Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


BAJET 2013 BERNILAI RM251 BILLION..!!

Posted: 28 Sep 2012 07:23 PM PDT




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah  RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

"Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras RM1 trilion," katanya.-


BAJET PTPTN 2013 : FAKTA 'BIJAK' NAJIB BUKTI JANJI SEWEL ANWAR NAK JADI PM..!!

Posted: 28 Sep 2012 07:22 AM PDT




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang melangsaikan pinjaman mereka sekali gus.

Selain itu, kerajaan juga menawarkan diskaun 10 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten, katanya lagi.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

"Kita tahu tuan yang dipertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

"Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?," katanya lagi.

Dalam ucapannya itu, Najib turut mencadangkan supaya pelepasan cukai untuk ibu bapa kepada siswa universiti dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 mulai tahun taksiran 2013.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu mencadangkan janji PRU13 untuk melepaskan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dalam masa tiga tahun.


ANWAR MENGANGA NAJIB UMUM BR1M 2.0..!!

Posted: 28 Sep 2012 03:43 AM PDT




Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.

Katanya, "rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.

Bajet 2013 juga menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam.

Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," katanya.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...