tun faisal dot com |
| Posted: 13 Aug 2012 02:40 PM PDT Nasib Gelandangan Chow Kit Dapat Perhatian 4 Agensi.
Seramai 30 orang sukarelawan daripada 4 buah agensi telah terlibat dalam program tersebut. Turut hadir dalam program bersama gelandangan malam tadi, Pengerusi SHEB, Tengku Azman dan Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.
Puan Norisah, 59 tahun sekarang ini sedang mengasuh 9 orang cucu angkat di Kg Periuk, Dang Wangi. 8 orang daripada anak yang dijaga merupakan anak kepada Zarina Zainal (anak buah) yang sekarang ini berada di Pusat Serenti Bachok. Melihat akan kesengsaraan anak-anak Zarina, Puan Norisah dengan rela hati mengambil anaknya untuk dijaga yang mana 3 daripadanya tidak bersekolah berikutan kesusahan hidup. Setakat hari ini, Puan Norisah hanya menerima bantuan daripada baitulmal sebanyak RM 200 sebulan untuk menyara hidup mereka. Kesengsaraan Puan Norisah telah mendapat perhatian SHEB untuk memberi bantuan berupa keperluan asas. Melihat akan perkara itu, Pengerusi SHEB, Tengku Azman telah bersetuju untuk memberi sumbangan peribadi sebanyak 30 kg beras setiap bulan. Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal turut memberi sumbangan duit raya kepada 9 orang kanak-kanak yang dijaga Puan Norisah. "Saya mencadangkan agar mana-mana pihak bekerjasama dengan SHEB supaya tidak berlaku pembaziran. Melalui perkara ini juga struktur pengedaran bantuan kepada golongan ini akan lebih tersusun dan teratur. Kita berterima kasih kepada Datuk Seri Shahrizat atas inisiatif beliau untuk membantu golongan ini", katanya lagi kepada pemberita. Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Putrajaya, Tun Faisal berkata, "kerajaan sekarang ini sudah mewujudkan gelombang kesukarelawan belia melalui inisiatif "1 Malaysia For Youth" (1M4U). Jika sebelum ini SHEB telah menganjurkan program seumpama ini selama 130 minggu mungkin dengan penglibatan lebih ramai sukarelawan program seumpama ini dapat diperluaskan ke bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu". "Program kebajikan pada hari ini telah dianjurkan oleh AADK, SHEB,Yayasan Salam dan Majlis Belia Putrajaya. Jika sukarelawan daripada 1M4U terlibat dalam program kebajikan ini, mereka bukan sahaja mampu menyumbang tenaga malah lebih besar dari itu yang mana dapat menyumbang sesuatu kepada golongan seperti ini", ujarnya lagi.
"Sistem bantuan kebajikan seperti ini perlu distruktur semula agar lebih tersusun. Inisiatif Perdana Menteri mewujudkan gelombang kesukarelaan melalui 1M4U dilihat mampu mewujudkan semangat kesukarelaan dalam kalangan belia. Kita lihat tadi ada 3 orang kanak-kanak tidak bersekolah, mereka perlu dibantu agar mereka tidak terperangkap dalam arus pembangunan negara", katanya lagi kepada pemberita.-KalamPena/PjO SHEB, Majlis Belia Kawasan Putrajaya, AADK Prihatin Bantu Gelandangan Di Chow Kiton Monday, August 13, 2012 | ||||||
| [Video] Tazkirah Ustaz Fathul Bari semasa Iftar Ilmuan Malaysia (iLMU) 12 Ogos 2012 Posted: 13 Aug 2012 01:14 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment