House PK

House PK


AES KASI TARUK! INI SEBABNYA MENTERI PENGANGKUTAN KENA LETAK JAWATAN! WAJIB BACA

Posted: 22 Oct 2012 11:00 PM PDT

Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan bodoh menjelang pilihan raya umum.

Setelah lebih dua minggu diperkenalkan, AES telah menjadi satu bebanan politik kepada Barisan Nasional dan kerajaan. Rata-rata rakyat biasa melihat pelaksanaan AES adalah satu cara kerajaan menambah perbendaharaan negara bagi menampung perbelanjaan dan subsidi kerajaan yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kini ramai yang memomokkan penerima "Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)" sebagai penerima wang saman AES.

Kementerian Pengangkutan mendakwa AES diperkenalkan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi had laju. Alasan mereka banyak kemalangan maut terhasil akibat kenderaan dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.
Alasan ini bukan sahaja belum dibuktikan secara tuntas tetapi juga menampakkan sikap kerajaan cuba merendah-rendahkan pemikiran rakyat seolah-olah menerima sahaja apa yang disuapkan kepada mereka.

Untuk tujuan perbahasan, kita kena akui bahawa kelajuan yag melampau hingga menyebabkan kenderaan hilang kawalan boleh mendatangkan kemalangan yang dahsyat. Ini merupakan hukum fizik yang tidak lagi boleh disangkal. Di sinilah perlunya had laju, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang supaya kita boleh mengukur tahap kelajuan melampau pemandu.
Kita juga kena akui bahawa kelajuan yang berlebihan dalam jarak yang dekat dengan kenderaan lain akan menyebabkan kemalangan. Ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak yang mahu membuat polisi mengenai had laju.

Justeru adalah sangat menyakitkan hati apabila kita disaman kerana memandu di lebuh raya tiga lorong yang sunyi-sepi pada kelajuan 110 KM/J hanya kerana had laju tempat tersebut 90KM/J.

Apakah had laju yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah telah dibuktikan secara saintifik sebagai titik kritikal dalam menentukan kemalangan di sesuatu kawasan? Saya fikir ia adalah merupakan satu hal yang sangat meragukan. Tinjaun penulis secara umum mendapati terdapat had-had laju yang ditetapkan langsung tidak masuk akal bagi sesetengah kawasan.

Saya tidak berniat untuk membincangkan siapa yang mendapat kontrak dan siapa yang mendapat untung dalam perniagaan ini. Lumrah dunia jika berniaga mesti mahu untung. Namun terdapat tiga isu utama yang jelas menunjukkan pemasangan AES bukanlah bertujuan mengatasi kemalangan jalan raya tetapi untuk mengutip saman.

Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.

Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?
Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya – lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. "Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati."

Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan. Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J.

Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama. Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?
Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam "bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan" bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin. Bayaran kompaunnya lebih murah daripada "penulis cabuk" macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150 bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.
Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan melakukan empat perkara berikut:

Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep "alang telah terperangkap, baik terus bawa laju" akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun, kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.

Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

Saya berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!

Elok pecat sahaja Menteri Pengangkutan yang cakap serupa orang bodoh di dalam televisyen dan hanya menambah kemarahan orang ramai.

*Sebahagian artikel ini tersiar dalam Sinar Harian 18 Oktober 2012.

Sumber: MyKMU

PANAS BERAPI! PASANGAN SEKS BEBAS BERVIDEO DIBERI LAYANAN VVIP?

Posted: 22 Oct 2012 09:00 PM PDT

Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:
- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama 'Vivian'.
- "Alvin mempunyai 'keterujaan' untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui "kawan atas kawan" di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya." – Vivian

Mengenai rakaman video seks.
"Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja" – Alvin

- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?
"Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka." – Alvin

- Adakah dia menyesal apa-apa ini? "Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. "-. Alvin

HOUSE PK: Kecoh beberapa minggu lepas ni pasal pangan CINA MALAYSIA yang membuat hubungan seks dan menyiarkan di blog mereka. Pergghhh! American pun tak berani beb nak buat macam ni, siap ada RADIO interview lagi. Ini aku petik dari blog AAKJ

Kalau ya pun mereka ni orang Cina, apakah mereka ni tiada maruah? Apa nak jadi dengan negara kita ni? Kenapa orang Malaysia semakin tak keruan? Kita pulak orang Islam nak duduk tengok mereka buat macam ni je ke? Takut nak ambik tindakan sebab nanti tak dapat undi Cina?

Sedih aku tengok negara tercinta jadi macam ni.... padan la Anwar dah ada video seks ngan China doll dan masih ada memuja dia lagi. Apakah kita ni lebih hina BARAT?

ISU SELANGOR! FAEKAH BAKAL MUSNAHKAN AZMIN ALI DENGAN PROJEK JELATEK!

Posted: 22 Oct 2012 07:00 PM PDT

Azmin Ali sememangnya mencari masalah besar apabila sengaja mencetuskan kontroversi dengan SETPOL Khalid Ibrahim, Faekah Husin. Malah lebih teruk lagi ialah apabila konco-konco Azmin Ali termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menyemarakkan lagi kemarahan Faekah Husin yang diketahui sebagai seorang wanita yang amat sukar menahan kemarahan selain amat cenderung untuk membalas dendam.

Perihal sikap dendam dan lepas mulut yang ditunjukkan oleh Faekah Husin terutama terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, sudah diketahui oleh pihak awam. Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Faekah Husin sanggup berbohong kononnya dia mempunyai pelbagai bukti yang boleh menyebabkan Khir Toyo dan Noh Omar disumbat ke penjara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Selangor.

Selama empat tahun, tidak sedikit usaha yang dilakukan oleh Faekah Husin untuk mengorek pelbagai fail dan data untuk mencari apa-apa kesalahan yang membabitkan Khir Toyo. Walaupun Khir Toyo telah disabitkan dengan kesalahan memiliki hartanah yang nilainya lebih tinggi daripada gajinya, namun isu berkenaan bukanlah sesuatu yang solid. Apatah lagi, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, boleh dipersoalkan terutama membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM yang saling bercanggah antara satu lain, apatah lagi dengan fakta bahawa pembelian hartanah berkenaan dibuat menerusi pinjaman bank.

Faekah Husin tahu, menggunakan isu banglo mewah tersebut sebagai senjata untuk menekan Khir Toyo sekadar membunuh bossnya sendiri. Sebabnya, Khalid Ibrahim mempunyai hutang peribadi dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah lebih RM60 juta, tetapi dia masih tidak dikenakan sebarang tindakan. Sedangkan Khir Toyo pula dikenakan hukuman kerana membeli hartanah melebihi gajinya.

Read more...

LAPORAN HARI KETIGA DARI JORDAN! MESTI BACA

Posted: 22 Oct 2012 05:00 PM PDT

Duta Besar Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz bersama Presiden Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kambing-kambing yang akan dibeli untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa pelarian Syria pada Hari Raya Qurban nanti
Hari ketiga Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di Jordan oleh Kelab Putra 1 Malaysia dipenuhi dengan perbincangan antara pihak KP1M bersama-sama dengan pihak berkuasa Jordan selain NGO dari negara terbabit.

Perbincangan yang difahamkan berkaitan aspek keselamatan sukarelawan dilakukan bagi mengelak sebarang kemungkinan ataupun risiko yang boleh membahayakan peserta misi itu.

Bagaimanapun pada sebelah petang, misi diteruskan dengan program lain dimana ia turut melibatkan Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam aktiviti sebelah petang itu memaklumkan bahawa kesemua sukarelawan telah dibawa ke ladang ternakan kambing biri-biri bagi melaksanakan urusan jual beli haiwan terbabit sempena sambutan Aidiladha.

"Hari ini, Duta Besar telah membawa kita untuk melihat sendiri di beberapa kawasan penternakan kambing biri-biri… lazimnya kambing biri-biri ini datangnya dari Australia atau Romania

"Jadi kita telah memilih kambing biri-biri daripada Romania yang harganya lebih kurang 200USD seekor.

Read more...

GEMPAR TAHAP VAVI! BAS MEWAH ANWAR LANGGAR AES!?

Posted: 22 Oct 2012 07:28 AM PDT


Kah...kah....kah....kah...kah....kah....kah....kah....kah....kah....

Saya tak mahu cakap apa-apa pun nanti ramai pula yang marahkan saya....

Bodoh....perjuangan diri sendiri.....beri peluru kepada pembangkang dan macam-macam lagi.....

Saya hanya tergelak, itu pun tak sengaja dan kongsikan gambar yang dipetik dari blog Taiping Mali ja.....

HOUSE PK: Nakal betul la si blogger RBF ni, ada ke patut dia gelakkan kamera AES yang bernilai berjuta-juta tu jatuh? Aku pun, nak gelak jugak la, MUAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Aku tak kira la apa punca dia jatuh, bagi aku AES ni memang patut dihentikan. Banyak lagi perlu dikaji sebelum nak 'implement' benda gila ni. Yang paling aku takleh terima letak benda bingai ni kat Highway PLUS! Kat situ dol tak banyak accident. Letak la kat jalan bandaran atau jalan persekutuan.

Kan baik kalau cari jalan untuk kenakan pemandu lori dan bas yang kurang ajar di LEBUHRAYA PLUS tu? Semoga banyak lagi kamera AES jatuh hendaknya...kui kui kuiii...tajuk tu aku gempak je...

UCAPAN TUN M DI UTP YANG MESTI DIDENGAR OLEH SEMUA PELAJAR MALAYSIA!

Posted: 22 Oct 2012 05:49 AM PDT

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...