BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! BILA NIK AZIZ NAK BERSARA ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! DR RIDHUAN TEE MEMBELASAH MAT SABU ???
- KANTOI !!! BLOGGER PAKATAN HARAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???
- KRISIS AIR !!! MIMPI NGERI KHALID GAGAP BERMULA !!! KHALID GAGAP MENIPU RAKYAT SELANGOR ???
- HOT VIDEO !!! USTAZ NASHA BONGKAR PUAK DAP DOA MALAYSIA UNTUK NEGARA KRISTIAN ???
- HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM PENGSAN DI IJOK ???
- HOT NEWS !!! 150 PENDUDUK PANGSAPURI MENUNTUT HAK MEREKA !!! APA CERITA NI KHALID GAGAP ???
BONGKAR !!! BILA NIK AZIZ NAK BERSARA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 22 Oct 2012 11:54 AM PDT Sudah pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Datuk Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat. Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas,Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Datuk Harun Taib, Datuk Haron Din atau Datuk Seri Azizan Abdul Razak,kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Abdul Aziz terutamanya di Kelantan.Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz,Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam kepimpinan Pas. Mereka tidak mahu Nik Abdul Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang. Tambahan pula Nik Abdul Aziz sering dilihat pembela paling utama pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah. Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Abdul Aziz bukanlah seperti dahulu lagi. Penulis masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan. Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Abdul Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya Nik Abdul Aziz cukup dihormati seluruh lapisan rakyat Kelantan. Penulis tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Abdul Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara. Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Abdul Aziz sukar untuk bersara.Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur tetapi ditolak oleh Pas Kelantan. "Saya nak sebut satu rahsiauntuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik sehingga ke hari ini," kata Nik Abdul Aziz ketika itu.Jesteru timbul persoalan bilakah Nik Abdul Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas? Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Abdul Aziz tidak begitu berpengaruh seperti suatu masa dahulu.Penulis diberitahu bagaimana di warong-warong kopi di Kelantan,sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Abdul Aziz secara terbuka.Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan suatu ketika dahulu. Walaupun keputusan pilihanraya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Abdul Aziz semakin merudum.Selain tindak tanduk beliau mengenai kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undagan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dulu menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Abdul Aziz selama-lamanya. Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mahu mengubah haluan politik mereka. Keadaan ini berlaku kerana dalam Pas,mereka terlalu takut untuk meminta Nik Abdul Aziz berundur biarpun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut. Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundurserta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu. "Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya.Kalau saya rasa kesihatan saya semakin teruk atau parti minta saya berundur,saya berundur.Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Abdul Aziz dalam satu majlis baru-baru ini. Persoalannya siapakah di dalam PAS yang berani meminta Nik Abdul Aziz untuk berundur? Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Abdul Aziz itu Pas dan Pas adalah Nik Abdul Aziz. Tafsiran ini berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Abdul Aziz. Mereka tidak mahu jika Nik Abdul Aziz benar-benar bersara,ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk mengantikan Nik Abdul Aziz. Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Abdul Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik. Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN dalam pilihan raya Umum ke-13. "Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau(Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat,beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang."langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutamanya Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," Kata bekas Pengarah Plihan Raya Pas Kelantan,Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.Begitu hebatnya sandaran pakatan pembangkang kepada terutamanya Pas kepada Nik Abdul Aziz.Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Abdul Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Abdul Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu di masa depan.Bak kata ADUN Gaal,Dr. Nik Mazian Mohamed,pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.' RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DR RIDHUAN TEE MEMBELASAH MAT SABU ??? Posted: 22 Oct 2012 08:30 AM PDT Isu komunis bergema kembali apabila berlaku perbicaraan di mahkamah.Memberikan pengiktirafan kepada komunis sebagai pejuang adalah kenyataan yang begitu menyimpang daripada landasan ilmu.Saya sarankan ahli politik tersebut masuk universiti semula untuk belajar.Inilah akibatnya apabila orang yang tidak pakar, mahu juga bercakap dalam bidang bukan kepakarannya.Akhirnya,semua menjadi haru-biru.Apakah benar komunis itu seorang pejuang kerana berjuang membebaskan tanah air ini daripada penjajahan British ??? Untuk memahami komunis,ia perlu dilihat secara pakej, bukan insiden tertentu.Jika begitulah keadaan,saya pun boleh katakan bahawa Hitler itu baik dalam beberapa aspek tertentu. Komunis tidak ada pilihan, walaupun tidak dinafikan bahawa British agak lunak terhadap komunis (PKM) ketika kependudukan Jepun dari 1941-1945.British terpaksa memperalatkan komunis untuk kepentingannya,menduduki semula Tanah Melayu. British mahu membalas dendam kepada orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun dengan menjadikan Melayu polis untuk menangkap Cina (PKM) yang terpaksa lari ke dalam hutan. Jika ditakdirkan British tidak masuk semula selepas Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, sudah tentu negara ini di bawah penguasaan PKM.PKM menggunakan peluang sepenuhnya,vakum selama 14 hari selepas pengunduran Jepun untuk menguasai Tanah Melayu. Berapa ramai orang Melayu telah menjadi korban dendam komunis.Nasib baik British segera sampai selepas tempoh vakum tersebut. Akibatnya PKM terpaksa lari semula ke dalam hutan dan membuat kacau. Ada apa lagi pilihan kepada PKM selain menentang British. Menentang British bererti menentang Melayu. Jika British berjaya ditentang, sudah tentu yang menang akan menguasai orang Melayu dan Tanah Melayu. Inilah perancangan komunis yang gagal difahami oleh ahli politik tersebut. Peristiwa Bukit Kepong (Muar) 23 Februari 1950,adalah suatu pertempuran berdarah antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya, selepas darurat diisytiharkan (1948-1960). Pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke Balai Polis Bukit Kepong. Peristiwa tragik berakhir dengan penyembelihan berdarah,membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak PKM mendakwa mereka adalah wira kerana berjaya mengalahkan 'tali barut' British (polis Melayu). Muhammad Indera yang mengetuai PKM, bersama Goh Peng Tun dalam serangan tersebut dinobatkan oleh PKM sebagai wira. Pemikiran komunis sebegini sama seperti mahu mengiktiraf MPAJA sebagai pejuang kerana mereka menentang Jepun untuk kemerdekaan negara ini. Maka tugu peringatan MPAJA dibina di Taman Peringatan Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun ditentang oleh banyak pihak, ultra kiasu terus juga membinanya kerana pada mereka MPAJA adalah wira menentang Jepun, seperti komunis menentang British. Ultra kiasu sengaja lupa bahawa penentangan MPAJA terhadap Jepun, bukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada Jepun, tetapi disebabkan oleh dendam Cina terhadap Jepun dan begitulah sebaliknya. Jepun dan China pernah berperang sekitar tahun 1890-an dan 1937. Dendam kesumat mereka berlarutan hingga ke hari ini. Justeru untuk mengatakan bahawa MPAJA adalah pejuang adalah dangkal sama sekali dan tidak memahami sejarah yang sebenar. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil tindakan terhadap pembinaan tugu tersebut. Apakah mereka yang menyertai PKM dan MPAJA boleh dinobatkan sebagai wira, sedangkan niat mereka adalah untuk menguasai Tanah Melayu dan membalas dendam terhadap Melayu ??? Walaupun ketika itu British agak lembut terhadap PKM,bagi tujuan menghalau Jepun, tetapi British tetap mengambil pendekatan memusuhi komunis selepas menguasai Tanah Melayu semula. Kita seolah-olah lupa siapakah yang dikatakan komunis? Dalam Muktamar Alim Ulama seluruh Indonesia yang berlangsung pada tarikh 8-11 September 1957 di Palembang, Sumatera Selatan,Indonesia,yang dihadiri oleh 325 orang ulama, keputusan sebulat suara dibuat bahawa ideologi komunis mengandungi ajaran atheisme dan anti agama. Komunisme dalam bidang sosial menganjurkan pertentangan kelas dan perjuangan kelas. Dalam bidang ekonomi, ia menghilangkan hak perseorangan. Ideologi komunis bukan sahaja berlawanan dengan ajaran Islam pada khususnya dan agama-agama lain pada umumnya, akan tetapi ia juga bertentangan dengan kehidupan beragama. Oleh Dr Ridhuan Tee RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! BLOGGER PAKATAN HARAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ??? Posted: 22 Oct 2012 05:00 AM PDT apa cerita ni ??? kalau budak-budak sekolah boleh lah blogger puak pakatan haram nak kencing weii..cuba anda lihat gambar di atas.megah sangat kononnya kata arus perdana takkan siar gambar di atas.kalau nak menipu pun agak-agak lah bro,tu kan gambar edit.anda nak lihat gambar sebenar ??? jom lihat gambar di bawah gambar di atas baru