House PK

House PK


PANAS BERAPI! NGEH KOO HAM HINA UMAT ISLAM LAGI!

Posted: 29 Sep 2012 12:00 AM PDT

Dah la hina umat Islam pasal mempertahankan Nabi junjungan Muhammad SAW. Terbaru Ngeh Koo Ham yang juga pemilik White Coffe ni buat hal lagi bilamana di dalam tweetnya saudara Armand dari NGO SAM1M bertanyakan kalau-kalau Ngeh ada sijil halal dalam perniagaan restoran racist yang dijalankannya.

Begini jawapan Koo Ham kepada Armand:


Cina bangsat ni makin lama makin melampau, dia buat hukum sesuka hati mak bapak dia je. Dah le komunis, racist dan anti Islam, pandai-pandai pulak sekarang dia keluarkan fatwa komunis dia kan? Ini semua akibat dari asuhan PAS yang sesat lagi menyesatkan.

Apa orang PAS nak cakap pasal ni?

AYUH KITA BOIKOT OLDTOWN KOPITIAM!

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA DIATAS KEPRIHATINAN ANDA!

Posted: 28 Sep 2012 09:00 PM PDT

Ini kisah yang pernah disiarkan oleh Perak Today tidak lama dulu pasal seorang budak yang ada masalah telinga. Klik sini

Alhamdulillah, bantuan rakyat Malaysia yang prihatin telah membuatkan anak kecil ini mendapat peluang untuk rawatan yang diperlukan. Marilah kita baca kisah yang sangat menyentuh hati ni dibawah:

Berkat sokongan dan bantuan masyarakat Malaysia yang prihatin, Adik Aleesya Analia Norhaid, selamat menjalani pembedahan implan koklear di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) pada 30 Ogos lalu, sekaligus memberi sinar harapan baru kepadanya untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Selepas kisahnya mendapat liputan meluas di dada akhbar dan elektronik termasuklah Peraktoday.com, bantuan kewangan datang mencurah dari seluruh negara, kata ibunya, Nor Aainy Kamal Bashah.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang begitu prihatin dengan masalah kewangan yang kami hadapi untuk menanggung kos pembedahan yang berjumlah RM77,000.

"Namun, di atas keprihatian rakyat negara ini, pembedahan itu berjaya dilaksanakan melalui Tabung Bantuan PPHUKM yang menyumbang RM50,000," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Ditanya perkembangan terbaru Aleesya Analia selepas menjalani pembedahan itu, si ibu berkata, anaknya kini menjalani terapi pertuturan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada setiap minggu.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, Aleesya Analia juga akan menjalani terapi audio di PPHUKM bagi memastikan pembedahan implan koklear yang dijalankan itu berjaya.

"Selepas pembedahan itu, Aleesya Analia sudah mula memberi respon positif dan saya berharap anak saya dapat mendengar dan bertutur sama seperti kanak-kanak normal lain pada masa akan datang," tegasnya lagi.

Baca seterusnya di Perak Today...

CILI KASI TARUK! AL KISAH "DIA VERY ARROGANT DAN COCKY" ! MANA MANSOR MAU LARI?

Posted: 28 Sep 2012 05:00 PM PDT

ISU Lim Guan Eng cocky and arrogant; sombong dan angkuh belum selesai. Guan Eng tengah pening. Namun, saya benar-benar kasihan dengan Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Saya yakin dia telah dipaksa bercakap bohong di sidang media mengatakan dia tidak mencerca bosnya itu.

Dalam TV kita semua boleh tengok dengan jelas Guan Eng duduk di sebelah Mansor. Ada satu ketika Guan Eng cuba menguis tangan Mansor memintanya supaya menamatkan sidang akhbar itu. Guan Eng tersangat bimbang Mansor akan terlepas cakap lagi.

Nampak sangat Mansor kena control dengan Guan Eng. Jadi, Mansor yang dikenali sebagai seorang yang tidak kuat semangat di kalangan ahli-ahli PKR, terpaksalah akur.

Hakikatnya apa yang Mansor cakap mengenai Guan Eng adalah dari hatinya.

Mesyuarat strategik PKR yang dipengerusikan oleh Mansor itu memang dirakamkan. Dan nak jadi cerita ada pula kutu yang membocorkannya di luar. Rakaman itu disiarkan oleh TV3.

Guan Eng semakin senak perutlah. Jadi memang benarlah apa yang diluahkan oleh Mansor?

Kenyataan Guan Eng sombong dan bongkak itu dikeluarkan Mansor apabila dia ditanya dalam mesyuarat itu berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang akan ditandingi PKR di Pulau Pinang.

Dalam rakaman itu yang disiarkan oleh Buletin Utama malam kelmarin, Mansor dipetik sebagai berkata: ?Tidak tentu…Belum finalised, dia very arrogant I tell you… Cocky and arrogant. It?s not easy. Now more arrogant. Because dia menang banyak. They are sure of winning 19 and they want more.

