Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Mahfuz Buat Lawak Nak Bukak Posa!!

Posted: 13 Aug 2012 08:15 AM PDT


Sepanjang bulan Ramadan, Dato Mahfuz Omar banyak buat tazkirah di masjid dan surau. Pilihanraya nak dekat tapi tak tahu bila.

Ramai orang PAS dan PKR dah letih berkempen. Orang UMNO yang kurang berkempen pun letih dan tak sabar nak "get the election over." Kerja malas, nanti "over" kang?

Orang sekarang tak mai ceramah politik. Ramai yang di masjid dan surau. Kena Mahfuz masuk surau dan masjid dan pakai taktik tazkirah untuk selitkan kempen politik.

Dalam keletihan puasa, Mahfuz tetap ke sana kemari. Ketika perjalanan ke majlis sambil mendengar radio kereta, Mahfuz rasa terlalu lapar. Disuruh makan saja pasal lebih dua marhalah, dia tak mau.

Tiba-tiba dia talipon DJ radio FM yang sedang didengarinya menggunakan talipon bimbitnya.

Mahfuz: Assamualakum ... radio FM ke tu?

Penyiar: Iye ye... betul. Dengan siapa saya bercakap ni?

Mahfuz: Saya Mahfuz Omar, wakil rakyat Pokok Sena, boleh saya buat permintaan lagu tak?

Penyiar: Aa YB ... Boleh ... Boleh ... Dato Mahfuz nak lagu apa ?

Mahfuz: Boleh tak hang tolong putaq Azan Maghrib sekarang! Saya dah lapaq sangat nih ....

Penyiar: .... (tak terkata apa)

Satira dari Husin Lempoyang

TUDIAA!! Tun M Buat PAS dan PKR Meroyan Di Baling

Posted: 13 Aug 2012 06:14 AM PDT





BALING: Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.

"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara membangun yang cukup maju.

"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok Bandar di sini, Khamis.

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Dr Mahathir berkata kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak begitu kuat dalam menyatukan orang Melayu berikutan perpecahan dalam kalangan kaum berkenaan.

"(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat," katanya.

Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada Umno. - BERNAMA

TUDIAA!! Perangai Buruk Orang Pas Di Putrajaya!!

Posted: 13 Aug 2012 02:15 AM PDT



Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.

Seorang penduduk yang ditemui kru Putrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.

"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"

"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya.


Suria 22 tahun, pekerja kedai serbaneka dalam reaksinya berkata "kenapa mereka solat di kaki lima, setahu saya banyak surau dan masjid yang ada di Putrajaya. Malah jarak dari sini tidak sampai 5 minit perjalananan, perbuatan mereka ini seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan dalam Islam kita tidak digalakkan riak dengan setiap ibadah yang kita lakukan".

Precint 15, Putrajaya yang menempatkan beberapa premis perniagaan serta pejabat-pejabat syarikat swasta itu merupakan lokasi tumpuan warga sekitar Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu kerana di kawasan tersebut terdapat premis seperti Mydin, Domino's Pizza serta beberapa restoran lain.

Pemerhatian kru Putrajaya-Online mendapati markas PAS di tingkat 2 terdapat ruang yang cukup luas mengadakan solat secara berjemaah manakala terdapat sebuah surau lain berdekatan markas mereka, iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Precint 16 yang mana hanya memakan masa 5 minit perjalanan.

SUMBER PUTRAJAYA ONLINE

PANASS!! Penyelewengan Pusat Tahfiz Dan Memperdagangkan Orang Tua!!

Posted: 12 Aug 2012 11:12 PM PDT


Sebelum ni taktik mengutip derma untuk sebuah sekolah tahfiz di Yan Kedah membabitkan pelajarnya sendiri..Kali ini mereka menukar modus operandi dengan memperdayakan golongan emas untuk mendapatkan wang..

MTK dah banyak kali dengar tentang ini. Malah MTK sendiri pernah didatangi pelajar pelajar yang menjalankan aktiviti mereka di stesen stesen minyak di Kuala Lumpur..Malah, ada yang sampai ke Johor.Bila lihat pada barangan yang mereka bawa semuanya tertulis pusat tahfiz yang sama di Yan Kedah..

Dari cerita sebenar yang MTK dapat, pusat tahfiz ni sepatutnya berdaftar dengan pejabat agama supaya dapat disalurkan bantuan kepada mereka.Tetapi pihak pengurusan tidak berbuat demikian kerana wang yang diperuntukkan tak sebanyak yang mereka perolehi dari aktiviti ini..Mereka lebih suka memperdagangkan pelajar pelajar mereka untuk kepentingan sendiri..

Beberapa tahun lalu 5 pelajar terbunuh apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah selepas menjalankan aktiviti mengutip derma di Lembah Klang..Lebih menyedihkan mereka yang terbunuh berusia diantara 12 hingga 15 tahun..

