| Salam 1Malaysia! Perdana Menteri kita, selaku Menteri Kewangan, akan mengumumkan Bajet 2013 untuk Rakyat pada 28 September ini. Bajet ini merupakan sebuah bajet daripada Rakyat untuk Rakyat. Jika anda ingin memahaminya dengan lebih mendalam, kami ingin menjemput anda sebagai rakan online YAB Perdana Menteri untuk mengambil bahagian dalam sesi #TanyaNajib: Bajet 2013 secara langsung. Sesi ini akan diadakan pada hari Rabu (3 Oktober 2012) jam 9 malam. Jika anda berminat untuk menyertai sesi ini, hantarkan sebuah video 30 saat dan nyatakan mengapa anda layak untuk menjadi salah seorang daripada peserta sesi #TanyaNajib Bajet 2013. Emailkan video anda kepada admin@1malaysia.com.my dengan berikut: Tajuk Email : #TanyaNajib Nama: No Kad Pengenalan: Alamat Rumah: No Telefon: Email: ID Google+: Tentang Saya: Klik di sini untuk mengetahui cara-cara mendaftarkan sebuah akaun Google+. Mengikut cadangan asal, tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Rabu (26 September). Namun begitu kami ingin memberi sedikit keistimewaan khas buat mereka yang berada di dalam senarai e-mel kami. Kami telah membuat keputusan untuk melanjutkan tarikh tutup kepada Sabtu, 29 September 2012 khas buat anda. Ini sebagai satu tanda terima kasih kami atas sokongan anda yang tidak terhingga! Admin 1Malaysia.com.my | | | | |
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment