PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
- PANAS!! FOTO!! PENDEDAHAN VVIP DISEBALIK AMOI CUN SERVIS SEKS??!!!!
- PANAS! KEMPEN BOIKOT EKONOMI DAP & BAJET BUAT ANWAR BENGANG!!
- Aktres filem hina nabi saman YouTube, Google!!
- HOT!! KES TERBARU DIMALAYSIA! "DATUK" SURUH GADIS 16 TAHUN MMS GAMBAR B@GEL !! SILA SIASAT!!
- HOT! FOTO!!Gadis ini yang sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun ditangkap khalwat bersama xxxx di sebuah rumah flat
PANAS!! FOTO!! PENDEDAHAN VVIP DISEBALIK AMOI CUN SERVIS SEKS??!!!! Posted: 28 Sep 2012 01:01 AM PDT Panas siapa pemimpin vvip Penang yang dibelakang amoi cun ini? Maklumat yang diperolehi pemimpin ini dikatakan berimej islamik dimata rakyat. Amoi tu pulak dikatakan terlibat dengan aktiviti menawarkan perkhidmatan seks! Apa dah jadi ni depan rakyat tunjuk kononya menyokong islamik tape terlibat dengan maksiat ni apa cerita? apakah kaitan VVIP tu dengan amoi cun tersebut? |
PANAS! KEMPEN BOIKOT EKONOMI DAP & BAJET BUAT ANWAR BENGANG!! Posted: 28 Sep 2012 12:44 AM PDT Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini diharapkan meneruskan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas. Belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat" bagi memastikan perkembangan sosial yang mampan, selain mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah. Walaupun ada pihak yang akan cenderung melabelkan Belanjawan 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" tetapi harus diingat bahawa usaha memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak memegang jawatan pada April 2009 dan ianya adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Saya mengharapkan Belanjawan 2013 ini akan dapat menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar yang pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 sebulan kerana sebelum ini Belanjawan negara lebih tertumpu kepada kemiskinan luar bandar. Namun begitu, langkah untuk memastikan kesejahteraan komuniti secara keseluruhannya termasuk penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan haruslah diberikan perhatian yg berterusan agar kesinambungan dasar bagi merancakkan ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini berterusan. Pelaksanaan beberapa projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan dan kerajaan juga dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kajian semula industri automotif negara juga haruslah diberikan perhatian kerana lebih 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri itu berhadapan dengan risiko. Akhir sekali diharapkan Kerajaan terus kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar 4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015. Semoga Belanjawan 2013 ini dapat memberikan manafaat kepada semua golongan masyarakat di Malaysia. Tahniah Kerajaan Malaysia & Tahniah YAB Dato Seri Najib Tun Razak. |
Aktres filem hina nabi saman YouTube, Google!! Posted: 27 Sep 2012 08:19 PM PDT Cindy Lee Garcia yang menyaman YouTube dan Google. - Foto AFP Desak hakim perintah 'Innocence of Muslims' dibuang dari internet Garcia fail saman Los Angeles: Aktres yang mendakwa ditipu untuk muncul dalam filem menghina Islam yang mencetuskan bantahan umat Islam di seluruh dunia mengemukakan saman di mahkamah persekutuan kelmarin dalam usaha baru mengeluarkannya daripada laman YouTube. Garcia menuduh pengarah filem itu menipu, melakukan fitnah dan tidak jujur"Saman yang difailkan Cindy Lee Garcia menamakan YouTube dan syarikat induknya, Google Inc, sebagai defendan, selain penganut Kristian Koptik Mesir-Amerika Syarikat dari California dipercayai mendalangi pembikinan filem itu. Saman Garcia mengenal pasti Nakoula Basseley Nakoula, 55, dari Los Angeles yang pernah dipenjarakan kerana kes penipuan bank, sebagai penerbit filem itu. Mahkamah tolak saman Minggu lalu, mahkamah Los Angeles menolak permohonan Garcia untuk mengeluarkan perintah sementara menyuruh YouTube berhenti menyiarkan video 13 minit itu. Seperti dalam saman terdahulu, Garcia menuduh pengarah filem itu menipu, melakukan fitnah dan menjalankan perniagaan tidak jujur. Saman itu turut mendesak diberi hak cipta lakonannya dalam video berkenaan. Kes Garcia adalah saman awam pertama berpunca daripada video itu yang dikatakan sebagai promosi filem. Klip berkenaan mencetuskan bantahan anti-Amerika di Mesir, Libya dan beberapa negara Islam lain sejak dua minggu lalu. Ia menyebabkan misi diplomatik Amerika diserang di Benghazi yang membunuh empat warga Amerika termasuk duta negara itu ke Libya. - Reuters |
HOT!! KES TERBARU DIMALAYSIA! "DATUK" SURUH GADIS 16 TAHUN MMS GAMBAR B@GEL !! SILA SIASAT!! Posted: 27 Sep 2012 02:31 AM PDT Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung. Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya. Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon. "Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam. Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang. "Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain," katanya. Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. "Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar 'Datuk' meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya. "Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati," katanya. Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti. "Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya," katanya. Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam. Menurut ibunya yang dikenali sebagai Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan. "Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku. "Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. |
Posted: 27 Sep 2012 01:39 AM PDT DUNGUN - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa. Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini. Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam. Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim. Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing. Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment