tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Gambar] Tadarrus dan Khatam Perdana Pemuda UMNO

Posted: 11 Aug 2012 01:47 PM PDT

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran anjuran Pergerakan Pemuda UMNO di Masjid As-Syakirin, KLCC petang tadi.


Pemuda UMNO Anjur Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1 Malaysia.

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Bertemakan 'Ummah Bersatu Negara Maju', Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) hari ini telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Majlis yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC selepas solat Asar petang tadi telah dihadiri seramai 200 orang daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pelajar dari Tahfiz serta anak-anak yatim sekitar ibu kota. Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari.

Pelajar Tahfiz dan Maahad sekitar Ibu Kota turut hadir
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran petang tadi
Sejurus selepas selesai majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan cenderahati penghargaan kepada pihak penaja.

Ketika majlis perasmian Iftar Ramadhan bersama Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, "program seperti ini harus disebarluaskan keseluruh negara. Kita perlu menyokong pendekatan UMNO negeri Johor yang kerap menganjurkan program Tadarus dan Khatam Al-Quran. Semalam UMNO telah menganjurkan program seperti ini di Kepala Batas dan hari ini Pergerakan Pemuda menganjurkan di sini".

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika berucap
"Kita perlu mengaplikasikan konsep modal insan dan ulul albab dalam kehidupan seharian. Ulul albab menghendaki kita menggunakan akal yang waras bagi mencari kebenaran dalam persepsi yang sebenar. Mereka yang banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi akan membuatkan kita sedar bahawa kita ini adalah khalifah yang mentadbir dunia ini"

"Bagi melahirkan modal insan, kita perlu menekankan ilmu dan agama agar kehidupan kita sentiasa dilindungi rahmat Allah S.W.T. Dengan ilmu kita dapat membezakan kebenaran dan kebatilan tanpa dihasut orang lain," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari berkata dalam tazkirahnya "Majlis Tadarus dan khatam Al-Quran ini satu program yang mulia dan baik. Masyarakat hari ini perlu memperbetulkan fahaman mereka bahawa agama bukannya pada sambutan dan peristiwa sahaja. Agama itu memandu kehidupan"

"Kita bukan sahaja mahu mewujudkan orang yang tahu membaca dan menghafal Al-Quran tetapi lebih besar dari itu yang mana Al-Quran perlu difahami dan dijadikan panduan hidup. Kita tidak mampu memahamkan kandungan Al-Quran kepada bukan Islam jika Islam berbalah sesama sendiri."

Pengerusi  iLMU, Ustaz Fathul Bari ketika
menyampaikan tazkirah
"Carilah malam lailatul qadar dalam 10 malam terakhir bukannya cari pusat membeli belah 10 malam terakhir. Malam lailatul qadar ialah malam yang sangat indah yang mana lebih baik daripada 1000 malam," katanya lagi ketika menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa.

Turut hadir menyerikan majlis, Persembahan nasyid dari kumpulan D'Soul selepas solat maghrib.-KalamPena/PjO 








Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1 Malaysia


http://lensaloka.blogspot.com/2012/08/majlis-tadarus-khatam-al-quran-perdana_11.html
on Saturday, August 11, 2012 











Blogger PR hina mahkamah - Elok ambil tindakan atas pemimpin PR yang buat perkara yang sama

Posted: 11 Aug 2012 12:00 AM PDT




Bukan sekali kita dengar pemimpin PR berceramah dan mengulas tentang kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah. Alhamdulillah blogger PR ini dah kena. Lepas ini lebih banyak tindakan undang-undang patut diambil ke atas pemimpin pembangkang yang menghina mahkamah pula.

Blogger pro Pakatan dipenjara 3 bulan atas kesalahan memfitnah..

KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham".



[Gambar] #JomSahur #MajlisBeliaPutrajaya bersama warga Hospital Putrajaya

Posted: 10 Aug 2012 09:30 PM PDT




#Jom Sahur MBKPj Bersama Hospital Putrajaya

http://lensaloka.blogspot.com/2012/08/jom-sahur-mbkpj-bersama-hospital.html




on Friday, August 10, 2012 

Program: Jom Sahur Majlis Belia Kawasan Putrajaya Bersama Hospital Putrajaya
Lokasi: Hospital Putrajaya, Presint 7, Putrajaya
Tarikh: 10 Ogos 2012



























Foto: Asyraf Ringo


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...