?Because by two more they can form their own government and they can, any two from us to be on their side and abandon us out."

Dalam soalan lain, Mansor dalam rakaman itu turut mengulas kekuatan DAP di Pulau Pinang yang menyebabkan keangkuhan Ketua Menterinya.

?Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you all kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang," kata Mansor.

Jika dianalisis kata-kata Mansor itu, ia datang dari hatinya yang tulus. Mansor sudah tidak tertahan dengan perangai Guan Eng. Bosnya itu adalah seorang yang sombong dan angkuh.

Semasa Cuit ini ditulis kita tidak tahu apa reaksi Guan Eng. Dia sudah tentu naik bengang. Apa pula muslihat yang sedang difikirkan. Mansor mungkin akan menjadi mangsanya lagi.

Apakah Guan Eng mahu Mansor berkata yang rakaman itu palsu dan direka-reka oleh musuhnya, sebagaimana video lucah China doll yang dituduh sebagai palsu oleh Anwar Ibrahim? Difahamkan usaha-usaha ke arah itu sedang dijalankan.

Apa sekali pun, Mansor kenalah berani. Sebagai seorang terpelajar dia harus mempunyai pendirian. Jangan biarkan orang memandang kita ini terlalu murahan.

Itulah juga isi hati Dr. Hasan Ali semasa dia berada di bawah telunjuk DAP dalam Exco Selangor dulu.

Gelodak hati Hasan sudah tidak tertanggung apabila mendapati maruah agama dan bangsanya dicabar. Dia mengambil langkah berani dan terhormat. Walaupun pada peringkat awal, Hasan pun berbelah bahagi, namun demi maruah dia melawan.

Mansor masih ada masa untuk berbuat demikian. Ingatlah menjadi ahli politik bukan satu permainan mudah. Ia adalah amanah yang perlu dijawab di hadapan Yang Maha Esa kelak.

Jangan biarkan parti yang terkenal dengan sikap cauvinis itu terus diberi kuasa mutlak. Jangan biarkan Guan Eng, yang anda sebut sebagai sombong dan angkuh itu terus memijak kepala anda. Mansor masih mempunyai masa untuk membetulkan keadaan.

Wahai Mansor, ingatlah kepada agama, bangsa dan negara anda ini. Anda adalah penyelamat, sebenarnya.

Oleh: Dato Zaini Hassan

BAJET 2013 MANTAP! APA PANDANGAN ANDA?

Posted: 28 Sep 2012 09:17 AM PDT

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyambut baik pengumuman Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan menyifatkannya sebagai bajet yang mantap kerana menggabungkan dasar fiskal yang kemas bagi memelihara perbelanjaan negara.

Menurut beliau, selain pengurangan defisit, pengumuman bajet 2013 itu juga memperlihatkan dasar sosio-ekonomi yang mantap dalam menyelesaikan perkara berkaitan dengan golongan berpendapatan sederhana ataupun yang dipanggil sebagai 'Middle Income Trap'.

'"Jika selama ini kita lihat penekanan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah, kini kerajaan turut memasukkan golongan berpendapatan sederhana dalam penyediaan Bajet 2013," jelas beliau.

Katanya, pengumunan bajet yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana itu menjawab segala persoalan yang timbul apabila berlaku kenaikan harga barang yang memberi impak kepada golongan terbabit.

"Ia jawapan baik kepada golongan berpendapatan sederhana kerana mereka tidak mendapat apa-apa kebaikan ataupun sebarang pengumunan daripada kerajaan sebelum ini," tambahnya.

Walaubagaimanapun, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah tetap diberikan oleh kerajaan melalui dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini.

"Dasar kepada pesawah dan nelayan tetap diteruskan dan jumlah yang sama diperuntukkan dengan melibatkan ratusan juta ringgit," tambah beliau.

Selain fokus kepada golongan berpendapatan sederhana, Bajet 2013 juga turut memberi penekanan terhadap sektor pendidikan dan pelancongan.

"Kerajaan menunjukkan komitmen memastikan sektor pendidikan pemaju utama pertumbuhan ekonomi di samping pengumuman besar perbelanjaan bagi sektor pelancongan sebanyak 4.2 peratus," ulasnya.

Dalam pembentangan bajet tersebut, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM3 billion kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 dan bonus sebulan setengah gaji bagi mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan awam.

Manakala golongan yang berusia 21 tahun ke atas, berpendapatan RM2,000 ke bawah dan masih bujang layak menerima wang sebanyak RM250 daripada kerajaan.

Sumber: Perak Today

Korang jugak boleh baca pasal Bajet kat SINI, SINI, SINI dan SINI

So silalah berikan pandangan anda semua, aku nak tau jugak apa pandangan pembaca blog ni.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...