tun faisal dot com |
[Video] [Gambar] Program #JomSahur #MajlisBeliaPutrajaya bersama Anggota PDRM Posted: 09 Aug 2012 01:41 AM PDT #AlbumPjO : Jom Sahur Ramadhan MBKPj Bersama IPD Putrajaya http://www.putrajaya-online.com/2012/08/albumpjo-jom-sahur-ramadhan-mbkpj.html PUTRAJAYA - Pengorbanan anggota-anggota keselamatan dalam menjaga keselamatan masyarakat tidak pernah dilupakan oleh golongan belia di Putrajaya. Mengambil kira beban tugas yang tidak menentu yang dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan ini, program 'Jom Sahur Ramadhan' digerakkan oleh para belia di Putrajaya bagi meraikan anggota-anggota polis ini di bulan Ramadhan. Mengambil kira dari situlah, program yang telah memasuki tahun kedua ini dijadikan acara tahunan oleh belia kawasan Putrajaya dalam memastikan para belia tidak melupakan pengorbanan yang dilakukan mereka selain dapat mengakrabkan lagi hubungan di antara anggota-anggota polis dengan para belia sekitar Putrajaya. Semalam Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz, bersama 50 orang belia bersahur bersama anggota-anggota polis dari IPD Putrajaya yang diketuai oleh ACP Abdul Razak Abdul Majid. Program 'Jom Sahur Ramadhan' ini yang digerakkan oleh Majlis Belia Kawasan Putrajaya ini akan meraikan anggota-anggota bomba dari Balai Bomba Putrajaya, malam ini dan para petugas di Hospital Putrajaya pada keesokkan harinya. - editor/PjO Foto program 'Jom Sahur Ramadhan' bersama IPD Putrajaya yang berlangsung malam tadi : Foto : Asyraf Ringgo |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment