arrogance, naivety, self-importance, false humility and denial. Sah memang kena dengan Guan Eng. Born Again Christian + Born Again Tokong = Born Again DICTATOR!

Sumber: Gelagat Anwar

BUKTI ANWAR PEMBOHONG! MANA ADA PERBICARAAN SCORPENE DI PERANCIS?

Posted: 08 Oct 2012 07:00 PM PDT

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada 2002.

Yves Charpenel berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata, di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata, adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.
Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

Read more...

PANAS BERAPI! KONFLIK AGAMA BOLEH MENGHANCURKAN NEGARA!

Posted: 08 Oct 2012 05:00 PM PDT

Sekadar gambar hiasan
Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, penggunaan isu agama secara berlebihan untuk meraih sokongan politik boleh membawa kepada ketidakstabilan kepada keamanan negara. Sejarah menunjukkan Pas telah lama menggunakan agama untuk menarik sokongan penganut agama Islam kepadanya. Selama beberapa dekad yang lalu umat Islam di negara ini, khususnya orang Melayu, mengalami perpecahan yang sangat hebat.

2. Daripada mengkafirkan orang UMNO,solat dua imam, haram memakan sembelihan orang UMNO sehinggalah kepada perkara-perkara peribadi menjadi bahan Pas menghasut umat Islam membenci pemimpin Islam dari UMNO. Kemuncaknya ialah peristiwa hitam di Memali, Kedah.

3. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak enak dengan strategi Pas ini. Beberapa tahun lalu di Selangor, Pas mengambil kesempatan memainkan emosi orang Islam atas keputusan kerajaan negeri mengambalikan tapak surau sementara Pangsapuri Jubli Perak kepada PKNS.

4. Tapak tersebut sepatutnya dijadikan tempat asuhan kanak-kanak seperti dalam perancangan asal, namun dibenarkan digunakan sebagai surau sementara sehingga masjid berdekatan siap. Malangnya, keputusan ini menyebabkan Pas berkempen ke seantero negara bahawa UMNO meruntuhkan surau. Gambar-gambar suasana berselerak untuk pengubahsuaian digunakan untuk membuat fitnah kononnya kerajaan meruntuhkan surau.

5. Apa yang tidak dimaklumkan kepada orang Islam di luar kawasan tersebut ialah kerajaan negeri telah membina surau al-Kausar yang yang lebih besar, selesa dan cantik kurang 500 meter daripada tapak asal. Ini semua tidak diceritakan. Sebaliknya, apa yang digambarkan ialah saya seorang pemimpin Islam meruntuhkan surau dan menghalang penduduk pangsapuri tersebut beribadat.

6. Selain Pas, PKR juga tidak kurang peranannya dalam mencetuskan konflik agama. Melalui Hindraf, beberapa individu yang terbabit dengan PKR dilihat cuba mewujudkan konflik antara penganut Hindu dan Islam. Mereka menghasut kononnya BN menindas penganut agama Hindu dan orang India. Daripada peristiwa Kampung Medan sehinggalah tindakan meroboh kuil di Rimba Jaya, Kampung Jawa, dijadikan modal politik menghasut penganut agama Hindu membenci Barisan Nasional.

7. Isu kuil Rimba Jaya merupakan contoh klasik bagaimana agama digunakan untuk meniup sentimen kebencian bagi meraih keuntungan politik. Peranan, sumbangan dan bantuan BN dalam menjaga keharmonian penganut pelbagai agama dilupakan begitu sahaja melalui pemesongan fakta dan fitnah yang berleluasa.

Read more...

updated PANAS! TUN M TURUN KE MAHKAMAH UNTUK KES PKFZ!

Posted: 08 Oct 2012 01:20 PM PDT

"Kabinet Bukan Ditipu".

Merujuk kepada kes berkaitan kos kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bahawa beliau telah memberitahu polis yang kabinet bukannya ditipu.

Justeru itu, beliau merasakan tidak ada keperluan untuk membuat apa-apa aduan jenayah mengenai Kabinet ditipu dalam meluluskan pembelian tanah untuk PKFZ.

Tun Mahathir yang tampil di mahkamah hari ini sebagai saksi untuk Tun Dr Ling Liong Sik, selaku bekas Menteri Pengangkutan bagi kes perbicaraan kerana menipu Kabinet dan telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

"Seingat saya tida ada apa-apa bantahan serius yang dibuat oleh mana-mana anggota kabinet pada masa itu.

"Ini kerana kesemua ahli kabinet begitu berminat untuk mengadakan projek ini," katanya kepada peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong.

Dalam pada itu, Tun Mahathir apabila ditanya sama ada beliau atau mana-mana ahli-ahli Kabinet beliau telah membuat laporan polis untuk mengadu tentang ditipu, dia menjawab: "Tidak."

Beliau juga menyatakan bahawa seorang anggota polis memberitahunya yang penyiasat telah ketahui tentang ini, Dr Ling tidak akan didakwa dengan apa-apa jenayah.

Terdahulu, Dr Ling didakwa kerana menipu kerajaan Malaysia berikutan beliau tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Selain itu, beliau turut didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Mengulas surat Dr Ling kepada Perdana Menteri ketika itu dimana ia mengandungi kadar RM25 skp untuk pengambilan tanah terbabit serta kadar faedah 7.5 peratus setahun, Tun Mahathir menjawab beliau tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pegawai Kementerian Kewangan.

Dr Mahathir juga berkata Kabinet tidak terikat dengan laporan JPPH bagi pengambilan tanah di Pulau Indah.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan esok untuk Dr Mahathir menyambung keterangan.

Sumber: Perak Today

HOUSE PK: Steady je Tun M jawab, siap boleh turun mahkamah lagi.  Hidup Tun Dr M!

KEBENARAN TENTANG PERMATA NEGARA - EPISODE 1

Posted: 08 Oct 2012 07:52 AM PDT



Beberapa hari lepas terbaca di peraktoday.com apa yang dikatakan oleh isteri PM tentang fitnah yang dilemparkan kepadanya berhubung Program Permata Negara.

Saya yakin semua diantara kita masih ingat bagaimana pihak pembangkang melalak-lalak dalam Dewan Rakyat ketika PM mengumumkan bajet untuk PERMATA pada pembentangan belanjawan 2011.

Riuh rendah Dewan Rakyat ketika itu mereka melaung-laungkan nama Rosmah. Dan perkara itu tidak berhenti disitu , mereka bawa pula keluar dewan dan tuduh macam-macam. Kononnya duit bajet itu digunakan Rosmah untuk membeli-belah dan bergembira.

Walaupun ramai pemimpin-pemimpin pembangkang itu adalah wakil rakyat , tapi nampaknya mereka masih bodoh dan tidak tahu bagaimana prosedur pengeluaran atau penggunaan wang kerajaan.

Mereka cuba gambarkan kononnya segala bajet untuk PERMATA, maka wang-wang tersebut akan mengalir masuk ke akaun atau poket Rosmah.

Habis tu semua pegawai kerajaan tunggul kayu ke ?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...