Pernah dulu satu ketika ada satu sekolah pondok yang daif dan serba kekurangan di daerah Baling menjalankan aktiviti yang sama..Guru dan pelajar dipaksa mengutip derma di seluruh pelusuk negeri kononnya mahu menaik taraf sekolah pondok berkenaan..

Jumlah yang berjaya dikutip menjangkau ratusan ribu ringgit tetapi pemilik sekolah pondok berkenaan tidak menaiktaraf sekolah sebaliknya membeli kereta mewah untuk kegunaan beliau..

Pekara ini diceritakan sendiri oleh salah seorang guru di sekolah berkenaan kepada MTK beberapa tahun lalu..Wajar jika pemilik pusat pusat sebegini diambil tindakkan tegas terhadap mereka..Ini pun salah satu dalam akta pemerdagangan manusia..

Kehadiran warga emas mengutip derma dengan dakwaan bagi membantu kebajikan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Yan, Kedah mendapat perhatian daripada anggota masyarakat yang gemar menghulur derma, di sini.

Bagaimanapun, kelibat warga emas itu hanya dapat dilihat sekali-sekala seperti bermusim di tempat awam seperti stesen minyak, sekitar bandar serta kawasan perumahan penduduk di daerah ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, jika dahulu kanak-kanak menjadi peminta derma, namun kini si tua pula 'bertugas' dan kelihatan di sekitar bandar dan kawasan yang selalu menjadi persinggahan.

Seorang guru, Suriani Ibrahim berkata, kehadiran warga emas mengutip derma itu hanya tertumpu di lokasi tertentu sahaja terutama di kawasan bandar.

Menurutnya, keadaan tersebut mungkin disebabkan faktor penduduk yang lebih ramai serta kesibukan kota menyebabkan kehadiran mereka tidak disedari menyebabkan orang ramai menghulurkan derma tanpa banyak soal.

"Selalunya mereka membawa kalendar, minyak urut serta buku keagamaan untuk dijual dan wang yang diterima disifatkan sebagai kebajikan seperti yang tertera pada sekeping surat yang sering dibawa mereka.

"Apabila disoal, mereka mendakwa melakukan tugas itu secara sukarela bagi mengumpul dana sekolah namun alasan itu tidak masuk akal ekoran keadaan dan kemampuan diri mereka yang sudah tua dan tidak seharusnya dijadikan bahan eksploitasi," katanya.

Seorang pekerja swasta, Mohd Farish Daud, 34, berkata, terbit rasa simpati apabila melihat kelibat warga emas berkeliaran meraih simpati orang ramai yang mana ada di antaraya tidak mempedulikan kehadiran mereka.

"Ada dalam kalangan mereka menjual buku, kalendar atau minyak urut dengan harga RM10 atau meminta orang ramai menderma mengikut kemampuan kerana enggan pulang dengan tangan kosong.

"Ada juga dalam kalangan mereka datang dari jauh seperti Kedah dan Kelantan semata-mata untuk mengutip derma sekaligus 'menjual' nama pusat tahfiz berkaitan," katanya yang bersimpati dengan warga emas terbabit.
 Medan Tempur Kedah

PANASS!! Nurul Syuhada Bertudung Di Sebabkan Pas?

Posted: 12 Aug 2012 08:17 PM PDT

http://speakerpecah.blogspot.com


Alhamdulillah.. Mungkin inilah yang di katakan berkat Ramadhan yang di berikan Allah S.W.T setelah membuka hati pengacara TV terkenal Nurul Syuhada menampilkan diri dalam keadaan bertudung di khalayak ramai.

Sekiranya kita lihat dalam dunia alam maya, kebanyakan peminat Nurul Syuhada menyambut penghijrahannya dengan memberi sokongan yang padu dan rasa gembira dengan penampilan baru pengacara yang di cungkil bakatnya melalui Malaysian Top Host 2010.

Yang pasti nyata sekali penghijrahan Nurul Syuhada bukan kerana di sebabkan PAS, penghijrahan Nurul Syuhada di sebabkan mendapat hidayah dari Allah S.W.T - Media Kedah


McTheory:
Tak masuk Pas pun boleh masuk syurga..

TUDIAA!! Ghairah Manifesto Terbaru Kerajaan Pas Kedah!! Projek Terhebat!! #TukarKedah

Posted: 12 Aug 2012 06:13 PM PDT


Pas Kedah patut menmasang poster kejayaan House Bar ini diseluruh Kedah. Kerana House Bar juga merupakan satu kejayaan yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan negeri terdahulu. Tarian separa bogel dan ghairah sebegini tidak pernah di'halal'kan oleh kerajaan BN terdahulu untuk berada di Kedah.

Namun kerajaan ISLE Pas Kedah dengan bangganya membuat semua ini untuk menunjukkan pentadbiran Pas sememangnya lebih ISLE dari UMNO.


McTheory:
Tahniah diucapkan kepada Pas Kedah kerana kejayaan ini!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...