Gelombang Rakyat |
- KDN SAHKAN AKAN SIASAT - ANWAR JANJI AKAN TUKAR BENDERA MALAYSIA..!!?
- HISHAMUDDIN RAIS BAKAL ANJUR 'HIMPUNAN BAKAR BENDERA JALUR GEMILANG..!!'
- PENGALAMAN LELAKI LAHIR 15 MINIT SEJURUS BENDERA UNION JACK DITURUNKAN.
KDN SAHKAN AKAN SIASAT - ANWAR JANJI AKAN TUKAR BENDERA MALAYSIA..!!? Posted: 01 Sep 2012 12:38 AM PDT Pihak polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus mengenai tindakan melampau peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka di ibu negara yang bertindak kurang ajar apabila mengibarkan bendera yang mereka dakwa akan menggantikan Jalur Gemilang dan menghina Perdana Menteri dengan memijak gambarnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa yang sama, siasatan juga akan dilakukan berhubung insiden bas yang dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program jelajah merdekanya disimbah cat dan dibaling batu di sini pagi ini. Beliau berkata, insiden yang berlaku di Dataran Merdeka dan Kota Bharu pagi ini tidak ada bezanya kerana dilakukan oleh mereka yang melampau. Terima kasih Datuk Seri, akan tetapi mesti diingat mengapa berlakunya serangan terhadap Bas kebanggaan Anwar itu. Anwar, U ask your 'rakan seperjuangan' Hishamuddin Rais. Anwar marah kata orang2 UMNO samseng serang Bas kebanggaan dia di KB. Saya nak tanya saudara Anwar, adakah mengoyak dan memijak Pemimpin No. 1 kami Najib Razak oleh puak2 gerombolan kamu pada Perhimpunan malam merdeka tempoh hari itu TIDAK SAMSENG? ANWAR... Aku cabar kau nyatakan pendirian berkaitan isu tukar Bendera Jalur Gemilang. Artikel Panas (KLIK pada tajuk di bawah :-) HISHAMUDDIN RAIS BAKAL ANJUR 'HIMPUNAN BAKAR BENDERA JALUR GEMILANG..!!' |
HISHAMUDDIN RAIS BAKAL ANJUR 'HIMPUNAN BAKAR BENDERA JALUR GEMILANG..!!' Posted: 31 Aug 2012 06:23 AM PDT Pertama sekali SYABAS diucapkan kepada para petugas polis yang berjaya mengawal Perhimpunan anjuran puak2 NGO perkakas Pembangkang di sekitar Dataran Merdeka malam tadi. Laporan telah disahkan tiada sebarang insiden yang mencetuskan ketegangan sepanjang berlangsungnya Himpunan tersebut. Sungguhpun begitu, kenyataan penuh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad sejurus selesainya Himpunan dilihat tidak langsung menyentuh mengenai edaran risalah berbentuk hasutan mendesak rakyat menolak Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi Negara. Apa yang disentuh beliau sekadar penyiasatan terhadap kandungan puisi A.Samad Said yang dibacakan pada malam itu. Beberapa Kumpulan Anak Muda Pro Hishamuddin Rais dengan rasa 'bangga' mengibar bendera yang direkabentuk Gabungan Parti Haluan Kiri (yang turut disertai Parti Komunis Malaya) satu ketika dahulu sebelum era pasca merdeka. Satu suasana yang tidak terfikir akan dibangkitkan semula setelah 55 tahun Negara ini mencapai kemerdekaan. Adakah tindakan Hishamuddin Rais itu tidak salah dari segi undang2? Di mana letakkan kedudukan sistem perundangan Negara ini dalam melindungi Bendera Rasmi Kebangsaan Jalur Gemilang? Sehinggakan pihak Pro Hishamuddin Rais secara terbuka dibenarkan mengedar risalah di bawah ini. Sudah tiba masanya pihak KDN menyiasat usaha dalaman yang dibawa Hishamuddin Rais dengan kadar segera malah adalah releven aktivis ini dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi penjelasan atas perbuatan melampau beliau mencemar semangat patriotisme Negara yang ditanam atas simbolik Jalur Gemilang. Malah Hishamuddin Rais sebenarnya telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkaitan isu tersebut 2 tahun yang lalu menerusi rakaman temubual bersama Rentakini.TV. Beliau telah mendesak rakyat Malaysia menolak Bendera Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku kerana didakwa sebagai hasil karya CIPLAK. (KLIK DI SINI untuk menonton Video temubual tersebut.) Kelihatan perancangan Hishamuddin Rais membawa semula gerakan ini mencapai kemuncak setelah Perhimpunan yang berlangsung malam tadi dijadikan 'mukadimah' dalam menyebarkan pengaruh 'perjuangan beliau'. Sekurang2 nya Namewee yang pernah ditahan sebelum ini hanya sekadar menggubah semula lagu 'Negaraku'. Akan tetapi Hishamuddin Rais lebih biadap mendesak Jalur Gemilang dan Lagu Kebangsaan ini ditukar serta merta. Mohon jasa baik pihak KDN memberi perhatian serius tentang perkara ini. Kerana jika dibiarkan berterusan, tidak mustahil rakyat Malaysia sendiri bakal membakar Jalur Gemilang milik kita. PS : Bukan mengkritik membabi buta, akan tetapi sekadar pandangan tegas demi mempertahankan kedaulatan Negara Tercinta bernama Malaysia. |
PENGALAMAN LELAKI LAHIR 15 MINIT SEJURUS BENDERA UNION JACK DITURUNKAN. Posted: 31 Aug 2012 03:07 AM PDT Dilahirkan 15 minit selepas bendera Union Jack diturunkan 55 tahun lalu tidak 'membutakan' mata Merdeka Othman terhadap kesengsaraan yang dilalui generasi yang hidup pada zaman penjajahan. Sebaliknya kata lelaki itu, beliau diingatkan mengenai perkara tersebut setiap kali namanya dipanggil. Justeru, saya berharap generasi muda sentiasa menghargai nikmat kemerdekaan dan tidak mengambil risiko sehingga mengundang semula penjajah ke negara ini, katanya ketika ditemui bernama, di Beseri dekat sini hari ini. Merdeka yang berbangga meraikan ulang tahun kelahirannya bersama sambutan Hari Kemerdekaan negara, berkata nama beliau itu menyebabkannya diejek ketika zaman kanak-kanak. Memang masa kanak-kanak dahulu cukup janggal kerana diejek, namun kini saya berbangga, katanya yang sering diundang ke majlis sambutan hari kemerdekaan baik peringkat negeri mahupun kebangsaaan setiap kali tiba tanggal 31 Ogos. Merdeka yang bertugas sebagai pembantu perawat pergigian di Klinik Kesihatan Beseri berkata jika negara tidak aman, beliau sudah pasti tidak berpeluang untuk menghadiri majlis yang berkaitan dengan kemerdekaan negara. Sehubungan itu, beliau berharap setiap rakyat Malaysia menanam semangat jati diri terhadap negara dan berjihad ke arah memastikan negara terus merdeka daripada sebarang bentuk penjajahan yang merugikan. Merdeka berkata pemimpin terdahulu telah meletakkan asas perpaduan yang kukuh untuk membawa negara mencapai kemerdekaan dan asas itu tidak boleh dirobekkan dengan mainan politik sempit. "Saya bersyukur dengan kemakmuran dan keamanan negara sebagaimana saya bersyukur memiliki nama Merdeka," katanya. Katanya, beliau sentiasa berdoa kemamuran dan keamanan terus berkekalan dan rakyat tidak terhimpit dengan perbuatan yang boleh merosakkan negara. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment