Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Maksud Lagu dan Lirik Gangnam Style yang Kontroversi!!

Posted: 09 Sep 2012 08:15 AM PDT

Lagu tarian kuda Gangnam Style telah mengegarkan dunia! Namun banyak spekulasi dan andaian mengikut cara masing-masing. Ada yang katakan Gangnam Style bermaksud "aku nak jadi yahudi" ada pulak yang kata Gangnam Style tu hina Islam.

Namun itu semua hanyalah andaian sempit dari sesetengah pihak. Disini Mc sertakan lirik untuk tatapan semua. Fahami maksud lagu tersebut.. tak payah nak buat andaian sendiri!!



Untuk pengetahuan semua, Gangnam tu nama tempat kat Korea. Tempat remaja berlepak, berfesyen dan berhibur. Kalau kat Malaysia ni macam Bukit Bintang, kalau kat Jepun, Harajuku. Itu maksud sebenarnya. Takdak erti kata lain. Soo jangan fikir bukan-bukan..

P/s: Post ni sebenarnya, nak jelaskan apa yang kurang jelas.. memang takde faedah pun layan lagu ni..tapi takla seteruk sampai hina agama.. yang hina agama tu Pas!! hehe..

GEMPAR!! Khalid Gagap Kencing Dalam Bas Baru Anwar!!

Posted: 09 Sep 2012 05:36 AM PDT


Hampeh punya gagap, takdak kerja lain ka, menipu saja kerjanya. Dulu orang tanya dia kata sewa, sekarang ni dah dapat bukti mengatakan bas tu dibeli, apa dia cerita bro gagap? Boleh tolong jelaskan sikit? Cakap berbelit-belit. Nampak sangat MB Selangor ni kaki PEMBOHONG!! Ini baru cerita bas, rasanya dah banyak kali si gagap ni menipu.

Baca Seterusnya Disini

KASI PANAS!! Video Barua Anwar Gertak Tembak Orang Awam!!

Posted: 09 Sep 2012 02:15 AM PDT



Video yang memaparkan bodyguard Anwar keluar dari kereta dan mengacukan pistol kepada orang ramai.

Apa hak si bodyguard barua Anwar bertindak begitu? Baru jadi pembangkang dah sombong macam tu. Andai jadi kerajaan, agaknya dah boleh tembak orang sesukahati kot.

Kalau nak detail, pembaca boleh baca kat post Mc yang lepas, kat SINI

TUDIAA!! Bodyguard Anwar Acu Pistol Pada Orang Awam!!

Posted: 08 Sep 2012 11:15 PM PDT

 Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Ceramah Merdekanya terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin, Melaka petang tadi. Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki Melayu dari sebuah kereta Toyota Camry bernombor plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim. 

Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa yang dia nak bunuh dan demi siapa? Anwar Ibrahim sudah mula menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri. Esok lusa apakah peluru dari pistol berkenaan akan dilepaskan. PDRM disarankan agar menyiasat kejadian berkenaan. Apakah lelaki di atas mempunyai lesen untuk membawa senjata api?

TUDIAA!! PKR Sudah Serik Dibogelkan!!

Posted: 08 Sep 2012 08:15 PM PDT



Barangkali sudah serik dan perit bila kisah dalamannya kerap menjadi bualan umum dan sering menyebabkan kontroversi, akhirnya PKR Pulau Pinang mengambil keputusan menghentikan segera siasatan lanjut berkaitan insiden kebocoran minit mesyuaratnya.

Alasan yang mereka kemukakan bagi menjustifikasikan keputusan tersebut ialah untuk mengelakkan risiko 'family scandal' daripada terus merebak kepada pengetahuan umum.

Dalam minit mesyuarat ataupun transkrip perbualan yang terdedah pada umum itu antara lainnya mencatatkan kritikan pedas oleh Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Dr Mansor Othman dari PKR terhadap pemimpin utama DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Lim yang sekarang ini adalah Setiausaha Agung DAP telah digelar sebagai tokong yang angkuh dan sombong berikutan perwatakan dan pembawaan sikapnya yang semakin tinggi diri dan semakin jauh dari rakyat kebanyakan.

Turut direkodkan ialah perancangan sulit PKR dalam menghadapi pengaruh DAP yang dilihat mengancam kepentingan politik PKR di Pulau Pinang khususnya. Berikutan senario itu, PKR merancang untuk menyediakan calon-calonnya dari keturunan Cina sebagai persiapan awal untuk berdepan dengan DAP kelak.

Bijak atau tidak keputusan terbaru PKR itu bukannya satu persoalan untuk kita halusi tapi hakikatnya pendedahan minit mesyuarat atau lebih tepat lagi transkrip perbualan antara pemimpin PKR yang kecoh sebelum ini membuktikan terlampau dalam jurang kepercayaan antara mereka yang bersekongkol dalam PR.

Selain mendedahkan wajah sebenar pemimpin pakatan pembangkang yang hanya ceria di depan siap boleh bertepuk tampar antara satu sama lain tapi di belakang masing-masing siap sedia untuk menikam belakang rakan-rakan sepakatan, ia juga mengesahkan perjuangan para pemimpin PR hanyalah untuk memenuhi tembolok sendiri sahaja.

Layaklah kelakuan sedemikian rupa agak sinonim dengan ramai pemimpin pembangkang, sementelah lagi kewujudan mereka pun kebanyakannya kerana atas dasar kecewa dek kerana pembawaan diri yang tidak cocok dengan polisi dan dasar kerajaan pusat yang memerintah yang lebih mendahulukan kehendak rakyat.

Dalam jangka waktu sebulan dua ini sudah berkali-kali maklumat sulit hasil mesyuarat atau pertemuan sesama pemimpin PKR telah didedahkan kepada umum, termasuklah pembahagian kuota kerusi parlimen yang mahu dipertandingkan, perancangan Anwar dan Nurul Izzah untuk lari dari kawasan masing-masing serta beberapa yang lain.

Malah menurut satu sumber, kesan dari pelbagai pendedahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini telah menambah curiga Ketua Umum PKR terhadap ramai anak buah termasuklah orang kanannya sendiri. Dengarnya sampai rimas dibuatnya beberapa orang kanan PKR melihat pada reaksi tersebut.

Mungkin selepas ini PKR terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga terutama sekali bilamana mahu membincangkan perkara sulit sesama mereka, jika tidak mahunya teruk ditelanjangkan lagi oleh orang-orangnya sendiri.

PANASS!! Apa Agaknya Nasib Ustaz Nasha!!

Posted: 08 Sep 2012 05:35 PM PDT


Hanya tinggal beberapa jam sahaja dari sekarang, Majlis Syura Ulama PAS akan bersidang untuk menentukan untung rugi nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berikutan kenyataan kerasnya sekembali dari Mekah yang dianggap melanggar dasar parti.

Dalam kenyataan yang bersifat ultimatum itu, Ustaz Nasharudin telah meminta PAS mengkaji semula kedudukan dalam PR selepas DAP secara konsisten menolak dasar PAS yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sebagai perundangan negara.

Sebelum itu, penyiaran gambarnya yang dilihat mesra dengan Perdana Menteri sewaktu pertemuan khusus dengan beberapa orang ulama Arab Saudi di Mekah juga telah menerima kecaman keras dari ramai pemimpin PAS dari kumpulan Anwarinas.

Antara komen yang agak pedas termasuklah dari Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang secara terbuka menghalau Ustaz Nasharudin untuk segera keluar dari parti.

Berikutan kontroversi itu, Presiden PAS, Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat selepas itu telah menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Sejak seminggu lepas, pelbagai usaha dan kempen secara terbuka dan berbisik hebat dijalankan oleh beberapa pihak dalam PAS untuk mempengaruhi pandangan ahli-ahli Majlis Syura agar mengikut telunjuk mereka.

Dilihat dari segi kempen dan kekuatan pengaruh ditambah pula dengan tekanan dari Nik Aziz sendiri yang cukup anti pada Ustaz Nasharudin, besar kebarangkalian senario 'gantung sampai mati' seperti yang menimpa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali akan berulang kembali.

Walaupun sejak beberapa hari lalu, beberapa orang pemimpin 'ulama' PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din kelihatan bertungkus lumus untuk mempertahankan hak Ustaz Nasharudin memberi pandangan yang berbeza, namun masih dilihat tidak cukup kuat untuk membendung pengaruh kumpulan Anwarinas yang didukung kuat oleh Nik Aziz.

Tambahan pula, jika sekiranya keputusan Majlis Syura memihak kepada Ustaz Nasharudin, impak buruknya agak menggoncang imej dan pengaruh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sekaligus akan memberi kesan besar dalam merobek kekuatan PAS di negeri Nik Aziz sendiri.

Menurut maklumat terbaru dari seorang pemimpin kanan PAS yang bersimpati dengan Ustaz Nasharudin, sedikit masa yang tinggal ini sebelum Majlis Syura bermesyuarat pada esok hari adalah terlalu panas, hangat dengan kempen-kempen yang agak melukakan hati.

Katanya lagi, seperti sudah tiada peluang kedua untuk Ustaz Nasharudin, ruang demokrasi dan keadilan seperti sudah tertutup dalam PAS. Kalaupun Ustaz Nasharudin terlepas dari hukuman pun, berkemungkinan beliau akan di 'peti sejukkan' begitu sahaja.

Jika benar seperti dikatakannya, maka jelaslah hari ini akan menjadi hari yang paling sial untuk Ustaz Nasharudin.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...