House PK

House PK


AZMIN ALI SEMAKIN MENGGANAS! LEPAS GAGAP, SETIAUSAHA AGUNG PAS PULAK JADI MANGSANYA!

Posted: 07 Oct 2012 12:01 AM PDT



AIDCNews – 04/10/12 – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memperlekeh Datuk Mustapa Ali sebagai 'seorang tua yang keliru dan cepat melatah' apabila Setiausaha Agung PAS itu menegur supaya tidak membuat kenyataan peribadi berhubung dengan isu Menteri Besar Selangor.

Azmin menjawab komen pengikut twitternya @hisomudin yang menulis "@AzmiAli : Mustapha Ali dakwaan kenyataan YB akan mengelirukan rakyat berhubung MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukan! Just my opinion!"

Lalu dibalas Azmin dengan sindiran " @hisomudin : Faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah"

Tulisan di twitter antara @AzmiAli dan @hisomudin dibuat pada 2 Oktober dan dilaporkan Agendadaily hari ini.

Semalam Mstar yang memetik sumber Hakakahdaily melaporkan Setiausaha Agung PAS menegur sikap pemimpin Pakatan Pakyat (PR) yang suka membuat kenyataan peribadi yang tidak dibincangkan bersama PR.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.

Ramai yang berpendapat kenyataan Shuhaimi itu mewakili kem Azmin, malah blog gelagat Anwar menyifatkan, "Shuhaimi Shafie sebagai 'ROBOT POLITIK' Azmin"


Portal agendadaily juga turut melaporkan kenyataan twitter Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang diretweet Azmin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Sebelum ini, Faekah sering disebut-sebut sebagai 'musuh' kepada kem Azmin Ali.

Sumber: AIDC

MARI LIHAT BETAPA RACISTNYA DAP PERAK YANG TERLAMPAU SIAL!

Posted: 06 Oct 2012 08:43 AM PDT

Ini gambar pemimpin racist DAP di Perak. Mereka ni cukup takut dengan satu Malaysia, aku pun tak tau kenapa. Sebab itu kat Selangor ni DAP tak bagi logo 1 Malaysia diguna. Mereka takut dengan logo ni. Hmmmmm...

TERKINI! KP1M TELAH SELAMAT BERLEPAS KE ROHINGNYA!

Posted: 06 Oct 2012 06:21 AM PDT

Kumpulan Utama Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) berlepas ke Arakan, Myanmar pukul 4 petang tadi dalam misi menyalurkan sumbangan kepada masyarakat Rohingya.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam kumpulan itu memberitahu bahawa pasukan tersebut bakal menggabungkan golongan sami serta ulama Islam bagi membantu rakyat Myanmar yang berada dalam kesusahan.

Katanya lagi, misi tersebut sememangnya bakal mengambil kira semua golongan tanpa mengira agama dan atas dasar itu ilmuwan agama turut dijemput untuk sertai kumpulan sukarelawan tersebut.

"Hari ini, satu lagi kumpulan akan berlepas ke Myanmar di mana dalam kumpulan ini kita bawa golongan sami, ustaz serta kumpulan media.

"Sebelum ini, beberapa ahli sukarelawan kita telah pun berlepas dan memulakan misi di Myanmar dan setakat ini sudah ramai yang kita tolong dengan menyalurkan bantuan yang kita bawa dari Malaysia," katanya pada sidang media sebelum berlepas ke Myanmar, petang tadi.

Abdul Azeez menambah, apa yang diharapkan kini adalah rakyat Malaysia supaya mendoakan kejayaan misi ini selain keselamatan kesemua perserta sukarelawan yang turut serta.

Terdahulu, 14 peserta sukarelawan KP1M telahpun berlepas ke Myanmar bersama-sama 500 tan barangan keperluan termasuk perubatan.

Read more...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...