Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Lagi Satu Setan Pakatan Hina Bendera Malaysia!!

Posted: 10 Aug 2012 07:21 AM PDT


Karya seorang kartunis tempatan hina malaysia. Jika diamati betul-betul, seolah-olah karya kartunis tempatan ini hina malaysia.

Berdasarkan sumber, beliau memang dikenali kerana yang sering menampilkan unsur kontroversi dalam karya beliau.

Gambar di atas ialah hasil kerja kartunis bernama zulkiflee anwar haque atau lebih dikenali sebagai zunar.

Kali ini beliau mendapat idea untuk menghasilkan kartun menghina bendera dan lagu kebangsaan malaysia. Dan hasilnya adalah seperti pada gambar tersebut.

Mungkin kerana beliau begitu pasti bendera malaysia diciplak dari bendera amerika syarikat dan lagu negaraku serta janji ditepati diciplak dari indonesia, maka beliau menghasilkan karya ini.

Jangan tanya aku kenapa beliau begitu berani menghasilkan sesuatu yang bersifat provokatif seperti ini.

Kemungkinan besar zunar berani menghasilkan sesuatu seperti ini kerana beliau merasakan artis seperti beliau mempunyai hak kebebasan dalam berkarya.

Malaysia Kini, sebuah portal pembangkang juga turut memuji karya ini.


AkidAzami

TUDIAA!! Nizar Meroyan Kutuk Jalur Gemilang!! @mbnizar @Khairykj

Posted: 10 Aug 2012 03:18 AM PDT



Tak sudah-sudah si Nizar meroyan ni membuat kontroversi yang melibatkan maruah negara. Kalau dulu si Nizar pernah menghina Sultan Johor, derhaka pada Sultan Perak, kali ni Nizar Meroyan menghina Jalur Gemilang. Apakah erti semua ini? Sampai bila kita nak biar individu yang tidak menghormati negara berada didalam negara kita.

Kalau di Thailand, rasanya Nizar dah kena tangkap sebab menghina Sultan. Di China rasanya dah kena tembak sebab menghina bendera, Tapi di Malaysia kita masih berlemah lembut dan memberi muka pada manusia yang tak berapa nak waras ni. Sampai bila kami rakyat Malaysia mampu bertahan melihat manusia seperti Nizar ni wujud dimuka bumi Malaysia?

Mc mungkin mengunakan saluran blog untuk menghentamnya. Tapi rakyat Malaysia yang lain? Mereka akan menganggap kerajaan sekarang lemah kerana gagal mengambil tindakan terhadap Nizar, walaupun Nizar telah menyentuh dan mengusik beberapa perkara yang sensitif di Malaysia.

Kita ada undang-undang, kenapa kita tidak gunakannya?

Komen dari Ketua Pemuda UMNO mengenai hal Nizar meroyan..



McTheory:
Teringin nak tampar muka Nizar.. kalau diberi peluang!

PANASS!! Semakin Ramai Artis Bertudung Lain Tak Suka Abby!!

Posted: 09 Aug 2012 08:18 PM PDT


Sekarang ni, makin ramai golongan artis yang dah bertudung. Gambar-gambar kat atas ni adalah sebahagian dari golongan artis yang sudah bertranformasi imej ke arah yang lebih sopan, beradab dan lebih penting, menutup aurat...

Tapi, setahu aku dalam ramai-ramai artis yang bertudung ni, hanya 2 orang yang dah declare "memeluk agama PAS" iaitu Aishah dan Abby Abadi, dan seorang lagi terpengaruh dengan doktrin agen Yahudi Asia Tenggara iaitu, Dayangku Intan...

Alhamdulillah...pertamanya aku puji semua artis, termasuk Aishah, Abby dan Dayangku Intan. Sekurang-kurangnya mereka bertiga bertudung meskipun transformasi mereka sangat-sangatlah diragui kerana terlebih sudah ke arah politik...

Pada aku, aku lebih memuji golongan artis dan selebriti kita yang bertudung kerana Islam. Namun, aku harap, bukan saja bertudung, mereka juga perlu tahu mengenai kaifiyyah menutup aurat yang telah ditetapkan oleh Sunnah Wal Jamaah...

Dalamilah ilmu agama dari mereka yang ahli Islam dan bukannya mendalami "ilmu politik" yang menjual dan memperdagangkan Islam atas dasar kepalsuan serta nafsu gilakan kuasa...

Alhamdulillah...dari ramai-ramai artis, hanya 3 orang saja yang agak "tersesat" sedikit dari landasan Islam yang sebenar, manakala majoriti yang lain tidak berminat untuk berhijrah ke arah politik dan memberikan fokus terhadap Islam...

Misalnya, Farah Asyikin yang baru-baru ni menghadiri forum di Markaz PAS Taman Melewar. Tapi, Farah sedikit pun tidak goyah dan menjawab dengan yakin bahawa dia tidak memilih mana-mana parti politik (termasuk PAS), dan hanya memilih Islam sebagai cara hidupnya...

Itulah yang terbaik. PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Rasanya, Farah sedar tentang hakikat itu dan mungkin ramai lagi artis kita yang berhijrah sependapat dengannya...

Islam atau tidak, bertaqwa atau tidak, ia sama sekali tidak terletak kepada PAS. Sama ada menyokong PAS atau tidak, ia tidak akan menjamin kita masuk syurga dan digolongkan di dalam golongan yang beriman...

"Inna akramakum 'aindAllahi Atqaakum.." Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah itu adalah taqwa yang ada pada mereka...

Jadi, apa yang diajar PAS bahawa menyertai PAS dapat pahala, undi PAS/PKR/DAP masuk syurga dan pelbagai dakyah lain yang terpesong adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Kalau nak tahu, sertai persatuan belia pun kalau kena dengan niat kerana ibadah, insyaAllah dapat pahala. Beri undi seumur hidup kepada PAS/PKR/DAP pun belum tentu masuk syurga kerana syurga itu bukan harta mak bapak mereka..

Aku fikir, majoriti umat Islam berbangsa Melayu dan bukan Melayu akan setuju dengan pandangan aku ni. Bukan mahu meletakkan diri dipihak yang benar pun, tapi memang hakikatnya Islam begitu...kan? Heh!

Jadi, jangan dan tak payah la terpengaruh dengan "depa-depa" tu...heh! Kita sayang Islam dan UMNO/BN tidak sempurna, tapi kita lebih meluat kat PAS/PKR/DAP yang memang hampehhhh..!!! Heh!

Duke Of UMNO

HANGIT!! BOLA SEPAK KEDAH!! Penyokong Suruh Tukar Seluruh Pengurusan Pasukan Bola!!

Posted: 09 Aug 2012 05:39 PM PDT


Gunalah Khimat Jurulatih bertaraf dunia, kalau Pengurusan kacau bilau, banyak kepala dan 'Syiok' sendiri tak jadi juga.jangan nak membazir wang rakyat. Setiap kali kalah tukar pemain, tukar jurulatih… Tapi tiada perubahan.

Apa kata kali ni kita tukar semua dalam pengurusan bola sepak Kedah. Untuk seterusnya boleh layan video dibawah..



McTheory:
Apa kata kita tukar kerajaan negeri, sahih lagi ok..

MUHASABAH DIRI!! Ajal Menjemput Ketika Sedang ONLINE INTERNET!!

Posted: 09 Aug 2012 02:40 PM PDT



Video ni sebenarnya peringatan kepada para bloggers, facebookers dan pengiat media sosial yang lain. Jangan sampai jadi macam ni.. nak bertaubat pun tak sempat.. menyesal pun tak guna.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...