betul.muahahaha.nak kencing pun agak-agak lah puak pakatan haram wei.gambar diatas bukti segala-galanya.Ternyata perkataan yang tertera pada kain rentang yang di pasang penyokong skuad bola sepak Kelantan adalah Gelombang Merah dan bukannya seperti yang di mainkan blogger pencacai Pakatan Haram,Tak Nak Najib.klik link yang saya bagi tu,itu adalah gambar sebenar.anda dapat lihat sendiri blogger pencacai Pakatan Haram mengubah suai gambar berkenaan untuk mengelirukan rakyat malaysia.ini kerana tred mark Gelombang Merah sebenarnya telah membuatkan blogger pencacai Pakatan Haram fobia.Tred Mark Gelombang Merah merupakan Tred Mark yang di gunakan UMNO di seluruh Malaysia bagi menunjukan kebangkitan UMNO di dalam mendapat sokongan rakyat.Tak hairan la PAS juga telah menciplak ideal Tred Mark UMNO dengan mengubah suai dari Gelombang Merah ke Gelombang Hijau Menuju Ke Putrajaya di sebabkan fobia dengan tred mark berkenaan yang telah mendapat sokongan rakyat.pasal bola pun nak politikkan.nah,ambik ubat..semua fakta saya bagi.muahahahaha... RENUNG-RENUNGKAN |
KRISIS AIR !!! MIMPI NGERI KHALID GAGAP BERMULA !!! KHALID GAGAP MENIPU RAKYAT SELANGOR ??? Posted: 22 Oct 2012 02:04 AM PDT Lawatan Muhyiddin Yassin ke Empangan Sungai Selangor pagi tadi merupakan mimpi ngeri buat Kerajaan Khalid Gagap.Kerana apa yang disembunyikan selama ini mengenai kedudukan air Selangor akhirnya terbongkar secara terpaksa.Jika sebelum ini,kehadiran sahabat media serta pihak NGO Gerakan prihatin Rakyat Selangor yang telah datang berkali-kali ke sana untuk mendapatkan maklumat terpaksa pulang hampa kerana pihak SPLASH difahamkan di KUNCI MULUT mereka untuk memberitahu perkembangan sebenar isu ini.Siapa yang mengunci mulut mereka? Malah difahamkan ada pegawai yang terpaksa merayu dan meminta maaf kerana tidak boleh memberikan kenyataan atau membenarkan pihak media merakamkan visual Empangan Sungai Selangor nie.kerana ia merupakan periuk nasi mereka.Kalau Khalid marah,Mereka akan dibuang kerja.Kesian,sampai begitu sekali seksaan kerajaan Khalid kepada mereka …. Tetapi hari ini,suka atau tidak,kehadiran TPM untuk meninjau sendiri kedudukan Empangan Sungai Selangor ini memberikan sinar baru kepada penyaluran maklumat yang betul kepada rakyat.Jelas & Tepat bahawa Sungai Selangor ini merupakan sumber air bersih yang TERAKHIR untuk rakyat Selangor,maka bantuan air dari negeri lain seperti air Sungai Semantan di Pahang amat-amat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan manusia dalam negeri Selangor nie.Jadi,Khalid jangan berlengah lagi,Lupakan dulu kepentingan soal politik.Mimpi indah ko dah lama berakhir.Kini mimpi ngeri sedang menghantui ko Khalid ….- Sahabat Gunung RENUNG-RENUNGKAN |
HOT VIDEO !!! USTAZ NASHA BONGKAR PUAK DAP DOA MALAYSIA UNTUK NEGARA KRISTIAN ??? Posted: 21 Oct 2012 10:00 PM PDT |
HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM PENGSAN DI IJOK ??? Posted: 21 Oct 2012 07:00 PM PDT Petang semalam Anwar Juburi telah mengadakan Roadshow PR mengelilingi Selangor untuk meraih undi orang Selangor.Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat ke Selangor yang bermula dari Puchong dan berakhir di Depan Masjid Batu 8 Ijok. Laporan yang diterima melalui orang kampung Ijok mengatakan jumlah kehadiran hanya sekitar 100 orang dari masyarakat tempatan dan yang selebihnya adalah kumpulan bermotor dan rombongan yang dipungut dari tempat-tempat lain yang Anwar singgah sebelum ini,seperti Kuala Langat,Kapar,Pandamaran dan Assam Jawa. Gambar di atas,dapat dari sahabat yang mengikut rombongan tersebut di Assam Jawa.Boleh Dikatakan jumlah kehadiran termasuk rombongan ada la dalam 300++ orang...Malu lah Ketua Pembangkang datang yang sambut hanya 300 orang je ??? Lebih kurang jumlah yang selalu Mat Sabu dapat bila berceramah cerita seks nya bersama Normah Dan yang boleh dikatakan di semua tempat yang dikunjungi Anwar jumlah kehadiran hanyalah sekitar 300 ke 400 orang sahaja. - Jawa Bernam RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! 150 PENDUDUK PANGSAPURI MENUNTUT HAK MEREKA !!! APA CERITA NI KHALID GAGAP ??? Posted: 21 Oct 2012 05:17 PM PDT Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang semalam.Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu.Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri PR.Selain itu,Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.P.Kamalanathan berkata,rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.Katanya,beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.Sohaimi berkata,tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku. "Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com,daripada blog,maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan.Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit," ujarnya. GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12,perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri itu,Azman Mad Zain, 42,berkata,selama 50 bulan mereka tidak pernah menikmati air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment