Gelombang Rakyat |
- NIK AZIZ JUMPA NAJIB..!!? - PAS KELANTAN SIAP SEDIA KALAH PRU13.
- ISU AIR SELANGOR - MUHYIDDIN YASSIN KATA 'NO PROBLEM..!!'
- BN PENANG CABAR MANSOR OTHMAN 'TUNJUK TELOQ JANTAN'.
- NAZRI AZIZ SENTUH STATUS KES HUBUNGAN MUSA HASSAN DGN KONGSI GELAP..!!
NIK AZIZ JUMPA NAJIB..!!? - PAS KELANTAN SIAP SEDIA KALAH PRU13. Posted: 27 Sep 2012 07:23 PM PDT Riuh rendah dan gegak gempita jadinya dalam kem pakatan pembangkang khususnya PAS apabila laporan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang didedahkan pada umum menunjukkan penurunan keyakinan respondan terhadap PAS di Kelantan. Dalam laporan terbaru kaji selidik yang dijalankan bermula 1 hingga 16 September 2012 itu, hasil kajian mendapati populariti PAS telah merudum 3% berbanding 44% yang direkodkan semasa kajian sebelumnya yang diadakan pada 31 Mac hingga 15 April 2012. Di masa yang sama, tahap keyakinan umum terhadap BN pula telah meningkat naik dari 27% kepada 32%. Seimbas lalu kelihatan cuma kecil sahaja kenaikan keyakinan umum pada BN dan hanya sedikit penurunan untuk PAS, namun agak dipandang penuh kerisauan oleh ramai pemimpin PAS. Hakikatnya di Kelantan suasana lokal agak berbeza dengan negeri lain, sedikit undi berubah banyak kerusi DUN bakal berpindah tangan. Ditambah pula dengan jumlah peratusan respondan yang tidak jelas pendirian yang memberikan jawapan tidak pasti masih agak tinggi mencecah 27%, ia tambah merunsingkan PAS. PAS amat maklum dalam apa jua situasi, golongan yang dikenali sebagai pengundi atas pagar itu memainkan peranan penting dan biasanya sebahagian besar golongan ini lebih cenderung memilih BN berbanding parti lain. Sebetulnya, PAS sendiri pun tahu kajian sedemikian tidak semestinya tepat malah banyak pertikaian boleh diperdebatkan, namun senario semasa yang jauh lebih menakutkan sedang marak di kalangan rakyat Kelantan memaksa PAS untuk ambil cakna laporan UMCEDEL itu sebagai sesuatu yang serius. Tika ini banyak program dan majlis ceramah PAS serta keraian anjuran kerajaan PAS Kelantan semakin kurang mendapat sambutan ramai. Jelas tampak berbeza bila dibandingkan dengan suasana dan mood khalayak sebelum PRU 2008. Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh PAS sendiri sebagaimana pernah didedahkan oleh beberapa orang pemimpin PAS negeri, juga selari dengan senario masakini apabila laporan culaan oleh PAS itu menunjukkan mereka hanya benar-benar selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Baki kerusi selebihnya daripada 45 kerusi DUN, dilihat condong kepada BN malah sekurang-kurangnya 25 kerusi DUN sudah utuh sebagai kubu kuat BN. Hasil kajian itu juga tidak jauh bezanya dengan kajiselidik skala besar yang beberapa kali dilaksanakan oleh UMNO Kelantan. Di pihak UMNO dan BN pula, mereka hanya perlu menggandakan usaha dan penerangan supaya momentum kebangkitan sama ada berkekalan ataupun terus mendaki tinggi supaya kelak bila tiba hari mengundi trend semasa ini diterjemahkan kepada sokongan jitu untuk BN kembali memegang tampuk pemerintahan negeri. Bak kata seorang pemimpin kanan PAS, sesaat pemimpin BN lagho bermakna itu peluang terbaik untuk PAS mematikan momentum sokongan rakyat terhadap BN. Lebih menarik, perubahan dan kebangkitan gelombang penolakan rakyat Kelantan terhadap PAS semakin terasa selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai dan terus meluas selepas BN berjaya menawan semula DUN Galas dari PAS tidak berapa lama dulu. Ditambah pula dengan rentak songsang yang kerap diambil oleh kepimpinan PAS dalam menhadapi kebiadapan DAP dan acapkali pula PAS menjadi keldai tunggangan untuk kepentingan PKR dan DAP, semuanya itu menjadi rempah ratus yang mengganggu gugat pasak kekuatan parti itu di negeri yang pernah dikenali sebagai kubu kuatnya. Sementelah lagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini bekas naib presiden PAS, Hasan Ali kerap mengunjungi Kelantan dalam menjayakan roadshownya yang mendapat sambutan hangat, tidak sedikit impaknya mengakibatkan keyakinan khalayak terhadap PAS semakin suram. Jika semua perkembangan ini kekal atau terus meningkat kemudian diterjemahkan dalam bentuk undian untuk BN, nescaya benarlah tanggapan ramai bahawa Aidilfitri 1433 yang baru sahaja berlalu merupakan Aidilfitri terakhir untuk PAS Kelantan. 22 tahun PAS merajai singgah sana tampuk perintahan negeri tanpa membawa perubahan besar yang memberi manfaat untuk rakyat, kini tibalah masanya untuk PAS menerima kenyataan, PRU 13 ini kekalahan untuknya sedang menanti. |
ISU AIR SELANGOR - MUHYIDDIN YASSIN KATA 'NO PROBLEM..!!' Posted: 27 Sep 2012 04:37 PM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan kerajaan negeri Selangor berhubung isu air. "Jika perlu kita akan duduk berbincang, tidak ada masalah, yang pentingnya nak menyelesaikan isu itu (isu air)," katanya mengulas laporan mengenai keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor baru-baru ini, yang mahu menjemput beliau membincangkan isu itu. Bercakap kepada pemberita selepas menutup Festival Bahasa dan Sastera 2012 di sini hari ini, Muhyiddin berkata surat yang dikatakan akan dihantar kepada beliau berhubung perkara itu belum diterima dan beliau hanya mengetahuinya melalui media. Katanya sebelum ini beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa sekiranya beliau berhajat untuk berbincang, sudah ada jawatankuasa di peringkat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan negeri yang telah ditubuhkan. "Beliau boleh proceed dengan itu, dan mereka boleh laporkan kepada saya, pendirian kerajaan Pusat telah jelas," katanya. Muhyiddin berkata yang penting ialah isu pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat atau Langat 2, yang jika projek itu tidak diteruskan dalam tempoh sekarang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi krisis bekalan air yang teruk. Katanya kerajaan Pusat tidak menyekat cadangan pihak kerajaan negeri untuk mengambialih semua syarikat konsesi atas pendekatan yang dikatakan holistik. Bagaimanapun, katanya, projek Langat 2 tidak boleh diketepikan dan perkara itu telah disampaikan oleh beliau kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. "Saya kata kepada beliau, dia adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, patut dia memberikan nasihat yang betul dan saya meminta kerajaan Negeri Selangor bertindak secara positif iaitu projek itu hendaklah diteruskan, kebenaran dari segi pembangunan iaitu 'development order' mesti dikeluarkan, supaya kerjanya dapat dilaksanakan. "Saya sebutkan ini bukan soal politik tetapi soal kepentingan rakyat dan jika kita tak buat perkara itu, rakyat akan marah...yang penting kita selesaikan masalah itu," katanya. Ditanya mengenai maklum balas Anwar berhubung perkara itu, Muhyiddin berkata penasihat PKR itu memberitahu akan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Selangor. |
BN PENANG CABAR MANSOR OTHMAN 'TUNJUK TELOQ JANTAN'. Posted: 27 Sep 2012 06:18 AM PDT Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menggesa Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman membuktikan beliau berani kerana benar berhubung kenyataannya yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini. Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow berkata tindakan Mansor berdolak-dalik dalam memberi kenyataan kepada media menunjukkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu seorang pemimpin yang tidak berani. "BN tidak pernah nak campur urusan dalaman parti mereka tetapi kalau beliau dah buat dan cakap sebegitu, mengapa mesti takut untuk mengaku, tindakan beliau berdolak-dalik menunjukkan Timbalan Ketua Menteri I itu tidak matang dalam politik. "Kami (BN) cabar beliau tunjukkan kejantanannya dan bercakap benar kerana ia melambangkan kepimpinan beliau sendiri. Sebagai seorang pemimpin beliau tidak boleh cakap cincai-cincai, iaitu hari ini cakap lain esok cakap lain," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat BN negeri di sini hari ini. Mansor baru-baru ini didakwa telah mengkritik Lim dengan menyifatkan ketua menteri itu sebagai angkuh dan sombong dalam mesyuarat parti berkenaan April lepas. Bagaimanapun pada sidang medianya, Mansor menafikan dakwaan laporan sebuah blog itu dan berkata beliau tidak mengeluarkan perkataan sombong dan angkuh, seperti yang dilaporkan tetapi mengakui ada mengeluarkan perkataan merujuk Guan Eng sebagai 'tokong'. Sementara itu, Teng berkata BN negeri telah merangka draf manifesto pilihan raya umum ke-13 dan dijangka siap pada penghujung bulan depan. "Draf kerja dasar BN Pulau Pinang untuk tahun 2012 hingga 2020 dan PRU-13 telah siap dan kita akan mengadakan mesyuarat khas dengan parti komponen BN yang lain bagi memperhalusi dan memuktamadkannya untuk manifesto BN," katanya. |
NAZRI AZIZ SENTUH STATUS KES HUBUNGAN MUSA HASSAN DGN KONGSI GELAP..!! Posted: 27 Sep 2012 02:22 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan bahawa tiada siasatan dilakukan ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan. Bercakap di Parlimen hari ini, Nazri berkata, dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff terhadap Musa tidak disusuli dengan sebarang laporan polis. Katanya, "oleh yang demikian, tiada apa-apa siasatan dijalankan oleh pihak polis berkenaan perkara ini." "Kedudukannya sama bagi (perkara berkaitan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu tiada sebarang aduan diterima, maka tiada sebarang siasatan dijalankan terhadap pendedahan yang dilaporkan," katanya di sini, hari ini. Sebelum ini, Ramli telah mendedahkan terdapatnya hubungan antara Musa dan kumpulan kongsi gelah BK Tan dan Cheng Poh. Dalam pada itu, Ramli juga dikatakan akan bersedia memberi keterangan jika tribunal ditubuhkan untuk menyiasat Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Sehubungan itu Nazri berkata, bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang laporan atau aduan dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan. "Dakwaan yang dibuat oleh Ramli merujuk kepada skandal Copgate yang berhubungan dengannya. "Menteri Dalam Negeri pada bulan Mac 2012 telah pun menolak penubuhan suatu siasatan bagi menyiasat dakwaan tersebut kerana tiada bukti kukuh dapat dikemukakan," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment